**AKAN DATANG 2018!! : DRAMA TI AMO SWEETHEART 100 HARI! LAKONAN ZUL ARIFFIN DAN NEELOFA**
&
**KLIK! PENGANTIN MUSIM SALJU LAKONAN ALIF SATAR DAN NANA**

Monday 18 April 2016

KLIK! PENGANTIN MUSIM SALJU [BAB 30]

Bab 33




Aku menepis-nepis bahagian bawah jeans uniqlo yang dipenuhi salji. Tak, aku belum lagi jumpa jeans milikku. Jeans ini aku beli di uniqlo semalam. Beli dua helai je. Sakit hati mengingatkan jeans yang  hilang.

Aduh..manalah aku nak cari! 

Mulai hari ini, mesti aku akan sibuk. Maklumlah, hari ini aku sudah mula bekerja sebagai jurugambar untuk projek Muslimah Wear Winter Shooting 2016 kelolaan Kak Putri. 

Kak Putri yang merupakan bekas model sebelum berkecimpung dalam dunia perniaagaan memang baik tetapi ada tegasnya. Dia jenis yang perfectionist ketika bekerja. Teringat aku beberapa shot yang perlu dirakam dua tiga kali di salah sebuah taman tadi gara-gara Kak Putri tidak berpuas hati.

Dengan backpack hitam di badan aku mula melangkah masuk ke dalam rumah. Wajah kukerutkan sedikit apabila terdengar suara orang membebel di dalam washitsu, bilik yang terletak di sebelah kiri ruang tamu moden ini. 

Alamak, baik aku blah. Mana tahu kalau nampak muka aku bertambah berangnya. Laju aku berlari menuju ke ruang dapur.

 “Kenapa dengan nenek tu, Kak Yumi?”

Soalku termengah-mengah sedikit. Kak Yumi pula yang sedang sibuk membasuh pinggan terus menutup paip air. Dia kemudiannya bersandar pada kabinet.

“Itulah risau Kak Yumi jadinya.” Luah Kak Yumi dengan wajah yang sedikit tertekan.

“Kenapa?” Soalku lagi. 

Pantas aku bergerak ke arah kabinet. Cawan kucapai dan bekas air masak kubuka dengan cermat.

“Nenek kamu tu asyik membebel aje dari tadi sebab orang yang dipanggilnya untuk membersihkan salji di  hadapan rumah tu tak datang-datang.” Luah Kak Yumi. 

Aku pernah lihat di dalam televisyen bagaimana mereka membersihkan salji di halaman rumah.

“Oh..ye ke..”

 Hanya itu yang mampu keluar dari bibir. Kemudian, aku terus menuangkan air ke dalam cawan.

“Tebalnya separas lutut!” 

Beritahu aku kepada Kak Yumi. Pantas wanita ini menganggukkan kepalanya.

“Susah nak lalu-lalang, Kaseh. Takut ada yang terlentang aje gara-gara licin.”

 Kata-kata Kak Yumi ada benarnya. 

Aku sendiri tadi rasa susah sedikit hendak berjalan.

“Di Hokkaido ni, salji paras lutut tu dikira tak tebal, Kaseh. Pernah tebalnya tu sampai paras pinggang Kak Yumi ni ha.”

 Ujar Kak Yumi. Tergamam aku jadinya. Air kuteguk sedikit.

“Mak ai..tebal gile!” Jawabku kemudiannya.

 Cawan kuletakkan kembali ke atas kabinet.

“Saya pernah tengok dalam dokumentari kat televisyen tu..Tentang snow shovelling in Japan.” Ujarku.

 Kak Yumi menganggukkan kepalanya saat ini.

“Macam menarik je! Biar saya ajelah yang buat.” Kataku lagi. 

Terlopong jadinya wanita ini. Sejak datang sini aku jarang bersenam. Meluap-luap pula semangat nak bersihkan salji kat depan tu.

“Larat ke kamu?” Soal Kak Yumi dengan ragu ragu.

“Kalau ada peralatannya, why not kalau saya cuba, kan?” Soalku pula sambil mengangkat kedua-dua belah kening. 

Dah lama aku tak buat kerja-kerja lasak ni.

“Ada je penyodok kat dalam kat stor tu..” 

Jawapan Kak Yumi membuatkan aku tersenyum manis. Semangat ni!

“Okay, saya boleh tolong bersihkan salji tu.” 

Penuh semangat aku berkata siap angkat sebelah tangan lagi. Ketawa kecil Kak Yumi melihat gayaku. Backpack di badan terus kuletakkan di atas kerusi. 

“Aku akan bantu kau.”


Suara yang entah dari mana datangnya itu membuatkan aku tersentak. Bulat mataku memerhati lelaki yang sentiasa dengan headset di kepala. Headset tersebut kini tergantung di lehernya. Mata Kak Yumi juga berada pada wajah Hud Mikael saat ini.

“Eh bila kau balik?” Soalku dengan pelik. 

Hari ini bukan hari jumaat, sabtu atau ahad. Jadi, kenapa dia berada di sini? Tercengang 
aku jadinya.

“Tadi.” Jawabnya dengan selamba. 

Kak Yumi hanya tersenyum sahaja ke arah Hud.

“Betul ke Hud pun nak tolong sekali ni?” Soal Kak Yumi.

“Betullah Kak Yumi.”

 Serius wajahnya ketika berkata begitu. Alaaa aku malas betullah nak buat kerja dengan si sewel ni.

“Hud. Aku boleh buat sorang la..” 

Ucapku dengan serius tetapi lelaki yang berjaket kelabu ini terus menggelengkan kepalanya.

“Nope, I’ll help you.” Ujarnya. 

Degil! Aku hanya mampu menjulingkan mata ke atas sahaja ketika ini sambil menggelengkan kepala. Kak Yumi yang bertudung biru kulihat sedang mengemas apa yang patut. Kemudian, dia menoleh ke arah Hud.

“Jom ikut Kak Yumi ke stor untuk ambil penyodok.” Ujarnya. Hud terus menganggukkan kepala. 

“Okay.” 

Sebaik sahaja Hud berkata begitu, Kak Yumi terus melangkah ke bahagian belakang rumah. Aku pula terkebil-kebil memandang ke arahnya. Alamak, kalau tahu Hud nak buat,tak payah aku nak sibuk tawarkan diri. Malas betullah nak sodok salji dengan lelaki itu.

“Kita snow shovelling sama-sama ye sayang.” 

Ucap Hud sambil ketawa besar saat ini. Kemudian, dia mengejar langkah Kak Yumi. Aku hanya mampu mengetap bibir bersama darah yang mendidih.

“Mereng!” 

Jeritku dengan geram.
***



Isk! Aku sodok jugak mamat ni! Kerja-kerja menyodok salji kuhentikan seketika. Dengan berkasut boots kuning paras lutut ala-ala Phua Chu Kang dan dengan penyodok  di tangan kanan, aku merenung tajam ke arah Hud.

“Eh Hud! Boleh tak kalau ke sana sikit?” 
Soalku dengan sangat geram. 

Angin yang menderu laju menampar wajah saat ini. Sejuk!  

Dia juga turut sama menghentikan kerja-kerjanya. Tangan kirinya meraup rambut ke atas dan dia mula bersuara.

“Ala..kita buatlah sebelah sini dulu sama-sama.” Jawabnya.

 Aku terus menganggukkan kepala tanda setuju walaupun geram dengannya.

“Okay fine! Tapi  please la..jangan nak rapat-rapat boleh tak?” Soalku sedikit kasar. 

Bukan aku tak perasan yang lelaki ini sengaja merapatkan dirinya kepadaku. Sampai satu masa tu, lengannya bergesel dengan lenganku kot! 

Walaupun berlapik, aku tak suka.  Anak mata memandang ke arah halaman rumah yang bersalji tebal ini. Winter wonderland! Senyuman yang baru ingin terbit mati terus di bibir apabila Hud bersuara.

“Apa salahnya kalau aku rapat-rapat dengan kau?” Soal Hud sambil mengerutkan sedikit wajahnya.

 Aku cuba untuk bersabar. Hai! Ada yang aku sodok jugak budak Hud ni dengan penyodok di tangan. 

“Apa salahnya???” Soalku dengan sangat sinis. Pantas Hud bersuara.

“Kau single kan?” Soalnya sambil tersenyum sengal. 

“Mana kau tahu aku single?” Soalannya aku jawab dengan soalan. 

Kemudian, aku terus menyambung kerjaku.

“Aku tahulah. Kalau tak, takkan kau terima tawaran Abang Putra untuk jadi isteri olok-olok dia!” Ucapnya dengan selamba.

 Terus aku meletakkan jari telunjuk ke bibirku.

“Shhhhh!”

Liar mata memandang ke arah pintu genkan yang terbuka luas. Nasib nenek tak ada di situ.

“Kau nak aku sodok mulut kau ke apa?”  Soalku dengan geram. 

Peluh yang membasahi sedikit ruang dahi kuseka dengan tangan kiri. Hud kulihat hanya tersenyum sahaja sambil menyambung kerjanya.

“Kalau nenek dengar macam mana?” Soalku lagi.

“Kaseh..kau ni kan, walaupun kasar tapi cantiklah!” Ucapnya sambil merenung ke mari.

“Sebab tu aku suka kau.” Sambungnya lagi. Aku menghentakkan penyodok ke tanah  saat ini.

“Kau ni memang nak naikkan darah aku!” Bidasku dengan geram.

“Lagi-lagi bila marah, memang bertambah cun!” Siap ketawa besar lagi lelaki ini sekarang. 

“Ya Allah..aku tumbuk jugak kau ni Hud.” 

Hud, memang selalu sangat cakap dia sukakan aku, cintakan aku tetapi aku tak ambil pusing langsung cuma aku sudah mula rasa tidak selesa dengan renungan dan gayanya tu. Sesuatu sangat! 

“Jangan ikut aku!”  

Aku memberikan amaran. 

Pantas aku bergerak ke arah kanan. Biarlah dia selesaikan kerja-kerja sebelah kiri tu. Wah..dalam televisyen nampak macam senang sahaja mereka sodok salji tetapi hakikatnya, memang payah juga. Bermandi peluh aku hari ini. Jenuh jugak ye kalau duduk di kawasan bersalji tebal begini. Asyik sodok salji je la kerjanya! 

 “Kaseh!”
Aku terus memanggungkan kepala.

“Mana kau dapat jeans tu?” Soalannya membuatkan aku tergamam. 

“Mana aku dapat?” Soalku sedikit sinis.

“Beli la woi!Cara kau tanya tu macam aku curi je kan?” Bidasku.

 Ketawa besar lelaki itu. 

“Eh kau tak pernah pakai skirt pendek ke?” Soalnya lagi. 

Dia ni memang sewellah. Aku malas hendak melayan. Baik aku buat kerja ni diam-diam. Lagi bagus!

“Apesal la abang Putra tak letak baju-baju yang seksi sikit dalam almari kau tu.” Ujarnya lagi.

 Aku memang geram betullah dengan dia ni.Ada aje modal nak buat aku marah.

“Kau ni memang sengaja kan nak naikkan darah aku?!” Soalku. 

Baru sahaja ingin menyambung kerja, ada sesuatu yang terlintas di dalam kepala. Terus aku memandang ke arah lelaki itu.

“Mana kau tahu Adam Putra letakkan baju-baju terlebih feminin tu dalam almari aku?” Soalku dengan sangat pelik.

 Lelaki ini kelihatan tergamam tapi dia terus menjawab soalanku.

“Aku dengar Adam cakap dengan Kak Yumi hari tu.” Jawabnya. Aku hanya mampu menganggukkan kepala sahaja.

“Aku sekarang ni tengah cari siapa yang curi jeans dan sweater aku! Tinggal 1 sweater je kut dalam bilik tu.” Luahku dengan sangat geram. 

Kalau dah semua orang tak ambil, takkanlah yuki-onna, si hantu jepun pulak yang ambil?

“Sumpah bukan aku.” Bersungguh-sungguh Hud berkata begitu saat ini membuatkan aku semakin pelik. 

Siap angkat tangan kanan lagi seperti gaya orang bersumpah.

“Bila pulak aku tuduh kau?” Soalku dengan pelik sambil menggelengkan kepala. 

Aku kemudian menyambung kerja. Cepat habis, cepatlah aku dapat buat persediaan untuk  outdoor shooting yang akan berlangsung lagi pada esok hari!

“Tapi kau memang cantik pakai baju-baju yang Adam beli tu. Nampak feminin.”

 Ada kejujuran dalam nada suara Hud. Tapi aku terus mencerlung tajam ke arahnya.

“Cepat habiskan kerja ni.” Arahku dengan tegas. 

Kalau layan Hud, sampai esok pun tak habis kerja-kerja ni.

“Ala..bosanlah.” Keluh lelaki yang sedang meregangkan badannya itu.

“Ada aku suruh kau tolong?” Bidasku tanpa memandang ke arahnya.

 Fokusku sepenuhnya pada salji yang memutih di atas tanah. Salji yang disodok aku kumpulkan kemas-kemas di tepi. Nanti, bila dah siap, laluan ini tidaklah lecah dan licin.

“Ya Allah..Kaseh!”

Terlepas terus penyodok di tangan apabila terdengar suara itu. Alamak, aku ada buat silap ke? Kak Yumi kelihatan serba-salah kat sebelah nenek.

“Ye nek!” Bagai anggota tentera aku bersuara saat ini.

“Kenapalah kamu buat kerja orang lelaki ni?”  Soal nenek yang sedang melangkah ke mari. 
Aku hanya mampu senyum sumbing. Tangan kiri menggaru kepala yang tidak gatal. Habis senget-benget sanggul tinggiku ni.

“Perempuan tak boleh buat ke?” Soalku dengan pelik. 

Nenek kulihat menggelengkan kepalanya beberapa kali.

“Kerja ni kategori kerja berat. Biar Hud aje yang buat.” Jawab nenek.

“Yumi!” Jeritnya. Aku pulak yang tersentak.

“Ajar dia resipi baru!” Arah nenek. 

Pantas Kak Yumi menganggukkan kepalanya. 

Alamakkkk! Kena belajar masak lagi. Mati aku! Hud pula ketawa besar melihat reaksiku saat ini.

“Sekarang!” Ujar nenek dengan tegas. Kak Yumi terus menghampiriku.

“Dah. Masuk dalam tu. Pergi belajar masak. 
Sekejap lagi Adam balik. Tugas kamu untuk layan suami..layan Adam tu.” Ujar nenek.

 Aku hanya menganggukkan kepala. Belum tengok muka Adam, baru dengar orang sebut nama dia aku dah boleh berdebar. Memang sah mereng!

“Ba..baik nek.” Jawabku tergagap-gagap. 

Jiwa yang sedikit kusut menjadi tenang apabila tangan nenek mengusap bahuku yang dilapisi jaket berwarna putih paras lutut. Wajah yang tegang itu tersenyum sedikit saat ini.

“Tapi, kamu memang cucu yang baik. Walaupun kerja ni berat tapi kamu buat juga semata-mata nak senangkan hati nenek. Nenek menjerit tadi bukan sebab nenek marahkan kamu. Tapi nenek cuma terkejut aje.” Ucapnya bersama senyuman manis. 

Aku hanya mampu tersengih seperti kerang busuk aje. Kemudian, dia menyambung kata-katanya lagi.

“Nenek tahu kamu ni gagah orangnya tetapi kerja-kerja macam ni biarlah orang lelaki yang buat.” Aku pantas menganggukkan kepala.

“Baik nek..” Ujarku. Nenek kemudiannya tersenyum sedikit dan terus berpaling.

 Kemudian, aku hanya memandang sahaja ke arah nenek yang sedang melangkah ke arah genkan semula. Kak Yumi juga menuruti jejak langkah nenek.

“Kaseh..aku kena buat soranglah ni?” Soalan Hud kujawab dengan anggukan.

“Ye Encik Hud. Kau habiskanlah eh semua ni. Bersihkan elok-elok ye.”
 Ucapku dengan sinis.

 Lucu pula melihat wajahnya itu. Tu lah..tadi nak buat sangat! 

Aku siap lambaikan tangan pada Hud saat ini.

“Goodbye!”
 Ucapku sambil ketawa kecil namun lambaian ini terhenti seketika apabila ternampak kelibat Adam Putra yang sedang melangkah masuk ke mari.

 Keretanya diparkirkan di luar rumah agaknya. Kenapa dia merenungku dengan sangat tajam? 
Pap!

“Heyy!” 

Terjerit kecil aku jadinya apabila segumpal salji dibaling oleh Hud ke arahku. Terus aku juga membalasnya.

“Nah! Amik kau!” Jeritku dan terus berpaling. 

Segumpal salji kini melekat pada jacket di badannya. Pantas lelaki itu menepis. Baru sahaja hendak melangkah ke arah genkan, kedengaran namaku dipanggil dari belakang. 



“Kaseh Lateefa.”

Serta-merta debaran halus hadir di dada. Terus aku menoleh. Adam sedang melangkah ke mari.

“We need to talk.” Ujarnya. 

Hud hanya memerhati sahaja sambil membuat kerja.
Aku terus melangkah masuk ke dalam genkan dengan sejuta pertanyaan. Kenapa riak wajah Adam nampak semacam tadi? Macam masam sangat. Macam marah pun ya. Ah, mesti ada masalah kerja tu.
 Confirmed! 

Badan kusandarkan pada dinding genkan ini. 

 Terbayang di fikiran wajah menarik lelaki yang memadankan jacket di badannya dengan muffler berwarna biru itu.  Dengan wajah yang menarik,  gaya rambut yang kemas tetapi stylish dan harta yang dia ada,  tidak hairanlah kalau nanti si Karlisha datang merayu untuk bersamanya kembali.

“Awak nak cakap apa dengan saya?”
Soalku sebaik sahaja Adam melangkah masuk ke dalam genkan. 

Masam mencuka wajahnya. Pintu genkan ditutup dan kini dia betul-betul berdiri berhadapan denganku. Wajahku direnungnya seketika membuatkan aku mulai resah. Tegang betul wajahnya. 

Sebelah tangannya memegang briefcase manakala sebelah lagi tangannya dilekapkan pada dinding betul-betul di sebelah kepalaku. Sikit lagi tangannya itu dah boleh sentuh cuping telinga aku. Pantas aku melarikan sikit kepala. 

Aku seakan-akan  terkunci di dalam ruang ciptaan Adam Putra di sudut ini. Dia menundukkan wajahnya saat ini membuatkan aku gelisah.

“Looks like you’re having so much fun with Hud.” Soalannya membuatkan aku tergamam. 

Wajah tegang Adam kupandang dengan mata tak berkelip saat ini. 

“Err..tak..actually saya tawarkan diri untuk bersihkan salji kat depan rumah tu tapi Hud pun nak tolong sama.” Jawabku dengan jujur. 

Kenapa dia pandang macam nak makan aku? Debaran mulalah menyesakkan dada.

“Tapi, tadi nenek larang saya buat kerja tu. Dia suruh saya belajar resipi baru.” Ucapku lagi setelah lelaki ini tidak bersuara.

 Gugup aku jadinya apabila anak matanya merenung ke serata wajah. Walaupun serius kenapa wajahnya itu tetap menarik untuk dipandang? Lu memang gila Kay! Sempat aku memarahi diri.

“You like him?” Soal Adam. 

Sebelah keningnya terangkat sedikit. Aku terus jadi blur.

“Who?” Soalku inginkan kepastian.

“Hud Mikael.” Jawabnya. Aku pantas menggelengkan kepala.

“Tak..saya anggap dia macam adik je kut.” Luahku.

 Adam terus meraupkan wajahnya dengan sebelah tangan.

“Adik??” Soalnya sambil menganggukkan kepala sedikit. 

Sinis sekali senyuman di wajah tegangnya itu. Riak tak puas hati terpampang jelas membuatkan aku gerun pula. Kenapa dia marah sampai begini? 

“Main snow fight..siap lambai-lambai macam tu adik?” 

Soalannya kedengaran sangat sinis menghiris telingaku. Kemudian dia mengerling ke arah lain untuk seketika.

“You’re funny.” Dengusnya dengan kasar namun nada suara masih rendah.

 Aku terus meraupkan wajah dengan tangan. Entah kenapa aku betul-betul mahu dia tahu yang aku memang takde perasaan dengan Hud. Aku terlalu ingin dia tahu yang aku betul-betul jujur dengan jawapanku tadi.

“Seriously, saya memang takde perasaan yang macam tu dekat Hud.” Aku cuba menerangkan segala-galanya.

“Awak dah salah sangka. Saya lambai tu sebab sengaja nak sakitkan hati dia yang terpaksa buat kerja sorang-sorang.” Ujarku lagi.

“Saya dah cakap, tak perlu tolong, tapi dia berkeras jugak. Last-last nenek suruh dia buat  kerja tu sorang-sorang.” Aku bercerita lagi. Anak mata merenung ke arah Adam saat ini dengan harapan dia percaya dengan kata-kata aku.

“So, you have no feelings towards him?” Soal Adam Putra dengan sangat serius.

“Tak..takde.” Pantas aku menggelengkan kepala.

“Kaseh..” Lembut suaranya menyebut namaku menimbulkan getaran di jiwa.

 Renungan yang sangat redup diberikan kepadaku.

“You can’t have any feelings towards Hud..or mana-mana lelaki.” Ucapnya dengan wajah yang serius tetapi tenang.

Apabila dia berkata begitu, wajahku mulalah bertukar riak. Dia juga seperti tidak percaya yang ayat itu keluar dari bibirnya.

 Merah sedikit wajahnya ketika ini. Wajahku turut sama berbahang. Kami sama-sama tergamam. 

Berdebar-debar kurasakan saat ini sehingga aku rasa sangat janggal. Walaupun menyesakkan dada namun kenapa rasa ini sedikit indah? Atau aku dah mereng? 

Anak mata masih belum kularikan dari dipanah oleh anak matanya yang mengasyikkan. Belum sempat aku menjawab, suara seseorang membuatkan aku terkedu.

“Kaseh..”

Bulat mata aku dan Adam merenung ke arah Kak Yumi yang sedang berdiri di atas pelantar kayu. Kak Yumi pula terus jadi malu-malu kucing saat ini.

“Opss..sorry Kak Yumi kacau korang bercinta.” 
Pantas aku menjauhkan diri dari Adam. Ini semua sebab lelaki ini mengunci aku dalam ruang ciptaannya tadi. Tengok orang dah salah sangka! 

“Ma..mana mana ada kacau Kak Yumi.” Jawabku. 

“Kasehhhh..jomlah kita ke dapur. Nenek dah tunggu tu.” Kata-kata Kak Yumi membuatkan aku kelam-kabut! 

Kasut di kaki kubuka dengan pantas dan aku menyarungkan selipar di kaki saat ini.

“Apa pulak resipi hari ini Kak Yumi?” Soalku dengan kalut. Kak Yumi yang bertudung kuning terus menjawab

“Ikan jenahak masak asam pedas.”

Alamak..macam susah je tu!

“Matilah saya..” Itu sahaja mampu keluar dari bibir. 

Aku menoleh ke belakang apabila sedar hood pada jaketku seperti ditarik seseorang. Adam sedang merenung ke arahku dengan pandangan yang sangat mempesonakan.

“Masak sedap-sedap.” Ucapnya yang kemudian mengenyitkan sebelah  mata ke arahku.


Wajahnya tetap serius tetapi sangat menarik. Tergamam aku jadinya. Kelu terasa lidah hendak berkata-kata.  Hampir luruh jantungku saat ini. Kak Yumi yang sedang malu-malu kucing semakin tersenyum simpul melihat wayang ini. Dengan wajah yang berbahang aku bersuara akhirnya.

“O..okay!”

 Jawabku dan terus mengekori langkah Kak Yumi bersama debaran yang menggila di dalam dada.



***