Aku mengucup tangan
ayah. Seronok sangat hari ini kerana ayah menjadi imam aku dan Tira ketika
solat Asar sebentar tadi. Dapat kurasa tangan itu menyentuh kepalaku saat ini.
Entah kenapa ada rasa sayu beraja di hati. Tangan tua inilah yang membanting
tulang bekerja siang dan malam selama ini untuk memastikan aku dan Tira cukup
makan dan pakai. Tangan tua ini jugalah yang membesarkan aku dan Tira sendirian
tanpa bantuan seseorang yang bergelar isteri. Aku menarik nafas dalam-dalam
sebelum mengangkat wajah. Tira sudah mula melipat telekungnya. Dia kemudian
menyarungkan tudung dan terus meminta izin untuk keluar dari bilik ini.
"Ayah..Tira
keluar dulu ya. Nak bantu Cik Yam mengemas dapur." Pamitnya. Ayah terus
menganggukkan kepala.
"Pergilah.
Kasihan pula dengan Cik Yam kamu tu." Ucap lelaki yang memakai t-shirt
putih ini.
Telekung aku
tanggalkan dan aku mula melipatnya dengan kemas. Aduh..aku kena juga tanya
pendapat ayah. Hati aku tak tenteramlah.
"Ayah.."
Ayah yang baru
hendak bangun dari sejadah tidak jadi berbuat demikian apabila mendengar
suaraku.
"Apa pendapat
ayah tentang Tuan Faleeq? Ayah rasa dia baik tak?" Soalku dengan perlahan.
Berubah sedikit riak wajah lelaki ini. Aku lihat dia menarik nafas dalam-dalam
sebelum bersuara.
"Thalia..dia
nampak baik dan hormatkan orang tua. Tapi, ayah pun baru pertama kali berjumpa
dia. Jadi, susah sebenarnya untuk ayah jawab soalan kamu tu.." Luah ayah
dengan wajah yang sangat serius. Aku hanya mampu menganggukkan kepala sahaja.
Anak mata menjalar ke arah jemariku di atas riba.
"Erm..ayah rasa
Thalia patut tolak atau terima lamaran ni?" Soalku lagi kepadanya. Ada
senyuman sedikit di wajah itu sebelum dia bersuara lagi.
"Thalia..seperti
yang ayah katakan kepada kamu sebelum ni..ayah serahkan kepada kamu seratus
peratus untuk buat keputusan. Ayah tak kisah siapa jadi menantu ayah asalkan
dia seorang yang baik budi pekertinya, beriman dan boleh terima kamu dan
keluarga kita seadanya, ayah sudah cukup gembira untuk terima orang itu.."
Jawapan ayah nyata membuatkan aku termenung. Susahnya! Sebab aku memang tak
kenal dia sangat.
"Tapi, Thalia
tak kenal dia ayah.." Terluah juga kata-kata yang tadinya bertapa di dalam
otak. Bahu aku ditepuk lembut oleh ayah.
Dia membetulkan duduknya sambil
merenung ke mari.
"Thalia..dengar
sini nak. kamu ingat kalau kamu bercinta dan kenal dengan seseorang lelaki itu,
kamu dapat kenal terus ke hati budinya? Ada orang bercinta bertahun-tahun tapi
bercerai jugak. Kenapa?" Soalannya nyata membuatkan aku mengerutkan wajah.
Benar, ramai aje orang disekelilingku yang bercerai walaupun kahwin kerana
cinta. Kenapa ya?
"Kenapa?"
Aku pula menyoal ayah sambil menggaru kepala yang tak gatal.
"Sebabnya, masa
bercinta bukannya semua orang nak tunjukkan perangai sebenar pun. Semuanya
wangi dan elok sahaja zaman bercinta. Apa kata orang? Pijak semut pun tak mati.
Lepas kahwin ada kes tu bukan aje semut, dengan isterinya sekali dipijak!"
Ketawa kecil juga
aku yang serabut ini. Gaya ayah bercakap tu dengan matanya yang terjegil memang
buat aku geli hati! Ayah juga turut sama tersenyum.
"Ayah kasihan
juga lihat Dato' Firas dan Datin Sofia tu. Mereka nampak baik dan
bersungguh-sungguh mahu kami menjadi menantu mereka..cuma, kalau Thalia sudah
ada orang lain, tolaklah baik-baik lamaran mereka tu.." Ujarnya dengan
serius.
"Ayah yakin
mereka akan faham." Sambungnya lagi.
Aku menutup wajah
untuk seketika dengan kedua-dua belah tapak tangan. Keputusan harus juga aku
berikan kepada Datin Sofia. Aku tidak mahu mereka terus ternanti-nanti begitu.
"Thalia..ayah
sebenarnya ada sesuatu yang nak beritahu kamu." Kata-kata ayah membuatkan
aku merenung ke arahnya dengan sangat serius.
"Apa dia
ayah?" Soalku. Kipas angin yang terpasang dari tadi aku matikan gara-gara
mahu mendengar kata-kata ayah dengan jelas.
"Kamu tahu tak
Johan dah masuk lokap?" Soalnya. Tergamam jadinya aku. Dah kenapa pulak?
"Hah? Kenapa
ayah?" Terkejut betul aku saat ini.
"Tadi, Dato'
Firas beritahu ayah yang Johan adalah salah seorang yang terlibat dalam kes kecurian di kilang sos
mereka yang letaknya di Shah Alam itu beberapa bulan lalu. Kamu tahu bagaimana
kilang tu boleh terbakar?"
Bersama riak wajah
yang masih terkejut aku menggelengkan kepala. Manalah aku tahu sebab apabila
sampai, sebahagian kilang tersebut sememangnya sudah dijilat api. Aku tak tahu
bagaimana kejadian itu berlaku.
"B..bagaimana
ayah?" Soalku dengan penuh minat.
"Johan juga
penyebabnya."
Demi Allah, aku
bertambah terkejut. Terlepas terus telekung yang aku pegang.
"Biar
betul.." Gumamku dengan sangat perlahan. Kepala kugelengkan sambil
merenung ke arah ayah. Perlahan ayah menganggukkan kepalanya.
"Betul..polis
dah ada bukti..sebab itulah dia diberkas." Beritahu ayah dengan wajah yang
masih terkejut jugak.
Mana tidaknya, Abang
Joe itu kan baik juga dengan ayah dulu-dulu. Terus kehilangan kata-kata jadinya
aku. Memang samseng betullah Abang Joe ni. Tapi, kawan-kawannya tu memang
nampak seperti samseng pun. Siap ada yang bertattoo ganas-ganas lagi di lengan.
Apalah nasib isteri-isterinya itu ya? Nasib baiklah aku tak jadi kahwin
dengannya dulu. Kalau tidak? Hm..termenung panjang jadinya aku saat ini.
******
Tenangnya kurasakan
apabila dapat melepak sebentar di atas buaian ini bersendirian. Datin Sofia
sedang berehat di dalam bilik Tira dan Tuan Faleeq berada dalam bilik aku. Anak
mata berada pada pokok rambutan yang bergegaran ranting-rantingnya di hadapan
sana. Melihat telatah Tira yang comel mengait buah bersama galah panjang di
tangannya mampu membuatkan aku terhibur. Adakalanya dia memarahi diri sendiri
apabila gagal mengait buah yang ditargetnya. Tira..Tira! Ada senyuman singgah
di bibir.
Sesekali suara
ketawa ayah dan Dato' Firas yang berada di dalam rumah menampar telingaku.
Entahlah apa yang dibualkan.
Ya Allah, aku masih
lagi terkejut dengan berita yang baru aku terima dari ayah tadi. Sanggup Abang
Joe terlibat dalam kejadian membakar kilang keluarga Tuan Faleeq di Shah Alam
itu. Padahal
Tuan Faleeq dah tolong bayarkan segala duit yang aku pinjam dulu.
Geram sangat-sangat hati aku apabila terkenangkan yang secara tak langsung,
Abang Joe juga penyebab Tuan Faleeq trauma dan mengalami agoraphobia. Makin
rasa bersalah pula aku jadinya kerana melibatkan Tuan Faleeq dalam kisah aku
dan Abang Joe.
Nafas aku tarik
dalam-dalam dan mata merenung kembali ke arah Tira yang sedang mengait
buah-buah rambutan yang sudah merah menyala kulitnya tu. Cik Yam mempelawa
Datin Sofia dan Dato' Firas untuk makan malam di sini pula. Ergh..aku mulalah
susah hati. Bukan apa, kekok pula rasanya apabila berada sebumbung dengan
lelaki itu begini.
"Along..nak
sikit tak? Tira nak bawak masuk ke dalam ni." Soal Tira seraya melangkah
ke mari.
Anak mata berada
pada buah-buah rambutan yang menimbun di dalam bakul yang didakap Tira. Aku
menggelengkan kepala.
"Nantilah along
makan." Jawapanku membuatkan gadis itu terus membawa masuk bakul berisi
rambutan itu ke dalam rumah. Sungguh aku takde selera. Bukan apa, selagi
keputusan tidak dibuat, selagi itulah aku rasa kusut.
Solat istikharah pun
sudah, berbincang dengan ayah pun sudah. Namun, aku masih juga tidak tahu bagaimana
untuk buat keputusan. Yang nyata ayah menyerahkan hak membuat keputusan
bulat-bulat kepada aku. Ayah tidak membangkang dan ayah tidak menyokong. Itulah
masalahnya! Aduhai..mungkin ayah tidak mahu mempengaruhi keputusan yang aku
buat. Cuma, ayah ada cakap yang keluarga Tuan Faleeq ni nampak baik dan
bersungguh-sungguh mahukan aku menjadi sebahagian daripada keluarga mereka.
Ayah juga cakap, Tuan Faleeq tu hormatkan orang tua.
Isk, baik aku
telefon Didee. Mungkin gadis itu dapat tenangkan sikit hati aku yang berkocak
teruk sejak beberapa hari ini. Baru sahaja ingin bangun dari buaian, kedengaran
suara seseorang menampar gegendang telinga.
"Aysara."
Pantas aku menoleh
ke belakang. Kelihatan lelaki itu melangkah ke mari. Aduhhh baru aje hati aku
nak tenang, dah dia muncul di hadapan aku pulak! Mulalah jantung ni buat hal!
"So, you have
made your decision ha?" Soalnya. Aku mulalah gugup. Teringat reaksinya
ketika nampak baju tidur satin merah yang seksi seksa kepunyaan aku tadi. Isk!
Bikin malu betullah kau ni Thalia!
"What decision,
Tuan Faleeq?" Soalku yang cuba berlagak tenang. Dia kulihat melabuhkan
punggung di atas kerusi di sebelah kananku.
"Kau dah
bersetuju untuk ikut permintaan mama aku. Am I right?"
Soalnya dengan
renungan yang sangat serius. Terus aku menggeleng. Bila masa pulak?
"No..saya masih
belum buat keputusan lagi. Saya cuma minta mama awak berikan saya masa..tu
je." Ujarku dengan bersungguh-sungguh. Aduhai..selagi aku tak buat
keputusan, selagi itulah kepala ini akan berserabut!
"Well, you did
you call her mama instead of Datin Sofia." Ucapnya. Oh, itu ke isunya? Aku
merenung ke arahnya untuk seketika. Nafas berat kuhela saat ini sambil
membetulkan tudung yang sudah mula bergerak ditiup angin.
"Mama awak yang
minta begitu." Ucapku. Aku lihat dia
tersenyum dengan sedikit pelik.
"Aysara..Aysara.."
Namaku disebut bersama gelengan.
Dia melarikan anak
mata ke arah lain untuk seketika sebelum anak matanya itu memanah ke mari
kembali. Aku, seperti selalu sudah mula gugup untuk berhadapan dengan lelaki
ini.
"Indirectly..secara
tak sengaja kau dah berikan mama aku harapan." Ujarnya. Eh, takkan la
pulak?! Kepala aku gelengkan untuk kesekian kalinya.
"No..saya.." Belum sempat aku lengkapkan ayat, lelaki itu
terus bersuara.
"You have to
make your decision quick. Aku takut dia semakin berharap.." Ujarnya sambil
meraupkan rambut yang dipotong pendek itu ke atas. Aku hanya mematungkan diri.
Tidak tahu ayat apa lagi yang aku harus ucapkan. Di dalam hati tertanya-tanya
juga tentang perasaannya saat ini.
"Honestly, I
don't know what should I do now.." Luahku perlahan. Anak mata hanya
menjalar pada jemari di atas riba.
"Honestly you
deserve to be with someone who makes you happy. Aku tak mampu nak janji apa-apa
dengan kau. You know I am fighting with anxiety disorder..it is so tiring. No
matter how many times I deny the fact, still I have to face the real music..I
am agoraphobic, Aysara. Aku sedang bertarung dengan agoraphobia..and healing
myself is my priority right now.."
Buat pertama kalinya
aku rasa dia berani dan selesa meluahkan rasa di hadapan aku. Entah kenapa
melihat wajahnya yang begini membuatkan aku rasa seperti ingin memujuknya
dengan kata-kata yang mampu membuatkan dia tidak berasa sepilu sekarang. Namun,
aku tahu aku tak mampu.
"Look Aysara..I
am not going to influence you at all in making your decision. Nak terima atau
nak tolak, pandai-pandailah kau buat keputusan sendiri. Ini hidup kau. Sesiapa
pun tak berhak untuk mempengaruhi atau buat keputusan bagi pihak kau."
Luahnya dengan sangat tenang.
"You are
responsible of your own decision." Ingatnya sekali lagi. Nafas berat aku
hela.
"Kalau
ketepikan tentang anxiety disorder dan agoraphobia pun, awak memang tak pernah
sukakan saya, kan? Boleh ke awak.." Belum selesai soalan itu, ada suara
yang mencelah membuatkan aku terus terdiam.
"Laa..kat sini
rupanya budak-budak ni.."
Suara itu
menyebabkan aku tersentak seketika. Pantas anak mata menoleh ke belakang. Datin
Sofia dan Cik Yam!
"Faleeq..ayah
panggil dekat dalam tu." Beritahu Datin Sofia. Tuan Faleeq, tanpa
memandang ke arahku terus bangun berdiri. Menonong aje dia melangkah tanpa
sepatah kata. Aku pula terkebil-kebil merenung ke arah Datin Sofia dan Cik Yam
yang sedang melangkah ke mari.
Senyuman tawar
kupaksakan juga di bibir.
"Thalia..apa
yang Faleeq bualkan dengan Thalia?" Soal Datin Sofia seraya melabuhkan
punggung di atas kerusi. Cik Yam pula duduk di sebelahku atas buaian ini.
"Erm..takde apa
pun. Tak sampai 5 minit sebenarnya dia duduk di situ tadi." Jawabku dengan
dengan teragak-agak. Aku lihat Datin Sofia menarik nafas dalam-dalam saat ini.
"Thalia..Thalia
boleh nampak sendiri kan perubahan Faleeq? Jelas kan? Ada tak Thalia nampak dia
terkena serangan sepanjang dia di sini?" Soalnya dengan sangat lembut.
Ada sedikit senyuman
bahagia di wajahnya. Jarang-jarang nampak dia tersenyum begitu. Otak mula
mencerna maklumat yang baru aku terima. Betullah! Si beku tu takde pula terkena
serangan sepanjang berada di sini. Eh, selamba aje dia keluar dan duduk di
halaman rumah ni tadi kut! Dia juga tidak kekok dan panik berhadapan dengan
ayah, Tira dan Cik Yam! Anak mataku berada tepat di wajah Datin Sofia. Tergamam
juga aku dengan perubahan lelaki itu hari ini.
"Dia nampak
normal.." Ujarku dengan wajah yang sedikit blur.
Aduhh penyakit Tuan
Faleeq ni pun pandai pula memilih tempat untuk menyerang!
"Sebab apa?
Sebab Thalia ada. Dia selesa apabila Thalia ada bersamanya. Sebab itu mama
mahukan Thalia jadi isteri Faleeq. Hanya Thalia sahaja yang boleh bantu dia.
She needs you, sayang.." Luah Datin Sofia dengan sangat sayu.
Kenapa agaknya ya
Tuan Faleeq begitu? Adakah kerana aku pernah menyelamatkannya dulu jadi otaknya
dah label aku sebagai penyelamat? Lantas, untuk lelaki itu, aku adalah seperti
'safe person'..seperti yang dikatakan oleh Dr. Harun. Cik Yam yang sejak dari
tadi mendiamkan diri, turut sama mencelah.
"Sofia..berat
mata memandang, berat lagi bahu yang memikul. Saya faham perasaan
Sofia..sabarlah ye?" Pujuk Cik Yam. Aku lihat Datin Sofia sudah mula
bersedih. Wajahnya kelihatan sedikit merah. Mungkin sedang menahan sebak.
"Kak Yam, dah
dekat empat bulan anak saya tu tak mahu keluar ke mana-mana, kecuali ke
pejabat. Setiap hari dia termenung jauh dan sentiasa resah memikirkan dirinya
yang sudah semakin berubah." Luahnya pada Cik Yam dengan sangat sebak. Aku
hanya mampu mendengar sahaja dengan penuh simpati.
"Ibu mana yang
tak sedih Kak Yam.." Luah Datin Sofia lagi sambil mengesat matanya yang
sedikit berair.
"Sabar,
Sofia..in syaa Allah ada rahmat di setiap kejadian yang berlaku ni.." Ujar
Cik Yam yang turut sama berkongsi kesedihan Datin Sofia. Anak mata Datin Sofia
kembali berada di wajahku.
"Thalia..mama
sendiri tak mahu merayu sehingga buat Thalia rimas begini. Tapi, apa pilihan yang mama
ada? Mama akui, sebab utama mama pilih Thalia kerana mama tahu Faleeq perlukan
Thalia. Tapi, mama juga sukakan Thalia. Mama rasa Thalia seorang gadis yang
sangat cantik luar dan dalam. Penyayang, berani, selalu fikir tentang orang
lain dan pandai jaga maruah diri." Nyata pujiannya sudah mula buat aku tak
selesa. Nafas berat aku hela sambil menggelengkan kepala ke arah Cik Yam.
"Saya tak
sesempurna tu.." Luahku dengan perlahan.
Anak mata berada
pada lelaki yang sedang melangkah keluar dari rumah bersama ayah dan papanya
itu. Ya, dia kelihatan sangat normal dan sihat. Rasanya kalau Adib tengok dia
macam ni, lelaki itu pun pasti akan terkejut.
Walaupun wajahnya
masih ketat dan beku namun riak gelisah dan resah tidak terpamir lagi di situ.
Mungkin benar, aku adalah 'safe person' untuk Tuan Faleeq. Cuma biasalah, dia
tu terlalu ego untuk mengaku yang dia memerlukan aku.
"Hanya Thalia
aje yang boleh bantu dia untuk sembuh di samping rawatan dari doktor.."
Kata-kata Datin Sofia membuatkan aku kelam-kabut mengalihkan pandangan ketika
ini. Aduhai..kantoi pula aku lebih-lebih tenung anaknya!
"Saya sendiri
baru perasan yang dia tidak langsung terkena serangan panik sepanjang berada di
sini." Luahku dengan jujur. Sumpah, aku juga tumpang gembira dengan
perubahan lelaki itu.
"Thalia..untuk
pertama kali apabila berada kali di luar rumah, mama nampak Faleeq normal dan
sihat seperti dulu." Luah Datin Sofia dengan perasaan yang terharu. Tangan
aku digenggam kemas oleh wanita ini.
"Mama merayu
dengan Thalia..tolonglah terima Faleeq sayang. Mama yakin dia akan jadi suami
yang baik untuk Thalia.." Rayu Datin Sofia untuk kesekian kalinya. Tidak
ada suara yang mampu keluar dari bibirku.Air mata mengalir deras menuruni
pipinya.
Cepat-cepat dia menyeka dengan jemarinya yang runcing. Aku dan Cik Yam
benar-benar bersimpati dengan Datin Sofia saat ini. Cik Yam terus menoleh ke
arahku.
"Thalia..Cik
Yam bukanlah nak campur urusan kamu. Cuma, kalau tanya pendapat Cik Yam lah
kan..Cik Yam rasa
kamu dan Faleeq tu memang sepadan. Dia nampak baik, bila masuk waktu
aje terus
solat..hormatkan orang tua pulak tu. Dia hormatkan ayah kamu..boleh bersembang
bergelak ketawa dengan ayah kamu..dia tak kekok masuk keluar rumah ni walaupun
rumah kita ni rumah kampung aje.." Amboiii melambung pulak Cik Yam memuji.
Masalahnya kami sama-sama tidak begitu mengenali diri masing-masing. Nak kahwin
macam mana kalau tengok wajahnya pun jantung ni dah buat hal! Tu belum lagi
masuk bab berlawan cakap lagi. Aduh..Tuan Faleeq, kenapalah penyakit awak ni
pilih saya sebagai penawar? Pilihlah
Hanee! Dia sukakan Tuan Faleeq! Bisikku di dalam hati.
"Thalia..selain
menerima kamu seadanya, seseorang yang kamu nak jadikan suami tu harus terima
keluarga kamu juga. Barulah aman rumah tangga.." Luah Cik Yam lagi.
Tak dapat ditahan anak mata ni merayap lagi
pada lelaki yang sedang berada di bawah pokok rambutan itu. Walaupun dia tak
banyak bercakap, namun wajahnya mampu untuk tersenyum. Siap kopek buah rambutan
lagi. Apabila dia melangkah ke mari semula, aku terus larikan anak mata ke arah
Datin Sofia.
"He seems a lot
normal now, right?" Soal Datin Sofia untuk kesekian kalinya. Dia nampak
sangat gembira sehingga tidak percaya yang Tuan Faleeq nampak normal.
"Yeah..Tuan
Faleeq nampak sangat normal. Dia nampak seperti dulu..seperti sebelum kejadian
kebakaran tu berlaku.." Luahku perlahan, juga untuk kesekian kalinya.
Otak dan hati mula
berkomunikasi saat ini. Kalau aku ingin membantunya, aku sepatutnya menerima
lamaran ini. Ingat Thalia, dia pernah membantu kau dulu. Tak pernah sekalipun
dia ungkit tentang duit berbelas ribu yang aku pinjam tu. Never. Malah dia tak
mahu aku membayarnya pun. Selfish lah aku kalau sampai begini Datin Sofia
merayu aku masih tidak mahu menolongnya.
Lagipun, lelaki itu
benar-benar perlukan aku di saat ini walaupun dia tak pernah mengakuinya.
Thalia, semasa kau susah dulu, mudah sangat dia tawarkan bantuan. Tapi, kenapa
semasa dia susah dan memerlukan pertolongan kau, Datin Sofia terpaksa merayu
sampai sebegini?
"Datin Sofia..I
barely know your son. Saya tak kenal dia..saya rasa janggal bila bersama dia.
Rasa aneh. Rasa
canggung sangat-sangat. Sebab dalam kepala dah set yang dia adalah boss besar
tempat saya bekerja..bagaimana seorang budak latihan praktikal macam saya nak
berkahwin dengan boss besar?" Aku meluah lagi isu yang terbuku di hati.
"Thalia..bukan
semua yang kenal luar dan dalam bertahun-tahun tu kekal sampai akhir hayat dan
bukan semua yang tak
pernah mengenali tu tak akan bahagia bersama. Jodoh bukan pada berapa
tahun dan berapa
dalam kita kenal seseorang itu.." Ujar Datin Sofia dengan
bersungguh-sungguh. Cik Yam terus menyampuk.
"Thalia..Cik
Yam dan bekas suami kenal dari kecil. Sekampung. Bercinta bukan main lama,
bercerai jugak. Thalia pun tahu kan kisah tu?" Soalan Cik Yam aku jawab
dengan anggukan perlahan.
Lambat-lambat hati
aku mula mengakui kata-kata Datin Sofia dan Cik Yam. Ya, betul kau tak kenal
dia..tapi apa jaminannya perkahwinan kau akan kekal sekiranya kau bernikah
dengan orang yang kau kenali dari kecil?
Bukankah jodoh di tangan Allah? Kenal sepuluh tahun pun belum tentu kekal kalau
dah namanya tidak ada jodoh.
Mungkinkah ini jodoh yang dihantar Allah untuk
aku? Kedua-dua belah tangan meraup wajah saat ini. Ya Allah benarkah keputusan
yang aku buat ni? Tangan kuleraikan saat ini. Anak mataku bertemu dengan anak
mata lelaki yang sedang melangkah ke mari itu. Dia kemudiannya masuk ke dalam
rumah.
"Thalia, jadi
menantu mama ya?" Soal Datin Sofia dengan bersungguh-sungguh. Aku menarik
nafas dalam-dalam. Kegusaran hati aku luahkan saat ini.
"Thalia takut
kalau Thalia tak cukup sempurna untuk Tuan Faleeq.." Luahku dengan jujur.
Lega sikit apabila dapat memuntahkan serba sedikit kerunsingan di dalam kepala.
Datin Sofia menggelengkan kepalanya.
"No sayang..
mama yakin, Thalia cukup sempurna untuk Faleeq. Mungkin Thalia dan Faleeq akan
ambil sedikit masa untuk mengenali hati budi masing-masing tetapi percayalah,
Faleeq akan cintai Thalia sepenuh hatinya." Ujar wanita ini dengan
bersungguh-sungguh. Aku hanya diam dan cuba menghadamkan apa yang baru aku
dengar itu.
"Thalia..maaflah
kalau Cik Yam mencelah. Sebenarnya kan, mahu tak mahu, satu hari nanti Thalia
perlu juga fikir tentang kehidupan berkeluarga. Akan ada lelaki yang akan hadir
dalam hidup Thalia. Kalau kesempurnaan yang kita cari, maka kita tak akan
bahagia, nak..percayalah." Luah Cik Yam sedikit emosi pula. Mungkin dia
teringat kisah silamnya dengan bekas suami agaknya.
"Ketika Allah
hantarkan seseorang pada kamu, Allah tak akan berikan seseorang yang sempurna
sebab kamu pun tak sempurna nak. Mana ada manusia yang sempurna? Takde
kan..tapi, ketidaksempurnaan kamu akan dilengkapi oleh pasangan kamu dan
ketidaksempurnaan
pasangan kamu pula akan dilengkapi oleh kamu. Apabila kamu berdua
saling
melengkapi..maka, sebuah perhubungan yang sangat sempurna akan tercipta dari
situ.
Percayalah cakap Cik Yam ni." Panjang
lebar Cik Yam bersuara. Diam-diam aku bersetuju dengan apa yang dikatakan
wanita ini.
"That's true
Thalia.. a perfect marriage is actually two imperfect people who refuse to give
up on each other, sayang.." Sokong Datin Sofia pula. Memang benar,
perkahwinan itu adalah saling melengkapi.
"Thalia tak
perlu jadi sempurna. Faleeq juga tak perlu jadi sempurna. Thalia dan Faleeq
cuma perlu saling melengkapi untuk mencapai kesempurnaan dalam perkahwinan
nanti.." Luah Datin Sofia. Tanpa sedar aku menganggukkan kepala saat ini,
mengiyakan apa yang Datin Sofia cakapkan itu.
"Thalia..apa
maksudnya anggukan tu? Cik Yam yang berdebar ni."
Tersentak aku
jadinya. Mulalah berbahang rasa wajah. Malunya!
Aduhhh..anggukan aku tanda bersetuju
dengan konsep saling melengkapi untuk mewujudkan kesempurnaan. Itu aje.
Wajah Cik Yam dan
Datin Sofia aku pandang silih berganti.
"Thalia, terima
Faleeq ya?" Pujuk Datin Sofia dengan sangat berharap. Sungguh lidahku
kelu. Hanya debaran sahaja yang sedang melanda jiwa. Entah bagaimana aku nekad
untuk membantu Tuan Faleeq dan bersetuju untuk menerima lamaran Datin Sofia.
Perlahan aku menganggukkan kepala. Kemudian aku terus bangun gara-gara terlalu
malu.
"Alhamdulillah
syukur.." Datin Sofia terus memeluk aku.
"Alhamdulillah
Thalia..Cik Yam tumpang gembira dengan keputusan kamu ni.." Cik Yam juga
turut sama berdiri dan mendekati aku.
Apabila pelukan
dileraikan, tergamam aku jadinya apabila lelaki itu sedang merenung dari
beranda. Jantungku mulalah berdegup dengan sangat kencang.
"S..s..saya ke
rumah Intan kejap ya..nak ambil buku yang saya pinjamkan kepadanya tempoh
hari." Kelam-kabut aku berkata begitu dan terus kalut menghayunkan langkah
ke rumah Intan, jiran belakang rumah.
"Malulah tu..gugup
pun ye jugak.."Kedengaran suara Cik Yam berbisik di belakang sana.
Ketawa besar jadinya
dua wanita itu melihat kekalutan aku. Erghh..macam mana aku nak
berhadapan dengan
Tuan Faleeq lepas ni? Resahnya!
"Alhamdulillah
syukur..Ya Allah. Kau perkenankan juga doa aku dan suamiku. Terima kasih Ya
Allah.."
Kedengaran juga suara Datin Sofia mengucapkan syukur.
Aku pula terus
menonong laju menuju ke arah rumah jiran
belakang rumah. Biarlah aku sembunyi di rumah Intan dulu sehingga perasaan
kalut aku ni reda. Ya Allah..benarkah keputusan yang aku buat itu? Tuan Faleeq,
healing you is my priority too, now. Bisikku di dalam hati. Bolehkah Tuan
Faleeq sembuh dengan adanya aku di sisi? Tuan Faleeq, sekiranya kita berkahwin
nanti, akan tertakdirkah kita untuk jatuh cinta walaupun kita sama-sama rela
dalam terpaksa?
***
"Dee..aku
sebenarnya ada rahsia nak beritahu kau." Dengan teragak-agak aku memulakan
bicara. Didee yang baru menghempaskan tubuh ke atas sofa itu mengerling ke mari
sesaat.
"Rahsia
apa?" Soalnya dengan acuh tak acuh.
Alat kawalan jauh
dicapai dan dia kemudian menghidupkan televisyen. Kemudian, dia menanggalkan
tudung di kepalanya.
Memang kebiasaannya
begini. Apabila sampai rumah, kami akan melepaskan lelah seketika di ruang tamu
sebelum masuk ke dalam bilik masing-masing untuk membersihkan diri dan
sebagainya.
"Dee, aku dah
bertunang semalam." Luahku dengan sangat perlahan. Tudung di kepala aku
buka saat ini. Didee pula terus mematikan televisyen yang menyala. Anak matanya
merenung ke mari dengan wajah yang sangat blur.
"Kau cakap apa
tadi?" Soalnya sambil mengecilkan anak mata.
Eh, sejak bila Didee
ada masalah dengan pendengarannya ni? Aku terus menarik nafas dalam-dalam. Kemudian
aku bersuara sekali lagi dengan sedikit kuat.
"Aku dah
bertunang dengan Tuan Faleeq, Dee. Semalam."
Anak mata Didee
buntang merenung ke arahku.
"Whattt?! Biar
betul, Thaliaaa?"
Bingit! Suaranya
yang nyaring itu mampu membuatkan sistem pendengaran aku berdengung! Kedua-dua
belah tangan menutup telinga saat ini. Dah aku agak ini reaksinya. Gadis yang
berkemeja biru itu terus meloncat turun dari atas sofa.
"Betullah.."
Luahku dengan kepala yang makin berserabut. Dia merenung ke arahku dalam-dalam.
Kemudian, dia terus melabuhkan duduk di sebelahku pula.
"Maksudnya kau
sekarang secara rasminya dah jadi tunang oranglah ni?" Soalnya dengan mata
yang bersinar. Lambat-lambat aku menganggukkan kepala.
"Dah tu..tunang
orang la..takkan tunang beruang pulak!" Balasku perlahan. Didee terus
ketawa lucu. Terus ditariknya aku ke dalam pelukannya.
"Ya Allah!
Tahniah Thaliaaa!! Aku tumpang gembira..moga selamat ke jinjang pelamin
ya!" Ucapnya di telingaku. Pelukan semakin dieratkan untuk seketika
sebelum dia melepaskan tubuhku semula. Terharu sebenarnya mendengar ucapan doa
ikhlas dari Didee itu namun entah kenapa hati aku masih lagi gelisah.
"Tapi, aku
masih blank lagi..." Ucapku dengan suara yang sedikit resah.
Didee pandang aku
dengan riak pelik di wajah. Kemudian, kepalanya ditelengkan sedikit. Nafas
berat dihela sebelum gadis yang memakai tudung kelabu ini bersuara.
"Ha..kau jangan
beritahu aku yang kau tak pasti dengan keputusan yang kau buat ni pulak."
Ingatnya sedikit tegas. Aku hanya mampu mendiamkan diri sejenak. Tidak,
bukannya aku tak pasti dengan keputusan yang aku buat cuma aku masih rasa
janggal. Rasa lain macam!
"Bukan tak
pastilah. Bukan! Cuma aku tak tahu macam mana nak anggap Tuan Faleeq tu sebagai
tunang aku." Luahku dengan perlahan sambil memintal bahagian
hujung tudung.
"Faham
tak?" Soalku dengan wajah memohon pengertian. Bibir Didee mula mengukir
senyuman. Jari telunjuknya mencuit bahuku.
"Oh..kau
kekoklah ni?" Soalnya sambil tersengih-sengih. Aku meraupkan wajah untuk
seketika.
"Hmm..aku rasa
janggal.." Gumamku dengan wajah yang berkerut seribu.
"Kau tahu,
nasib baik hari ini Tuan Faleeq tak cari aku. Aku memang tak boleh dan tak tahu
macam mana nak berhadapan dengan dia dah sekarang ni." Segala gemuruh hati
aku luahkan pada Didee. Kepala kusandarkan dengan lemah pada sofa. Didee
terdiam seketika.
"Maksudnya
sejak bertunang dengan dia semalam, kau masih lagi tak berdepan dengan Tuan
Faleeq?" Soal Didee. Aku menggelengkan kepala.
"Tak.."
Luahku dengan bimbang. Aduh..bagaimana nak berhadapan? Sekarang ni, tak lihat
wajahnya pun aku dah rasa gemuruh semacam.
"Lawanya cincin
kau.." Didee terus mencapai tangan kananku. Cincin di jari diteleknya
dengan wajah yang berbunga-bunga.
"Datin Sofia
yang sarungkan ke jari aku semalam." Ujarku.
"Isk..tak
sangka betul secepat ini kau bertunang." Luah Didee.
"Aku pun tak
sangka Dee." Ucapku dengan jujur.
Didee hanya
menganggukkan kepalanya sahaja. Kemudian, dia mengerling ke mari lagi untuk
kesekian kalinya.
"Kau jangan
risau Thalia. Awal-awal memanglah janggal, kekok, gemuruh semua tu. Tapi, nanti
bila kau dah biasa dengan dia in syaa Allah semua rasa-rasa tu akan pergi. Yang
penting kau kenalah biasakan diri dengan tunang kau tu. Jangan lari-lari main
sembunyi-sembunyi macam
ni." Didee mula
menasihati aku. Mungkin dia juga risaukan keadaan aku ni agaknya.
"Macam manalah
aku nak biasakan diri dengan dia? Kau tahu kan bagaimana berbezanya
kedudukan aku ni
dengan dia tu? Tuan Faleeq tu CEO kat tempat aku buat latihan praktikal Aku ni
intern je kut, Dee." Luahku dengan sangat serabut. Didee aku lihat
berpeluk tubuh sambil menggelengkan kepala ke mari.
"Kau bayangkan
kalau kau kena kahwin dengan CEO Forby & Co. Haa..macam tu lah aku
rasa." Nyata kata-kata aku membuatkan Didee menjegilkan matanya ke mari.
Lengan aku ditampar
lembut saat ini. Ha, tahu pun marah!
"Kau gila? Boss
besar Forby & Co tempat aku buat internship tu dah ada dua bini. Tak
kuasalah aku nak jadi yang ketiga!" Luah Didee dengan wajah yang masam.
Geli hati pula aku lihat reaksi gadis ini. Tidaklah pula aku tahu boss besar
Forby sudah punya dua isteri!
"Esok kau pergi
seminar dengan siapa?" Soal Didee dengan tiba-tiba.
"Kau lah! Lagi
mau tanya!" Wajah aku kerutkan ke arahnya. Didee dah mula senyum-senyum.
Ha..mesti ada sesuatu dalam fikirannya!
"Hmm..Tuan
Faleeq pergi tak seminar tu?" Soalnya dengan penuh rasa ingin tahu. Ha, tu
satu lagi masalah! Aku menarik nafas dalam-dalam tika ini.
"Masa aku
dengar dia sembang dengan Dr. Aliff haritu..dia cakap dia pun akan pergi."
Luahku pada Didee. Bolehkah lelaki itu menghadiri seminar yang ramai orang tu?
"Ha! Sebut
tentang Dr. Aliff, dia tahu tak korang dah bertunang? Apa agaknya reaksi dia
ya?" Gadis ini mengusap dagunya dengan lembut. Macam sedang fikir masalah
negara pula gayanya tu.
"Entah. Tapi
pertunangan seeloknya dirahsiakan. Yang patut dihebohkan adalah pernikahan. Itu
memang kena beritahu kepada umum. Aku pernah dengar masa ceramah Ustazah Siti
di kampus dulu." Ucapku kepada Didee. Gadis ini hanya menganggukkan kepala
sahaja tanda faham.
"Kau tak nak
pergi Bayu Resort tu dengan tunang kau?" Soal Didee sambil mengangkat
kedua-dua belah keningnya. Tersentak aku jadinya. Isk! Tak pernah terlintas di
fikiran aku nak naik kereta dengan Tuan Faleeq!
"Kau buat lawak
ke apa? Nak berhadapan dengan dia pun aku tak selesa, kau nak suruh aku naik
kereta dengan dia ke Bayu Resort? Memang tak lah! Lagipun, kitorang baru
bertunanglah. Bukan dah bernikah tau." Ujarku sambil menggelengkan kepala.
Terkebil-kebil Didee memerhati ke
mari. Perlahan
kepala digelengkan sedikit.
"Ish..kalau
perempuan lain, dah berebut-rebut nak naik kereta dengan tunang kau tu kalau
ada peluang keemasan macam ni." Aku terus menepuk bahunya.
"Itu perempuan
lain, Dee..yang takde penyakit darah gemuruh dan tak gugup apabila berhadapan dengannya. Aku ni, jangankan nak naik kereta,
berfikir naik kereta dengan dia pun boleh buat
aku rasa nak pengsan
dah ni."
Luahku dengan rasa
gelisah yang semakin menjadi-jadi. Didee hanya mampu menggelengkan kepala
sahaja merenung ke mari.
"Kau ni kan..gugup
la..darah gemuruh la..kalau berlawan cakap, menjawab memang nombor satu jugak.
Melayang habis gugup kau tu!" Sempat lagi Didee bahasakan aku.
"Tak Didee..aku
memang gugup ni! Isk..malaslah bercakap dengan kau. Baik aku mandi!"
Sebaik sahaja berkata
begitu aku terus mencapai beg tangan dan bangun dari sofa dengan hati
yang kacau bilau.
***
Terima kasih kepada semua yang mengikuti cerita ini. In syaa Allah karya ini akan diterbitkan semasa PESTA BUKU ANTARABANGSA KUALA LUMPUR pada hujung APRIL 2018 nanti di bawah SUARA HATI PUBLICATION. Boleh dikatakan syarikat ini adalah pengganti KAKI NOVEL yang dah pun tutup. Semua staff dari editor sampai ke boss adalah staff Kaki Novel dan sangat berpengalaman :D Novel ini juga akan berada di kedai2 buku utama seluruh negara seperti POPULAR, MPH, SMO, HASANI, KINOKUNIYA dan lain-lain pada bulan May nanti :D
Tunggu teaser pulak okay..nanti Suri share tau :D atau mungkin juga akan sesekali muncul nanti bersama bab 26 B :D
Sekali lagi, terima kasih semua :D