BAB 19 A
Masuk-masuk
aje dalam unit kewangan, mulalah mata Pakcik Mat, Kak Has dan Mr. Cheong
tertumpu
padaku. Cepat-cepat aku bergerak ke arah kubikel. Kenapa agaknya ni?
Ha..ni mesti sebab bunga tu agaknya? Teka aku
di dalam hati.
"Thalia!"
Aku
terus menoleh ke arah Kak Has yang muncul bersama fail di tangannya.
"Siapa
yang kasi tu?" Soalnya sambil tersenyum-senyum.
"Entah. Saya pun pelik ni." Jawabku. Aku lihat Pakcik Mat yang baru
selesai menggunakan mesin fotostat juga sedang melangkah ke mari.
"Jangan-jangan
your secret admirer. Maklumlah, unit kita ni aje yang takde lelaki muda dan
bujang, tapi unit-unit lain tu ramai tau yang masih available!" Ujar Kak Has. Kedua-dua keningnya terjungkit
ke atas.
"Kalau
yang bujang tak apalah. Pakcik Mat takut kalau Thalia tersangkut dengan bujang
senang aje." Sampuk Pakcik Mat. Dia kemudiannya melangkah ke arah
kubikelnya.
Aku
juga turut sama tersenyum lucu. Ni bukan bujang senang..tapi ulat bulu yang
kasi ni! Aku berbicara dalam hati.
"Adib ada beritahu pensyarah Thalia datang ye tadi?" Soal Kak Has
yang manis berbaju hijau pastel di badan.
"A'ah..dia just tanya tentang apa yang saya belajar kat sini."
Ujarku. Kak Has mengangguk kecil.
"Thalia untung tau pensyarah Thalia tu kawan baik Tuan Faleeq."
Luahnya. Aku mengecilkan anak mata.
"Untung?"Erghh kenapa aku rasa macam rugi je!
"Tadi Tuan Faleeq call Kak Has..dia beritahu yang Thalia akan join meeting
bersama dia dan marketing unit sebentar lagi. Dia mahu Thalia join
event.."
Terpempan
jadinya aku. Aik, sekelip mata Tuan Faleeq dah beritahu Kak Has?Maksudnya dia
serius mahu aku join meeting tu nanti.
"Tuan
Faleeq tak pernah sebegini prihatin dengan pelajar praktikal sebelum ini. Kenal
nama mereka pun tak." Luah Kak Has dengan pelik.
"Oh ye ke.." Hanya itu sahaja yang mampu keluar dari mulutku.
"Best tau dapat join event. Tak lah terperap di pejabat aje. Banyak
pengalaman Thalia dapat kutip nanti." Sokong Kak Has. Aku hanya mampu
tersenyum tawar.
Best, memanglah best. Tapi, yang tak bestnya kalau aku
terpaksa jumpa dengan pengarah pemasaran, si ulat bulu tu!
"Harapnya
begitulah.." Itu sahaja yang mampu keluar dari mulutku. Anak mata merenung
ke arah bunga yang masih terletak cantik di atas kubikel. Tapi, betulkan Encik
Saif yang kasi aku bunga ni? Patutkah aku percayakan seratus peratus kata-kata
Shila tu?
BAB 20
Aku
melirik jam di tangan. Baru pukul 11 pagi. Meeting akan bermula sejam dari
sekarang tetapi Adib telah meminta aku datang ke tingkat 20 ni untuk
membantunya menyediakan bilik mesyuarat. Ada 10 kerusi semuanya yang Adib minta aku susun. Buku nota dan pen di tangan aku letakkan di
setiap tempat dengan pelbagai pertanyaan di dalam fikiranku. Lelaki itu sudah mampu
mempengerusikan mesyuarat ke? Aku hanya memerhati sahaja Adib yang sedang
membawa kotak berisi air mineral masuk ke mari.
Dulu, mati-mati aku ingatkan
dia hanyalah driver Tuan Faleeq aje. Tapi, hari ini baru aku tahu yang dia
sebenarnya adalah personal assistant atau dalam kata lain, pembantu peribadi lelaki
itu. Patutlah semua benda dia tahu.. Dari A sampai ke Z. Katanya, dia juga yang
akan mengambil minit mesyuarat sebentar lagi. Perlahan aku bergerak ke arah
lelaki berkemeja lengan pendek berwarna putih itu. Dia kulihat sedang
mengeluarkan botol-botol air mineral dari dalam kotak. Pantas aku
mendapatkannya saat ini.
"Adib..takpe..biar
saya aje yang buat." Ucapku sambil tersenyum namun dia terus menggelengkan
kepala.
"It's
okay Cik Thalia. Cik dah tolong lap meja, susun kerusi dan agihkan buku nota dan pen. Biar saya pula buat benda ni cuma.." Kata-kata mati di situ.
Pandangan dihalakan pada meja untuk seketika sebelum anak matanya kembali ke
wajahku. Ada sengihan di bibirnya.
"Cuma
apa Adib?"Aku menyoal.
"Cik
Thalia boleh tolong ambil kotak berisi marker pen tak? Saya tertinggal di bilik
Tuan Faleeq. Kat atas sofa tetamu." Ucapnya sambil menggarukan kepala.
Ha,
ni yang aku berat hati sikit. Tapi, nak membantah, aku ni cuma budak latihan
praktikal je.
"Okay..sekejap ya."
Nafas
aku tarik dalam-dalam dan aku mula melangkah ke arah pintu untuk keluar dari
bilik ini. Langkah kusambung menuju ke bilik pejabat lelaki itu yang terletak
di hujung sana. Tangan yang hendak
mengetuk pintu kaku seketika.
Berkerut dahiku saat ini. Kenapa macam riuh
sangat kat dalam sana tu? Macam dilanda taufan aje! Isk, tak jadilah nak ketuk
pintu. Aku terus bergerak menjauhi kawasan bilik ini tetapi kedengaran pintu
dibuka dari dalam. Serentak tu juga dapat aku dengar suara Dato' Firas dengan
jelas di muka pintu.Aku terus bergerak ke kaunter Kak Elis.
"Faleeq
harus juga pengerusi mesyuarat dengan Star Hypermarket tu sebentar lagi! Faham?!
Papa cabar Faleeq."
Tidak menengking tetapi tegas suaranya itu bergema
saat ini. Terus aku mencapai fail yang ada di atas kaunter dan berpura-pura
sibuk.
"Assalamualaikum
Dato' Firas.."Tegurku apabila lelaki itu
melintas di sini.
Dia hanya mengerling sekilas ke arahku.
"Waalaikumussalam." Ucapnya dengan wajah yang kusut dan terus
menonong pergi.
Hatiku tertanya-tanya sendiri saat ini. Apa yang telah terjadi? Dari gaya
lelaki itu rasanya dia seperti memaksa
Tuan Faleeq untuk masuk ke dalam meeting sebentar lagi.Aku menghela nafas
berat. Kalaulah Datin Sofia tahu pasti dia cemas. Kenapalah Dato' Firas tak pernah
cuba untuk memahami Tuan Faleeq?
Langkah
kaki kuaturkan menuju ke bilik CEO muda itu semula. Ops, nampaknya pintu
terbuka sedikit. Aku terus menjengukkan kepala.
Lelaki itu sedang berdiri betul-betul di hadapan dinding pejabat sambil
merenung jauh ke luar dinding kaca tersebut. Kedua-dua belah tangannya meraup
wajah dan kemudian dia sambung termenung lagi. Pantas aku mengetuk pintu.
Knock!
Knock!
Aku
lihat dia terus palingkan tubuh dan memandang ke mari. Tajam panahan matanya
saat ini. Pantas aku bersuara.
"Sorry,
pintu ni memang renggang pun. Bukan saya yang buka. Sumpah!" Ucapku dengan
kalut.
"Apa
kau nak?" Soalnya acuh tak acuh.
Aku lihat dia sudah mula bergerak ke arah
meja kerjanya. Punggung dilabuhkan di atas kerusi. Aku pula terus masuk dan pintu
kututup dengan rapat.
"Adib
minta saya ambilkan kotak berisi marker pen. Katanya dia tertinggal di atas
sofa." Ujarku seraya melangkah ke arah sofa di sebelah kiri bilik ini.
Lelaki
itu tidak mengendahkan langsung apa yang aku katakan. Ha! Jumpa pun kotak
marker ni. Nampaknya kotak tersebut sememangnya berada di sini. Pantas aku
mencapainya. Dari sini aku mencuri pandang ke arah lelaki yang segak dengan
suit kerja berwarna hitam di tubuh. Seperti biasa, dia kelihatan sangat elegan dan berkarisma tetapi kenapa wajahnya nampak sangat suram dan letih? Perlahan
aku bergerak ke arah mejanya.
"Tuan
Faleeq! Saya dah jumpa kotak marker pen ni." Ucapku. Isk, niat di hati nak
tanya dia okay ke tak tetapi macam pelik pulak.
Dia juga tidak langsung mengerling ke mari.
Anak mata hanya difokuskan ke arah fail di tangan dengan wajah yang sangat
gelisah. Sedih kan kalau bapa sendiri pun tak mahu faham keadaan anaknya? Pasti
fikirannyasedang berat memikirkan bagaimana kalau dia tiba-tiba diserang panik
semasa mesyuarat nanti. Aku memberanikan diri bersuara lagi.
"Tuan
Faleeq..all the best untuk meeting kejap lagi. Tuan Faleeq bertuah tau hari
ni." Aku cuba untuk memancing perhatiannya.
Sumpah apabila dia diam begini
aku pula yang risau. Maklumlah, kalau selalu lancang aje mulut tu nak bertekak
dengan aku. Lambat-lambat dia angkat juga wajah dengan dahi yang berkerut.
Nyata wajah kacak itu diselubungi kegelisahan saat ini.
"Apa yang kau mengarut ni?" Soalnya acuh tak acuh.
"Saya cakap, Tuan Faleeq bertuah sebab saya join meeting nanti dan ini
meeting pertama saya. Jadi, memang saya akan ingat sampai bila-bila. Sebelum ni,
sempat join meeting persatuan kat kampus je." Aku bersuara dengan riang.
Harapnya dapatlah meredakan kekusutan di dalam
kepalanya. Tapi, dia langsung tak bersuara. Aku tahu dia sudah mula resah
memikirkan apa yang akan berlaku sebentar lagi. Aku perlu alihkan perhatiannya ni. Kaki melangkah supaya aku
berada lebih dekat dengan mejanya. Anak mataku merenung dengan sedikit dalam
wajah kacak di hadapanku.
"Don't worry. Allah sentiasa ada bersama hambaNya tau. Yang penting Tuan
Faleeq mesti kuat! Kalau Tuan Faleeq ada apa-apa masalah nanti, saya akan
tolong. Based on the previous incident, you know you can count on me. Saya ada
kuasa super woman tau!" Luahku lagi.
Lelaki ini kulihat mula memberikan
reaksi walaupun tak bersuara. Aku lihat dia merenung wajahku dalam-dalam saat
ini. Pen di tangannya diletakkan terus di atas fail.
"Fighting!!"
Ujarku dengan kuat.
Tanganku angkat tinggi saat ini dengan penuh semangat. Aku
lihat dia tergamam.Over sangat ke gaya aku kasi semangat ni?Aku menundukkan
wajah sedikit ke arahnya.
"Jangan
risau. Just do your best and I'll take care of the rest. Please trust me!"
Ucapku lagi sambil mengenyitkan sebelah mata.
Nyata
dia kulihat tersentak dan kemudian seperti terpana pulak. Aku sendiri pun pelik
bagaimana aku boleh seberani itu kenyit-kenyit mata pada lelaki ini.
Aduhh..Thalia,
apa yang kau dah buat? Kawasan wajah mulalah panas apabila dia merenung aku
begitu. Tambahan pula apabila Tuan Faleeq menjungkitkan sebelah keningnya ke
atas saat ini. Alamak..kenapa aku gatal-gatal kenyit pulak! Fail di atas meja ditutup
terus tetapi renungannya masih berada di wajahku. Pantas aku tersengih di dalam
debaran yang sudah mengisi ruang dada.
"Sa..saya
sebenarnya sakit mata. Saya keluar dulu ya." Kelam-kabut aku berkata
begitu dan meluru ke arah pintu bersama kotak marker pen di tangan. Aduh, niat
di hati nak kasi semangat je..tak sangka pula reaksinya sebegitu! Isk!
***
Aku
mengerling sekilas ke arah jam di tangan. Nampaknya keadaan bilik ini sudah
tersedia elok untuk mesyuarat yang akan berlangsung 30 minit
dari sekarang. Terngiang-ngiang arahan tegas yang Dato' Firas berikan kepada
Tuan Faleeq di muka pintu tadi. Entah kenapa aku terlebih simpati kepada lelaki
itu. Anak mataku kemudiannya berlari ke arah Adib yang sedang sibuk membaca
sesuatu di dalam fail di tangannya.
"Adib..saya
cuma nak tanya aje. Sumpah tau saya takde niat nak kepo." Luahku seraya
melabuhkan punggung di sebelahnya. Adib terus mengangkat wajahnya ke
arahku.
"Tanyalah. Apa dia?" Soalnya sambil menutup fail di tangan.
"Tuan Faleeq tu dah pernah masuk mesyuarat yang dihadiri oleh ramai orang ke sejak
sakit?" Soalku dengan sedikit cemas. Aku lihat Adib mengeluh dengan sangat
berat. Tangannya memicit kawasan dahi untuk seketika.
"Cik
Thalia..itu yang saya tengah pening sangat sekarang ni. Sudahlah tiga orang
daripadanya nanti adalah wakil dari Star Hypermarket. Maklumlah, event ni kan
kerjasama dengan mereka." Luahnya dengan risau.
"Saya
cuma takut Tuan Faleeq panik depan mereka aje. Lepas tu, bertepuk tanganlah
saingan kita di luar tu dan mulalah gosip yang bukan-bukan bertebaran nanti.Reputasinya
yang dijaga cemerlang itu pasti tercabar!" Keluhnya dengan wajah yang
gelisah. Aku terus menarik nafas dalam-dalam.
"Apa
kita nak buat ni?" Soalku dengan cemas.
"Sejak sakit, Tuan Faleeq tak pernah mempengerusi mesyuarat seramai ni. Well,
memang dia ada juga berjumpa client tetapi dalam kumpulan yang kecil
sahaja..paling ramai pun 3 orang dan
mereka datang ke sini untuk bertemunya sendiri. Satu lagi, Dato' Firas yang
menggantikan tempat Tuan Faleeq untuk hadiri mesyuarat dan sebagainya sejak 3
bulan yang lalu..namun akhir-akhir ini Dato' selalu pula menggesa dan menekan Tuan
Faleeq untuk bekerja seperti biasa. Dia seakan-akan terpukul apabila ramai yang
bertanyakan tentang keadaan anaknya tu. Maklumlah, Tuan Faleeq yang dulunya
extrovert dan aktif di luar tu dah tak tunjuk muka langsung di mana-mana
mesyuarat, majlis dan business events. Jadi, ramailah yang pelik dan
tertanya-tanya dengan keadaan ini.Dato' Firas pula takut sangat orang tahu anak
dia ada anxiety disorder." Panjang lebar dia bercerita sambil mengusap
dagu.
"Maksudnya
Dato' Firas seperti mahu buktikan kepada semua orang yang tidak ada apa-apa
yang berlaku pada anaknya dan anaknya itu sihat seperti sediakala?" Soalku
pada Adib. "Lebih kurang begitulah..tapi, Tuan Faleeq sendiri pun rasa
tercabar juga sebab itu dia nekad untuk masuk meeting hari ini.Ego vs reputasi
adalah isunya sekarang ni."
Adib
bersuara dengan sangat kusut.
"Dah
tu macam mana Adib? Bagaimana kalau Tuan Faleeq diserang panik nanti di hadapan
mereka? Betul, keadaannya semakin positif tetapi saya tahu dia belum sembuh
lagi. Saya tak rasa perkara ini bagus untuk reputasinya." Soalku pula.Nampaknya
aku yang cemas lebih ni.
"Walaupun saya ni PA dia, saya tak berani nak halang dia, Cik Thalia."
Luah
Adib sambil menggelengkan kepalanya
"Siapa
lagi yang tahu tentang keadaan Tuan Faleeq?" Soalku penuh rasa ingin tahu.
"Kebanyakan
ketua unit memang tahu Tuan Faleeq sakit cuma mereka tak tahu sakit apa.
Yang pasti, saya sudah diarahkan untuk
memberitahu semua ketua unit yang Tuan Faleeq sudah sihat." Adib bersuara
dengan sangat-sangat kesal. Dia terus bersandar dengan lemah pada kerusi.
Terlopong
jadinya aku saat ini. Parah..parah!
"Ha? Siapa yang arahkan?" Soalku dengan kelam-kabut.
"Dato'
Firas. Tuan Faleeq terpaksa bersetuju." Luah Adib. Aku hanya mampu
menggelengkan kepala sahaja.
"Honestly,
Dato' Firas yang menekan Tuan Faleeq sehingga dia jadi begini. Tuan Faleeq juga
seperti ingin meraih kepercayaan papanya kembali." Adib membuat
kesimpulan.
Tersentak
aku jadinya.
Maknanya, mesyuarat ini tidak lain dan tidak bukan akan menjadi
medan untuk Tuan Faleeq tunjuk kepada semua orang yang dia sebenarnya
sihat-sihat sahaja? Terdiam aku jadinya. Entah kenapa aku memang betul-betul
susah hati.
"Wow
Adib..I can't brain this! Dato' Firas tu papa Tuan Faleeq tau. Dia sepatutnya
menjadi orang yang paling memahami keadaan anaknya tu. Saya yakin kalau Dr. Harun
tahu, dia juga tak akan bersetuju dengan tidakan Dato' Firas.Ini akan
menyebabkan tuan Faleeq lebih tertekan dan tak mustahil keadaannya akan
bertambah teruk!" Luahku dengan penuh emosi. Kemudian, aku bersuara lagi.
"Bagi pihak Tuan Faleeq pula, sebenarnya, dia tak perlu tercabar dengan
sesiapa pun, Adib..dia cuma perlu fokus untuk sembuhkan dirinya tu dulu. Sakit
ni adalah ujian dari Allah buat kita, hambaNya ni. Sesiapa pun boleh ditimpa
apa-apa penyakit sekalipun dengan kehendak Allah."
Panjang lebar aku
bersuara.Adib aku lihat mengangguk setuju dan hanya mendengar sahaja. Teringat
pula kata-katanya Dr. Aliff semalam yang dia akan menyertai seminar tentang GST
Implementation di Bayu Resort tu nanti. Aku tahu egonya tercalar apabila Dr. Aliff seperti
menunjukkan simpati terhadapnya.
"Tak
semestinya seseorang itu sakit, dia tak bagus atau sudah tak berkebolehan lagi
atau tak macho..kenapa perlu takut ego tercalar atau rasa tercabar sedangkan
fokusnya perlu pada rawatan untuk menyembuh diri? Well Adib, everybody is
actually fighting their own battles anyway..cuma kita je yang tak tahu. Ujian
Allah tu lain-lain untuk setiap umatNya. Erghh..saya tak fahamlah!" Segala
yang terbuku di hati telah aku luahkan kepada Adib.
"Susah
nak cakap tentang perkara ni Cik Thalia. Tuan Faleeq tu bukan calang-calang
orang. Sebelum ni dia seorang yang sangat bersemangat dalam mengembangkan
perniagaan keluarganya ni..dia juga sangat fokus dalam apa jua bidang yang
diminatinya. Di padang golf pula dia adalah pesaing yang digeruni. He has
always been the winner. Apabila Dato' firas semakin menekan, Tuan Faleeq juga
seperti terpaksa tunjukkan yang dia masih berkebolehan. Dia cuma mahu tunjukkan
pada papanya dan pada semua orang yang dia tidak sakit dan masih orang yang
sama.." Ujar lelaki di hadapanku ini.
Aku
hanya mampu mendengar sahaja. Tiba-tiba ada sesuatu yang berlegar-legar dalam
fikiranku. Tapi, sangsi pula untuk aku kemukakan pada Adib. Persoalannya
Thalia, sanggupkah kau? Aku mula menyoal diriku. Akhirnya aku bersuara jugak.
"Adib, I have a plan." Ucapku sedikit teragak-agak.
Bulat
mata Adib merenung ke arahku saat ini.
***
Dia kulihat mencatatkan sesuatu dan terus bersuara lagi. Ada kalanya bibir
merah pucat itu menguntumkan senyuman segaris. Nyata mataku ini bagai dijampi
pula. Maklumlah, aku tak pernah lihat dia dalam keadaan seperti ini. Tak lekang
aku merenung ke arahnya. Ada debaran menyelimuti hati apabila matanya
mengerling seketika ke mari. Pantas aku tundukkan wajah.
"I
am glad to announce that Pesta Al-Hayyan event will take place at
20 selected Star hypermarket in central, northern, eastern and southern region
and will be held for 2 consecutive weeks..which is for 14 days. Please let us
know if you are convenience with it." Umum Tuan Faleeq kepada Mr. Tan,
wakil dari Star Hypermarket sambil membetulkan sedikit kedudukan kot hitamnya.
Lelaki berbangsa cina yang berkaca mata tebal itu mengangguk kecil dan kemudian
dia pula bersuara.
"Well
Tuan Faleeq, as I already told Encik
Saif last week, we have no problem about that and we are very happy to assist
you if your company need any help. So, can we know the list of the selected
hypermarket?" Soalnya kepada Tuan
Faleeq.
"Well,
please refer to Appendix A for more information about the selected
hypermarket." Ucap lelaki itu pula.
"Thank
You, Tuan Faleeq..we are really glad that we could collaborate again for this
upcoming event." Ujar Mr. Tan.
"So
Encik Saif, can you please brief us on the activities that will be held during
this event?" Soal Tuan faleeq kepada Encik Saif.
Lelaki yang memakai
kemeja lengan panjang berwarna merah berjalur putih itu terus bersuara saat
ini.
"Well, as we already know..event kali ini adalah untuk mempromosi produk
terbaru Al-Hayyan iaitu rempah dan perencah nasi arab dan juga kuah masak merah
ayam dan daging. Jadi, hasil perbincangan dengan Tuan Faleeq dan team saya
sendiri, kami bersetuju untuk mengadakan empat acara utama semasa event itu
nanti jika pihak Star Hypermarket bersetuju." Ujarnya. Encik Saif terus
menerangkan segala-galanya saat ini.
"Yang pertama adalah cooking demo
atau demonstrasi masakan. Jadi pelanggan yang hadir
boleh melihat sendiri bagaimana cara
untuk menyediakan makanan dengan menggunakan
produk terbaru kita dengan mudah dan
cepat."
Kesemua yang mendengar menganggukkan
kepala termasuklah aku. Walaupun dia ni ulat bulu tetapi kata Kak Has dia
sangat komited dengan kerjayanya. Suara Encik Saif bergema lagi saat ini.
"Yang kedua adalah product sampling, di mana pelanggan boleh merasa sendiri keenakan makanan yang dimasak dengan hanya menggunakan produk-produk dari Al-Hayyan.Yang ketiga adalah contest ataupun dalam bahasa melayunya, peraduan dan yang keempat adalah cabutan bertuah dan free gift!" Sambungnya lagi dengan penuh bersemangat.
"Apa pendapat Mr Tan, Encik Ismail dan Mr. Bala?" Soal Encik Saif sambil merenung ke arah ketiga-ketiga wakil dari Star Hypermarket yang duduk berhadapan dengannya itu.
"Sekejap ya, Encik Saif." Ucap
Mr. Tan. Ketiga-tiga mereka kulihat berbincang sesama sendiri dalam keadaan
berbisik saat ini.
Tak sengaja aku mengerling ke arah Tuan
Faleeq. Aik, dia ni panas ke apa? Hati aku mulalah tak sedap! Aku ni dah sejuk
sangat dengan penghawa dingin yang terpasang tu. Rasa macam kat kutub utara dah
ni. Kenapa pula wajahnya merah begitu? Aku lihat beberapa kali dia membetulkan
tali lehernya. Aduh..this is not a good situation, Thalia. Not good! Masalahnya
aku ni cepat kesiankan orang. Menyusahkan betullah! Dah tahu sakit, duduk je
lah diam-diam dalam pejabat tu! Ini tidak! Diam-diam geram aku jadinya dengan Dato'
Firas! Aku memerhati sekeliling. Nasib baik semua mata berada pada wajah
ketiga-tiga wakil dari Star dan tidak perasankan si CEO itu.
"Kami di pihak Star Hypermarket
tidak ada masalah sebab ini bukan kali pertama kita bekerjasama Tuan Faleeq.
Lagipun permintaan terhadap produk Al-Hayyan sangat tinggi terutama sekali untuk
segala jenis sos dan kicap serta perencah makanan. Tahniah kepada Al-Hayyan
kerana mengorak langkah dengan produk terbaru berupa rempah dan pes makanan
berkuah pula. Kami yakin, dua produk ini juga akan turut mendapat tempat di
hati rakyat Malaysia."
Suara Mr. Tan bagaikan masuk telinga
kiri dan keluar telinga kananku sahaja. Mata
aku berada pada wajah Tuan Faleeq sahaja. Apabila dia memejamkan mata sedikit
bersama wajah yang berkerut, aku tahu ada yang tak kena! Berderau darah dalam
badan. Kalau tadi rasa ada di kutub utara, sekarang dah rasa macam kat
padang pasir! Berpeluh-peluh aku jadinya
saat ini gara-gara cemas.
Adib ada pesan, kalau aku perasan ada yang tak
kena dengan Tuan Faleeq, ketuk pen di
atas meja. Terus aku mencapai pen dan aku ketuk sekali di atas meja sambil
merenung ke arah Adib. Adib terus membalas renunganku dan dengan cemas dia menoleh ke arah Tuan Faleeq. Pantas Adib
merenung kembali ke mari dengan wajah yang sangat-sangat resah!
"Betul tu..boleh dikatakan setiap rumah di Malaysia ini mempunyai sekurang-kurangnya satu produk Al-Hayyan." Suara Encik Ismail pula berkumandang namun aku dah terlalu cemas sangat ni untuk beri perhatian lanjut.
Adib menjungkitkan kedua-dua belah kening.
Aku pantas menganggukkan kepala
ke arah Adib. Tanda aku harus melakukan apa yang telah dirancang. Sanggupkah
kau Thalia? Sekali lagi aku menyoal diri. Namun apabila melihat Tuan Faleeq
mula menyentuh dadanya bersama nafas
yang sedikit tercungap-cungap, aku terus nekad!
"Arghhhhhhhhhh!"
Jeritku
dengan kuat secara tiba-tiba.
Tubuh aku rebahkan ke atas lantai saat
ini seolah-olah aku baru sahaja terjatuh dari kerusi. Jatuh dengan penuh gaya
dan sopan gitu. Sekelip mata aku berada di atas karpet kelabu ini dengan jantung
yang berdegup laju.
Isk, menjadi ke tak lakonan aku ni? Shila
yang duduk di sebelah kiriku dan Puan Normah, penolong pengarah unit pemasaran
yang duduk di sebelah kananku terus bangun dari kerusi dan meluru ke
arahku.Harapnya sempatlah Adib membawa Tuan Faleeq keluar sebelum ada yang
perasankan perubahan pada lelaki itu.
"Thalia..awak okay ke?" Soal
Shila dengan sangat cemas. Sekelip mata semua orang memenuhi ruangan ini. Terduduk
aku di atas karpet saat ini.
"Auchh..sakitnyaaaaaaa!
Auch!!" Aku mengaduh dengan
sangat-sangat kuat sambil berpura-pura menggosok kawasan buku lali yang
kononnya sangat sakit.
"Saya tak boleh bangun
Shila.." Tersekat-sekat aku bersuara. Entahlah dari siapa aku warisi bakat
berlakon. Kasihan pula melihat wajah cemas semua orang di sini.
"Shila, jom kita cuba angkat
dia..Miss Hema, Puan chew..please help. Takut kalau kakinya tu terseliuh aje.
Harapnya tidaklah.." Aku dengar Puan Normah yang bertudung biru sudah mula
memberikan arahan. Mereka akhirnya memapah aku untuk berdiri dan duduk semula
di atas kerusi saat ini. Aku juga memudahkan urusan mereka dengan meringankan
badan. Shila siap bukakan aku air lagi manakan Encik Saif dah jadi dayang dan tolong
kipaskan aku! Kalaulah mereka tahu aku hanya berpura-pura..aduh!
Aku
hanya merenung sahaja ke arah Adib yang tiba-tiba muncul di ruangan ini.Wakil
dari Star Hypermarket juga sibuk bertanyakan keadaan aku saat ini.
"How
are you feeling, miss?" Soal Mr. Bala dengan wajah simpati.
"Saya okay.." Aku mengangguk lemah
sahaja ke arah lelaki itu dan rakan-rakannya.
"Mr.
Tan..Encik Ismail..Mr. Bala.."
Suara Adib membuatkan semua mata merenung ke
arahnya.
Encik
Saif berhenti mengipas aku dengan fail di tangannya dan melangkah ke arah Adib.
Serius aku tengah tahan ketawa lihat
Encik Saif si ulat bulu jadi dayang istana tadi. Hamek kau! Suka sangat
menggatal kan!
"Yes
Encik Adib." Jawab Mr. Tan yang sudah bergerak ke arah muka pintu. Encik
Ismail juga melangkah merapati lelaki itu.
"Tuan
Faleeq terpaksa menjawab panggilan penting di dalam pejabatnya. Masih ada
apa-apa yang perlu dibincangkan atau tidak? Sekiranya tiada, Tuan Faleeq perlu
bersiap untuk menghadiri urgent meeting di KL sekejap lagi." Aku dapat
mendengar suara Adib dengan sangat jelas saat ini. Bagus Adib, skripnya juga
sebiji seperti yang aku rancangkan. Boleh jadi pelakon extra ni!
"Rasanya semua perkara penting telah dibincangkan sebentar tadi. Betul tak Encik Ismail? " Soal Mr. Tan kepada rakan sepejabatnya.
"Yes..betul. Kata sepakat pun telah dicapai. Kalau ada pun, yang remeh-temeh sahaja dan kami boleh berbincang dengan Encik Saif sahaja nanti. Tak begitu Encik Saif?" Soal Encik Ismail pula kepada Encik Saif yang turut sama berada kat depan tu. Pantas lelaki itu menganggukkan kepalanya.
"True. Rasanya hanya tinggal hal-hal kecil sahaja. Bolehlah kita makan
awal. Makanan dah tersedia kan Adib?" Suara Encik Saif membuatkan hampir
semua yang berada di dalam bilik ini ketawa kecil.
"Ya, Encik Saif..makanan semua dah ready. Boleh aje makan sekarang.
Jemputlah semua ya..jamu selera apa yang patut kat luar tu." Ujar Adib
bersama senyuman lebar. Maklumlah, plan menjadi! Aku terus mengangkat wajah ke
arah Shila dan Puan Normah.
"Shila..Puan
Normah..saya okay. Pergilah makan. Sekejap lagi saya datang."
Ujarku
bersama senyuman tawar di bibir. Orang sakit mana boleh sengih lebih-lebih!
"Saya ambilkan makanan untuk Thalia ya?" Soal Puan Normah yang sangat
keibuan ini.
"Eh,
takpe..saya boleh jalan.." Jawabku kelam-kabut. Alah, tak mahulah pula
sampai menyusahan diorang ni.
"Tak
payah..biar saya ambilkan untuk kamu." Tegas wanita bertudung biru ini.
Aku hanya mampu mengangguk lemah sahaja. Nak buat macam mana kan?
"Kesiannya dengan kau..aku ambilkan kau minuman ya?" Shila pula
bersuara. Nafas aku tarik dalam-dalam.
"Terima kasih Kak Normah..thanks Shila.." Itu sahaja yang mampu
keluar dari bibirku saat ini.
Nampaknya
bilik ini sudah kosong. Semua yang ada sudah pun berada di luar sana untuk
menjamu selera. Aku merenung kosong ke arah pintu. Apa khabar agaknya lelaki
itu? Terukkah serangan panik yang dialaminya tadi? Nasib baiklah di awal
perbincangan penyakitnya tu tak datang. Tudung di kepala aku betulkan
kedudukannya sambil menarik
nafas
dalam-dalam saat ini.
Apabila Adib muncul, aku terus merenung ke arahnya dengan
rasa
ingin tahu yang menggunung tinggi.
"Adib..ada
sesiapa nampak tak keadaan Tuan Faleeq tadi? Macam mana keadaannya?"
Bisikku
dengan perlahan apabila Adib mendekatiku. Aku lihat dia menoleh ke arah pintu
dulu untuk memastikan tidak ada sesiapa yang masuk. Kemudian dia bersuara.
"Takde siapa yang nampak tadi. Semuanya terkejut Cik Thalia jatuh kerusi.
Lawak gile cara Cik Thalia jatuh tadi!"Adib siap ketawa besar lagi. Aku mengetap
bibir. Melampau pula dia ni! Kemudian dia berbisik lagi.
"Tuan faleeq terkena serangan cuma yang bagusnya kata Dr. Harun, dia
memang berusaha untuk bertahan sungguh-sungguh hari ini dan mampu melambatkan
serangan tersebut. Datin Sofia dan Dr. Harun ada di dalam biliknya semenjak
tadi lagi rupa-rupanya untuk sesi therapy..terkejutlah mereka apabila tahu apa
yang terjadi." Cerita Adib lagi. Aku meraupkan wajah dengan kedua-dua
belah tangan.
"Tuan Faleeq..kenapa mesti pertahankan ego sehingga sanggup sakitkan diri?
Mesti Datin Sofia risau.." Bisikku dengan sangat perlahan. Renungan yang
Adib berikan kepada aku ketika ini benar-benar aneh.
"I
am just wondering..do you like him?" Bisiknya dengan sangat-sangat
perlahan.Tersentak jadinya aku. Pantas aku menggelengkan kepala.
"No!!
A..apa awak cakap ni Adib? Jangan merepeklah.." Bidasku geram. Adib
menggelengkan kepalanya tanda tidak percaya. Aku mulalah resah dan gelisah.
Kenapa dengan dia ni? Isk!
"Tapi..awak
sanggup buat begini untuk selamatkan air muka dan reputasi Tuan Faleeq..di
fikiran awak tu sentiasa ada Tuan Faleeq."Bisiknya. Aku mengangkat tangan
kanan tanda menyuruhnya berhenti bercakap yang bukan-bukan.
"Saya
cuma tak mahu keadaannya jadi lebih teruk aje. Apa yang akan dia rasa
kalau semua orang nampak dia dalam keadaan begitu tadi? Lagipun Datin Sofia
memang harapkan saya membantu anaknya tu..walaupun saya tidak tahu kenapa.
Mungkin sebab saya pernah selamatkan boss awak ketika kebakaran dulu agaknya!"Bersungguh-sungguh
aku berkata begitu dalam nada berbisik.
"Keadaannya
akan jadi lebih teruk, Adib kalau semua orang nampak dia kena serangan panik
tadi." Sambungku lagi. Perlahan lelaki di hadapanku ini menganggukkan
kepalanya, tanda setuju.
"He is lucky anyway..sebab Cik Thalia selalu ada di sisinya."
Bisiknya bersama senyuman sebelum melangkah pergi. Tak sempat aku nak cakap
apa-apa!
Tapi,
bila fikirkan balik, aku juga pelik bagaimana aku boleh lakukan perkara
sebegini semata-mata ingin menjaga imej lelaki itu di mata orang lain. Apa
penting sangat ke lelaki kacukan arab itu di mataku? Padahal dia tu bukan
sesiapa dengan aku. Atau sebab aku rasa terbeban dengan permintaan Datin Sofia
dan Dr. Harun untuk bantu lelaki itu? Mungkinkah kerana dia pernah tolong aku
dahulu aku jadi sebegini? Perlahan aku menggelengkan kepala. Tak
Thalia..jangan
risau. Ini bukan cinta..ini cuma kes nak balas budi! Tak ada salahnya pun. Aku
cuba meyakinkan diri yang sangat gelisah saat ini.
***
Aduh..memang
ramai betul pakcik bawang dan makcik bawang kat pejabat ni! Semalam, yang
nampak aku terjatuh adalah 9 orang kesemuanya. Tapi, sekelip mata, satu unit
kewangan dah tahu aku jatuh kerusi. Ramai yang bersimpati tapi ada juga yang
memerli. Ergh..malu tu memanglah malu tapi aku selamba aje. Ah, mereka saja nak
bermesra dengan akulah tu..itu yang seronok sangat mengusik. Tapi, itu semua
tak merungsingkan aku pun. Aku memang jenis yang tak peduli dengan apa orang
cakap. Lantakkan aje.
Sekarang
ni yang aku gelisah sangat adalah kenapa Tuan Faleeq ingin berjumpa dengan aku
pula? Aduh..stress pula bila fikir. Aku mengerling ke arah jam di tangan. Pukul
12 : 30 pm. Jangan-jangan dia nak minta aku belikan makanan agaknya? Pantas aku
memanjat tangga untuk naik ke atas. Sesampai sahaja di hadapan pintu kecemasan,
kakiku terus kaku. Mana tidaknya, kedengaran jelas suara orang berbual kat
dalam tu. Anak mata berada pada pintu rintangan api di hadapan mata.
Ah..patutlah..pintu renggang! Patutkah aku masuk? Baru berkira-kira nak menolak
daun pintu, tersentak aku jadinya mendengar bentakan kuat di dalam sana. Telinga
aku rapatkan pada celah pintu.
"What?? Mama..why didn't you discuss with me first before making any decision?" Tangan kanan menyentuh dada yang berdebar teruk gara-gara terlalu terkejut.
"Itu
bukan keputusan mama seorang tapi keputusan papa jugak." Suara garau milik
Dato' Firas bergema di dalam sana.
"But why her?" Soal Tuan Faleeq dengan sangat kuat. Apa kes ni?
"Why not?" Soal Dato' Firas dengan kuat. Oktaf suaranya naik berkali ganda dari tadi.
"This is the best for you, Faleeq. She is the most suitable candidate at
the moment." Ujar papa kepada lelaki itu lagi. Candidate? Calon? Calon
apa?
"Tapi, kenapa Faleeq kena kahwin?"
Tersentak
aku jadinya.
Otak mula mencerna semua maklumat yang diterima. Maknanya di sini,
papa dan mama Tuan Faleeq mahu lelaki ini berkahwin dengan calon [pilihan
mereka. Wajah Hanee terbayang di dalam fikiran saat ini. Dari segi rupa paras
dan status sosial, kedua-duanya memang sama cantik dan sama padan. Hati aku
mula berbisik.
"Faleeq..kamu sudah 28 tahun dan kami rasa kamu sudah matang untuk hidup
berkeluarga. Kamu boleh nafikan tetapi faktanya, dia adalah gadis yang paling
sesuai untk jadi isteri kamu." Panjang lebar Dato' Firas bersuara. Entah
kenapa, aku rasa sangat sayu untuk lelaki itu. Kenapa Dato' Firas sering
menekan Tuan Faleeq? Tidakkan keadaan ini akan menyebabkan keadaanya makin
teruk nanti?
"Look
papa..I am struggling with my illness!"
"Why
are you making things complicated for me by asking me to marry her?! Faleeq tak
mampulah nak fikir tentang cinta tentang kahwin di masa-masa macam ni! Faleeq
tak peduli. I do not want to get married! Final!" Luah lelaki itu seperti sedang memohon pengertian dari papanya.
"Hold your horses Faleeq! Calm down.." Datin Sofia pula bersuara.
"Kalau
betul pun Faleeq perlu berkahwin, why her, mama..why her?" Soal lelaki itu
berulang kali.
"Sayang..she is the right one for you. Papa dan
mama sukakan dia sebab dia boleh bantu dalam proses penyembuhan Faleeq.
Apabila Faleeq dengannya, Faleeq nampak lain..mungkin Faleeq tak nampak tapi
semua orang di sekeliling Faleeq boleh lihat perubahan tu.." Lembut suara
Datin Sofia memujuk. Lelaki itu tidak membantah..hanya mendengus kasar.
Aku
menarik nafas dalam-dalam saat ini. Kenapa aku pula yang diselubungi gelisah?
Bukan apa, aku rasa gadis seperti Hanee tidak sesuai dengan Tuan Faleeq yang
keadaannya buat masa ini tidak seperti lelaki lain. Hanee itu nampak sosial dan
outgoing orangnya manakala Tuan Faleeq pula masih cuba untuk menepis trauma dan
fobianya. Hanee terpaksa luangkan banyak masa dengan lelaki itu nanti untuk
beri semangat dan dengar segala keluhannya. Mampukah gadis yang nampak tidak
sukakan sesuatu yang membosankan itu bertahan dengan keadaan itu? Ah,
Thalia..dengan cinta semuanya tak mustahil. Maybe she loves him so much..kau
bukan kenal dia pun!Hati aku mula berkata-kata sendiri. Kedua-dua bahu
kujungkitkan saat ini.
"You
need her Faleeq. Dia adalah penawar kamu dan papa percaya kamu akan saling
melengkapi nanti." Akhirnya kedengaran suara Dato' Firas bergema. Kali ini
nadanya seperti ingin memujuk pula.
"Penawar apa ni papa? Penawar Faleeq adalah ubat dan therapy dan hanya
pakar sahaja yang boleh lakukan itu semua! Penawar apa yang papa cakap
ni?!" Tanpa aku duga Tuan Faleeq telah menengking papanya. Nyata dia
sangat tertekan saat ini. Terus Datin Sofia menegur dengan tegas.
"Faleeq..jangan
tengking papa macam tu!" Kemudian, dia menyambung kata-katanya tanpa
memberikan lelaki itu ruang untuk bersuara lagi.
"Dalam keadaan ini, you need someone
untuk jaga makan minum Faleeq nanti, untuk temankan Faleeq dan untuk
sentiasa ada di sisi Faleeq dan kami rasa dia yang paling sesuai. She is smart,
she has a good sense of humor..cantik, baik apa lagi yang kamu nak?" Soal
Datin Sofia.
"Faleeq tak perlukan seorang isteri mama..I can take care of myself."
Putusnya dengan berang.
"Oh yes..you need one, Faleeq sebab papa dan mama akan hantar Faleeq ke
Australia for 2 months. Remember Halal
Fest Event akan berlangsung tak lama lagi? Jadi, papa mahu Faleeq membantu team
kita di sana. Di samping tu Faleeq juga boleh melawat ladang tomato dan pantau kilang
sos di sana nanti." Dato' Firas bersuara dengan sangat tegas.
Perasaan
simpati untuk lelaki itu di dalam dada ini semakin membuatkan aku lemas
sendiri. This is a little too much for
someone who is struggling with anxiety disorder. Bisikku di dalam hati.
Perlukah Dato' firas buktikan sehingga ke tahap ini kepada semua orang yang
anaknya masih seperti dahulu sehingga mengorbankan perasaan Tuan Faleeq??
"Papa..Faleeq
tak faham kenapa Faleeq harus ke Australia.." Keluh lelaki itu. Nyata dia
terpempan dengan arahan papanya. Mungkin juga dia sudah tidak berdaya untuk
menengking lagi.
"Kerana
Faleeq diperlukan di sana. Simple." Ucap papanya. Aku mengusap lembut
kawasan dahi. Kusut kepala aku mendengar pertelingkahan anak beranak ni.
"Bukankah
Abang Fahmi yang uruskan segalanya di sana?"
Soal Tuan Faleeq. Siapa pula
Fahmy tu?Abang kandungnyakah?
"Dan
kamu boleh lepaskan tangan? Macam tu?" Bidas Dato' Firas pula. Dengusan
kasar kedengaran keluar dari bibir lelaki itu.
"Papa..sekarang
ni, segalanya..everything yang keluar dari mulut Faleeq memang salah di telinga
papa kan?" Soalnya dengan sangat sinis dan marah.
"So,
go on, stick to your guns! Buatlah apa yang papa dan mama suka. Jangan hiraukan
perasaan Faleeq. Cuma, tolonglah fikirkan perasaan perempuan tu. She is just
22."
Sarkastik dan penuh emosi sekali dia membentak saat ini.
Sebaik
sahaja berkata begitu, kedengaran seperti dia mencampakkan sesuatu ke atas
lantai. Mungkin buku atau fail tetapi aku pasti bukan benda kaca sebab tidak
ada deraian bunyi pecah dapat kukesan tika ini. Perlahan-lahan aku melangah
turun lagi dan masuk ke dalam pejabat tingkat 19 melalui pintu kecemasan di
sebelah kiriku.
Nafas
aku tarik dalam-dalam seraya melangkah ke arah lif. Kenapa perasaan aku terasa
sangat kosong saat ini? Hanee tu memang sukakan Tuan Faleeq. Tak mustahil juga
keadaan Tuan Faleeq akan semakin pulih apabila berteman nanti. Dr. Harun
sendiri bercerita tentang pesakit-pesakitnya yang lebih bersemangat untuk pulih
apabila jatuh cinta dan kahwin dengan orang yang sangat memahami.
Cuma,bolehkah
Hanee faham keadaan lelaki ini?
Bukan mudah..perlahan aku menggelengkan kepala.
Memang tak akan mudah! Baru sahaja ingin masuk ke dalam lif, pandangan mataku
bertemu dengan pandangan mata Dr. Aliff. Lelaki yang memakai kemeja putih hari
ini kulihat mengerling ke arah jam di tangannya sebelum merenung ke arahku
kembali dengan sangat serius. Mahu tidak mahu aku bersuara
juga.
"Assalamualaikum
Dr. Aliff." Ucapku. Dia kulihat menganggukkan kepala.
"Waalaikumussalam.
Petang nanti takde meeting kan?" Soalnya kepadaku. Perlahan aku menggelengkan
kepala.
"Takde,
Dr. Aliff."
"Pukul
berapa habis kerja?" Soalnya lagi.
"Erm..rasanya
hari ini pukul 6 sebab ada beberapa perkara yang harus diselesaikan dan saya
nak solat asar dulu sebelum keluar dari pejabat nanti." Ujarku dengan
jujur.
"Good!
I will pick you up at 6 pm." Ucapnya bersama senyuman segaris di
wajah. Mahu tak mahu aku menganggukkan
kepala juga saat ini.
Aduhh..memang
wrong timing betul la. Boleh pula dia muncul time-time aku kusut macam ni?!
Malang betul nasib aku! Tapi, cop! Dia akan jemput aku naik apa ni? Takkanlah aku nak bonceng
superbike dia kut? No way! Tak sedapnya hati ni!
***
Jumpa lagi di bab 22 :D
Terima kasih kepada semua yang sudi baca, sudi like dan sudi berikan komen untuk karya ini. Seperti biasa,semua komen boleh diberikan di facebook group : BILA SURI RYANA MENAIP.Terima kasih :D