Baca Bab 1 & 2 di sini :
https://queenlpermaisuri.blogspot.kr/2018/02/panahan-cinta-mr-agorafobia.html
Baca Bab 3 & 4 di sini :
Baca Bab 5, 5A dan 6 di sini :
Baca Bab 7 dan 7A di sini :
Baca Bab 8 & Bab 8 A di sini :
Baca Bab 8 B, Bab 9 & Bab 10 di sini :
Baca Bab 11 di sini :
Baca bab 12 & Bab 13 di sini :
Baca bab 15 & Bab 16 di sini :
NI BUKAN COVER SEBENAR TAU..PEMBACA YANG BUATKAN :) |
BAB 17
Beratnya
rasa kepala otak aku ni. Nampaknya rancangan televisyen yang sepatutnya
menghiburkanku tak mampu berbuat demikian saat ini. Anak mata hanya merenung
kosong ke arah bantal di atas riba. Sah lah aku dah masuk dalam kategori jiwa
kacau! Memang dah tak senang duduk ni.
Mana tidaknya, sebab aku lelaki itu hampir-hampir terkena serangan panik pagi
tadi.
Bagaimana dengan keadannya ya? Nasib baiklah dia cepat melarikan diri
dari kawasan taman tu. Kalau lelaki bertubuh tegap tu pengsan tadi? Ha, tak ke
haru? Aduh..aku mengeluh lagi.Agak-agaknya dia akan lancarkan perang dingin tak
dengan aku di pejabat isnin nanti? Aku menopang dagu sambil merenung ke arah Didee yang
sedang menonton televisyen.
"Dee..aku
tak sedap hati.." Luahku.
"Dah
kenapa pulak?"
Riak
pelik Didee tayang padaku. Bantal kecil dipeluknya dengan sedikit kemas.
"Kau
tahu kan kisah aku dengan Tuan Faleeq pagi tadi?" Soalku sambil menggaru
kepala yang tak gatal!
"Thalia..kisah
kau dengan Tuan Faleeq ni bukan baru bermula pagi tadi. Tapi, lama dulu lagi.
Sejak kau pengsan di kilang dia tu." Ucap Didee. Aku mulalah mengerutkan
wajah.
"Korang ni macam..berjodoh. Tau tak berjodoh? Ha..walaupun sorang lari ke
kutub utara, sorang lari ke kutub selatan pun, aku yakin korang akan terjumpa
juga somewhere in the middle. Fated to be together gitu.."
DHIA DHALILA [DIDEE] |
Tersenyum-senyum
dia bersuara. Mampu membuatkan aku menggigit bibir dengan geram.
"Ya
ampun! Apa yang kau mengarut ni, Dee? Tiba-tiba sampai bab jodoh pula?!" Omelku
dengan geram. Aku terus bangun dari sofa. Anak mata merenung tajam ke arah
gadis itu.
"What?
Fated to be together? Aku bukan cakap tentang jodohlah! Isk..sembang dengan kau
ni memang boleh buat aku darah tinggi!"Gerutuku dengan geram. Didee siap
ketawa lagi lihat reaksi aku.
"Lah..janganlah
marah. Kalau kau risau sangat keadaan Tuan Faleeq tu, pergilah hantar pasta
ke..tanya khabar ke..nama pun hidup berjiran. Takde salahnya berbuat baik
sesama jiran." Cadang gadis itu dengan
selamba.
Aku terdiam seketika. Ada betulnya juga kata-kata Didee tu. Daripada
aku serabut kat sini, baik aku pergi lihat sendiri keadannya. Tudung yang tersidai cantik di atas sofa aku capai dan aku sarungkan ke kepala.
"Pasta yang kita masak for lunch tadi masih ada lagi tak?" Soalku
yang sudah mula melangkah ke arah dapur.
"Ada
je.." Terdengar laungannya di belakang sana.
Sesampai
sahaja di dapur, aku terus menerpa ke arah meja makan.
Tudung saji aku angkat dan
aku bergerak ke arah kabinet untuk mencapai senduk dan mangkuk pula. Setelah
itu, aku menyenduk sebahagian pasta dan aku masukkan dengan cermat ke dalam
mangkuk kaca di hadapanku. Setelah menutupnya dengan sempurna, aku terus
melangkah keluar dari ruangan ini. Didee sudah mula bercekak pinggang.
"Oi..nak ke mana tu?" Soalnya yang kini muncul di ruangan ini. Mesti dia tak sangka aku betul-betul ikut cadangannya.
"Bawak diri!"
Sengaja
aku berkata begitu dan terus menonong ke arah
pintu. Didee aku tinggalkan
dengan riak pelik di wajahnya. Harapnya dengan kehadiran pasta ini dapatlah
menyejukkan sikit hati lelaki itu. Sambil-sambil itu dapatlah aku lihat
keadaannya. Tapi, beranikah aku untuk berhadapan dengannya sebentar lagi?Jangan
mangkuk terhempas ke lantai sudah! Mati aku dengan Didee nanti..maklumlah ini
kan mangkuk pemberian kakaknya, Kak Yaya yang dibeli dari luar negara dulu.
***
Kedua-dua
belah tangan memegang kemas mangkuk berisi pasta bersama dada yang sudah mula
berdebar teruk. Betul ke apa yang aku buat ni? Aduh, tadi aku berani. Kenapa
sekarang rasa takut pulak? Baik aku minta maaf. Kalau tak, pasti dia akan
bertambah bengang dengan aku. Lagipun aku
betul-betul nak tahu tentang keadaannya. Nafas aku tarik dalam-dalam dan
dengan teragak-agak, loceng pintu kutekan. Tak sampai seminit, daun pintu
dibuka dari dalam. Serentak dengan itu juga jantung sudah tidak harmoni
rentaknya. Tidak, bukan Tuan Faleeq yang berada di hadapanku tetapi Datin
Sofia. Rambutnya yang dipotong paras bahu benar-benar membuatkan wanita ini
nampak lebih muda dari usia sebenarnya.
"Assalamualaikum..Datin
Sofia.." Aku bersuara dengan senyuman sumbing di bibir.
"Waalaikumussalam.."
Ucapnya sambil tersenyum manis. Dia kemudiannya mengajakku masuk ke dalam.
"Come on in.." Pantas aku menggelengkan kepala.
"Tak pe lah..saya cuma nak hantar pasta ni aje." Ucapku sambil menghulurkan mangkuk berisi pasta di tangan.
"Thank you..Faleeq loves pasta." Ujar Datin Sofia sambil mencapai
mangkuk bersaiz sederhana besar dari tanganku.
"Er..Tuan Faleeq okay ke?" Teragak-agak aku bertanyakan soalan itu.
Datin Sofia menarik nafas dalam-dalam sebelum bersuara.
"Okay. Baru selesai berbual dengan Dr. Harun. He is in his room now.
" Jawab wanita yang anggun dengan blouse putih dan skirt labuh berwarna
biru muda di tubuh ini.
Aku
terus menganggukkan kepala.
"Owh.."
Hanya itu yang mampu keluar dari bibirku. Tak berani dah nak tanya
lebih-lebih.Takut Datin Sofia ingat aku nak tackle anaknya pula nanti.
"Thalia..
for the first time Faleeq berjaya tenangkan diri tanpa mengambil xanax.."
Ucapnya dengan gembira.
Bersinar mataku merenung ke arah Datin Sofia.
"Seriously?
Alhamdulillah! That's a really good news, Datin Sofia." Ujarku yang turut
sama menumpang gembira.
Bukan aku tak tahu bagaimana sedihnya perasaan wanita
ini dengan apa yang menimpa Tuan Faleeq. Tidak cukup dengan itu, Dato' Firas pula
seakan tidak begitu memahami.
"Masuklah dulu..I nak alihkan pasta ni ke dalam pinggan. Kemudian bolehlah
I pulangkan semula mangkuk you ni." Ucap Datin Sofia dengan lembut. Betul
juga, takkan aku nak tercongok tunggu mangkuk kat depan pintu?
"O..okay.."
Kepala kuanggukkan sedikit.Mahu tidak mahu, aku melangkah masuk juga ke dalam
rumah. Bau wangian yang selalu dipakai oleh lelaki itu benar-benar mendominasi
bahagian dalam kediamannya.
"Thalia
tunggu di ruang tamu ya?" Soalnya kepadaku.
Aku
pula hanya mampu menganggukkan kepala sahaja sambil melangkah ke ruang tamu
yang luas terbentang di hadapan sana. Rekaan dalamannya memang menarik. Sophisticated
and masculine! Bisik hatiku. Perlahan anak mata menjelajah ke seluruh pelusuk
ruang tamu kediaman mewah milik Tuan Faleeq. Kaki kemudiannya melangkah ke
sudut kanan ruang tamu. Ada sesuatu yang sangat unik. Bola-bola golf yang dijadikan
hiasan di atas rak di sudut ini benar-benar menarik perhatianku. Teringat kata
Adib yang lelaki ini suka main golf. Aku menarik nafas dalam-dalam..pasti dia
sedih kerana tidak dapat lagi melakukan aktiviti kegemarannya. Diam-diam semakin
membuak-buak simpatiku buat pemilik sepasang mata yang sangat menarik tersebut.
"Hey
hey!"
Nasib
baik aku tak terjelepuk kat atas carpet tebal ni! Dada kuurut sambil
memalingkan tubuh. Kaku aku jadinya saat ini. Buntang mata memerhati ke arah
tubuh tegap lelaki di hadapanku ini. Nasib tak pecah jantung. Pantas aku
menutup mata dengan kedua-dua belah tangan.Dia ni tak
reti pakai baju ke?
"What
are you doing here? In my house?" Soalnya dengan kasar. Semakin kemas
lekapan tangan pada mata.
"S..s.." Sumpah aku dah tak boleh keluarkan suara.
Mana
tidaknya, lelaki itu hanya mengenakan tracksuit sahaja. Di tangannya ada dumbbell. Selamba aje bersenam kat ruang tamu ni!
"Dah
kenapa dengan kau ni? Weirdo!" Bidasnya tidak puas hati.
"Faleeq..Thalia hantarkan pasta, your favourite food."
Mendengar
sahaja suara itu, aku terus meleraikan tangan yang menutup mata. Datin Sofia kulihat
mengerutkan wajah sebelum bersuara lagi.
"Alahai..lupa
pula nak ambil mangkuk." Ujarnya dan dia terus mengilangkan diri dari
ruangan ini.
Alamak..Datin..esok-esok
pun takpe mangkuk tu! Saya dah tak sabar nak keluar dari sini! Aku terus
melangkah laju tanpa memandang ke arah lelaki itu tetapi dengan selamba dia
bergerak ke mari dan menghalang laluanku. Jantung pula berdegup laju. Pantas aku melarikan anak mata ke arah lain.
"Hey hey! Look here! I am talking to you now." Bidasnya geram.
"Ala..cakap je la. Saya tak boleh pandang awak. Kecuali kalau awak pakai
baju." Balasku sambil merenung ke sebelah kanan ruang tamu ini.
"Ustazah kau tak ajar ke yang bahagian atas pusat sampai kepala aku ni
bukan aurat?" Soalnya sinis. Aku hanya mematungkan diri.
"Bukan
ustazah tak ajar, tapi saya yang tak selesa!" Teragak-agak aku bersuara.
Tanpa aku duga dia berbisik di telingaku.
"That's
not my business!" Sinis sekali kata-katanya itu. Pantas aku mengundur
selangkah ke belakang.
"What
are you doing here?" Soalnya dengan kasar.
"Saya
cuma hantar pasta.." Balasku.
"I don't like pasta and I don't like a nosy neighbour like you! Now, get
out!"
Amboi!
Menipu. Baru tadi Datin Sofia beritahu yang dia ni sukakan pasta! Mesti nak
sakitkan hati aku ni. Kata-katanya itu berjaya membuatkan aku menoleh ke
arahnya. Renungan tajam aku berikan kepada lelaki ini.
"Takpe
la kalau tak nak..saya hantar pasta tu untuk Datin Sofia." Ucapku dengan
sedikit sinis.
"Kau ni kan.."
Tak
sempat dia melengkapkan ayat, kedengaran suara ibunya bergema di ruangan ini.
Fuh..lega!
Pantas aku bergerak ke arah wanita itu.
"Thalia..thanks tau for the pasta." Ucap Datin Sofia sambil
menghulurkan mangkuk. Beg kertas berwarna putih juga diberikan kepadaku.
"Err...apa
ni Datin?" Anak mata berada pada beg kertas yang sudah berada di tanganku.
"Ada
cookies kat dalam tu. Hope you like it." Ujarnya.
"Owh
thank you..saya balik dulu Datin. Jumpa lagi ya..assalamualaikum."
Kelam-kabut
aku bersuara. Tak selesa jadinya apabila berada dalam ruang yang sama dengan
lelaki yang seksi seksa itu. Datin Sofia mengangguk kecil.
"Waalaikumussalam." Ucapnya kemudiannya.
Tidak
menunggu dengan lebih lama, aku terus
melangkah
laju menuju ke arah pintu. Datin Sofia juga turut menghantar
langkahku sehingga ke muka pintu. Isk, terus hilang kata-kata maaf yang mahu
aku luahkan kepada lelaki itu tadi gara-gara melihatnya begitu. Ternoda sudah penglihatan
aku yang suci murni ni! Bersama mangkuk kosong di tangan kanan dan beg kertas
berisi cookies pemberian Datin Sofia di tangan kiri aku melangkah ke arah
kediaman sementara aku dan Didee. Loceng pintu kutekan dengan jantung yang
semakin tenang degupannya. Sekelip mata pintu terkuak luas. Didee merenung ke arahku
sambil tersengih-sengih.
"Baru
balik berjumpa jodoh ke?" Soal Didee. Kaki terus meluru masuk ke dalam
rumah.
"Isk! Kau jangan nak macam-macam Didee. Mood aku kurang bagus ni."
Luahku dengan geram.
Kedengaran
tawa gadis itu berderai di belakang sana. Mangkuk dan beg kertas aku letakkan
di atas meja dapur dan aku melabuhkan punggung di atas kerusi. Didee yang juga
sudah berada di ruangan ini mengambil tempat di hadapanku.
"Thalia,
pagi tadi aku nampak Dr. Aliff ke
kediaman Tuan Faleeq. Masa tu kau turun dengan Tuan Faleeq ke taman."
Didee membuka bicara.
"Aku
tahu.."
Hanya
itu sahaja yang mampu keluar dari bibirku saat ini. Didee mencapai gelas dan
dia kemudiannya menuangkan air putih ke dalam gelas kaca tersebut.
Haaa
tu satu lagi hal! Terngiang-ngiang perbualan aku dan Dr. Aliff pagi tadi.
Bagaimana Dr. Aliff boleh tahu tentang aku? Tuan faleeq ke yang beritahu dia?
Aku mula memicit dahi dengan kasar.
"Dee...."
Anak mata merenung ke arah gadis yang bertocang satu itu.
"Apa??" Soalnya acuh tak acuh tanpa memandang ke mari. Nampaknya
majalah di hadapannya tu lebih menarik perhatian.
"Aku
peliklah..macam mana Dr. Aliff boleh tahu yang aku sibuk buat part-time cari
duit untuk bantu family sebelum ni?" Soalan yang berlegar di minda aku luahkan
pada Dee. Automatik dia memandang ke mari.
"Err..kenapa Thalia? Dr. Aliff marah kau ke?" Soalnya sedikit cemas
sambil menggigit bibir. Didee terus menutup majalah di atas meja.
Cawan air dicapai dan dihirup
sedikit air suam tersebut. Aku pula menarik
nafas dalam-dalam.
"Sebenarnya aku terserempak dengan Dr. Aliff pagi tadi." Aku mula
bercerita.
"Then?" Soalnya sambil mencapai balang berisi campuran kacang dan
buah-buahan kering.
"Dia ajak aku jumpa di Sky Garden kat tingkat 17 tu..dan dia minta maaf
dengan aku."
Didee
terus tersengih dengan lebar. Sejemput kecil kacang dimasukkan ke dalam mulut.Aik,
Didee tak terkejut pun?
"Haa okay la tu! Apahal serabut sangat ni? Patutnya kau happy je!"
Ujarnya sambil menggelengkan kepala ke arahku.
Tak jadi aku nak capai cawan di
atas meja. Wajah Didee aku pandang untuk seketika sebelum membuka mulut.
"Tak..aku
cuma pelik..Tuan Faleeq ke yang beritahu Dr. Aliff tentang aku?" Soalku
sedikit blur. Didee terus meraupkan wajah beberapa kali. Nampak wajahnya dah
macam ayam berak kapur pulak.
"Thalia..sebenarnya aku yang beritahu dia." Takut-takut dia bersuara.Bulat
mataku menjegil ke arahnya.
"Dee!!
Dah kenapa kau bagitahu dia??" Soalku sedikit tidak puas hati. Kalau boleh
aku tak mahu heboh-heboh tentang kisah hidup aku.
"Sabar..dengar dulu. Sebenarnya dah lamalah aku beritahu dia.Sebelum cuti
semester lagi. Aku buat macam tu sebab aku kasihankan kau. Bukankah masa tu kau
tengah kusut sebab Dr. Aliff tak benarkan kau buat praktikal di Al-Hayyan
Group?" Luahnya dengan bersungguh-sungguh. Gadis ini menyambung lagi
ceritanya.
"Jadi, hari terakhir kita di kampus hari tu, aku jumpa dengan dia dan
ceritakan semuanya." Ceritanya lagi.
Aku hanya diam sahaja saat ini.
Patutlah Dr. Aliff langsung tak halang aku untuk buat praktikal di Al-Hayyan.
Mungkin kerana dia simpati dengar kisah aku agaknya?Didee mengangkat kedua-dua
tangannya ke sisi kepala.
"Tapi,
kalau sebab perkara ni kau nak marahkan aku..aku betul-betul minta maaf. Aku
tak sengaja campur urusan kau.." Lirih pula nada suara yang keluar dari
mulut Didee.
Riak muram mula memonopoli wajahnya. Aku mengerling ke arah Didee.
"Tak
payahlah nak buat muka seposen." Gumamku perlahan. Sebenarnya, terharu
juga ada orang yang prihatin tentang aku seperti Didee ni.
"Anyway, thanks Dee..sebab risaukan aku. Thanks juga sebab ambil berat
tentang aku." Ucapku dengan ikhlas. Didee terus tersengih.
"Dah..tak payah pening-pening lagi! Kau chill je. Sekarang kau focus on
Tuan Faleeq. Ingat, kau dah janji dengan Datin Sofia untuk bantu anak dia
tu?" Soalnya sambil mengenyitkan mata. Haaa! Kemurungan aku jadinya!
"Sebut
tentang Datin Sofia, dia kasi cookies kat kita, Dee. Aku ingatkan Datin Sofia
tu sombong..rupanya baik sangat." Luahku pada Didee sambil mencapai beg
kertas yang masih terletak elok di atas meja.
"Datin
tu nampak tegas tapi betul cakap kau, baik sangat orangnya." Sokong Didee
sambil merenung ke arahku.
3
plastik jernih berisi cookies aku keluarkan saat ini. Nampak sangat
menyelerakan biskut-biskut ni! Bungkusannya pun comel sangat. Siap diikat
dengan riben lagi di bahagian atasnya. Aku membaca perisa yang tertera pada
bungkusan-bungkusan cookies ini. Ada macademia nuts, ada chocolate chips dan
ada juga pecan and raisins. Yummy!
"Makanlah
Dee." Pelawaku pada Didee. Benda-benda manis ni manalah larat nak habiskan
seorang diri.
Tangan
mencapai beg kertas. Niat di hati ingin melipatnya namun tersentak aku apabila
terpandangkan ke arah sampul putih yang berada di dalam beg kertas ini.
"Apa
pulak ni?" Soalku sambil mengeluarkan sampul tersebut. Memang tak sedap
hati sebab rasa macam berat jugak kandungan sampul ni. Bukan surat atau kertas
biasa! Didee hanya memerhati sahaja dengan riak suspense di wajah.
"Aku
cepat-cepat membuka sampul di tangan. Sekali lagi aku tergamam. Ada beberapa
ikatan duit RM 50 di dalam sampul ini. Terus aku menutupnya kembali.
"Apa
benda dalam tu? Bagitahu la cepat? Surat cinta ke? Suspense dah ni!" Gesa
Didee.
"Dee..ada
duit dalam sampul ni." Ucapku. Didee nampak terpempan jugak. Lambat-lambat
dia bersuara.
"Mungkin
Datin Sofia tak sedar agaknya dia letakkan sampul kat dalam tu.." Komen
Didee. Pantas aku menganggukkan kepala, tanda bersetuju dengan tekaannya.
"Takpe,
biar aku pulangkan." Ucapku dan aku mula bangun dari kerusi.
Tak
berani nak simpan duit orang lama-lama. Datin Sofia pasti risau dan
tercari-cari ke mana hilangnya sampul berisi duit ini.
BAB 18
Lega
rasanya hati apabila mengenangkan sampul berisi duit itu akan aku kembalikan
kepada pemiliknya sebentar lagi. Nak pulangkan semalam, Datin Sofia pula sudah
pulang ke rumahnya. Sudahnya dia menghantar sistem pesanan ringkas dan mengajak
aku berjumpanya di sini. Nasib baik semasa buka pintu Tuan Faleeq tu lengkap
berbaju!
Alunan
muzik dari genre bossa nova yang sangat menenangkan menjadi halwa telinga saat
aku melangkah masuk ke dalam kafe mewah ini. Konsep kafe yang agak classy
membuatkan aku rasa sedikit janggal pula. Anak mata meliar ke segenap kawasan
kafe sambil tercari-cari figura wanita yang selalu kelihatan anggun itu. Di
mana agaknya dia? Dari jauh kelihatan seorang wanita berhijab putih sedang melambaikan tangan sesaat kepadaku.
Nampaknya Datin Sofia memilih tempat duduk di sudut kiri kafe. Lebih privasi. Pantas
aku melangkah laju bersama blouse berwarna kelabu di tubuh yang aku padankan
dengan jeans biru.
"Assalamualaikum,
Datin Sofia." Ucapku kepada wanita yang kelihatan anggun berjubah ini.
"Waalaikumussalam."
Jawabnya.
"Duduklah,
Thalia." Jemputnya. Bersama senyuman manis aku pantas melabuhkan punggung
di atas kerusi. Lekas-lekas tangan membuka beg tangan.Sampul putih aku
keluarkan dengan cermat dan berhati-hati.
"Datin..ini
sampulnya yang termasuk sekali ke dalam beg kertas tempoh hari." Ucapku
sambil menghulurkan sampul di tangan kepadanya.
Datin
Sofia kulihat tersenyum ke mari bersama renungan yang sedikit aneh.
Lambat-lambat dia mencapai sampul di tanganku. Beg tangannya yang terdampar di
atas riba dibuka dan dia memasukkan sampul tersebut ke dalamnya.
"Thank
you." Ucapnya sepatah kepadaku. Bibirku menguntum senyuman.
"Don't
mention it, Datin.." Ujarku. Tangan dihulurkan seakan ingin berjabat
denganku pula. Makin pelik aku lihat telatahnya. Mahu tak mahu aku sambut juga
huluran tangannya.
"Congratulations
Thalia! You pass this test with flying colours!" Ucapnya seraya
menggenggam kemas lenganku. Tergamam aku jadinya. Test apa pula ni?
"Sebenarnya,
I sengaja masukkan sampul tu di dalam beg kertas tersebut tempoh hari. I just wanna see what
you are going to do about it." Luahnya dengan tenang. Sungguh
aku terkedu. Apakah? Mengapakah? Kenapakah? Terkebil-kebil aku merenung ke
arahnya. Aku lihat dia ketawa kecil.
"No..jangan
salah faham. Look, I tak kenal you dan ini cara I untuk mengenali you..I just
wanna find out what type of person you are.." Ucapnya lagi.
"Owh.." Sumpah aku tak marah cuma lidahku terkelu seribu bahasa aje.
Kenapa dia nak duga dan test-test aku pulak?
"Thalia, you terasa hati ke dengan I?" Soalnya dengan serius. Pantas
aku menggelengkan kepala.
"Eh..tak
tak.." Kelam-kabut aku bersuara. Senyuman kupamirkan di bibir.
"Cuma
saya tak tahu nak beri reaksi yang bagaimana." Jawabku dengan jujur. Datin
Sofia tersenyum dan dia kemudiannya melambaikan tangan pada seorang pelayan
yang lalu di sini.
"Waiter!"
Suara lembutnya bergema dengan perlahan.
"Yes?
Are you ready to order Datin Sofia?" Soal pelayan lelaki yang ramah
ini. Nampaknya Datin selalu datang ke sini. Menu di tangan dilihatnya sekali
lalu.
"Give
me one strawberry Matcha Roll Cake and a cup of hot
machiatto."
Pelayan di hadapan kami terus
mencatatkan pesanan Datin Sofia.
"And for you Thalia?" Tanya Datin Sofia. Kini sepasang mata milik lelaki itu memandang ke mari.
"Hot machiatto too for me." Ucapku kepada pelayan ini.
"Any
dessert?" Soalnya. Aku terus membelek menu di hadapan mata.
Semuanya manis-manis belaka.
"Erm..berry
pie."
Pelayan
itu terus tersenyum dan kemudian dia bersuara.
"Okay,
2 hot machioto, 1 strawberry matcha roll cake & 1 berry pie. Thank you."
Apabila
pelayan tadi menjauhi kami, Datin Sofia membuka bicara kembali.
"So,
apa yang Faleeq bualkan dengan you di taman tempoh hari?" Entah kenapa
dadaku mula berdetak sedikit laju dari normal apabila mendengar pertanyaan itu.
"Er..dia
marah saya selalu intai-intai dia. Dia tuduh saya sukakan dia." Luahku
dengan sangat perlahan. Ketawa kecil jadinya wanita ini.
"Betul you sukakan anak I?" Soalannya ini mampu membuatkan aku cemas.
Tidak mahu wanita ini salah sangka, pantas aku menggelengkan kepala.
"Eh..tak Datin. Jangan salah faham. Saya tak pernah sukakan anak Datin.
Saya takde niat langsung untuk tackle dia ke apa, Datin..saya cuma anggap Tuan
Faleeq sebagai majikan saya. Itu aje." Panjang lebar aku memberitahu hal
sebenarnya.
Datin Sofia masih lagi tersenyum. Dia mendekatkan sedikit wajahnya
ke arahku.
"Why are you so scared? Hmm?" Soalnya. Belum sempat aku menjawab, dia
menyambung kata-katanya lagi.
"I tak marah you.." Perlahan ayat itu keluar dari bibirnya.
Nyata
muzik jazz yang berkumandang sudah tidak mampu menenangkan aku.
"Apa salahnya kalau you sukakan anak I? Nothing wrong with it."
Ucapnya sambil menjungkitkan kedua-dua belah bahu. Terpempan aku jadinya. Isk,
Datin dah salah sangka ni.Memang aku akui dia kacak. Terlalu kacak sebenarnya.
Ada penampilan yang menarik dan gaya yang mempesonakan. Aku sedar dia siapa
maka aku tak pernah terfikir pun untuk melebih-lebih menyimpan perasaan
dengannya.
"Tak..honestly
Datin Sofia..saya tak pernah ada niat nak tackle Tuan Faleeq." Luahku
dengan bersungguh-sungguh.
"You sudah ada boyfriend?" Soalnya serius. Terkedu aku jadinya. Tak
sangka perbualan kami akan sampai ke tahap sebegini. Perlahan aku menggelengkan
kepala.
"Taklah..manalah
saya ada masa untuk itu semua. Sebenarnya Datin..saya bukanlah berasal dari
keluarga yang kaya raya. Ayah saya askar pencen dan saya mempunyai seorang adik
perempuan, Tira Amelia. Dia sedang menunggu tawaran untuk melanjutkan pelajaran
ke universiti."
Terpaksa aku menceritakan latar belakang keluargaku saat
ini. Aku tak pernah malu kerana berasal dari keluarga yang biasa-biasa seperti
ini.
"What about your mom?"
Soalan
ini membuatkan aku tersentak. Sejujurnya, aku sering mengelak apabila berbicara
tentang ibu. Namun, terpaksa juga aku membuka mulut kali ini.
"I..ibu saya dah lama meninggal." Luahku perlahan. Berubah terus riak
wajah wanita ini.
"Oh..I'm sorry Thalia. I tak bermaksud nak buat you sedih.." Luahnya dengan rasa bersalah pula. Pantas aku
menggelengkan kepala.
"No, it's okay Datin. Lama dah ibu saya meninggal. Masa saya sekolah
rendah. Tapi saya ada Cik Yam, jiran di kampung. Dia anggap saya dan Tira macam
anaknya sendiri."Ucapku bersama senyuman tawar di bibir. Hati, tolonglah
bertabah.
Sebolehnya aku sudah tak nak ingat kisah tu. Diam-diam aku memujuk
diri sendiri saat ini.
"It must have been hard for your dad to raise you and your sister
alone.."
Mendengar sahaja kata-kata Datin Sofia yang ini, aku sudah tidak
mampu menghalang air jernih yang perlahan mengisi ruang dalam mata. Pantas aku
melarikan pandangan ke arah minuman yang baru sampai. Sebaik sahaja pelayan itu
pergi, aku mengangkat wajah kembali.
"Yes..sebab tu saya hanya fokus kepada keluarga aje Datin Sofia.
Tambah-tambah selepas ayah membuat pembedahan jantung, saya yang menanggung
keluarga sebab ayah masih belum kuat untuk bekerja.." Luahku dengan
tenang.
Nampaknya, Datin Sofia sudah tahu segala-galanya tentang
keluargaku.
Perlahan dia menganggukkan kepala dengan pandangan penuh simpati.Aku lihat dia
mencapai cawan kopi dan dibawanya ke bibir. Aku juga turut sama melakukan hal
yang sama.
"Berkenaan
Faleeq, what do you think of him?" Soalan Datin ni semuanya kategori
soalan cepu mas! Boleh buat keadaan jantung aku tak stabil.
"Err..okay. Tu..Tuan Faleeq okay, Datin." Luahku.
Dah tu, takkan nak
kutuk anaknya tu kat sini pulak? Poyo! Beku! Kerek! Sombong! Angkuh! Kalaulah
aku boleh list down semuanya..
"Anak I tu okay-okay aje? Itu maksud you?" Soal Datin sambil
mengecilkan sedikit anak matanya. Aik, macam kecewa aje? Alamak..!
"Tak..maksud
saya, dia baik..pemurah..err.." Luahku dengan bersungguh-sungguh.Hilang terus
kata-kata cercaan di dalam kepala. Tapi, betul juga..sombong-sombong dia, aku
tak dapat nafikan dia dah bantu aku.Datin Sofia hanya ketawa melihat gelagatku.
"Taklah I tak marah you pun. Yeah..he is a bit cold. Hanee pun dah jenuh
tackle dia, taaak dapat-dapat jugak. Dulu I ingatkan Hanee yang lembab. Then
baru I tahu..rupa-rupanya Hanee is not his type." Luah Datin Sofia.
Kedua-dua bahunya dijungkitkan sedikit.
"You
rasa dia kacak?"
Adoi..makin
seram sejuk aku jadinya? Soalan apa ni? Aku terus ketawa kecil untuk menutup
keresahan di dalam hati. Belum sempat aku menjawab, Datin Sofia bersuara lagi.
"I have one important question to ask you.."
Dup!
Dap!
Dup!
Dap!
Bagai
aku boleh mendengar sendiri detak jantungku saat ini.
"What is it Datin?" Soalku
dengan serius.Datin juga tidak lagi sesantai tadi. Serius wajahnya merenung ke
mari.
"You betul-betul nak tolong Faleeq?"
Soalnya.
Oh..ingatkan
apa. Nafas lega aku hembuskan perlahan-lahan. Kepala kuanggukkan ke arah wanita
itu.
"Betul
Datin. Cuma saya tak tahu bagaimana cara untuk bantu dia sahaja.." Ucapku.
Bibirnya mengukir senyuman.
"Okay..I
hanya perlukan pengakuan you aje.That's all" Ujarnya dengan senang hati. Entah
kenapa hati aku berdebar dengan sangat teruk saat ini.
"Enjoy
your dessert, Thalia." Dia bersuara sambil mengerling ke arah manisan yang
berada di hadapan mata.
Aku sekadar menganggukkan kepala. Perlahan tangan
mencapai sudu saat ini bersama pelbagai persoalan di dalam kepala.Kenapa
aku rasa macam baru habis sesi soal siasat aje ni? Janganlah dia tanyakan aku
lagi soalan-soalan yang boleh buat aku cemas. Itu sahaja doaku dalam hati.
***
BAB 19
Tersandar
aku jadinya pada dinding koridor. Buntang mata merenung ke arah jambangan bunga
di dalam pelukanku saat ini. Biar betul bunga mawar merah ini adalah untuk aku?
Entah-entah si Shila ni salah orang agaknya! Anak mata merenung ke arah gadis
yang cantik berbaju kurung songket dari rona kuning air ini.
"Are
you sure this is for me, Shila? Tak mungkinlah!" Getusku dengan sangat
pelik.
Shila,
pelajar dari UUM yang juga membuat latihan praktikal di sini makin lebar
tersenyum.
"Kan
ada tulis nama awak kat dalam kad tu."
Ujar Shila sambil menudingkan jari ke arah kad.
Kelam-kabut aku menyelak kad
yang terletak pada jambangan bunga di tangan. Betullah..nama aku tertulis kat
sini. Tapi, siapa pula punya yang hantar ni? Hai! Takde ke sepatah dua ucapan?
Adoi! Memang susahlah nak teka siapa yang kasi!Shila dah mula menyengetkan
kepalanya ke arahku.
"Daripada
secret admirer lah tu! Entah-entah daripada
boss saya, Encik Saif! Dia selalu tau tanyakan tentang awak." Bisiknya
perlahan.
Terlopong
aku jadinya mendengar kata-kata Shila. Dia menganggukkan kepala beberapa kali. Shila
memang membuat latihan praktikal di bawah unit pemasaran. Terbayang wajah Encik
Saif, si ulat bulu tu di fikiran. Rasa nak campak bunga ni dalam tong sampah
pulak! Serammm!
"Tapi,
jaga-jaga tau Thalia. Dia tu buaya tembaga. Ramai staff yang dia try..bukan
awak sorang ye." Bisik Shila lagi.
Pantas
aku meliarkan pandangan ke arah sekeliling. Malulah nak bawa bunga masuk
pejabat! Alamak, anak mataku kini bertemu dengan Adib pula. Cepat-cepat aku melarikan anak
mata ke arah Shila semula. Baik aku masuk pejabat sekarang sebelum lelaki itu
panggil aku.
"Thanks
Shila. Saya pergi dulu ya." Kelam-kabut aku berkata begitu dengan
jambangan bunga di tangan. Terkebil-kebil Shila jadinya. Langkah kaki aku hayun
laju saat ini.
"Cik
Thalia! Tunggu!"
Nyata
gerak hati aku tak pernah silap. Kalau bukan untuk berjumpa dengan aku, Adib
memang tak akan turun ke tingkat 17 ni! Terpaksa juga aku menoleh ke belakang.
Adib tersenyum-senyum melangkah ke mari. Anak matanya berada pada jambangan
bunga di tangan.
"Wow!
Cik Thalia dapat bunga." Tegurnya sambil tersenyum.
Aku
tahu tu mukadimah aje. Ni mesti penunggu tingkat 20 ada kirimkan pesanan untuk
aku!
"Kali
ini bukan Tuan Faleeq yang nak jumpa Cik Thalia tapi Dr. Aliff." Sumpah
rasa nak terjatuh jambangan bunga di tanganku.
"Hah? Dr. Aliff datang?" Soalku dengan sangat serabut. Aduh, teringat
kata-katanya dua hari lepas. Orang yang salah akan dihukum. Dia datang nak
hukum aku ke?
"Yes, dia nak jumpa Cik Thalia sekarang jugak di pejabat Tuan
Faleeq." Ujar lelaki ini. Alamak..dah la kena berjumpa di pejabat lelaki
kerek tu pulak. Masalah ni!
"Cik
Thalia naik dulu. Saya akan beritahu pada Puan Haslina yang pensyarah Cik
Thalia datang dan perlu bertemu dengan cik." Ujar Adib. Mulalah jantung
aku buat hal.Ala..risaunya!
"Adib!"
Lelaki
yang sudah pun melangkah pergi itu menghentikan langkah. Pantas aku menerpa ke
arahnya saat ini.
"Tolong
letakkan bunga ni atas meja saya boleh?" Bunga di tangan aku berikan pada
lelaki ini. Adib terus mencapainya.
"Boleh.
No problem!" Ucapnya. Jambangan
bunga sudah pun berada di dalam dakapannya.
"Okay, thank you..saya naik sekarang!" Ujarku pula.
Setelah
itu, aku terus melangkah dengan cemas menuju ke arah lif. Seperti biasa, aku
perlu berhenti di tingkat 19 dan naik ke tingkat 20 dengan memanjat tangga. Blouse
jalur-jalur berwarna merah bata yang aku padankan bersama seluar slack berwarna
hitam di tubuh aku betulkan sedikit kedudukannya. Nafas berat aku hela sebelum
membuka pintu kecemasan. Benar tekaanku. Mereka hanya melepak di ruang hadapan
pejabat sahaja.
Kedua-dua
lelaki yang mempunyai paras rupa yang menarik itu berada di atas sofa dalam
keadaan yang sangat santai saat aku melangkah masuk. Galak bergelak ketawa dan
bersembang. Kedua-duanya memakai baju kemeja lengan panjang berwarna biru
lembut hari ini. Nampak harmoni. Cuma hati aku yang tak berapa nak harmoni! Dup
dap dup dap! Cemas!
"Assalamualaikum."
Ucapku dengan hati yang berdebar. Keadaan menjadi sunyi sepi apabila nampak
kelibatku di sini. Dr. Aliff terus menoleh ke mari.
"Waalaikumussalam.
How are you doing Thalia?" Soalnya dengan wajah yang sangat serius. Tidak
ada lagi senyuman seperti tadi.
"Alhamdulillah,
I am fine." Ucapku seraya merapati mereka.
Si
penunggu tingkat 20 yang kerek tu pula, macam biasa..tengah tayang wajah beku
dan sombong.
"Have
a seat." Jemputnya tapi aku tak duduk pun. Terus aku bersuara kepada Dr.
Aliff.
"Dr.
Aliff, ada apa ya nak jumpa saya?" Soalku dengan gusar.
Aduh..janganlah
dia bahasakan aku atau bebelkan aku di hadapan si CEO poyo ni.
"Nothing..just
nak tahu apa yang kamu dah belajar dalam seminggu ni.." Ucapnya dengan
wajah yang serius. Macam banyak aje kena cerita. Aku terus melabuhkan punggung
di atas sofa yang kosong.
"Owh..setakat ni saya banyak buat "vouching" je Dr. Aliff. Saya
juga belajar buat kerja-kerja pejabat seperti "filing", menggunakan
mesin fotostat, belajar cara gunakan fax dan lain-lain lagi. Selain itu, saya
juga akan menyertai seminar yang akan berlangsung di Bayu Resort nanti.."
Aku membuka cerita. Kedua-dua mata mereka berada di wajahku. Tak selesanya!
"Lagi?"
Soal Dr. Aliff sambil membetulkan kaca mata di wajahnya.
Lagi?
Terdiam sekejap aku jadinya. Hai, baru seminggu kan aku bekerja di sini? Tak
cukup lagi ke aktiviti-aktiviti yang aku lakukan tu? Berkerut-kerut wajahku
bersama otak yang bekerja keras.
Apa
lagi ek? Tuan Faleeq hanya merenung wajahku dengan tajam. Macam nak makan orang
je. Tak puas hati kes aku mengintainya dua hari lepaslah tu.
"Erm..ha!"
Aku memetik jari. Aku lihat Dr. Alif menjungkitkan sebelah keningnya.
"Saya
dengar Kak Haslina ada berbincang dengan Kak Tim.." Punyalah bersemangat
aku nak bercerita dah dicantas si lelaki sejuk beku ni!
"Is that how you address your colleagues?" Soal Tuan Faleeq sambil
membetulkan duduk. Sengaja nak kenakan aku lah tu!
"Sorry..I
mean, Puan Haslina ada berbincang dengan Puan Tim.."
Sekali
lagi dia mencantas.
"You don't even know our Human Resource Manager's full name?" Soalnya
dengan tegas. Aduhhh..masalah betullah! Apa ek nama Kak Tim? Tim & jerry?
Eh, tu Tom & Jerry! Ya ampun...kenapa dengan otak aku ni! Mana ada masa nak
buat lawak Thalia oi!
"Er..saya
tahu, Tuan Faleeq..tapi saya lupa." Ucapku sambil mengerutkan dahi. Penat
otak bekerja untuk mengingati nama Kak Tim. Fatimah? Eh bukan...Hatimah?
Syamimah? Syatimah? Yes..Syatimah!Alamak, mesti kurang markah aku ni. Sengaja
kan Tuan Faleeq ni? Nyampah betul!
"Don't
be too hard on my student, Faleeq.." Lembut teguran itu keluar dari mulut
Dr. Alif membuatkan aku terdiam.
Tuan Faleeq pula mengenyitkan sebelah mata
pada Dr. Aliff. Kenapa jantung aku pula yang berdetak kencang? Padahal dia
bukannya kenyit ke sini pun! Akhirnya mereka sama-sama ketawa kecil saat ini.
Dorang ni gelakkan aku ke apa?Kurang asam!
"S..saya
dah ingat nama Puan Tim." Luahku dengan kelam-kabut.
"Puan Haslina ada berbincang dengan HR Manager, Puan Syatimah yang mereka
bercadang untuk hantar saya pergi training." Ucapku.
"Training apa tu?" Soalnya serius.
"Training on accounting standards."
Aku
lihat Dr. Aliff menganggukkan kepalanya berkali-kali.
"Wow..that's
good.." Komennya. Aku juga turut sama menganggukkan kepala.
"Yang
seminar di Bayu Resort tu tentang GST Implementation right?" Soal Dr.
Aliff lagi. Aku mengiyakannya.
"Yes,
Dr. Aliff."
Pensyarahku
itu terus membetulkan duduknya.
"Saya juga akan hadir seminar tu." Ucapnya. Aku hanya mendengar
sahaja.
"Oh.."
Aku
lihat Dr. Aliff menoleh ke arah Tuan Faleeq. Bahu lelaki itu ditepuknya lembut.
"Faleeq..kau sepatutnya pergi kan kalau ikut jadual asal? But it's okay
bro,.." Belum pun lengkap ayat itu, Tuan Faleeq terus bersuara seraya
membetulkan tali lehernya.
"What do you mean aku sepatutnya pergi? Memanglah aku akan pergi!"
Tegas kata-kata yang keluar itu. Diam-diam aku kasihan pula dengan dia. Pasti
dia rasa tercabar kan?
"But.." Dr. Aliff seperti ingin katakan sesuatu tetapi Tuan Faliq
terlebih dahulu menepuk bahu kawannya pula.
"Hey, don't worry about me. I am fine now, Aliff!" Ujarnya. Dr.
Alifff kulihat menganggukkan kepalanya beberapa kali sambil merenung ke arah
kawannya itu.
"Alhamdulillah
good to hear that." Ujar pensyarahku itu dengan wajah yang sedikit blur.
Aku memang dah tak selesa ni.
"Ada
apa-apa lagi ke Dr. Aliff? Kalau takde, saya pergi dulu?" Aku terus
meminta diri. Dia terus bangun.
"Yes you can go now. I'll wait for you at the lobby at 1pm." Ucapnya.Tersentak
aku. Aku sempat mengerling ke arah Tuan Faleeq.
"Err..1pm? For what?" Soalku takut-takut.
"I have something to discuss with you over lunch." Jawabnya.
Isk,
discuss kat sini tak boleh ke?
"O..okay. " Mahu tak mahu aku menganggukkan kepala.
Aku lihat Tuan Faleeq juga turut sama bangun.
Dr. Aliff terus menoleh ke arah rakannya.
"Okay
I have to go now, Faleeq. Aku ada urusan di bank." Ujarnya.
"Alright!
Thanks for dropping by, Aliff!" Ucap Tuan Faleeq pula sambil mengangguk
kecil.
Mereka sama-sama bergerak ke arah pintu kecemasan. Aku pula hanya
merenung dengan rasa susah hati yang menggunung. Apa yang Dr. Aliff nak bincangkan
dengan aku nanti? Tentang hukuman yang perlu aku terima kerana selalu lewat ke
kelas semester lepas ke? Sebaik sahaja kelibat Tuan Faleeq hilang di sebalik
pintu kecemasan, aku terus melangkah laju ke arah pintu tersebut. Tapi, lelaki
yang sudah pun menoleh ke mari itu menghadang laluanku dengan sebelah
tangannya.
"Hey
hey.."
Nasib
baik kaki aku sempat brek. Wajah aku dongakkan dengan penuh tanda tanya di
wajah. Dah kenapa dengan kau ni?
"Who
says you can go? Hm?" Soalnya dengan serius. Benci betul!
"Hah?"
Aku buat muka pelik. What kind of question is that, Tuan Faleeq oi?? Nak minta
aku belikan makanan ke apa ni? Hati ni masih geram lagi dengan kes tadi. Boleh
dia bahasakan aku depan Dr. Aliff?!
"I thought I belong to financial unit? No?" Soalku buat-buat bodoh. Geram! Dia mengecilkan anak matanya sedikit.
"Why are you so sarcastic?" Soalnya pula dengan tidak puas hati. Sebelah tangan dimasukkan ke dalam poket seluar. Aku terus menarik nafas dalam-dalam.
"Tuan Faleeq ni..kuranglah markah praktikal saya! Isk..cubalah puji-puji saya sikit depan Dr. Alif tu..Dr Aliff tu dah la kedekut markah!" Ha, terhambur terus segala yang aku simpan dalam hati. Aku lihat lelaki ini mendongakkan kepalanya ke atas sedikit. Kemudian, dengan wajah yang sinis dia merenung ke arahku.
"Do
you like him?" Soalnya tiba-tiba. Soalan gila apa ni?
"He is my lecturer..tak pernah terfikir pun." Gumamku dengan perlahan. Penyibuk juga nak ambil tahu apa ada dalam hati aku dia ni. Oh, time aku sibuk hal dia, tak boleh pula?
"Text him. Kau tak boleh keluar at 1 pm because you have to attend an urgent meeting at 12 pm later." Arahnya. Apa ni?
"Bukankah
1 pm tu waktu rehat? Dan bila pula saya ada meeting hari ni?" Soalku
dengan sangat terkejut.
"Lunch dianjakkan ke 2.15 pm." Ucapnya dengan selamba sambil melangkah ke arah pejabatnya. Terus aku mengekori jejak langkah lelaki itu.
"Tapi, meeting apa yang saya perlu hadir? Puan Haslina tak beritahu saya pun? " Soalku bertalu-talu. Pelik aku jadinya. Tuan Faleeq menghentikan langkahnya. Tubuh dipalingkan ke arahku dengan wajah yang serius.
"I have a meeting with marketing unit afterwards. You have to join." Arahnya
dengan sangat tegas sambil menudingkan jari ke arahku sesaat. Sah dia ni dah
terlupa ni..
"Why must I? I belong to financial unit, Tuan Faleeq..not marketing unit."
Beritahuku dengan bersungguh-sungguh.
Dia menyandarkan tubuhnya pada dinding
pintu saat ini sambil merenung ke arahku. Aku pula terkebil-kebil merenung ke
arahnya kembali.
"Habis tu..sampai bila nak buat vouching? This is the time for you to
expand your knowledge." Luahnya. Aku pula hilang kata-kata. Dalam hati dah
mula mengiyakan apa yang dikatanya.
"I
will include your name in some of the events later. Just untuk event tertentu,
kau join marketing unit. Other than
that, you will stay in financial unit." Terangnya dengan
bersungguh-sungguh.
"Tapi
apa kata Kak Has? Eh, Puan Haslina.." Soalku dengan sedikit bimbang.
"Aku akan cakap dengan penyelia kau nanti. Be here at 12 pm sharp!"
Putusnya dengan selamba.
"O..okay." Aku hanya menganggukkan kepala.
Aduh..terpaksa rehat lewat
hari ni. Jangan makanan habis
dah lah nanti. Maklumlah, pukul 12 pm lagi ramai yang dah serbu kafe dan restoren
di kawasan ini.
"In
case you're wondering..makanan akan disediakan ketika meeting."
Aik,
macam dia tahu pula aku tengah fikir tentang makan. Bersinar mataku merenung ke
arahnya.
"F.O.C."
Ujarnya lagi yang terus memulas tombol pada pintu bilik pejabatnya.
"Seriously?" Soalku dengan riang ria. Jimat duit aku! Dah tu tak
payah makan seorang. Sebelum dia melangkah masuk ke dalam, sempat lagi dia
bahasakan aku.
"Aku tahu kau memang suka benda free."
Pintu
terus ditutupnya saat ini.Mati senyuman di bibir. Berapi terus otak aku. Dia
ni, tak boleh agaknya kalau tak buat aku marah? Sebelah kaki aku hentakkan
dengan geram saat ini.
"Isk! kurang asam betul..." Omelku dengan geram.Tubuh terus
kupalingkan dan aku mula melangkah untuk keluar dari sini dengan kepala yang
kusut. Terpaksalah aku kirim sms kepada Dr. Aliff sebentar lagi. Nak buat macam
mana kan? Tuntutan tugas perlu didahulukan.
***
Jumpa lagi di bab 20 :D
Assalamualaikum semua :) terima kasih kepada semua yang sudi baca karya ini :) semua komen boleh diberikan di grup Facebook : BILA SURI RYANA MENAIP :) thank youuuu :D