**AKAN DATANG 2018!! : DRAMA TI AMO SWEETHEART 100 HARI! LAKONAN ZUL ARIFFIN DAN NEELOFA**
&
**KLIK! PENGANTIN MUSIM SALJU LAKONAN ALIF SATAR DAN NANA**

Wednesday, 28 February 2018

PANAHAN CINTA MR. AGORAFOBIA [BAB 15 & Bab 16]



CANTIKKK KAN? TAPI NI BUKAN COVER SEBENAR TAU. PEMBACA SUKA-SUKA EDIT DAN LETAK DI GRUP :)


BAB 15



Sungguh aku berpeluh di dalam ruang yang berpenghawa dingin ini. Anak mata berlari ke segenap interior bilik yang nampak sangat eksklusif. Takut-takut aku duduk di atas sofa mahal ni tadi. Aduhhh..dah kenapa aku  juga turut sama dipanggil masuk ke dalam bilik Managing Director, Dato' Firas pula? Apa salah aku?Adakah kerana aku tidak membantu lelaki itu sembuh makanya aku dipanggil? 

Aduh..tertekannya! Aku tak tahu bagaimana nak bantu. Bukan masalah tak nak bantu ke apa.  Di sini hanya ada Dato' Firas, Datin Sofia, Doktor Harun dan Adib sahaja. Aku hanya mendiamkan diri sahaja. Tidak berani nak bertanya kenapa aku dipanggil ke sini.

"So, Adib? Any update? Ada perubahan positif pada Faleeq?"  Soal Dato'. Adib menarik nafas dalam-dalam. 

Dengan wajah yang hampa, lelaki itu menggelengkan kepala.




"Saya tetap perlu naik ke atas dan menemaninya turun ke bawah setiap pagi. Dia tidak mahu menggunakan lif. Kemudian, ada juga saya ajak dia untuk keluar namun dia menolaknya." Luah Adib yang berbaju kemeja lengan pendek berwarna kelabu itu.


Keruh benar wajah Dato' Firas saat ini. Tidak lagi dia bersandar seperti tadi. Datin Sofia pula melepaskan keluhan berat. 




"Kamu ajak dia ke mana?" Soal Dato' Firas.



"Ke Golf Club. Tuan Faleeq memang suka main golf sebelum ini."  Jawab Adib.



 Lelaki yang sangat berkaliber itu terus menganggukkan kepalanya sedikit dengan wajah yang sangat resah. Kenapa dia kelihatan tidak setenang kali pertama aku berjumpanya dulu?


"Ada tak dia terkena serangan panik  minggu ini ini?" Soal Doktor Harun pula kepada Adib.

"Sebenarnya, ada sekali." Jawab Adib sambil mengusap dagunya.

"Masa bila?" Soal doktor itu lagi. Semua mata kini berada di wajah Adib. 




"Masa terperangkap dalam traffic jam dua hari lepas..dia nampak gelisah..apabila nafasnya sudah mula tak tentu arah.." Belum sempat Adib melengkapkan ayatnya, Doktor Harun bersuara lagi.



"Dan dia mengambil xanax?" Teka doktor yang berpengalaman ini. Pantas Adib menganggukkan kepala. 



"Yes, Dr. Harun."


Doktor Harun terdiam seketika. Anak matanya merenung ke arah Datin Sofia dan Dato' Firas silih berganti.

"Saya kurang setuju jika dia asyik bergantung pada xanax."  Luah lelaki ini sambil membetulkan kaca matanya. Ada riak risau terpampang jelas di wajahnya.




"Look, xanax adalah ubat penenang yang hanya boleh diambil bila perlu sahaja. Ianya memang baik untuk melegakan serangan panik tetapi too much of it..memang tak bagus dan boleh menyebabkan ketagihan. Xanax shoud not be the only tool to fight anxiety and agoraphobia" 



Terangnya dengan  bersungguh-sungguh. Datin Sofia kulihat menganggukkan kepalanya berulang kali, mungkin cuba memahami kata-kata Doktor Harun itu.


"Exposure therapy  iaitu mendedahkan dia kepada apa yang ditakutinya dan breathing technique yang betul adalah jalan paling baik untuk memulihkan Tuan Faleeq." Ujar lelaki ini kemudiannya.

"Doktor, mungkin ubat yang doktor beri tu tak sesuai dengan dia. Sebab itu, dia masih terkena serangan dan mengambil xanax sebagai jalan singkat." Serius suara Dato' Firas bergema di dalam ruangan ini.

"Dato' Firas, ubat yang saya berikan kepadanya itu memang sesuai dengan dia. Tapi, seperti yang saya katakan tadi, selagi dia tidak berusaha untuk mengawal teknik pernafasan dan mengikuti therapy, dia memang akan terus bergantung dengan ubat penenang seperti xanax." Doktor Harun juga menjawab dengan sangat serius. 

Mungkin dia rasa kredibilitinya sebagai doktor tercabar apabila Dato' Firas mempersoalkan tentang ubat-ubatan yang diberikan kepada anaknya itu.

"Maaf..mencelah. Tapi saya risau tengok keadaannya. Saya takut jantungnya terhenti! Sebab tu saya juga galakkan dia cepat-cepat menelan xanax." Luah Adib.




"Nooo! Serangan jantung dan serangan panik adalah dua benda yang sangat berbeza. Serangan panik akan berakhir dalam tempoh beberapa minit sahaja walaupun tanpa xanac, Adib." Tegas Doktor Harun dengan bersungguh-sungguh. 



"Sepatutnya, dia melakukan breathing technique sehingga tenang semula."  Sambungnya lagi. Aku lihat Dato' Firas menghelakan nafas berat saat ini. Dia terus bangun dari sofa membuatkan semua yang berada di sini tersentak untuk seketika.



"Saya tak kisah dia sembuh atau tidak. Faleeq harus juga tunjuk muka semasa seminar tu berlangsung nanti. Ramai rakan niaga asyik bertanyakan dia!" Tegang wajahnya memandang ke arah Datin Sofia.  Wanita di sebelahku juga turut sama berdiri. 




"Abang..beritahu ajelah perkara sebenarnya..apa masalahnya, just beritahu yang Faleeq sakit." Luah Datin Sofia dengan wajah yang  muram. 



"No!" 



Bentakan  Dato' Firas itu mampu membuatkan aku tergamam teruk. Berhinggut bahuku saat ini.



"Itu masalah peribadi kita. Jangan campur adukkan dengan bisnes. Saya tak mahu mereka ingat anak kita gila pulak jika kita beritahu perkara sebenarnya." Bidas Dato' Firas.

"Seminar tu akan berlangsung tak lama lagi. Apa pun alasannya, saya tak peduli. Saya mahu Faleeq hadir. TITIK!" 

Sebaik sahaja berkata begitu, Dato' Firas terus melangkah menuju ke arah pintu. Tombol dipulas dan dia melangkah keluar. Aku tahu dia tertekan. Datin Sofia sudah mula mengalirkan air mata. Dia merenung ke arah Doktor Harun.

"I love my son,doctor..bagaimana dia nak pergi seminar tu 
kalau dia tak sihat? Kenapalah susah sangat sesetengah orang nak faham masalah anak sendiri?" Keluhnya.

"Sabar, Datin. Saya pasti Dato' juga berada dalam keadaan tertekan teruk tu." Luah Doktor Harun. Perlahan-lahan, Datin Sofia melangkah ke mari. Dia melabuhkan kembali punggungnya di sebelahku.

"Thalia..please help him. Apabila dengan you dia memberikan respons yang positif. Please help him." Rayu Datin Sofia. Terkedu aku saat ini. Masalahnya, lelaki itu nak ke dengar sangat cakap aku? Tapi, aku tak tak sampai hati pula nak menolak permintaan Datin. Tanganku mengusap bahu  wanita ini  untuk sesaat.

"Datin sabar banyak-banyak ya." Hanya itu sahaja ayat yang mampu keluar dari mulutku. Aduhhhh serabutnya otak! 




***
BAB 16




Betullah kata orang, alam pekerjaan dan alam universiti adalah dua dunia yang berbeza. Ye lah..walaupun sekadar menjalani latihan praktikal namun aku dan Didee sudah dapat sedikit gambaran tentang alam pekerjaan. Pejam celik pejam celik, sudah seminggu berlalu. Tinggal lagi 19 minggu untuk aku bekerja di Al-Hayyan Group. Maknanya, 19 minggu lagi sahaja aku dan Didee dapat merasa menetap di kondominum yang serba mewah ini.

Anak mata berlari ke seluruh kawasan master bedroom yang luas. Bilik mandi siap dilengkapi dengan jacuzi lagi! Selain itu, pelbagai kemudahan yang tersedia di kondominium mewah ini termasuk gym, kolam renang dan pelbagai kemudahan lain. Yang kelakarnya,  jangankan nak berendam dalam jakuzi, kami berdua belum sempat untuk menjelajah langsung kawasan kondominium ini pun lagi. Maklumlah, sibuk kerja.

Buku Finance & Accounting aku tutup. Dengan malas aku mencapai tuala. Mesti Didee sedang sediakan sarapan pagi tu. Bolehlah aku 'pau' apa yang patut! Yess! Bersama sengihan di bibir aku terus melangkah keluar dari bilik. Wahh harumnya seluruh kondo dengan bau nasi goreng! Pastinya dia menggunakan perencah nasi goreng Al-Hayyan yang aku bawak balik tu. Cayalah! Tiba-tiba perut berkeroncong pula.Nak makan ke nak mandi dulu?
Baru sahaja mahu melangkah ke ruang tamu, langkahku terus kaku apabila anak mata terpandangkan Didee di muka pintu balkoni. Eh, dah kenapa dengan kawan aku tu? Apa yang asyik sangat dilakukan di situ? Dia nampaknya sedang terintai-intai di sebalik tirai.

"Dee! Tengok apa tu? Ada piring terbang lalu ke?"  Sapaku dengan riak lucu di wajah sambil melangkah ke arahnya. Pantas gadis yang kelihatan santai dengan t-shirt dan legging di tubuh itu menoleh ke mari.

"Thalia..Thalia! Sini!" 

Panggilnya dalam keadaan berbisik. Lah, dah kenapa? Terus aku melangkah ke arahnya.



"Apa?" Soalku dengan sangat pelik seraya mendekatinya. 



Tirai aku selakkan sedikit tetapi dengan pantas gadis ini menutupnya semula.



"Jangan..nanti dia nampak kita!" Bisik Didee dengan cemas. Kemudian, dia menudingkan jari ke arah kanan.

 Aku mulalah bergerak ke kiri sedikit.Kini aku dan Didee bersembunyi di sebalik tirai. 


"Tu..boss kau, Tuan Faleeq." Ucap Didee.


Tersentak aku jadinya. Oh..tengah skodeng la ni..Anak mata merenung ke arah lelaki yang berada di balkoni sebelah. Pertama kali aku melihat dia memakai pakaian sesantai itu. Seluar tracksuit berwarna hitam dipadankan dengan t-shirt Adidas berwarna putih. Tetap kelihatan menarik walaupun di dalam persalinan yang seperti itu sahaja.
Kenapa dia termenung begitu ye? Seakan-akan ada beban yang bertan-tan di dalam kepalanya




"Kenapa dia macam sedih aje Thalia?" Bisik Didie di telingaku. 



"Isk, manalah aku tahu." Bisikku pula sambil menggelengkan kepala. 



"Sejak bila dia berada di situ?" Aku bersuara lagi. Didee terus menjawab dengan riak pelik di wajah.


"Aku intai dia dah lebih 10 minit. Maksudnya dia datang awal dari tu. Posisinya tetap macam tu. Tak bergerak langsung. Macam patung! Entah apa yang dimenungkan pun aku tak tahu." Bisik Didee dengan panjang lebar. 

Tergamam aku jadinya. Biar betul. Anak mata berlari ke arah taman yang menghijau di bawah sana. Ada perempuan seksi ke kat bawah tu?

"Sekarang aku nak tanya. Kau nak makan nasi goreng ke atau nak sambung tenung Tuan Faleeq?" Soal gadis  ini kepadaku. Eh eh..dia tu yang terintai-intai dari tadi. 



"Kau makan dulu. Kejap aku datang." Ujarku tanpa memandang ke arah Didee. Gadis itu terus melangkah pergi. Terdengar omelannya di belakang sana.



"Suka hati kaulah. Jangan cakap aku tak ajak pulak."


Tuala aku lilitkan di kepala. Janganlah dia nampak aku mengintainya lagi. Entah kenapa ada rasa sayu bertakhta di hatiku. Bukan mudah untuk seseorang yang extrovert, berjaya, hidup penuh warna dan ada  segala-galanya seperti dia menerima apa yang terjadi. Bayangkanlah,  lelaki itu hanya terperuk di dalam rumah atau di tingkat 20 Menara Al-Hayyan sahaja setiap masa. Tidak mahu ke mana-mana langsung.

Siksa bukan?

 Semuanya kerana penyakit anxiety disorder yang dihadapinya. Kebakaran di kilang itulah permulaan segala-galanya. Tanpa sedar aku melangkah keluar ke balkoni dengan tuala di kepala.

Ya Allah..dia pernah bantu  aku setelah segalanya hampir diragut oleh Abang Joe. Tanpa bantuan RM17k tu, entah-entah aku terpaksa berkahwin dengan Abang Joe dan pastinya jiwa aku mungkin sudah mati ketika ini. Bagaimana untuk aku pula bantu jiwanya untuk hidup kembali?Mampu ke aku?

"Faleeq.."

Suara seseorang benar-benar membuatkan langkahku kaku. Pantas aku mengundurkan langkah kembali ke muka pintu 
balkoni. 



"How are you feeling, sayang?" Lembut dan sangat prihatin suara itu menegur. 



Ya Allah..rindunya aku dengan kasih sayang seorang ibu. Rupanya Datin Sofia ada di sini. Wanita yang memakai kaftan biru itu kulihat mendekatinya anaknya.Tuan Faleeq masih juga kaku tidak berkutik di situ. Kedua-dua belah tangannya berada pada dinding balkoni.Aku cuba memasang telinga dengan serius.



"I feel empty.." Sayu dia bersuara.


 Akhirnya terluah juga ayat itu dari bibir lelaki itu.Aku lihat dia sudah mula berpaling dan sedang berdiri berdepan dengan Datin Sofia. Kini tubuhnya pula disandarkan pada dinding balkoni. Aku mulalah pasang telinga betul-betul.

"Misery..loneliness..suffering. It hurts a lot.." Luahnya di dalam kepayahan.



"But it's okay. I am getting used to it."



Tidak. Suara itu tidak bergema dengan sayu atau meminta simpati. Hanya redha dan pasrah dapat kukesan di situ. Entah kenapa, patah-patah perkataan yang meluncur keluar dari mulutnya benar-benar menikam jantungku. Seakan aku boleh rasa keperitan yang dihadapinya.

"I am not myself anymore." Keluhnya.

 Aku lihat Datin Sofia terus memeluk anaknya. Ibu mana yang tidak sedih melihat anaknya begitu. Wanita itu menyeka wajahnya. Nampaknya dia sedang menangis.

"Everything will end soon, sayang..don't worry. To me, you are the same old Faleeq." Di dalam sebak yang mengasak, tersekat-sekat suara itu keluar dari bibir wanita itu. 

Aku lihat Tuan Faleeq meleraikan dakapan mamanya dengan perlahan. kedua-dua belah tangan didepakan sedikit.



"Mama..look at me. I am not the same anymore. How am I the same when I can't even get out and do simple tasks, mama?! Nak ke mall pun Faleeq tak mampu..apatah lagi nak keluar jumpa client dan berjaya seperti dulu?"



 Luahnya dengan suara yang mendatar. Seperti sudah kecewa sangat dengan hidupnya. Datin Sofia pantas menyentuh pipi 

anaknya.


"No Faleeq..you are still great in my eyes." Ucapnya.

Wanita itu merenung dalam-dalam wajah anaknya itu. Tuan Faleeq hanya menggelengkan sahaja kepalanya dengan lemah. Benar, lelaki itu hampir putus asa. Aku hanya mampu merenung dengan sayu ke arah dua beranak itu. Pagiku tidak lagi seceria tadi. Misery, loneliness, suffering..kata-kata yang Tuan Faleeq ucapkan tadi masih berbekas kukuh di hati.

Siapa yang dapat bantu lelaki ini untuk pulih?
Datin Sofia, Dato' Firas dan Dr. Harun yakin sangat aku dapat membantu Tuan Faleeq untuk sembuh. Aku? Thalia Aysara, pelajar yang terkial-kial sedang cuba menamatkan pelajaran di peringkat universiti mampu untuk membantu lelaki yang mempunyai masalah kecelaruan emosi? Memang gila!
Anak mata kembali berada pada susuk tubuh tegap lelaki yang nampak sangat sempurna itu. Mamanya melurut lembut lengan sasanya.

"Faleeq perlu cuba untuk keluar. Faleeq tak boleh terperap dalam rumah macam ni. Things will get worst,sayang." Pujuk Datin Sofia. Wajah itu tetap beku.

Kata-kata wanita itu nampaknya masuk terus ke dalam kepalaku. Benar, Selagi dia tidak mahu mencuba untuk keluar dari rumah, selagi itu proses untuk dia sembuh tidak akan menjadi kenyataan.

"Keluar dari rumah ni..cuba jalani kehidupan Faleeq dan nikmatinya seperti dulu semula. Jika Faleeq tak cuba, bagaimana Faleeq tahu Faleeq akan gagal?" Soal Datin Sofia.

Angin pagi menderu menampar lembut wajahku. Aku melangkah beberapa tapak ke arah balkoni supaya aku boleh dengar dengan lebih jelas apa yang akan dikatakan oleh lelaki itu. Bukan nak jadi makcik bawang ke atau makcik halia, tetapi aku cuma mahu memahami dengan lebih mendalam apa yang dirasainya.

"I often feel like I'm dying and it hurts to breathe. Yes, panic attacks probably wouldn't kill me but being sick in public was definitely a fear. Apa rakan niaga kita akan fikir tentang 
Faleeq kalau nampak Faleeq dalam keadaan tercungap-cungap seperti orang nazak di tempat awam begitu??" Soal lelaki yang sedang membelakangi aku itu dengan suara yang sedikit meninggi.

"Biarlah Faleeq hidup bagai dalam penjara. Asalkan nama baik Al-Hayyan Group tidak terjejas dengan tuduhan dan prasangka orang. Faleeq tak mahu malukan mama dan papa." Ucapnya dengan sangat lemah. Kenapa aku yang sedih mendengar kata-katanya itu? 

Datin Sofia menggelengkan kepalanya perlahan-lahan. Mungkin tidak sangka yang anaknya sudah seputus asa itu.

"Faleeq..there's nothing to be ashamed of! Selagi mama tahu serangan panik itu tak akan buat jantung Faleeq terhenti,  biarlah apa orang nak cakap. Mama tak pernah malu ada anak macam Faleeq..malah.." Tersedu-sedu Datin Sofia menangis. Sungguh,mataku juga sudah banjir.


" Malah..mama bangga ada anak macam Faleeq. Yang penting Faleeq berusaha untuk sembuh..bukan putus asa macam ni! Kalau Faleeq tak cuba mengatasi agoraphobia, penyakit itu yang akan menguasai Faleeq, sayang!" Sambung Datin Sofia di dalam esakan yang semakin reda.


Tuan Faleeq  meraupkan rambutnya ke atas. Serentak dengan itu juga tanpa aku duga, dia menolehkan wajah ke mari. Bulat matanya menikam mataku! Berderau darah dalam badan! Aduhh..mesti dia pelik kenapa aku suka betul intai dia! Macam manalah saya  tak intai awak kalau semua orang berharap sangat untuk saya bantu awak?

"Aysara!" Tengkingnya tidak puas hati!

Matiiii! Memang sah dia nampak  aku sedang terhendap-hendap di sini. Aku terus meloncat masuk ke dalam rumah dan pintu kaca aku tutup rapat dengan jantung yang berdegup kencang. Kau memang mencari fasal, Thalia!! Agak-agak Mr.Agoraphobia tu naik hantu tak??

***

"Dee..mati kita Dee.." Aku terus menerpa ke arah Didee.

Dah macam ulat beluncas disimbah cili, begitulah keadaan aku. Gadis yang sedang enak menjamu selera itu menjegil ke mari dengan pandangan tak puas hati.

"Kenapa dengan kau ni? Dah kena sampuk ke apa?" Soalnya kepadaku dengan riak pelik di wajah. Kerusi di sebelahnya ditarik dan dia menudingkan jari ke arah kerusi tersebut.

"Duduk. Rasa nasi goreng Al-Hayyan aku ni. Sedap tau." Ucapnya dengan senyuman lebar di bibir. Kedua-dua belah tangan aku gawangkan ke arah Didee.

"Dee..aku takde masa nak makan. Aku ada masalah besar ni!" Luahku sambil melangkah dengan tidak tentu arah di kawasan dapur. Tak sedapnya rasa hati!

"Pelik betul kau ni." Gumamnya. Walaupun hairan dengan sikapku, Didee tetap tak letak sudu di tangan. Nasi goreng disuapnya ke dalam mulut.

" Aku kena keluar dari sini sekarang jugak." Putusku seraya berlari keluar dari kawasan dapur.

 Aku pasti, sekejap lagi mesti lelaki itu akan mengetuk pintu rumah. Memanglah dia ada penyakit suka berkurung. Tapi, yang peliknya, kalau dengan aku entah ke mana penyakitnya tu hilang! Langkah kaki kuatur menuju ke bilikku. Didee yang turut mengekori langkahku merenung ke mari dengan wajah yang kusut. 



"Laahh dah kenapa dengan kau ni, Thalia? What's your problem?" Soalnya bertalu-talu. Tudung bawal aku capai dan aku mula sarungkan ke kepala. Kemudian, aku membetulkan t-shirt lengan panjang di badan. Soalan Didee tidak kujawab dan aku terus melangkah keluar dengan kalut dari bilik. 



"Oii! Kau nak ke mana tu?" Didee sudah menjerit sambil mengekori langkahku.



"Aku turun ambil angin kejap. Ingat, kalau ada orang datang, jangan bukak!" Pesanku dengan sangat tegas. Makin serabut jadinya gadis ini. Baru nak sarungkan kasut ke kaki, loceng pintu bergema dengan nyaring.


Ting Tong!
Ting Tong!

Bagai hendak luruh jantung. Aku pandang muka Didee dan Didee pandang muka aku. Aku terus melangkah masuk ke ruang tamu semula. Didee juga kelihatan kalut.

"Alamak..mesti Tuan Faleeq datang serang aku tu. Tak pun, Datin Sofia..tolong aku, Dee." Ucapku pada rakan karibku ini. Terlopong jadinya Didee.

"What? Tuan Faleeq? Datin Sofia?" Soalnya dengan nada terkejut. Aku meraupkan wajah dengan kusut.

"Thalia..baik kau beritahu aku apa yang sedang terjadi sekarang ni!" Ugutnya dengan tegas sambil bercekak pinggang. Mahu tak mahu terpaksa juga aku membuka mulut.

"Diorang nampak aku pasang telinga dengar perbualan diorang di balkoni tadi! Macam mana ni Dee?" Soalku dengan sangat serabut. Didee terus menepuk dahi. Berkerut 
seribu wajahnya.

"Apaa?? Habislah kita Thalia. Silap-silap sekarang jugak kita terpaksa keluar dari kondo ni. Baru nak "fefeeling" mewah, dah kena tendang!" Getusnya dengan geram.

 Isk, dia ni..itu juga yang difikrkannya. Aku lepuk jugak! Bukannya dia nak risaukan aku!

"Tapi, salah ke kalau aku pasang telinga? Aku kena tahu keadaan dia, barulah aku boleh tolong dia!" Luahku dengan serabut.

Tiba-tiba terlintas idea gila di fikiran. Inilah masanya untuk aku cuba tolong dia. Jari kupetik beberapa kali sambil melangkah ke kanan dan ke kiri di ruang tamu yang luas ini. Didee pula hanya mampu memicit kepala sahaja dengan wajah yang serabut.

Ting Tong!
 Ting Tong!

Bunyi loceng pintu bergema lagi untuk kesekian kalinya. Pantas Didee meluru ke mari.

"Apa kita nak buat ni?" Soalnya kepadaku dengan cemas. Soalan Didee tidak aku jawab.

Terngiang-ngiang nasihat Datin Sofia kepada lelaki itu tadi. Betullah, asyik terperuk aje dalam rumah, bagaimana nak sembuh? Bahkan Dr. Harun sendiri memang mencadangkan exposure therapy sebagai kaedah utama dalam mengubati penyakit lelaki itu.

Nafas aku tarik dalam-dalam sambil menggosokkan kedua-dua belah tangan sesama sendiri. Anak mata merenung tajam ke arah pintu. Let's go Tuan Faleeq! It is time to fight your fear!

Dengan dada yang berdebar teruk aku melangkah ke arah pintu. Didee sudah mula mengejar langkahku. Sempat aku berpandangan dengan Didee untuk seketika saat ini. 



"A..aku takutlah Thalia.." Bisiknya dengan sangat cemas. 



"Alaaa..dia tak makan orang." Aku memujuk Didee. 



Bab-bab tunjuk berani memang aku pandai tetapi Tuhan sahaja tahu betapa kecutnya perut aku. Nak terkucil pun ada...nak ter macam-macamlah sekarang! Tombol pintu kupulas juga akhirnya. Didee bersembunyi di sebalik pintu. Belum pun terkuak luas pintu ini, dia sudah menyergah.


"Oh here you are! Berani juga kau buka pintu ni akhirnya!" Bidasnya dengan sangat sinis. Wajah kudongakkan memandang ke arahnya. Anak mata kami bertemu seketika. Tadi aku berani, kenapa sekarang aku takuttt?

"As..as..assalamualaikum Tuan Faleeq.Ke..kenapa datang ke mari?" Tergagap-gagap aku bersuara.

"What a joke!"Bidasnya dengan geram sambil menggelengkan kepala. Kepala disengetkan sedikit sambil merenung tajam ke arahku.



"You already violated my privacy! That's why I am standing here now!!" Sah dia berang! Merah-merah wajahnya ketika 

ini. Habislah aku..relax Thalia, relax!


"Faleeq..sabar sayang. Tak perlulah marah-marah macam ni." Datin Sofia tiba-tiba muncul membuatkan aku semakin susah hati. Tuan Faleeq menudingkan jarinya kepadaku.



"Dari dulu, dia memang suka sangat mengintai! I told you mama she is not a perfect neighbour for me!" Bidasnya dengan rasa sakit hati yang meluap-luap. Patutkah aku meneruskan rancangan aku tu? Ah, hentam sajalah!


"Relax Tuan Faleeq..kenapa kecoh-kecoh ni?" Soalku sambil menyarungkan kasut ke kaki. Lelaki ini meraup rambutnya sedikit saat ini. Anak matanya merenung ke arahku dengan pandangan sinis.



"Kenapa kecoh?" Soalnya. Ada senyuman sinis di bibir.



"Kau tanya aku kenapa aku kecoh? Jawapannya sebab ada orang yang suka ambil tahu hal orang lain macam kau!" Alamak! Nampaknya nada suaranya dah meninggi. Datin Sofia aku lihat memicit kepala. Terus aku bersuara. 



"Datin..saya keluar dulu ya." Ucapku takut-takut dan aku terus melangkah keluar. Kedengaran lelaki itu bersuara dengan sangat tidak puas hati di belakang sana.


"Hei! Where are you going??"
Aku terus melajukan langkah menuju ke arah lif. Butang pada lif aku tekan. Jika misi untuk membawa dia turun berjaya, maksudnya, mungkin misi aku untuk membawa dia menjelajah taman juga berjaya! Lelaki ini sudah pun berada di sisiku.

"Kau memang dah melampau kan!?" Bentaknya dengan kuat. Pantas aku melarikan anak mata ke arah keliling. Takut kalau ada jiran yang dengar. Sumpah aku risau.

Tajam renungannya mampu membuatkan aku gementar. Namun aku cuba berlagak normal. Sebaik sahaja pintu lif terbuka aku terus masuk ke dalam. Dia juga mengekori langkahku dengan pandangan tak puas hati. Sebaik sahaja pintu lif tertutup, matanya terus mencerlung tajam ke mari. Cemasnya aku rasakan!!

"Kau nak aku tendang kau dari Al-Hayyan Group? Memang itu yang kau nak kan??" Soalnya dengan berang. 

Pantas aku menggelengkan kepala. Mati aku kalau dia betul-betul tendang aku dari Al-Hayyan!

"Ya Allah..kenapa Tuan Faleeq nak marah-marah? Saya cuma ambil angin di balkoni..salah ke?" Soalku dengan sangat lembut.Aku lihat dia ketawa sinis.  Kepala digelengkan sedikit.



"Ambil angin? You're such a big fat liar!!" Bidasnya dengan geram. Aku berdoa di dalam hati, janganlah lif ni berhenti di mana-mana tingkat.



"Kau intip perbualan aku kan? Itu yang kau buat tadi?"Soalnya dengan kasar. 



"T..t...tak.." Takut-takut aku menggelengkan kepala.


"Then what?" Soalnya tak puas hati. Sebelah tangan bercekak pinggang.



"Sa..saya tak dengar apa-apa..betul..." Aku berdusta.  Belum sempat dia bash aku, terus bibirku berbicara lagi.



"Saya cuma terrr-intai Tuan Faleeq je..tapi saya tak dengar apa-apa." Ujarku dengan bersungguh-sungguh.


Bukan idea yang baik untuk beritahunya yang aku terdengar segalanya tadi. Calarlah ego lelaki ini. It's gonna be more painful for him and I do not want that to happen.Anak mata dikecilkan sedikit. Gayanya seperti sedang berfikir sesuatu.

"Kenapa kau selalu intai aku? Pandang-pandang muka aku ni? Do you like me that much?!"

Nasib baik jantung aku tak berhenti berdegup. Kaku terus segala pergerakan. Sungguh aku terkedu. Terasa panas kawasan wajah. Berbahang. Bila masa pula aku sukakan dia? Isk, dia ni memang perasan! Jantung, janganlah berdebar sangat. Apa aku nak jawab ni?

" You are getting nervous now but I don't like you!!" Ucapnya sambil merenung ke arahku dalam-dalam.

 Eleh macamlah aku terhegeh-hegeh sukakan dia. Boleh jalanlah! Aku terus melarikan anak mata ke arah lain. Dah terbalik ni..aku rasa aku yang terkena anxiety disorder. Peluh sejuk sudah mula membasahi tubuh.Anak mata terus aku larikan ke arah lain.


"Mana ada saya suka awak! Susahlah kalau orang perasan ni." Susah payah aku bersuara.  

Kaki terus melangkah laju untuk keluar dari lif dan langkah aku aturkan menuju ke arah pintu sisi lobi. Sengaja aku keluar ikut pintu sisi yang terus membawa aku ke bahagian taman. Di sini memang tidak ramai orang selalunya berbanding taman di bahagian hadapan bangunan. Langkah kaki aku hentikan di bangku kayu di bawah pokok yang sangat rendang. Di hadapan kami penuh bunga-bunga yang berwarna-warni.Harapnya dapatlah menenangkan hati lelaki ini.

"Alif was right! Aku tak patut berikan kau peluang untuk membuat latihan praktikal di Al-Hayyan! You are so nosy and annoying!" Marahnya sambil bercekak pinggang. Terus aku mendongakkan kepala ke arahnya.

 Muka 20 sen aku tayang mintak simpati.

"Listen here carefully! Sumpah saya tak berniat nak jadi makcik bawang ke..makcik halia ke, makcik serai ke, saya betul-betul tak berniat nak mengintip perbualan awak dan mama awak." Luahku dengan suara yang pura-pura sedih. Dia masih merenung tajam ke mari.


"Lagipun adatlah..kalau berjiran memanglah kita akan terkepochi sikit tentang jiran kita. Lebih kurang kira halal."

Aduh..kata-kataku yang ini membuatkan lelaki ini mendengus geram. 

Aku salah cakap ke?

"What? Are you kidding me?" Soalnya tidak puas hati. 

Alamak..nampaknya dia makin berang dengan aku. Pantas tangan kanannya menyeluk ke dalam poket seluar. Telefon digoyangkan sedikit ke arahku.

"You really need to learn something today! I am going to call Aliff now!"

Masalah besar ni! Terus aku mendekatinya. 



"Please..jangan..jangan!" Kedua-dua belah tangan kugawangkan ke arahnya. 



"Tuan Faleeq..sabar. Sabar tu kunci keimanan." Ucapku dengan bersungguh-sungguh bersama senyuman sumbing di bibir. Tangan terus kudepakan.

"Cuba Tuan Faleeq nikmati pemandangan di sini. What a beautiful garden we have here! Ada pokok yang rendang..bunga-bunga yang berwarna- warni.." Dah macam cikgu tadika dah keadaan aku ni. Siap jalan berpusing-pusing lagi. Indah pula pagi ini. Daun-daun siap meliuk lintuk lagi ditiup angin. Lelaki ini aku lihat memasukkan sebelah tangannya ke dalam poket.

"Kau suruh aku nikmati pemandangan? Kau ingat kita ni tengah dating?" Soalnya dengan nada menyampah.

 Aku terus menudingkan jari ke arah kucing yang tiba-tiba muncul dan melompat ke atas bangku.  

"Comel kan kucing ni?" Soalku sambil mengusap kucing tersebut. 

Lelaki itu hanya merenung ke arahku dengan pandangan yang beku. Isk, apa je yang boleh menarik perhatian dia ni?


"Meoww..meowww!" Aku memanggil kucing yang sudah mula melompat turun dan mendekati Tuan Faleeq.



"Eh, dia sukakan Tuan Faleeq la.." Sengaja aku memancing untuk menenangkan sikit jiwa kacaunya tu. Namun, dia hanya membalas dengan renungan tajam.

"Even this cat doesn't like you! Nosy!  Penyibuk!" Bidasnya dengan pedas. Aduh..sabar Thalia..tolong kenangkan Datin Sofia dan Dato' Firas..aku mengingatkan diriku.

"Tuan Faleeq tak rasa tenang ke?"  Soalku sambil tersenyum. Cubalah tengok tempat lain. Asyik tenung muka aku aje, macam mana nak sihat? Masam betul wajahnya.

"Aku nak warning kau, sekali lagi aku nampak kau intai aku, I am not going to compromise anymore! Aku akan pastikan kau ditendang keluar dari Al-Hayyan!" Bentaknya dengan geram. Ya Allah nasiblah takde orang di kawasan ini.

"Okay. Baiklah..saya janji saya tak intai Tuan Faleeq lagi lepas ni. I promise." Ucapku dengan bersungguh-sungguh. Namun wajahnya masih ketat.

"Cuma Tuan Faleeq tu..sesekali turunlah ke bawah ni..sedut udara segar..tempat ni selamat je. Jangan risau!" Sambungku lagi siap bersungguh-sungguh memberi jaminan lagi.

Aku lihat dia mula berminat untuk memandang ke sekeliling kawasan yang cantik ini.Aku hanya membiarkan sahaja. Namun, belum pun  sampai 5 minit, aku lihat dia menyentuh dadanya. 



"Alamak! Tuan Faleeq..panik ke?" Soalku dengan gabra dan terus mendekatinya.


"Siapa panik?" Marahnya dengan suara yang tersekat-sekat. Dia kemudiannya terus berlari menjauhi aku. 



"Tuan Faleeq!"Jeritku dari sini.

 Tanpa berlengah lagi, aku terus mengejar langkahnya masuk ke dalam bangunan. Dia kulihat kelam-labut membuka pintu kecemasan.

"Tuan Faleeq..kenapa naik tangga kecemasan?" Soalku dalam keadaan berbisik namun lelaki itu sudah hilang di sebalik pintu. Aku menepuk dahi. 



"Eh! Lupa..dia tak selesa naik lif !"

Cemasnya! Apa patut aku buat ni? Katanya dia tak terkena serangan panik tetapi kenapa gayanya tu lain macam? Haruskah aku mengekorinya atau berikan dia privasi untuk menenangkan diri?

***

Sampai sahaja di tingkat tujuh, aku lihat kelibat Datin Sofia berada di hadapan rumah Tuan Faleeq. Lelaki itu dah sampai di tingkat ini ke belum? Takut juga kalau dia pengsan kat tangga tu. Aduhh..masak aku! Takut-takut aku melangkah ke arah wanita itu. Wajah kuraupkan dengan tangan untuk sesaat.

 "D..datin..saya minta maaf. Saya cuma.." Belum pun sempat aku habiskan ayat, Datin Sofia menepuk bahuku. Mati terus kata-kata aku saat ini.

"Thank you!" Ucapnya dengan wajah yang suram. Pasti bimbang hatinya melihat keadaan kesihatan Tuan Faleeq yang masih belum pulih. Ingin sangat aku bertanya tentang keadaan lelaki itu tetapi aku tak berani.

"Saya cuma bawa Tuan Faleeq hidup udara segar kat bawah tu..tak sangka dia panik pula." Terangku. Aku betul-betul mahu Datin Sofia tahu yang aku takde niat buruk.

"I know. Talk to you next time. I nak tengokkan Faleeq.Dr. Harun pun ada kat dalam tu." 

Hanya itu sahaja yang keluar dari mulutnya. Aku 
sekadar menganggukkan kepala. Anak mata sahaja menghantar Datin Sofia masuk ke dalam rumah. Aku pula melangkah perlahan menuju ke kediamanku.

"Thalia Aysara? Is that you?"

Mati langkah kakiku. Pantas aku menoleh ke belakang sana. Gulp! Air liur yang kutelan terasa berpasir.
Dia?? Macam mana aku boleh tak perasankan si harimau bintang ni? Bulat matanya merenung ke mari. Dah kenapa? Tak puas hati melihat  aku berada di kodomonium mewah ini ke?

"Dr. Aliff.." Terpacul juga ayat itu dari bibir.

Aku lihat dia merenung ke arah jam di tangannya sebelum anak matanya melekat di wajahku kembali. Aduh..dia buat dah. Janganlah dia bebelkan aku kat sini pulak. Masalah betullah dia ni!

"I'll wait for you at Sky Garden, Level 17." Ujarnya.



"O..okay..give me 20 minutes." Mahu tak mahu aku bersuara juga dengan sangat perlahan. 



Cukuplah 20 minit tu untuk aku mandi dan bersihkan diri. Tak selesa dah ni. Melekit rasa badan. Loceng pintu aku tekan bersama rasa risau yang sudah mula menjalar di hati. Kenapa pula Dr. Aliff ingin berjumpa aku? Jangan-jangan Tuan Faleeq  ada mengadu apa-apa tak dengannya sebelum ni? Serabutnya!



***





Tak pernah aku ambil tahu tentang taman di tingkat 17 ini. Rupa-rupanya tingkat 17 menghubungkan kediaman aku di Tower A dengan bangunan kondominium sebelah, iaitu Tower B. Sesuai dengan namanya, Sky Garden dilengkapi dengan kawasan taman untuk beristirehat dan mini kolam renang untuk kanak-kanak. Namun, keindahan kawasan taman tidak mampu membuatkan hati aku tenang. Canggungnya aku rasakan saat ini. Mana tidaknya, selalu kami hanya bertemu di kampus aje. Tu pun atas urusan berkaitan kelas dan pelajaran.

 Tapi, untuk  hari ini, pertemuan yang tidak disangka-sangka berlaku di luar kampus. Di kediaman kawan baiknya pulak tu. Mananya Dr. Aliff tidak terkejut. Semacam pula aku rasa apabila lelaki yang kelihatan santai dengan t-shirt hitam di tubuh ini juga turut sama mendiamkan diri. Hanya anak matanya sahaja yang berlari menjelajahi serata wajahku. Seperti dia sedang menganalisa fikiranku pun ada juga ni. Pantas aku menarik nafas dalam-dalam dan akhirnya aku bersuara.

"Dr. Aliff.."



"Thalia.."



Dah dia pun bersuara serentak dengan aku pula. Aduh haru ni! Bertambah janggal aku jadinya.

"Takpe, Dr. Aliff cakap dulu." Ujarku yang cuba berlagak selamba.Padahal dalam hati dah haru-biru! Aku lihat dia menarik nafas untuk seketika sebelum bersuara.

"Nope, you go first."



"Tak..saya nak terangkan yang saya bukan datang untuk mengganggu Tuan Faleeq. Al-Hayyan group yang sediakan tempat tinggal untuk saya di sini." Ucapku dengan satu nafas gara-gara terlalu cemas.


"I know. Datin Sofia ada beritahu saya tadi." Ucapnya dengan bersahaja. Aduh..dah tu kenapa dia panggil aku ke mari? Anak mata kularikan ke arah mini kolam renang yang terletak betul-betul di hadapan kami. Tidak ramai kanak-kanak yang bermandi-manda. Maklumlah, baru pukul 8 pagi.

"Well..Thalia.."  Dengar aje dia bersuara, aku terus memfokuskan pandanganku ke arahnya.

"Saya nak minta maaf dengan kamu. From the bottom of my heart, I am so sorry."  Ucapnya dengan bersahaja. Tercengang aku jadinya. Biar betul harimau bintang dah jadi kucing siam? Atau aku yang salah dengar apa yang dikatakannya tadi?

"Er..I don't understand, doctor. Kenapa pula Dr. Aliff minta maaf dengan saya?" Soalku sambil membetulkan shawl di kepala.

"Sebagai pensyarah saya sepatutnya siasat dulu sebelum menuduh dan memarahi kamu. Saya fikir kamu adalah seorang pelajar yang tidak mengambil serius tentang pelajaran dan suka bersosial. I was totally wrong!" Ada nada kesal di hujung ayatnya.

Diam-diam aku menghembuskan nafas lega. Ingatkan dia nak marahkan aku. Manalah tahu kalau Tuan Faleeq ada mengadu apa-apa dengannya. Kemudian, dia bersuara lagi.



"Rupa-rupanya kamu sering datang lewat kerana sebab lain." Ujarnya. Pelbagai persoalan bersarang di minda namun bibir ini terlalu berat untuk bertanya. Macam disumbat berlian pulak.



"Owh..tentang tu. Saya tak ambil hati pun Dr.Aliff selalu tegur dan marah-marah saya. Saya anggap Dr. Aliff buat semua tu atas dasar tanggungjawab seorang pensyarah kepada pelajarnya." Akhirnya hanya itu sahaja yang keluar dari mulutku. 



"Tapi, saya dah salah sangka dengan kamu. Begitu juga dengan pensyarah lain. Kenapa tak beritahu saya yang kamu terpaksa bekerja siang dan malam untuk membantu keluarga? Why didn't you tell us the truth?" 



Anak matanya aku lihat berlari lagi ke serata wajahku. Cuba mencari jawapan mungkin. Aku terus menundukkan wajah.   



"Saya malu nak cerita tentang hal peribadi saya.." Luahku dengan jujur. Dari mana agaknya Dr. Aliff tahu tentang aku? Adakah Tuan Faleeq yang beritahu semua ini kepadanya?



"Your dad must be very proud to have a daughter like you." Nyata kata-katanya mampu membuatkan aku merenung tepat ke dalam matanya.  Sungguh aku terharu. Pensyarah yang sangat tegas dan garang memuji aku hari ini? Ini bukan mimpi kan?

"Err..tak lah, Dr. Aliff. Saya cuma buat apa yang perlu sahaja. Tapi, salah tetap salah. Saya tak seharusnya mengabaikan pelajaran." Ucapku dengan kesal.

Dr. Aliff mengangkat sebelah keningnya. Bibirnya pula mengukir senyuman untuk beberapa saat. 

Erghhh..canggungnya!

"Betul, kamu salah. Jadi, orang salah harus dihukum." Ucapnya dengan nada sedikit serius. Aduhh baru hati aku puji dia ni baik, dah buat perangai!

"Hukuman apa ya?" Soalku dengan polos. 

Erk! Dia mengenyitkan sebelah mata ke arahku. Nasib aku tak jatuh dari kerusi. Dia ni buat lawak ke?

"Nanti saya akan beritahu." Ucapnya bersama senyuman nipis di bibir. Serius..pensyarah yang berwajah ketat  ni tahu senyum sebenarnya!

Dia kulihat terus  bangun dari sofa. Aku yang sedang terpinga-pinga juga kelam-kabut bangun.

"Well.. till then, see you again!" Ucapnya lagi. 

Aku hanya mampu menganggukkan kepala sahaja. Masih tergamam dengan perubahan layanan Dr. Aliff kepadaku.



"Er..okay! See you!" Ucapku kemudiannya.


Anak mata hanya merenung sahaja tubuh tegap lelaki yang sama tingginya dengan Tuan Faleeq itu melangkah pergi. Kedua-dua belah tangan menepuk bahagian pipi. Aku tak mimpi bukan? Langkah kaki aku hayunkan dengan perlahan menuju ke arah lif bersama satu persoalan yang mengasak minda. Siapa pula yang beritahu aku buat part time siang dan malam membantu keluarga kepada dia?



***


Jumpa lagi di BAB 17 :)

Terima kasih kepada yang sudi baca, sudi like, sudi komen dan sudi share karya ini. Komen2 boleh diberikan di grup FB : BILA SURI RYANA MENAIP :) Kamsahamnidaa :)