**AKAN DATANG 2018!! : DRAMA TI AMO SWEETHEART 100 HARI! LAKONAN ZUL ARIFFIN DAN NEELOFA**
&
**KLIK! PENGANTIN MUSIM SALJU LAKONAN ALIF SATAR DAN NANA**

Tuesday, 13 February 2018

PANAHAN CINTA MR. AGORAFOBIA [BAB 8 & BAB 8 A]


Baca Bab 1 & 2 di sini :

Baca Bab 5, 5A dan 6 di sini :

Baca Bab 7 dan 7A di sini :





BAB 8

Alhamdulillah ayah semakin stabil dari semalam. Aku sepatutnya rasa gembira tetapi kenapa bibirku tak mampu nak ukir senyuman bahagia saat ini? Tak putus-putus air mata ini mengalir semenjak semalam.

Tubuh aku sandarkan pada dinding di sudut kiri lobi hospital. Tersedu-sedu aku jadinya di sudut yang terceruk ini. Berjuraian air mata mengalir keluar bersama rasa hiba yang tidak berkesudahan. Kedua-dua belah tangan kutekupkan ke wajah. 
Kenapa ayah tidak mahu bercakap denganku sejak semalam? Apa yang aku tanya, dijawabnya sepatah aje. Ketika aku mahu menyuapkannya makan tadi, dia terus memalingkan wajah dan memanggil Tira untuk menggantikan tempat aku. Apa sebenarnya yang berlaku? Sudahlah dia meminta aku untuk berkahwin dengan Abang Joe..aku benar-benar keliru!

 Dadaku semakin diasak rasa sebak. Tangan kuleraikan dari wajah dengan perlahan-lahan. Wajah kuangkat dan aku merenung kosong ke arah ruang keluar. Tangan kanan menggosok perut sedikit. Laparnya. Baru sedar yang dari semalam aku tidak makan apa-apa. Baru sahaja 5 tapak melangkah, kakiku bagai terpaku ke bumi. Anak mata menyorot ke arah susuk tubuh seseorang yang sangat familiar, betul-betul di hadapanku. 

Adib? Apa yang dibuatnya di sini? Ah, kau ni Thalia..ini kan hospital! Apa yang nak dihairankan? Tergamam aku jadinya apabila kelibat Tuan Faleeq pula muncul di hadapan sana. Adib pula menghentikan langkahnya. Aku lihat mereka berbual seketika. Tanpa disangka-sangka lelaki yang kelihatan segak dengan kaca mata hitam di wajah itu kemudiannya merenung ke mari. Debaran halus mula mengisi ruang dada. Apabila dia membuka kaca matanya, aku terus tersentak. Sememangnya dia mempunyai sepasang mata seorang pemburu. Tepat dia memanah anak mataku.

Alamak..dia cam aku ke? Terus aku berpaling dan lekas-lekas menghayunkan langkah menjauhi kawasan ini. Bersama sisa air mata di wajah, kelam-kabut aku melangkah masuk ke dalam lif yang sudah sedia terbuka di sebelah kananku. Punat 'close' aku tekan berkali-kali. Alhamdulillah tertutup juga pintu lif ni. Bersama dada yang berdebar teruk, aku bersandar pada dinding lif. Tudung di kepala kubetulkan sedikit. Masalah yang ada pun sudah tak tertampung dek otakku, aku tidak mahu ada masalah lain pula yang timbul. 

"Ya Allah, Thalia! Cik Yam ingat panda tadi!Hitamnya mata!" Tegur Cik Yam sambil menahan tawa sebaik sahaja lif terbuka. Panda? Lekas-lekas aku mengeluarkan cermin kecil dari dalam beg tangan.Ha'ah la..gara-gara menangis tadi, habis celak yang aku pakai menghitam di bahagian bawah mata! Betul-betul macam panda!

"Nah..tisu." 

Tisu di tangan Cik Yam kucapai tanpa sebarang kata. Mesti Cik Yam tahu aku menangis ni. 

"Thanks Cik Yam.." Akhirnya aku bersuara sambil menanggalkan kesan hitam di bawah mata.

"Thalia..kamu ke mana nak?" Perlahan suara Cik Yam menyoal. Nyata wanita yang cantik dengan kebaya merah di badan ini sudah gagal untuk menyembunyikan keresahannya.
"Saya turun ke bawah kejap, Cik Yam..ambil angin." Jawabku. 

Walaupun payah, aku cuba juga tersenyum pada wanita yang sudah kuanggap seperti ibuku sendiri ini.  Tupperware putih Cik Yam hulurkan kepadaku.

"Nah..Cik Yam bawa bekal nasi goreng ayam untuk kamu. Kamu jamah la sikit..Tira cakap, dari semalam kamu tak makan.." Pujuk Cik Yam sambil mengusap lembut bahuku dengan tangannya. Kasihan pula melihat wajah risau wanita ini. 

"Cik Yam ni susah-susah aje.." Luahku perlahan. 

Dengan lemah tanganku mencapai bekal yang dia hulurkan kepadaku. Kemudian kami berjalan beriringan menuju ke arah deretan kerusi yang tersedia pada ruang ini. Setelah melabuhkan punggung, aku terus membuka tupperware di tangan. Kalau nak ikut selera, memang tidak ada selera langsung namun terpaksa juga aku jamah sedikit makanan gara-gara perut yang berkeroncong teruk. Tapi, satu kampung tahu yang Cik Yam memang pandai masak. Setelah selesai mengisi perut, aku memasukkan kembali tupperware ke dalam plastik. Nafas aku tarik dalam-dalam saat ini. 

"Cik Yam..ayah dah makan?" Soalku yang cuba menahan diri dari menangis. 
Lambat-lambat Cik Yam menganggukkan kepala. Terbayang kembali di fikiran kejadian di mana dia menolak ketika aku ingin menyuapkannya sebentar tadi.Sungguh aku terasa hati. Dapat aku rasa Cik Yam mengusap lembut tangan kananku. 

 "Thalia..ayah tu masih sakit..kamu janganlah ambil hati ya dengan layanannya terhadap kamu?" Lembut kata-kata yang keluar dari bibir wanita yang cantik dengan tudung krim ini.  Pantas aku menggelengkan kepala. 

"Tak..saya okay, Cik Yam." Dustaku. Cik Yam tersenyum tawar.Hakikatnya aku tahu dia tidak percayakan kata-kataku itu.

"Nak..Cik Yam faham perasaan kamu. Abang Baha ni pun satu hal..ada ke nak disuruhnya kamu kahwin dengan si Joe? Bukan dia tak tahu si Joe tu macam mana orangnya. Ada dua bini pulak tu." Marah Cik Yam sambil menggelengkan kepala. Kemudian, Cik Yam menoleh ke arahku.

"Cik Yam rasa kan mesti ada sesuatu yang disembunyikan oleh ayah kamu tu, Thalia!" Luah Cik Yam dengan bersungguh-sungguh.  Tupperware di tangan aku letak ke atas kerusi kosong di sebelahku. Wajah Cik Yam aku renung dengan penuh minat. 

"Apa yang berada dalam fikiran Cik Yam?" Soalku sedikit blur. Aku lihat wajah Cik Yam kembali resah.

"Sebenarnya semalam,  ayah kamu ada tanya dengan Cik Yam tentang kamu." Luah wanita ini. Terdiam seketika aku jadinya. 

"Ye lah..tentang aktiviti kamu di Shah Alam tu.." Sambungnya lagi. Berkerut dahiku jadinya.Mulalah aku ni tak sedap hati. Ayah tahu ke yang Abang Joe selalu ganggu dan ugut-ugut aku?

"Aktiviti apa? Thalia pergi kelas, balik kelas, kerja part-time kat chicken station..tu je la aktiviti Thalia.." Ujarku. Bukannya aku tak mahu beritahu ayah dan Tira tentang Abang Joe tetapi aku tak mahu mereka risau. 

"Ye lah..itu jugalah yang Cik Yam jawab pun.."Ucap Cik Yam kemudiannya. 

Wajahnya juga kelihatan sangat blur saat ini. Aku juga turut sama mendiamkan diri. Kenapa ayah  tanya tentang aktiviti aku? Adakah dia tak percayakan aku lagi?

"Along.."

Suara Tira yang tiba-tiba muncul di ruangan ini menyebabkan aku dan Cik Yam menoleh ke arahnya. Tupperware yang sudah pun kosong aku angkat dari atas kerusi namun  Tira tidak pula melabuhkan punggungnya di sebelahku.

"Tira..ayah buat apa tu?" Soalku kelam-kabut. Bukan aku tak mahu jenguk ayah, tetapi aku tahu ayah benci dengan aku saat ini. 

"Ayah sedang berehat.." Luah Tira dengan wajah yang suram. 

Dia melangkah ke hulu dan ke hilir di hadapan kami. Kenapa pula dengan Si Tira ni? Pelik betul.

"Kamu ni dah kenapa Tira? Macam ayam nak bertelur aje Cik Yam tengok!" Luah Cik Yam sedikit pelik. Kepala digelengkannya sedikit. Gadis yang memakai t-shirt lengan panjang berwarna putih yang dipadakan dengan seluar panjang yang longgar dari fabrik chiffon itu merenung wajah aku dan Cik Yam silih berganti.

"Along..Cik Yam..Tira rasa Tira dah tahu sebabnya kenapa ayah mahu nikahkan Along dengan Abang Joe." Luah Tira dengan sangat cemas. Terkedu jadinya aku dan Cik Yam. Bulat mataku menjegil ke arahnya namun lidahku terus kelu, tidak mampu untuk bersuara.
Cik Yam menggaru kepala di sebalik tudung.

"Tira..meh duduk sini dulu..boleh kita bercerita panjang. Sakit kepala Cik Yam ni tengok kamu ke hulu ke hilir macam tu." Ajak Cik Yam yang aku lihat sedang memicit lembut kawasan kepalanya pula saat ini.

"Kenapa ayah nak Along nikah dengan si botak tu?" Akhirnya aku bersuara.

 Tira terus melabuhkan punggungnya di sebelahku. Sampul coklat dikeluarkan dari dalam beg sandang belakangnya dan dia meletakkan sampul tersebut di atas ribaku. Semakin tertanya-tanya aku jadinya.

"Sampul apa ni?"  Soalku dengan pelik. Resah rasa hati saat ini. Kelam-kabut aku membuka sampul di tangan. Ada dua keping gambar.

"Tengoklah sendiri. Tira jumpa sampul tu kat atas meja, dalam bilik ayah." Jawabnya dengan wajah yang sedikit tegang.

"Gambar ap...?" Soalanku terputus terus. Terketar-ketar tanganku saat ini. Bulat mata merenung ke arah gambar-gambar di tangan. Wajah kuangkat ke arah Cik Yam. Aku lihat Cik Yam turut sama terlopong.

"Astaghfirullahalazim.." Hanya itu yang mampu keluar dari mulutku. Terketar-ketar tanganku memegang gambar-gambar ini. Gambar-gambar inikah yang membuatkan ayah marah denganku? Aku pasti ini adalah kerja Abang Joe! 

Anak mata merenung ke arah gambar pertama, di mana Tuan faleeq menggendongku di hadapan kilang. Gambar kedua pula adalah gambar ketika aku mahu masuk ke dalam kereta mewah milik tuan faleeq di asrama. Fitnah apa yang dicanangkan oleh Abang Joe tentang aku kepada ayah? Kurang ajar! Terlepas gambar dari tangan saat ini gara-gara terlalu terkejut. Aku meraup muka  dengan kedua-dua belah tangan. 

"Confirm ni kerja si botak tu!" Terluah juga kata-kata itu di bibir. Meluap-luap rasa amarah ku saat ini. 

"Siapa lelaki ni Along? Kenapa dia dukung Along masuk ke dalam keretanya? Kenapa Along selalu jumpa dia? Sampai ke asrama dia cari Along?!" bertalu-talu Tira menyoal aku. Sedikit tegang wajahnya saat ini.

"Along boleh explain!" Nada suaraku turut sama meninggi. Nasib baiklah tidak ada jururawat atau pelawat yang lalu-lalang saat ini. 

"Sabar Tira..dengar dulu apa yang Thalia nak cakap.." Cik Yam cuba menenangkan keadaan. Bahagian belakangku diusapnya beberapa kali namun tidak mampu menenangkan rasa marah dan sedih yang sudah bercampur-baur menjadi satu. Kerana aku, ayah masuk hospital? Sukar untuk aku mencernakan fakta itu. Perlahan aku mengangkat wajah. Cik Yam merenung ke arahku dengan riak penuh simpati. nafas aku tarik dalam-dalam sebelum bersuara.

"Cik Yam..sebenarnya, selama ni ada rahsia yang Thalia simpan dari semua orang kecuali teman sebilik, Didie.." Luahku.

"Rahsia apa Along?" Soal Tira. Suaranya sudah pun mengendur berbanding tadi.
"Gara-gara termakan budi Abang Joe yang berjumlah 15 ribu tu, sekarang Abang Joe mahu Along bernikah dengan dia. Kalau tak, kita perlu bayar semua wang yang dipinjamkannya tu. Sebelum ni banyak kali dia ganggu Along di Shah Alam. Paksa-paksa Along kahwin dengan dia sampailah kemuncaknya dia cuba buat perkara tak baik kat Along.." Ceritaku dengan perasaan benci yang meluap-luap terhadap lelaki itu.
Tergamam jadinya Tira. 

"Bukankah Abang Joe cakap dia ikhlas bantu kita dan kita boleh bayar bila-bila kita suka?" Soal Tira dengan polos. Aku hanya mampu tersenyum tawar.

"Hakikatnya, dia memerangkap Along dengan duit tu." Luahku dengan hati yang sangat sakit.

"Astaghfirullahalazimm.." Cik Yam mengurut dada berkali-kali.

"Ya Allah hantu apa yang dah rasuk Abang Joe  tu? Bukan ke dia sudah ada dua isteri? Tak kan tak cukup kut! Dasar lelaki mata keranjang!" Marah Tira namun nada suaranya masih cuba dikawal. Aku lihat merah-merah wajahnya menahan marah.

"Sebab tu Along tak layan dia langsung. Lagipun Along takde hati laa dengan dia. Siang malam tau Along buat kerja part-time bulan lepas untuk bayar hutang sampai pelajaran pun terabai teruk. 1500 ringgit tu bukannya sikit.." Luahku sambil merenung kosong ke arah jemari di atas riba. Rasa sebak sudah mengasak dada. Aku tidak mahu Tira atau Cik Yam nampak air mata aku tumpah.

"Lepas tu apa yang terjadi Along?" Soal Tira terburu-buru.

"Masa Abang Joe cuba lakukan perkara tak senonoh kat Along, Along berjaya lari dan bersembunyi di kilang milik lelaki dalam gambar tu. Tapi bila Along keluar je dari kilang tu, Along pengsan gara-gara terlalu letih. Tuan Faleeq, lelaki yang menyelamatkan Along ni pula ingatkan Along mencuri barang di kilangnya..dia ambil IC Along. Tu yang dia datang ke asrama pula..kerana kes tu lah." Ceritaku lagi dengan kepala yang sangat serabut. 

Terdiam terus Tira dan Cik Yam. Mungkin tidak sangka sebegini teruk ujian yang melanda diriku. Air mata yang sedikit tersisa di hujung mata aku kesat dengan perasan marah yang meluap-luap.

"Ya Allah Abang baha dah salah sangka ni. Patutlah dia ada cakap dengan Cik Yam semalam..katanya entah-entah kamu buat kerja tak senonoh untuk dapatkan duit.." Ujar Cik Yam sambil menggelengkan kepalanya. 

Bagai mahu luruh jantungku saat ini. Apa lagi, aku terus bangun berdiri.  Sumpah aku sudah tidak mampu menahan air mata lagi. Tira dan Cik Yam turut meluru ke arahku. Tira memelukku dengan kemas. 

"Kami tahu Along tak buat perkara terkutuk macam tu.." Bisik Tira, cuba menangkan aku. Cik Yam juga menganggukkan kepalanya berkali-kali, tanda bersetuju dengan Tira. Malangnya itu tak dapat menyembuhkan luka di hati saat ini. Abang Joe betul-betul dah melampau! Aku tak akan sesekali biarkan dia menang!

"Takpe..Along akan buktikan pada ayah yang Along tak bersalah. Abang Joe yang dipercayainya sangat tu sebenarnya syaitan bertopengkan manusia!!"
 Dengan perasan marah yang meluap-luap aku berkata begitu. Terus sahaja aku melangkah ke arah lif. Punat pada dinding lif kutekan berkali-kali.

"Along nak kemana ni?" Terpinga-pinga Tira menyoal. Kusut wajahnya saat ini.

"Thalia..tolonglah jangan buat Cik Yam risau.." Rayu Cik Yam pula dengan bersungguh-sungguh. Nafas berat aku hela sebelum merenung wajah mereka silih berganti.

"Cik Yam, Tira..tolong tengokkan ayah ya? Along terpaksa pulang ke UiTM.." Ucapku sebelum melangkah masuk ke dalam lif. Lambat-lambat aku lihat Tira menganggukkan kepalanya. Cik Yam pula memeluk Tira dengan kemas saat ini.

***
 BAB 8 A


Pas pelawat aku gantungkan di leher. Kemudian, aku melihat diriku di dalam cermin pada dinding lif. Ikutkan hati memang malas aku hendak ke mari tetapi demi meyakinkan ayah yang aku tidak bersalah terpaksa juga aku ke sini. Baju kurung di tubuh aku betulkan sedikit apabila lif berada di tingkat 19. Kedua-dua belah tangan aku gosokkan sesama sendiri bersama detak jantung yang sudah mula jadi tak menentu. Kenapa bila dengan lelaki itu sahaja aku jadi begini? Aneh!

Apabila lif terbuka, aku terus melangkah keluar. Anak mata kuliarkan di sekeliling kawasan pejabat yang kosong ini. Mana Elis, setiausaha lelaki itu? Jam di tangan aku kerling sekali lagi. Baru pukul 3 petang, takkan dah balik kut? Tanpa berfikir panjang, aku melangkah ke arah bilik lelaki itu. Nak ketuk ke tak nak ni? Baru sahaja tangan ingin mengetuk, pintu telah pun dibuka dari dalam dan terasa diri ini seperti dirempuh sesuatu. 

"Aarghhhh!" 

Terjerit kecil aku jadinya apabila terasa seperti hendak terjatuh gara-gara gagal mengimbangi tubuh. Nasib baik ada seseorang yang memegang kedua-dua belah lenganku dan menarik aku supaya dapat berdiri semula. Kalau tak memang dah jatuh terlentang agaknya! Bau wangian yang menusuk ke dalam rongga hidung membuatkan jantungku berdebar dengan sangat teruk. Mahu tak mahu aku dongakkan kepala juga  merenung ke arah lelaki itu.Nyata dia juga sedang merenung ke arahku dengan pandangan yang memukau! Sepasang mata itu kulihat berlari dari mata ke hidung dan kemudian ke bibirku. Berbahang teruk jadinya wajahku saat ini bersama debaran yang semakin melaju.


"Sayang.." Bisiknya lembut dengan sangat romantik, mampu membuatkan tubuh aku kaku. Dia kemudiannya menyambungkan ayatnya.

"Muda-muda lagi dah buta!" Bidasnya dengan kasar.Terus aku melepaskan pegangan tangannya yang sasa dari lenganku.

Isk! Sebal betul rasa hati ni. Anak mata kularikan ke arah lain dan terus menjarakkan diri sedikit dari lelaki yang kelihatan segak dengan kot hitam di tubuhnya yang sedikit tegap itu. Dia yang rempuh aku tapi dia cakap aku pula yang buta? Eeeee...ikutkan hati mahu sahaja aku membidas semula kata-katanya itu namun tidak jadi berbuat demikian  apabila mengenangkan objektif aku ke mari. Sabar Thalia, sabar!

"Tuan Faleeq.." Akhirnya aku bersuara bersama debaran yang masih menggila di dalam dada. 

Canggungnya! Wajah serius itu merenung ke arahku dengan tajam dan kemudian, masuk semula ke dalam bilik pejabatnya. Takut-takut aku mengekori langkahnya. Dia kulihat melonggarkan tali lehernya dan merenung ke arahku dengan wajah yang sangat beku.

Tidak ada lagi pandangan hangat seperti tadi. Isk, Thalia! Wake up! Delete renungannya tu dari dalam fikiran kau! Aku mula berperang dengan diri sendiri saat ini. 

"Doesn't mean when you know me, you can barge into my office like this, Aysara!" Tergamam aku jadinya.

 "Do you know who I am?!" Soalnya dengan sangat sinis, membuatkan aku sedar beza taraf antara kami. 

Ya Allah, kerana ayah, aku harus juga meminta pertolongan lelaki ini. Dia kulihat melangkah ke arah kerusi empuknya dan melabuhkan punggung di situ.

"Get out!" Ucapnya sepatah dan dia mula sibuk dengan fail di atas mejanya. 

Terkebil-kebil aku sendirian di sini. Sebak sudah mula mengasak dada namun aku masih berlagak selamba. Dengan siapa aku mahu minta tolong?Rintihku di dalam hati.

"Ta..tapi..Tu..Tuan..Fa..Fa.." Tergagap-gagap aku bersuara namun kata-kataku mati apabila dia menekan punat pada interkomnya. Sampul yang berada dalam beg tangan aku keluarkan saat ini.

"Elis.." Lelaki ini bersuara.

"Yes, Tuan Faleeq.." Kedengaran suara Elis menjawab di hujung talian.

Aik, macam biskut betul gadis tu. Tadi takde pun dia di kaunternya. Sekarang ada pula. Mungkin dia ke tandas agaknya! Baru sahaja Tuan Faleeq ingin membuka mulut untuk bercakap dengan Elis, aku terus meletakkan dua keping gambar di atas failnya. Tersentak jadinya lelaki ini. Tajam matanya merenung ke arahku.

"Tuan Faleeq?" Suara Elis kedengaran lagi. Pantas lelaki ini bersuara.

"It's okay Elis. I will get back to you shortly." Ujarnya yang kelihatan sedikit kusut saat ini.

"Apa ni?" Soalnya dengan wajah yang sangat tegang. Sebelum dia fikir yang bukan-bukan, aku terus bersuara.

"Gara-gara gambar tu saya dipaksa nikah dengan lelaki yang ganggu saya tempoh hari. Saya difitnah oleh Abang Joe." Jawabku dengan lemah. Tuan Faleeq kulihat meraupkan wajah untuk seketika. Kemudian dia kembali merenung ke arahku.

"Siapa yang rakam gambar-gambar ini?" Soalnya lagi.

"Abang Joe. Lelaki yang cuba buat perkara tak baik pada  saya di kilang tuan Faleeq tempoh hari. Lelaki yang report pada Adib kononnya saya ni adalah seorang pencuri." Luahku bersama kepala yang sangat berat. Aku lihat lelaki ini mendiamkan diri seketika namun ketegangan di wajahnya masih belum surut.

"Dia fitnah saya buat kerja terkutuk dengan Tuan Faleeq.." Aku menyambung cerita.

"What?" Herdik lelaki di hadapanku ini sambil mencampakkan gambar-gambar di tangannya ke atas meja. Nyata dia sudah mula berang.

"Crazy!" Bentaknya lagi dengan sangat tidak puas hati.

"Exactly." Ujarku sambil menganggukkan kepala, tanda setuju. 

Buat apalah dia terhegeh-hegeh denganku sedangkan lelaki sepertinya tu boleh dapatkan gadis yang lebih cantik, yang berkedudukan dan berkerjaya. Memang tak logik! 

"Kenapa lelaki tu asyik ganggu kau?"

"Alasannya sebab saya berhutang dengan dia.." Luahku dengan sangat perlahan. Pandangan hanya aku halakan pada mejanya sahaja.

"Dia tolong bayarkan 15 ribu kos bedah jantung ayah saya. Ayah tak tahu yang dia selalu ganggu saya. Ayah saya juga tak tahu yang siang malam saya terpaksa buat kerja part-time untuk bayar duit Abang Joe sampaikan Dr. Aliff teruk marahkan saya gara-gara selalu lewat ke kelas.." Susah-payah aku membuka mulut saat ini. Rasa benci dengan diri sendiri kerana aku terpaksa berkongsi masalahku dengannya. 

"Sebab kau tak mampu selesaikan hutang tu dia mahu kau berkahwin dengan dia?" Ada rasa ingin tahu di dalam ayat lelaki itu. Lambat-lambat aku mengangkat wajah dan merenung ke arahnya. Kepala kuanggukkan sedikit.

"Dia perangkap saya.." Luahku bersama rasa marah yang membuak-buak.


 Aku lihat lelaki ini menggoyangkan sedikit kerusinya ke kiri dan ke kanan. Detak jantung semakin tidak menentu apabila dia merenung aku sedalam-dalamnya. Makin tidak selesa jadinya diriku ini. Kalaulah aku boleh membaca apa yang berada di dalam fikirannya.. 
"Jadi, kau nak minta aku bayarkan hutang kau?" Akhirnya terlepas juga soalan itu dari bibirnya. Sebelum dia salah sangka aku menggelengkan kepala laju-laju. Pantas aku merapatkan diri sedikit ke arah meja.

"Tak..bukan macam tu."Luahku dengan bersungguh-sungguh.

"Saya akan bayar sendiri. Saya masih boleh buat part-time di Chicken Station dan saya mampu bayar duitnya setiap bulan, in syaa Allah." Sambungku lagi. Aku lihat dia mengecilkan matanya sedikit.

"Then what?" Sebelah keningnya terjungkit ke atas sambil menangti jawapan dariku. 

Air liur yang kutelan terasa berpasir. Takut pula untuk aku meminta tolong darinya. Semakin kuat jantungku berpalu sehingga aku terpaksa menarik nafas dalam-dalam untuk menenangkan diri.

"Tuan Faleeq boleh tak..." Teragak-agak aku bersuara. Tidak berani pula aku meneruskan kata-kata. Aku lihat lelaki itu menggelengkan kepalanya sedikit.

"Stop wasting my time, Aysara." Tidak membentak tetapi kata-kata itu cukup membuatkan aku gerun.

"Boleh tak Tuan Faleeq berjumpa ayah saya dan terangkan perkara sebenarnya? Terangkan yang saya tak buat kerja terkutuk tu dan terangkan yang semua ini hanyalah fitnah semata-mata?
"
Dengan sekali nafas aku bersuara gara-gara takut membuang masanya dan gara-gara risau jika dia menghalau aku keluar dari sini.  Mata kupejamkan untuk seketika. Dengan cemas aku membukanya semula. Nyata lelaki itu merenung ke arahku dengan sangat aneh. Apabila jenis renungan ini diberikan kepadaku, terasa teringin sangat untuk aku mengetahui apa yang berada dalam fikirannya.

'Well Thalia Aysara.." Ucapnya dengan tenang. 

"Why should I help you?" Soalnya.

Tidak, dia tidak menyindir dan dia tidak mengherdik. Tapi dia benar-benar buat aku sedar diri.  Tentang di mana kedudukan aku dan di mana kedudukannya. Kau lupa dia siapa, Thalia? Dia adalah CEO Al-Hayyan Group! Kelam-kabut aku meluru ke mejanya. Gambar-gambar yang bergelimpangan aku kutip bersama rasa yang bercampur-baur.

Ya Allah, aku memang dah gila. Tiba-tiba pula aku rasa yang aku sudah buat satu kesilapan yang sangat besar. Aduhh..sekurang-kurangnya aku patut berbincang dengan Adib dahulu sebelum ke mari! Aku memang tak fikir panjang!

"I..I am sorry..I am really sorry for barging in like this, for wasting your precious time..I am really sorry. Untuk seketika, saya lupa siapa diri saya..I must be out of my mind to come here and beg for your help.." Ucapku tanpa memandang ke arahnya. 

Kakiku terus melangkah laju menuju ke arah pintu. Sebelum tangan kanan menyentuh tombol pintu, aku memalingkan tubuh ke belakang seketika. 

"I am sorry again, Assalamulaikum." Luahku bersama rasa sebak yang sudah semakin kuat mengasak dada. Baru sahaja ingin membuka pintu, kedengaran namaku dipanggil di belakang sana. 

"Aysara..!"

Dan kaki pun bagai dipaku ke lantai. Tidak jadi untuk keluar dari pejabat lelaki ini. 
***
BERJUMPA LAGI DI BAB 9 YA! :D

Terima kasih kepada semua yg sudi baca, sudi like, sudi komen dan sudi share karya ini :D Maaf kalau ada kesalahan ejaan. Versi yang suri share ini adalah versi sebelum edit. Seperti biasa, semua komen boleh diberikan di Facebook group : Bila Suri Ryana Menaip :)