Baca Bab 1 & 2 di sini :
https://queenlpermaisuri.blogspot.kr/2018/02/panahan-cinta-mr-agorafobia.html
Baca Bab 3 & 4 di sini :
https://queenlpermaisuri.blogspot.kr/2018/02/panahan-cinta-mr-agoraphobia-bab-3-bab-4.html
BAB 5
https://queenlpermaisuri.blogspot.kr/2018/02/panahan-cinta-mr-agorafobia.html
Baca Bab 3 & 4 di sini :
https://queenlpermaisuri.blogspot.kr/2018/02/panahan-cinta-mr-agoraphobia-bab-3-bab-4.html
BAB 5
Tubuh kuhempaskan ke atas
katil. Fizikal pun penat, mental pun dah koyak rabak. Demi Tuhan, aku hanya
mahu tidur. Mahu melupakan sejenak segala kekusutan. Sambil berbaring aku
merenung kosong ke arah siling di dalam kelam malam. Terbayang di dalam fikiran
gambar yang kulihat tergantung kemas di dinding rumah pemilik Al-Hayyan Group
itu.
No, Thalia..percayalah, bukan orang yang sama.
Hati aku berkata-kata sendiri. Sebelah tangan memicit kawasan kepala yang
sedikit berat.
Fikiran melayang pada
kejadian yang berlaku di rumah keluarga Tuan Faleeq tadi. Bila agaknya dia akan
pulangkan kad pengenalan aku tu? Aduh..ada harapan lagi tak untuk aku buat
latihan praktikal di Al-Hayyan Group?
Anak mata merenung
kosong ke arah dinding. Syarikat mana lagi yang memberikan elaun yang tinggi?
Disebabkan hutang yang masih berbaki RM 13 ribu itu, hidup aku teruk tertekan.
Pelajaran aku tunggang-langgang kerana asyik pulun buat part-time. Semuanya
kerana ingin membayar duit si botak tu. Masih terbayang-bayang di fikiran SMS
yang baru aku terima dari Abang Joe kira-kira setengah jam yang lalu.
"Nasib kau baik tadi Thalia.
Sekali lagi kau culas bayar duit aku, aku akan pastikan kau tak terlepas lagi."
Lebih kurang begitulah mesej tu berbunyi.
Aku bangun dari pembaringan. Anak mata
menyorot pada Didee yang sedang nyenyak tidur di katil sebelah. Tubuh
kusandarkan pada kepala katil. Tertekannya! Kaki yang tadinya terlunjur lurus
perlahan-lahan aku rapatkan ke tubuh. Kedua-dua belah tangan memaut betis dan
wajah kusembamkan pada lutut.
Abang Joe..memang aku benci lelaki yang
kejam itu tetapi aku tidak dapat nafikan yang aku terhutang budi dengannya. Hanya
dia dan Cik Yam Jamu aje yang sudi hulurkan bantuan kepada kami. Terbayang di
fikiran wanita berusia dalam lingkungan umur awal 40-an yang sentiasa nampak
cantik dengan kebaya labuh di tubuhnya tu. Cik Yam..Thalia rindu Cik
Yam..Thalia rindu masakan Cik Yam. Keluhku di dalam hati
CIK YAM JAMU |
Teringat kembali saat aku
mengemis ke sana ke sini dulu. Tidak ada seorang pun yang tampil membantu.
Benar kata orang, adakalanya orang yang
tidak mempunyai pertalian darah dengan kita juga yang sanggup bersusah bersama.
Cik Yam Jamu sanggup gadaikan barang kemasnya untuk membantu ayah. Sumbangan
RM5000 tu diberikan ikhlas tanpa mengharapkan apa-apa balasan. Tapi, seperti
yang aku dah janji, aku mesti akan bayar juga duit Cik Yam tu. Lagi RM15 ribu, Abang
Joe yang juga tauke mini market berdekatan dengan kampung yang sumbangkan. Cuma,
Abang Joe mempunyai agenda sendiri. Air liur yang aku telan terasa kelat.
Selepas sahaja ayah selesai membuat
pembedahan jantung, Abang Joe paksa aku berkahwin dengannya. Gila! Lelaki berhidung belang itu sudah ada
dua isteri kut! Ingat ini cerita madu tiga ke apa? Akibat daripada aku
membantah dan menolak hasratnya mentah-mentah, aku perlu bayar semula RM15 ribu
duitnya sekaligus. Mana aku nak cari duit sebanyak itu? Kalau aku ada duit,
tidaklah aku mengemis ke sana ke sini dulu.
Pelbagai alasan aku berikan untuk
menolak permintaan gilanya tu. Setelah teruk aku merayu, dia bersetuju untuk
aku membayar balik duitnya secara
ansuran setiap bulan. Aku baru sempat bayar RM2000 je. Masih berbaki RM 13 ribu lagi hutang aku dengannya. Semakin rapat aku menyembamkan wajah ke lutut.
Bayaran RM
1500 setiap bulan itu cukup membebankan untuk aku. Banyak kali aku cuba berbincang
dengan ayah untuk berhenti belajar tetapi banyak kali itu juga ayah marah dan
merajuk denganku. Takut pula disebabkan tindakanku, ayah yang sudah semakin
pulih itu jatuh sakit semula. Ya Allah, tolonglah tambah rezeki aku supaya aku
dapat bayar semula duit Abang Joe. Itu sahaja doaku ketika ini.
*************************************************
BAB 5 A
Aduhhh! Kusutnya! Aku meraup rambut
yang lurus melepasi bahu ke belakang telinga. Dah 10 kali aku mundar mandir di
tepi jendela bilik ini. Sesekali anak mata merenung ke arah kawasan asrama yang
lengang di bawah sana. Maklumlah, pagi-pagi macam ni memang ramai yang ke
kelas. Kelas aku dan Didee mula lewat hari ni. Pukul 2 petang nanti. Wajah Tuan
Faleeq yang serius dan beku itu terbayang
di fikiran. Mampu membuatkan jantungku berdetak dengan sedikit laju. Aduh..ni
belum berdepan dengan dia lagi. Cemasnya!
Aku membetulkan semula tirai jendela
yang aku selak luas tadi ke kedudukan asal bersama kad pengenalan milik lelaki
itu di dalam genggaman. Relaks la Thalia..dia yang mulakan dulu permainan ni.
Apabila dia dah bersedia pulangkan kad pengenalan kau, baru kau lakukan hal
yang sama. Aku berkata-kata sendiri di dalam hati. Jangan dia ingat dia kaya,
berpangkat dia boleh buat sesuka hati dengan orang macam aku.
Tubuh kuhempaskan ke atas katil. Dalam
keadaan berbaring, kedua-dua belah tangan memegang kad pengenalan milik lelaki
itu. Kad di tangan kurenung dengan perasaan tidak sedap hati. Agak-agaknya
lelaki itu sedar tak yang kad pengenalannya hilang?
"Apahal muka kau dah macam ayam
berak kapur ni?"
Soalan Didee membuatkan aku tersentak.
Kalaulah dia tahu yang aku ada masalah besar dengan lelaki 'pojaan' hatinya tu,
aku pasti dia juga akan terberak kapur saat ini. Aduh..tak tertanggung rasanya
masalah ini berseorangan. Patutkah aku kongsi dengan Didee?
"Dhia Dalila!!"
Terjerit kuat aku jadinya apabila ada
yang menyambar kad keras itu dari tanganku. Siap sebut nama penuhnya lagi. Terus aku melompat turun dari
katil. Didee sedang tersengih ke mari.
"Kasi balik!" Aku cuba
merampas kad di tangannya namun dia lebih cepat melarikannya dari aku. Hanya
nafas berat yang mampu aku hela. Mesti Didee akan terkejut beruk sekejap lagi.
"Apa yang special sangat MyKad kau ni sampai nak tenung-tenung macam tu?" Soalnya pelik sambil merenung ke arah kad pengenalan di tangan. 1 saat, 2 saat..
"Thalia!!!"
There she goes! Nyaring jeritannya tu,
sampai ke dewan makan pun boleh dengar aku rasa.
Pantas aku menutup kedua-dua belah
telinga dengan kedua-dua belah tangan. Kan aku dah cakap, dia akan terkejut!
Mulutnya terlopong luas. Bulat mata milik gadis bertocang satu itu merenung ke
mari.
"Ma..mana kau da..dapat benda ni?" Soalnya tergagap-gagap.
Blur terus wajahnya tu.
Kesempatan ini
aku ambil untuk menyambar semula kad tersebut dari tangannya. Beg duit yang
terdampar di atas katil aku capai dan aku selitkan kad pengenalan milik Tuan Faleeq
dengan cermat dalam compartment yang sesuai. Punggung kulabuhkan di birai katil
dengan hati yang semakin gelisah. Didee terus menyerbu ke arahku. Bergegar
katil apabila dia menghempaskan tubuh di sisiku.
"Sumpah Dee, keadaan kau dah macam
ayam berak kapur. Tu lah, mengata aku lagi!"
Wajah Didee aku kerling
sekilas sambil menggelengkan kepala. Geli hati pula tengok dia ni gelabah. Gadis yang memakai t-shirt biru ini terus
menampar lembut bahu aku.
"Boleh kau buat lawak lagi time time
macam ni? Kau tahu tak kad pengenalan siapa yang ada dengan kau tu?Bukan
calang-calang orang Thalia..aku takut kau tidur lokap je malam ni."
Kata-kata
Didee yang nampak serabut mampu mematikan terus senyuman di bibirku. Semakin resah dan gelisah aku jadinya. Agak-agak dia laporkan kepada
polis tak?
"Weh, memanglah aku minat dengan Tuan Faleeq tu. Tapi, kau tak payahlah curi IC ni untuk aku. Kalau dia buat police report macam mana?" Kelam-kabut Didee menyoal aku.
Bulat mataku menjegil ke arahnya! Jari telunjuk kulekapkan
di bibirnya untuk sesaat.
"Shhhh! Kau boleh diam tak? Siapa yang curi benda ni untuk kau? Perasan betul kau ni. Aku belum gila lagilah!" Bidasku dengan geram.
Kemudian, aku
terus bangun dari katil. Didee aku lihat mengekori gerak langkahku yang menuju
ke arah meja belajar.
"Cakap cepat! Macam mana MyKad dia boleh ada dengan kau?" Soal Didee. Aku menyandarkan tubuh pada dinding.
"Sebab dia ambil MyKad aku!" Bahu kujungkitkan ke arah Didee.
Terus dia menjegilkan matanya ke
arahku. Perlahan dia menggeleng tanda tidak mahu terima kata-kataku.
"What? Apa kau mengarut ni? Tak
masuk akal!" Soal gadis itu yang sudah mula ketawa besar. Dia ingat aku
ada masa nak main-main?
"Kau ingat perangai lelaki 'pojaan'
hati kau tu 'helok' sangat? Meluat! Tau tak meluat??"Nada suaraku sudah
mula meninggi.
Didee aku tinggalkan di meja belajar dan aku melangkah ke katil
semula.
"Okay, now kau beritahu aku.
Kenapa pula dia nak buat macam tu? Apa MyKad kau tu bersalut emas ke apa?"
Soal gadis itu dengan sinis.
Ada nada cemburu dapat kukesan dalam
nada suaranya itu. Isk tak hingin aku dengan lelaki tu. Buat tambah masalah dalam hidup aku yang
sedia bermasalah ni aje.
Aku lihat tubuh Didee sudah terjelepuk
di atas lantai yang berlapikkan tikar mengkuang, betul-betul menghadap aku yang
sedang duduk bersila di atas katil. Nafas aku tarik dalam-dalam sebelum
bersuara.
"Aku jumpa Abang Joe
semalam." Laju kata-kata tersebut meluncur dari bibirku.
"Hah? Kau pergi seorang? Kenapa kau tak ajak aku?" Soal Didee dengan sangat cemas. Aku lihat dia memicit kasar kawasan kepala. Hanya Didee, diari bergerak aku aje yang tahu kisah aku dan Abang Joe.
"To cut the story short, Abang Joe
cuba buat benda tak baik kepada aku tapi aku dapat lari. Aku masuk dalam kilang
Tuan Faleeq untuk bersembunyi. Apabila rasa keadaan dah selamat, aku keluar
dari kilang dan pengsan! Lelaki pojaan kau tu bawa aku pulang ke rumahnya dan
panggilkan doktor untuk rawat aku masa aku pengsan. Bila aku sedar, dia tuduh
aku pencuri pulak! Sebab dalam minggu lepas ada kes kecurian yang berlaku di
kilang tu. Lepas tu rampas IC aku untuk jalankan siasatan." Panjang lebar aku bercerita. Kedua-dua
belah tangan meraup wajah saat ini. Risaunya Ya Allah!
Tapi, tak dinafikan yang terasa ringan
sedikit kepala setelah menceritakan apa yang berlaku pada Didee. Sekurang-kurangnya
aku tahu yang aku tidak keseorangan sekarang. Didee terus memetik ibu jarinya.
"Kan betul aku cakap. Kau gerenti
pengsanlah tengok wajah kacak Tuan Faleeq tu." Didee sengih, tayang giginya yang
tersusun cantik. Aik, dalam banyak-banyak part sedih, part tu yang dia komen? Aku
mula tayang muka tak puas hati. Tangan kanan kuangkat tinggi.
"Stop it, Didee! Kau jangan nak tambah garam kat luka aku, Dee. Aku BENCI gile dengan mamat tu." Luahku dengan tegas.
"Lah, betullah. Dulu kemain eksyen
kau cakap yang Faleeq Al-Hayyan tu
mukanya biasa-biasa aje. Hah, sekali..pengsan terus!" Luah Didee sambil
tersenyum lebar. Berasap dah kepala aku!
"Dee!! Aku pengsan sebab mengalami dehidrasi dan tekanan darah rendah laa..takde kaitan dengan kekacakan mamat perasan bagus tu."Tak dapat ditahan, nada suara sudah melangkau oktaf yang sedikit tinggi.
Didee terus
melompat naik ke atas katil. Bantal kecil dicapai dan dipeluk erat.
"Aku rasa Tuan Faleeq tu seorang lelaki yang gentleman dan baik. Kalau tidak, takkan laa dia rawat kau? Kat rumah dia pulak tu. Fuyyo..dream comes true betul!" Luah Didee dengan jujur. Hati aku yang ego membuatkan aku terlalu benci mendengar komen Didee itu.
"Dream comes true? Oh please la
Dee..my worst nightmare yang sebetulnya!! Kalau dia baik sangat, takdelah dia
nak tuduh aku pencuri dan ambil kad pengenalan aku." Bidasku dengan sangat jengkel.
Sebelum dia cari aku, baik aku cari
dia. Lagipun selagi kad pengenalannya itu berada denganku, selagi itulah tak
tenteram jadinya hidupku. Baik aku pulangkan. Terus aku bangun dan jari telunjuk
kutudingkan ke arah Didee.
"Kau kena ikut aku kejap
lagi." Putusku dengan tegas.
"Hah? Ke mana?" Didee aku
lihat sudah mula terpinga-pinga.
"Rahsia." Jawapan aku mampu membuat gadis itu terdiam.
Laju kakiku melangkah menuju ke arah
almari, meninggalkan Didee yang masih termangu-mangu di atas katil. Rambut aku sanggulkan dan kemudian aku
mencapai tudung bawal berwarna kelabu muda. Anak mata merenung ke arah wajah di
dalam cermin.
Apalah yang Abang Joe kejar-kejar
sangat dengan aku ni? Kat kampung tu banyak lagi gadis-gadis yang boleh tahan
lawa. Ah, tak perlu fikir, Thalia, kang terbantut selera kau. Laparnya. Baik
aku ke kafe dari fikir tentang lelaki tak guna tu. Baru sahaja menyarungkan
tudung di kepala, kedengaran pintu diketuk dari luar
TOK! TOK! TOK!
Ah, budak-budak bilik sebelah la ni yang
datang bertandang. Tak pun nak pinjam maggi. Kehidupan berasrama memang macam
ni. Normal!
"Masukkk!" Laung Didee yang
masih bertenggek atas katil aku. Emma, jiran bilik sebelah menjenguk di sebalik
pintu. Ha, ni memang muka mi maggi!
"Tu..ada dalam laci tu. Kari letop
ada, asam laksa pun ada. Ambillah." Ujarku sambil menudingkan jari ke arah
locker. Emma tarik muka masam. Laa..dah kenapa?
"Kalau agak-agak nak yang
rasa-rasa kpop sikit, ambil je ramen samyang aku kat atas meja tu. Didatangkan
khas dari Korea Selatan." Sampuk Didie pula. Emma terus menepuk dahi.
"Korang ingat aku ni muka mi
segera ke? Isk, aku bukan datang nak pinjam maggi la!" Bidas gadis yang sudah
cantik bersiap ini dengan sebal. Berderai tawa aku dan Didee.
"Thalia. Ada orang nak jumpa kau
kat bawah." Kelam-kabut dia bersuara sambil merenung ke arah jam di
tangannya. Terkunci terus mulut aku dan Didee
"Siapa?" Soalku sedikit pelik. Takkan Abang Joe pulak? Bukankah dia dah mesej aku semalam? Kira settle la kan?
"Manalah aku tahu. Aku nak ke kelas ni. Bye!" Sebaik sahaja berkata begitu, Emma terus berdesup keluar meninggalkan aku yang sedang termangu-mangu di sini. Tak sempat aku nak soal dengan lebih lanjut.
"Mungkin Abang Joe agaknya.."
Terpacul juga ayat itu dari bibir. Susahnya hati namun aku masih berlagak
selamba!
"Relaks, Thalia. Jom aku temankan
kau."
Aku hanya mampu mengangguk lemah.
Apa
lagi yang Abang Joe mahukan dari aku? Dia memang pernah ke sini untuk berjumpa
denganku dulu. Beg duit aku capai sambil menunggu Didee menyarungkan tudung di
kepalanya.
******************************************
BAB 6
Teruk dadaku berombak risau tika ini.
Laju kaki menuruni anak tangga untuk sampai ke tingkat bawah bangunan asrama.
Di dalam kepala sudah merangka ayat yang akan aku perkatakan pada Abang Joe
nanti. Janganlah dia minta RM500 tu hari ini. Mana aku nak korek duit? Dalam
beg duit ni hanya ada RM100 aje sebelum aku dapat gaji minggu depan.
"Kau jangan risau Thalia. Beranilah
dia nak apa-apakan kau.. aku tumbuk muka dia!" Marah betul Didee. Tangan
kanannya menggenggam buku lima.
Anak mata kukecilkan sedikit apabila
silau mentari pagi menyinari wajah.Kami sama-sama melintasi kawasan taman
asrama yang dihias indah dengan kolam ikan dan bangku batu. Di sinilah dulu
Abang Joe menungguku. Nafas aku tarik dalam-dalam sambil membetulkan blause di
badan. Mana dia? Anak mata melilau mencari kelibat lelaki botak itu. Tak ada. Pandangan
kuliarkan ke arah kenderaan yang terparkir di hadapan sana.
"Kau ada nampak tak kereta Honda
Civic warna kelabu asap, Dee?" Soalku dengan sangat cemas.
"Takde Thalia." Ya Allah
bilalah semua ini akan berakhir? Sampai bila aku harus hidup dalam ketakutan
setiap kali berjumpa Abang Joe? Didee mengerling ke arahku dengan penuh
simpati.
"Jangan takut Thalia! Aku ada! Jangan cuba-cuba dia berkasar dengan kau. Aku terajang dia nanti." Tekad Didee. Bahuku dipeluk kemas saat ini. Sedikit sebanyak dengan adanya Didee di sisi mampu meredakan rasa gusar di hati.
"Cik Thalia Aysara?"
Automatik Didee melepaskan pelukannya
di tubuhku. Kami sama-sama berpaling ke
belakang. Seorang lelaki berketinggian sederhana sedang merenung ke arahku.
"Siapa ni Thalia? Takkan Abang Joe
pergi Korea buat plastic surgery pulak?" Bisik Didee dengan sangat pelik.
Aku tenung rapat-rapat lelaki yang
berkemeja hitam ini. Janggut sejemput, bermata bundar, berbaju bunga, berseluar
yankee, berkaki ayam! Eh..tak tak..dia tak berkaki ayam. Ya Allah! Apa yang aku
melalut ni?! Tiba-tiba teringat dialog
dalam filem Seniman Bujang Lapuk pulak.
Hmm..but seriously, macam pernah aku lihat
dia ni. Tapi di mana ya? Hati aku mula tak sedap. Dia ni bukan, Adib ke?
Pekerja Tuan Faleeq? Air liur yang kutelan terasa berpasir. Jantung aku mulalah
buat hal!
"Cik, bos saya, Tuan Faleeq Al-Hayyan
nak jumpa dengan cik. Dia sedang menunggu di dalam kereta." Ucapnya dengan
sopan. Terlopong aku jadinya saat ini.
Jari telunjuk ditudingkan ke arah
sebuah kereta mewah yang terparkir di bahu jalan. Jantungku benar-benar rasa nak
luruh dah ni. Mana Tuan Faleeq tahu aku tinggal di sini? Di blok asrama ni?
Jantung aku mulalah berdebar teruk. Seram sejuk rasa badan.
"Tu..tu..tuan Faleeq nak jum..jumpa kau!" Bisik Didee
tergagap-gagap sambil merenung ke arah kereta Jaguar berwarna hitam itu.
Lengan
aku disikunya berkali-kali. Aduh..apa aku nak buat ni? Ketar lutut nak berhadapan dengan lelaki
dingin beku yang sentiasa serius itu. Apabila teringat yang kad pengenalannya
berada denganku, aku bertambah gabra. Bagaimana kalau dia nak bawa aku ke
balai polis? Ah, kalau dia report tentang aku, aku pun boleh report tentang
dia. Hati aku mula berbisik begitu. Sekadar mengurangkan rasa takut yang dah
menghurung jiwa.
Pandanganku menyelinap ke bahagian belakang
kenderaan mewah di hadapan kami. Anak mata cuba menangkap bayang yang berada di
tempat duduk belakang kenderaan tetapi gagal. Legap sangat cermin tu. Memang
tak nampak rupa Tuan Faleeq tapi kenapa jantung aku makin sumbang rentaknya? Dia
nak aku masuk ke dalam kereta tu? No way!
"Dia nak jumpa saya kan? Suruh ajelah
dia datang sini." Dengan acah-acah berani aku berkata begitu. Ada getaran
dalam nada suaraku. Nampak aje berani tapi sebenarnya kecut jugak perut ni. Tersentak
jadinya Adib. Kepala digarunya lembut sambil menoleh ke arah kenderaan milik
lelaki itu.
Aku lihat Tuan Faleeq yang berada di bahagian belakang
kenderaan menurunkan cermin pada tingkap kereta. Semakin kuat jantung aku
berpalu saat mata terpandangkan wajahnya berkaca mata hitam itu.
"Handsome nye dia, Thalia..."
Bisik Didee yang sedang enak mencuci mata. Aku terus memeluk lengan Didee.
"Dee, tolong aku Dee!! Aku tak nak
jumpa dia." Bisikku dengan perlahan.
Dah kenapa minah sorang ni? Tersenyum
sipu-sipu macam tu. Aduh! Memang mereng. Aku lihat Tuan Faleeq sudah mula menanggalkan kaca mata
hitamnya. Kaki aku bagai dipaku ke tanah. Anak mata kami bertentangan untuk
seketika, mampu membuatkan nafas aku terasa sesak.
"Well young lady, listen here
carefully. I am giving you two options now. Kau nak datang sini sendiri atau
kau nak aku dukung kau masuk dalam kereta ni macam semalam?" Suara penuh
maskulin itu bergema dengan sangat bersahaja membuatkan aku tersentak.
What?! Oh no! Dia dukung aku masuk ke
dalam kereta masa aku pengsan semalam?? Kelu jadinya lidah saat ini. Bulat mata
aku menjegil ke arahnya. Sebelah kening diangkat tinggi sambil merenung tepat
ke dalam mataku. Terus aku larikan anak mata ke arah lain.
Ya Allah, dari semalam, tak terlintas
langsung di fikiran siapa yang angkat aku masuk ke dalam kereta. Kedua-dua
belah mata kupejamkan dengan rapat untuk seketika sebelum membukanya semula.
Erghh! Merah berbahang wajah aku
apabila Adib dah Didee dah mula pandang ke mari. Siap senyum-senyum. Aku terus
meraupkan wajah.
"Dee, kau cakap nak tumbuk laa..nak terajang laa orang yang ganggu aku kan? Hah, inilah masanya! Go!" Ujar aku dengan sangat serius kepada Didee. Cuba berlagak selamba walaupun wajah ni dah tebal berinci-inci.
Tak guna betul
lelaki tu. Kalau ya pun, perlu ke heboh satu kampung yang dia dukung aku?? Didee
menggelengkan kepalanya laju-laju.
"Thalia..kalau dia ni, aku tak
sampai hati." Ujar Didie tersipu-sipu. Ya ampun!
"Tolonglah jangan buat perangai
macam ni. Menggeletis kan kau ni!" Aku mula memarahi gadis ini. Podah cit!
Cakap nak pertahankan aku. Belum apa-apa dah
give up!
"Apa lagi tu? Hm?" Soal
lelaki itu dengan sangat serius tanpa memandang ke mari. Anak mata difokuskan
ke arah telefon bimbit di tangannya. Perut dah rasa memulas-mulas ni gara-gara
cemas.
"Saya rasa, baik cik ikut arahan Tuan
Faleeq Al-Hayyan. Jangan risau, boss saya tu tak makan orang."
Tersenyum-senyum Adib bersuara kepadaku. Ni sekor lagi! Kusut betul!
"I am giving you 10 seconds,
Thalia Aysara." Tuan Faleeq bersuara lagi. Tidak membentak, namun nada
suaranya sedikit meninggi.
Aku terus meliarkan pandangan ke arah sekeliling
kawasan ini. Ramai pula pelajar yang lalu lalang. Aduh..bagaimana kalau dia
betul-betul keluar dan dukung aku masuk ke dalam kereta? Sebelah kaki kuhentak
ke tanah tanda protes!
"Dasar diktator! kuku besi!"
Aku menggumam dengan geram.
Kaki terus melangkah laju menuju ke arah sebelah
kanan kenderaan. Adib pula sibuk mengejar langkahku. Dengan kalut dia mahu membuka
pintu kereta tetapi aku terlebih dahulu melakukannya.
" Tepi, orang boleh buka sendiri
pintu ni!! Tak payah nak berlakon baik. Dah laa tuduh orang mencuri! Saya tak
hadap langsunglah dengan sos korang tu. Awak dan tuan awak, sama je lah tahap
kejengkelannya tu! " Bidasku dengan geram sebelum masuk ke dalam kenderaan
mewah ini.
Bau wangian yang dipakai oleh lelaki
ini menerpa masuk ke dalam rongga hidung saat ini. Baru sahaja hati aku cuba
nak sejuk, suara lelaki yang
segak dengan kot hitam di badan itu bergema di dalam kereta.Masuk-masuk dah
kena smash!
"Why were you talking like that to Adib? Hm? You better
watch your tounge, garbage mouth!"
Tajam kata-kata itu menusuk telinga
sebaik sahaja aku menjengukkan kepala ke dalam kereta. Boleh tembus ke belakang
kepala renungan yang diberikan kepadaku saat ini.
Dia dengar ke aku bahasakan
Adib tadi?
Wait..apa dia cakap? Garbage mouth?
Mulut sampah??!
Menggelegak darah dalam badan saat ini.
Nafas aku tarik dalam-dalam. Sabar, sabar Thalia..istighfar banyak-banyak. Ingat
kau tu siapa, dan tolong ingat dia tu siapa..sabar.
Ingat, ayah
bersungguh-sungguh mahu kau buat latihan praktikal di Al-Hayyan Group, syarikat
miliknya tu. Ingat ayah, Thalia..sabar!
Dengan wajah yang masam aku melabuhkan punggung bersebelahan lelaki ini.
Apa hal pandang-pandang aku macam nak makan ni? Dia kulihat membetulkan posisi
duduknya dan kemudian sambung merenung wajahku dalam-dalam. Pantas aku
membetulkan tudung supaya tidak ternampak apa-apa yang tak sepatutnya. Aku
mulalah gelisah. Semakin tak keruan aku jadinya apabila mata kami bertemu. Terus aku larikan anak mata ke arah lain.
"So, do you have anything to share
with me, Thalia Aysara?" Soalnya membuka bicara. Aku terus menarik nafas
dalam-dalam. Kemarahan cuba aku kawal sebaik mungkin.
"Tuan Faleeq nak apa ya? Sampai cari
saya kat asrama ni?" Soalku sedikit geram tanpa memandang ke arahnya. Nyata
aku gagal nak cakap baik-baik.
"Hey..hey! Look at me."
Arahnya dengan kerek. Jari telunjuk digerakkan di hadapan wajahku supaya aku
memandang ke arahnya.
Lambat-lambat aku mengikut arahannya. Sepasang mata berwarna hazel sedang merenung ke arahku dengan sangat tajam.
Lambat-lambat aku mengikut arahannya. Sepasang mata berwarna hazel sedang merenung ke arahku dengan sangat tajam.
"Please watch your tone when you
are talking to me." Bidasnya dengan wajah yang tegang. Aku mulalah tak
senang duduk.
" I don't like it! Adab mana
adab?!" Sambung lelaki yang kelihatan segak dengan kot hitam di badan ini.
Aduh..pedihnya hati!
"Okay..Tuan Faleeeeeq..nak aapaaa
jumpa saya kat siniiii?" Soalku sekali lagi dengan sangat mendayu-dayu. Ya
Allah kenapa aku rasa nak lepuk dia ni? Tanpa menunggu jawapan darinya, aku
terus bersuara.
"So, where's my IC?" Soalku. Tanpa aku duga, dia juga menyoal soalan
yang sama sepertiku. Serentak!
"Where's my IC?"
Hah! Bagaimana dia tahu I/C dia ada
denganku?
Wajahnya semakin tegang. Tersentak aku. Tak tertelan rasanya air
liur. Tak berani rasanya nak beritahu perkara yang sebenar.
Belum sempat pun otakku menyusun ayat untuk
diluahkan, dia menggoyangkan keychain Eiffel Tower pemberian Kak Yaya, Kak Long
Didee di hadapan mukaku. Apa lagi, tergamam aku jadinya bersama jantung yang
berdegup laju. Eh, macam mana keychain aku boleh ada dengan dia??
"This is yours, right?!" Kali
ini nada suaranya lebih tinggi dari tadi. Aku lihat wajahnya dah mula merah.
"Macam mana keychain saya boleh ada
dengan awak?" Dengan polos aku bertanya soalan itu. Macam mana aku boleh tak
perasan yang keychain Paris aku dah tercabut dari beg sandang belakang tu?
"Aku jumpa keychain ni betul-betul
kat bawah meja. My wallet was on that table dan MyKad aku hilang" Ucapnya
dengan tenang. Jantung aku dah semakin sumbang berdetak.
"Kau rasa ada kaitan tak semua ni
dengan kau?" Apabila wajah didekatkan sedikit ke arahku, aku terus
menyandarkan tubuh. Kaku terus segala pergerakan.
"Dah bisu pula?" Perlinya
sambil tersenyum sinis. Kemudian, dia menyambung kata-katanya lagi.
"You dug through my wallet and
stole my IC..betul atau tidak?" Soalnya dengan sangat serius. Tajam
matanya membelah wajahku.
"Cakap!" Suaranya dah naik
satu oktaf.
Terhinjut bahu ke atas gara-gara
terkejut.Aku dah betul-betul gelabah!Kedua-dua belah tangan kuangkat tinggi.
"Okayy! Saya akan cakap. Sumpah!
Tapi, awak tolong ke sana sikit.." Ucapku sambil menggerakkan tangan menyuruh
dia menjauhkan wajahnya dariku. Gerunnya!
"Tuan Faleeq..memang saya ambil MyKad awak. Tapiii, awak yang terlebih dulu ambil MyKad saya. jadi, 1 samalah!" Dengan sangat perlahan aku berkata begitu.Tak tahulah dia dengar ke tak. Aku hanya merenung ke arah sandal di kaki.
"What? 1 sama?" Soalnya dengan sangat pelik.
"Kau ingat ni football game?" Sambungnya
lagi. Wajah terus kuangkat merenung lelaki di sebelahku apabila terdengar dia
ketawa dengan sedikit sinis.
Kenapa
wajahnya nampak lain apabila dia ketawa begitu? Barisan giginya yang tersusun
bersama bibir yang sedikit merah itu benar-benar membuatkan wajahnya nampak menarik. Walaupun
sekadar tawa sinis, mampu membuatkan anak mataku mencuri pandang ke arahnya.
Cuma, sikap tu..aduh..kalau cakap tentang sikap, semakin menyampah aku dengan dia ni. Alah..tak bermakna bila hati aku mengakui yang dia memang kacak, aku ni sukakan dia! Handsome pun nak buat apa kalau attitude zero? Pigidaa! Baik aku membujang sampai ke tua.
Cuma, sikap tu..aduh..kalau cakap tentang sikap, semakin menyampah aku dengan dia ni. Alah..tak bermakna bila hati aku mengakui yang dia memang kacak, aku ni sukakan dia! Handsome pun nak buat apa kalau attitude zero? Pigidaa! Baik aku membujang sampai ke tua.
"I am asking nicely, Thalia..where's
my IC?" Soalnya dengan sangat serius. Tajam anak matanya merenung ke mari.
"Tuan Faleeq, awak kasi dulu MyKad saya dan saya akan pulangkan MyKad awak." Ucapku sambil mengerling ke arahnya sekilas. Beg duit di tangan aku goyangkan sedikit.
"Promise!" Sambungku lagi.
"Oh..so I/C aku ada dalam purse tu?" Aku lihat dia tersenyum segaris sebelum wajah itu kembali serius semula.
Anak matanya kemudiannya
merenung ke arah beg duitku yang berwarna merah yang berada di dalam genggaman
tangan kiriku.
"Yes. Your I/C ada kat dalam beg
duit ni. Tapi, saya tak akan pulangkan kecuali awak pulangkan dulu I/C saya
sekarang jugak." Tegasku.
Apabila dia mengangkat keningnya, aku mulalah
gugup.
"Seriously?" Soalnya dengan
nada tidak percaya.Tidak tahu sama ada aku harus mengangguk atau menggeleng.
Tanpa aku duga, dia terus merampas beg
duit di tanganku.
"Tuan Faleeq!" Jeritku tidak puas hati.
Tajam aku merenung ke arahnya. Lelaki
ini memang dah melampau! Dengan selamba dia kulihat membuka beg duit milikku
itu dan setelah membelek seketika, MyKad miliknya ditarik keluar dari bahagian
kiri purse tersebut. Berang betul aku dengan situasi ini.
"Mana aci main rampas-rampas macam ni! Takde sivik betulla!" Jeritku dengan sangat geram. Terhenti terus pergerakannya. MyKad dimasukkan ke dalam poket pada kot dan dia merenung dengan tajam ke mari.
"What did you say?" Soalnya
dengan wajah tidak puas hati. Aku lihat rahangnya sedikit tegang.
"Takde si.." Tidak jadi nak mengulang ayat tadi apabila wajahnya dirapatkan ke wajahku. Sangat rapat sehingga aku bisa merasa helaan nafasnya.
Mata kami bertentangan untuk seketika. Anak matanya kulihat berlari ke serata wajahku
saat ini
"Hm? I can't hear you..jeritlah
macam kau jerit tadi. I am waiting." Bisiknya di antara dengar dan tidak.
Semakin kalut aku jadinya. Kenapa
dengan jantung aku ni? Kenapa ada rasa aneh yang menyelubungi jiwa?
Telefon bimbitnya yang berbunyi
tiba-tiba membuatkan aku lega. Lelaki ini terus menjauhkan dirinya dariku.
Telefon bimbit dikeluarkan dan dia terus menjawab panggilan tersebut.
Ha..peluang ni!
"Yes, Julia." Ucapnya.
"Wait a second." Aku lihat
lelaki ini terus mencapai briefcase tapi sempat lagi dia menoleh ke arahku.
"You, stay!" Arahnya. Isk,
macam tahu-tahu je aku nak cabut!
Organizer hitam berkilat dikeluarkan dari
briefcase itu.
Sebelah tangan memegang telefon bimbit dan sebelah tangan lagi
sibuk menyelak helaian pada organizer di atas ribanya. Nampak sangat
berkarisma. Sesungguhnya aura lelaki ini terlalu kuat. Tidak mampu untuk aku menyisihkannya dari pandangan mata.
"I am flying to New Zealand next
week but I am going to be extremely busy these few days. Erm..tomorrow evening
would be good, Julia." Ujarnya kepada gadis bernama Julia di hujung talian
bersama mata yang berlari serius pada helaian organizer.
Pen Montblanc yang
terselit kemas pada kot di badannya dicabut dan dia mula mencatatkan sesuatu di
dalam organizernya itu.
This has to
stop. Baik aku pergi dari sini. Lagipun takde tanda-tanda dia akan pulangkan IC
aku. Bisikku dengan kecewa pada diri sendiri.
Baru sahaja tangan kanan ingin
membuka pintu kereta, terasa seperti
lengan bajuku digenggam kemas oleh seseorang. Nak luruh rasanya jantung. Apa ni
main pegang-pegang baju? Terus aku menoleh ke arah lelaki itu.
Dia yang sedang berbual di telefon
merenung ke arahku dengan sangat tidak puas hati. Anak mata kujegilkan ke
arahnya, menghantar isyarat untuk dia melepaskan hujung lengan bajuku tetapi
gagal. Kaku aku jadinya apabila dia menggelengkan kepala.
"Okay then, talk to you later
Julia. Bye." Sebaik sahaja berkata begitu, dia terus lepaskan genggamannya
pada lengan bajuku. Pantas aku berganjak supaya menjauhi lelaki ini.
"Aysara.." Panggilnya dengan
ton suara yang serius tetapi sangat aneh.
"Call me Thalia." Aku
membetulkannya.
"Uncle Baharuddin tu ayah
kau?" Soalnya.
Aku tetap juga mengangguk walaupun
diserbu rasa pelik. Sopan pulak dia ni.
Siap panggil ayah Uncle lagi. Isk, mestilah
baharuddin tu bapak aku! Terang-terang dalam kad pengenalan aku tulis Thalia
Aysara Binti Baharuddin kut!
Dia kelihatan seperti ingin berkata sesuatu tetapi kenapa hanya matanya sahaja yang berbicara? Wajahnya tidak lagi
setegang tadi. Debaran di dada yang semakin melaju benar-benar
merimaskan. Thalia! Kau jangan macam-macam. Tidak mahu terus hanyut, aku pantas
membuka pintu.
"I..i..have to go now. Ada kelas
Dr. Aliff pukul 2 nanti. " Sebaik sahaja berkata begitu kelam-kabut aku
membuka pintu kenderaan dengan wajah yang pucat. Kenapa dengan jantung aku ni?
"Aysara! I am not done with you
yet!!"
Nada suaranya naik beberapa oktaf dari tadi namun tidak mungkin
untuk aku berpatah balik. Pintu kereta kututup dengan rasa gelisah. Tak peduli lagi tentang IC aku yang masih
dalam tawanannya.Yang aku tahu, aku sudah terlalu gugup untuk berhadapan dengannya.
Didee yang sedang duduk di atas kerusi batu terus berlari ke mari tatkala
melihat kelibatku. Tanpa mempedulikan Adib yang sedang berdiri di bawah pokok,
aku terus bersuara.
"Jom Didee..cepat laa!Aku
lapar!"
Didee hanya menganggukkan kepalanya dan
terus mengejar langkahku.Cepat-cepat aku melangkah tetapi terdengar namaku
dipanggil dari belakang.
"Cik..tunggu dulu."
Mahu tak mahu aku palingkan juga tubuh.
Kedua-dua tangan bercekak pinggang saat ini.
"Apa lagi Adib? Kita dah takde
urusan lepas ni. Anggap aje saya tak pernah kenal korang dan korang tak kenal
saya.Tolong pos I/C saya ke alamat yang tertera kat atas kad tu. The end!"
Ucapku dengan sangat serius.
Bukan level aku untuk berurusan dengan mereka.
Aku tak mahu masalah lain pula timbul. Objektif utamaku saat ini hanya untuk
mencari duit dan bayar hutang Abang Joe. Itu aje. Aku lihat Adib mengeluarkan
sesuatu dari dalam beg duitnya.Sekeping kad berwarna putih dihulurkan kepadaku tetapi aku tidak mengambilnya.
"Tuan Faleeq baru sahaja menelefon
saya. Katanya, kalau cik mahukan MyKad cik, sila datang ke pejabat esok pagi."
Dia membuka bicara.
Terpempan aku seketika. Aku merenung ke
arahnya dengan pandangan tidak percaya. Pantas aku menggelengkan kepala.
"Badigol betul! Apesal tak pulangkan I/C saya tu hari ini aje? Aduh..memang menyusahkan laaa!" Bentakku dengan sangat berang.
Sebelah kaki menghentak tanah. Geramnya!
Terkebil-kebil Adib memandang ke arahku.
"Cik ni makin marah makin
cantiklah. Merah-merah muka." Ucapnya sambil ketawa kecil. Didee juga
turut tersengih. Makin membara amarah dalam dada. Jari telunjuk kulayangkan di
depan wajahnya.
"Shut up!" Bidasku dengan geram.
"Nasihat saya, baik cik pergi aje
jumpa tuan esok. Mana tahu, urusan cik untuk buat latihan praktikal di
Al-Hayyan Group menjadi mudah selepas ini walaupun ada masalah dengan Tuan
Faleeq dan walaupun Dr. Aliff tak begitu setuju." Ujarnya dengan tenang
sambil tersenyum sedikit. Sebelah anak mata dikenyitkan kepadaku.
Tergamam aku jadinya.Wajah Adib aku
renung dengan pandangan tak percaya. Adib sedar yang aku mahu membuat latihan
praktikal di situ? Adib juga tahu yang Dr. Aliff tidak suka aku ke sana? Apa
ni?
"Jom Didee!" Hanya itu sahaja
yang mampu keluar dari bibirku. Pantas kaki melangkah menjauhi lelaki tersebut
di belakang sana.
Ah, serabut betul! Renungan penuh
misteri sepasang mata hazel milik Tuan Faleeq terus-menerus menghantuiku. Apa sebenarnya
yang mahu dikatakan oleh Tuan Faleeq kepada aku di dalam kereta tadi? Aku tahu
dia mahu katakan sesuatu kepadaku. Ah, haruskah aku ke pejabatnya pula esok?
Kusutnya fikiran!!
***
Bersambung xD
Assalamualaikum semua :D thanks sebab sudi baca karya ini. Let me know your thoughts ya..semua komen boleh diberikan di grup facebook bila suri ryana menaip :D terima kasih kepada semua yg sudi baca, like, sudi komen dan sudi share karya ini :D
Jumpa lagi di bab 7 ya!
Jumpa lagi di bab 7 ya!