**AKAN DATANG 2018!! : DRAMA TI AMO SWEETHEART 100 HARI! LAKONAN ZUL ARIFFIN DAN NEELOFA**
&
**KLIK! PENGANTIN MUSIM SALJU LAKONAN ALIF SATAR DAN NANA**

Wednesday, 16 July 2014

Kimchi Untuk Dia [Bab 7]

Bab 7


Ini muzium kereta mewah ke basement? Terpukau aku jadinya. Mataku melilau ke arah kawasan sekitar. Ruang basement yang luas ini benar-benar menempatkan pelbagai jenis kereta mewah.  Agak-agaknya, berapa yang mereka bayar untuk tinggal di tempat yang super mewah macam ni?

"Bella!"

Sapaan Kak Long benar-benar mengganggu kosentrasiku. Serta-merta aku mengekori langkahnya menuju ke arah belakang kereta. Aku hanya melihat sahaja jemari runcing Kak Long membuka bonet kereta Honda City putih miliknya.

"Kita tengokkan apa yang patut, lepas tu kita pergi makan kejap. Then Kak Long terus drop Bella balik rumah." Ujar Kak Long. Aku terus menganggukkan kepala. Memang perutku dah mula lapar ni.

"Mei Lian ada bawak dua orang tukang cuci. Dorang yang buat kerja. Kita tengokkan aje." Panjang lebar Kak Long membebel dan kepala kuanggukkan lagi.

"Owh.." Itu aje yang keluar dari bibir.

Memang susah nak fokus kalau benda lain ada dalam kepala. Sekeping sampul bersaiz A4 berwarna coklat dikeluarkan Kak Long dari bonet tersebut. Baru sahaja Kak Long ingin menutup pintu bonet, terus sahaja aku bersuara.

"Nanti nanti nanti!" Automatik tanganku berada pada pintu bonet. Kak Long buat muka pelik.

"Why?" Berkerut wajahnya. Sah Kak Long lupa terus tentang kobis-kobis yang bergolek dalam plastik TESCO tu.

"Kak Long rasa lama tak nanti kita kat atas tu?" Soalku.

"Hmm..tu yang tak pasti lagi tu sebab kita tak tahu keadaan dalam rumah tu sekarang. Macam tongkang pecah ke..atau macam lori sampah terbalik ke.." Eh main-main pula. Ada ketawa di hujung ayatnya. Muka lucu Kak Long membuatkan aku juga turut tersenyum.

"Kondo boss Kak Long ni fully furnished ye?" Soalku untuk kepastian.

"Yeah..why?" Shawl di kepalanya dibetulkan.

"Senanglah kalau macam tu."

Dengan selamba aku mencapai satu plastik TESCO berisi kobis yang terdampar di dalam bonet. Ada 2 plastik lagi berisi sayur yang sama perlu kukeluarkan sebentar lagi.

"Eh..eh..kenapa Bella usung keluar plastik kobis tu?"

 Aku tak salahkan Kak Long yang tak sensitif tentang kobis-kobis ni kerana aku tahu dia juga sedang kusut memikirkan keadaan di dalam unit kondo yang akan diduduki oleh bosnya.

"Kita kena pinjam peti sejuk bos Kak Long. Kalau tak, layu nanti kobis-kobis ni. " Ujarku cuba memahamkan Kak Long.

"Owh..ingatkan apa tadi. Kalau nak pinjam peti sejuk tu, takde hallah! Apa pulak tak bolehnya. Nak balik nanti kite bawak balik sekali la.."

"Bella bawak satu plastik tu aje dan tolong pegangkan sampul ni untuk Kak Long. Ada pass masuk, kunci dan macam-macam lagi dalam ni. Lagi dua plastik tu biar Kak Long aje yang bawak kejap lagi."

"Okay!" Sampul di tangan Kak Long kucapai seraya berkata begitu. Kak Long kulihat tekun meneliti beberapa keping sampul surat di tangannya.

"Erm..takpe kan kita pinjam peti sejuk dia kejap?"  Entah kenapa rasa tak sedap hati pulak. Resah dan gelisah menyelubungi jiwa saat ini.

"Takpe. He is not here. Malam nanti baru sampai." Jawab Kak Long tanpa memandang ke arahku. Sibuk benar lagaknya tu.

 Ala Bella..pinjam peti sejuk je pun. Bukannya nak pinjam katil ke apa! Aku cuba menyedapkan hati.

"Okay!" Terus sahaja aku menjungkitkan bahu. Anggaplah masalah telah selesai.

Aku melarikan pandangan ke kawasan sekitar. Memang aku tidak berminat dengan kereta mewah. Bagiku, asalkan kereta tu boleh bergerak dan bawa aku sampai ke destinasi, aku dah lebih dari bersyukur! Tapiii, ini kali, lain pulak jadinya. Mataku melekat pada sebuah kereta Lamborghini berwarna kuning. Sengihan muncul di bibir untuk seketika. Aku menjeling ke arah Kak Long yang sibuk mencari sesuatu di dalam bonet kereta. Ah, Kak Long lambat lagi tu. Entah apa yang dicarinya aku pun tidak tahu. Kak Long yang kalut kutinggalkan di situ. Mataku memerhati ruang basement yang sunyi ini.

Line clear! Bersama beg plastik TESCO yang kemas tergenggam di tangan kiri, terus sahaja aku melangkah ke arah kereta tersebut. Sampul di tangan kanan kumasukkan ke dalam beg plastik TESCO untuk seketika dan aku mengeluarkan telefon bimbit dari dalam poket seluar. Telefon bimbit kuangkat tinggi di hadapan wajah. Jom kita selfie dulu dengan Lamborghini  ni sekeping!

Mata yang sedang memerhati gambar yang baru aku ambil pada skrin telefon bimbit terus kupejam rapat apabila terdengar suara orang berdehem.

Alamak, pemilik kereta ni datang ke? Kalut! Kalut! Dengan pantas aku mencampakkan telefon bimbit ke dalam plastik berisi kobis.

"You have such a good taste, beautiful lady."

Cemas jadinya apabila mendengar suara itu. Dengan perasaan cemas, aku menoleh ke belakang. Kelihatan seorang lelaki sedang tersenyum memerhatiku. Kacak.

"Urm..I'm sorry." Gumamku dengan perlahan. Lelaki itu masih tersenyum manis. Dengan perlahan dia melangkah ke arahku. Badan disandarkan pada dinding kereta miliknya yang bersih berkilat.

"Kenapa minta maaf? You committed no crime." Sebelah tangannya dimasukkan ke dalam poket seluar. Anak matanya kini menjelajah ke serata wajahku membuatkan aku melarikan pandangan ke arah Kak Long.

Alamak! Kak Long tengah tengok aku lah! Okay, aku tak selesa.

"I have to go." Ujarku. Aku mengundurkan langkah setapak ke belakang. Baru sahaja ingin berpaling pergi, lelaki itu bersuara lagi.

"Are you staying here?" Soalnya.

"No.." Balasku pendek sambil menggelengkan kepala.

"Visiting friends?"

Belum sempat aku menjawab, dia bertanya lagi.

"Or family perhaps?"

 Peramah pula mamat ni. Tak macam lelaki korea atas kapal terbang haritu. Dahi kukerutkan sedikit. Isk kenapa dengan otak aku ni? Tiba-tiba pula fikir benda yang tak sepatutnya aku fikir.

"Nope nope!"  Aku menggeleng lagi. Baru sahaja ingin membuka mulut, Kak Long tiba-tiba datang bersama dua plastik berisi kobis di tangan.

Wah..gagah betul Kak Long! Dua plastik dijinjingnya dengan sebelah tangan sahaja dan tangan kanannya kini melingkar di bahuku. Lelaki itu kulihat melarikan anak mata ke arah Kak Long pula. Senyuman manis dilemparkan membuatkan Kak Long mengerutkan wajahnya.

"Who is this guy?" Dia berbisik di telingaku. Pertanyaan Kak Long tidak kujawab. Terus sahaja aku bersuara.

"I have to go. Bye."

Tanpa mendengar jawapan darinya, kami berdua mengatur langkah menuju ke arah lif yang terletak di bahagian kanan kami.

"Siapa tu Bella?"

Sekali lagi Kak Long menyoal.

"Entah! Tiba-tiba aje dia ada kat situ." Ujarku selamba. Kak Long juga tidak banyak tanya.
Sibuk betul dengan telefon bimbitnya.

"Sampul tadi mana?"

Terus sahaja aku mengeluarkan sampul dari dalam beg plastik berisi kobis ini dan kuberikan kepada Kak Long.Kak Long kulihat mengeluarkan sekeping kad berwarna putih dari dalam sampul tersebut sebelum melangkah masuk ke dalam lif. Aku hanya mengikut sahaja jejak langkahnya saat ini.

***

Mahligai ke apa ni?

Mataku berlari ke segenap kawasan dalam unit kondominium ini. Luasnya! Ruang tamu sahaja sudah berganda-ganda besarnya daripada ruang tamu rumah teres dua tingkat  yang Kak Long sewa sekarang. Nampak sangat mewah dan teratur. Benarlah Kak Long dah tersalah teka. Apa tadi? Lori sampah terbalik? Tongkang pecah?

Riuh suara Kak Long dan Mei Lian tidak lagi kuhiraukan. Lupa seketika yang aku berada bersama mereka dan dua orang tukang cuci. Tangan kanan mengusap dinding sofa yang kelihatan sangat empuk di sebelah kiriku. Bersih dan tidak berhabuk. Apa yang hendak dibersihkan lagi? Tertanya-tanya sendirian aku jadinya. Nyatalah  tempat ini terlalu sempurna di mataku saat ini.

Kata Kak Long, ini adalah antara kondominium mewah yang paling mahal di Malaysia. Sekarang, apabila aku menjejakkan kaki ke sini, barulah aku setuju benar dengan fakta itu. Patutlah kawalan untuk masuk ke sini pun sangat ketat tadi. Kami bernasib baik kerana mempunyai pass dan kunci. Jika tidak, pasti penat menjawab pertanyaan pengawal keselamatan yang bertugas di pintu masuk tadi.

Tidak kupedulikan lagi suara Kak Long dan Mei Lian yang sedang memberikan arahan kepada dua orang tukang cuci itu. Bagai dipukau, kakiku terus melangkah menjelajah sekitar kawasan ruang tamu ini. Aku mendongakkan kepala ke atas. Anak mata melekat pada chandalier kristal yang moden rekaannya, tergantung kemas di atas siling. Kemudian, pandangan mata jatuh pada susun atur kawasan ruang tamu ini. Tanpa sedar, kaki yang melangkah  kini berada rapat pada dinding kaca. Pandangan kuhalakan ke arah balkoni di luar. Setiap unit kondominium mempunyai kolam renang di balkoni. Niat untuk menjelajah ruang balkoni terbantut apabila Kak Long menjerit namaku.





"Bella.."

"Ye Kak Long!"

Terus sahaja aku menoleh ke kawasan sekeliling. Aik! Mana perginya semua orang? 360 darjah aku memusingkan kepala. Nampaknya mereka sibuk dengan tugasan masing-masing. Kakiku melangkah ke sebelah kanan, ke arah suara Kak Long bergema tadi. Mata pula tidak habis-habis memerhati ruang dalam unit kondominium ini yang sangat mempesonakan. Bukan jakun, tetapi terpesona. Aku pernah menjejakkan kaki ke kondominium mewah rakan-rakanku di Malaysia dan juga di Seoul tetapi tempat ini berkali ganda mewahnya. Mewah sedikit daripada kondominium teman sekampusku yang kaya raya, yang letaknya di Gangnam, Seoul. Jejak kaki membawa aku ke dapur rupanya.




Kalaulah aku dapat dapur macam ni, mesti cukup setahun aku boleh bergelar chef gara-gara rajin memasak. Mataku bergerak dari lantai yang berkilauan ke arah kabinet dinding dan kemudiannya mendarat pada wajah Kak Long. Pintu peti sejuk dibuka oleh Kak Long dengan selamba. Aku pula yang cuak.

"Bella,  ketiga-tiga plastik berisi kobis panjang tu Kak Long letak kat sini tau."  Selamba sahaja dia bersuara sambil menundingkan jari ke arah plastik-plastik TESCO yang terletak kemas di dalam peti sejuk. Sumpah aku tak sedap hati! Kenapa gelisah sangat ni?

"Em..Bella rasa tak perlu kut letak dalam peti sejuk. Bella bawak kobis-kobis ni balik sekarang, okay?"

Bersungguh-sungguh aku berkata begitu namun Kak Long terus sahaja menggelengkan kepalanya. Pintu peti sejuk ditutup rapat.

"Bella..kawasan ni susah dapat teksi. Janganlah buat Kak Long risau. Kejap lagi Kak Long hantar Bella balik." Pujuk Kak Long.

 Apa lagi nak dikata? Aku meraupkan wajah berulang kali. Kenapa gelisah benar hatiku ni?

"Salina.."

Kami sama-sama menoleh ke kanan.  Kelihatan seorang perempuan berbangsa cina yang bergaya sedang tersenyum mesra kepadaku.

"Yes Mei Lian.." Suara Kak Long bergema di ruangan ini.

"Ini adik you ke?" Soalan Mei Lian Kak Long jawab dengan anggukan. Pantas aku menghulurkan tangan untuk berjabat tangan dengannya.

"Haa yes..yes! Tak sempat nak kenalkan tadi." Terus sahaja Kak Long merangkul bahuku.

"She is Bella. 22 years old. Enginering student in Seoul." Amboi, formalnya Kak Long! Ketawa kecil aku jadinya.

"Waa..sudahlah cantik, bijak pulak tu. Beauty with brain! Pandai masak kimchi pulak lagi! "

Aku hanya mampu tersenyum kelat sahaja. Pandai masak kimchi? Potong stim betullah! Tak sempat nak kembang dengan pujian amoi ini di awal-awal ayatnya. Haaa ni mesti Kak Long buat cerita ni. Geramnya aku! Harap-harap menjadilah kimchi tu nanti. Amin. Sempat lagi aku berdoa di dalam hati.

"Mei Lian..confirm ke boss sampai malam ni?" Kak Long kulihat cuba untuk dapatkan kepastian sekali lagi.

"Yes la..I already confirmed with Mr. Tan. He said Mr. Danial Lee will arrive tonight." Ujar Mei Lian. Kak Long kulihat mengangukkan kepalanya.

"Jangan risau, rumah ni sudah bersih. Sekejap sahaje, sudah siap cuci." Amoi ini cuba meyakinkan Kak Long di dalam bahasa melayunya yang sedikit pelat.

"Miss Salina.."

Mata kami bertiga kini tertumpu pada seorang perempuan  berumur di dalam lingkungan 30-an. Ada tuala tersangkut di bahunya.

"Yes.."

"Ada orang datang!" Ujar tukang cuci itu.

Mei Lian dan Kak Long berpandangan sesama sendiri. Kelam-kabut mereka melangkah ke ruang tamu. Serentak dengan itu juga aku jadi tidak keruan. Entah kenapa ada resah bertandang di hati. Ada gelisah membaluti diri. Erghhh tak sukanya perasaaan ni. Dengan perlahan-lahan aku melangkah ke ruang tamu.

"Oh Man, you have to be really carefull with this.  'Fragile items'. It's already written here. Can't you read?"

Walaupun nada suara itu hanya mendatar namun mampu untuk membuatkan aku gerun. Macam pernah kudengar sahaja suara itu.

Astaghfirullahalazim! Bos Kak Long dah sampai ke?

Langkah kaki kuhentikan dan aku bersembunyi di sebalik dinding. Dapat kulihat dari sini sorang lelaki bertubuh tinggi sedang mengarahkan kepada empat orang lelaki untuk membawa masuk kotak-kotak besar ke dalam rumah. Sebelah tangannya memegang telefon bimbit dan sebelah tangan lagi meraupkan rambut ke belakang. Susuk tubuhnya dibaluti oleh kemeja yang lengannya disinsing kemas sehingga ke paras siku. Kak Long dan Mei Lian kulihat menolong lelaki-lelaki itu menyusun kotak-kotak yang dibawa masuk ke dalam kondominium ini. Mulut mereka yang tadinya riuh bersembang kini terkunci rapat.

Mataku beralih kepada lelaki tersebut semula. Kenapa lelaki ini seperti terlalu familiar? Lelaki di bawah tadi ke? Aku cuba untuk mengingati wajah lelaki tadi.

Bukan..bukan! Kepala kugelengkan ke kiri dan ke kanan.

Relax Bella..relax!

Kau bukan buat salah pun. Setakat tumpang kobis dalam peti sejuknya sahaja. Lagipun kobis-kobis tu juga yang bakal masuk dalam perutnya nanti. Apa ada hal? Aku cuba menenangkan diri.

Tapi,  jantung yang telah pun reda degupannya kini seperti mahu tercabut apabila lelaki itu menangggalkan kaca mata hitam dan berpaling ke mari. Nasib baik dia tidak nampak aku! Benarkah itu dia? Mata aku salah tengok ke tadi?

Jemariku terus sahaja menenyeh kawasan mata. Kelopak mata kubuka seluas-luasnya. Sekali lagi aku menjengukkan kepala dan serentak dengan itu juga jantungku buat hal lagi. Kali ini lebih teruk dari tadi.

Ya Allah! Kkangpae? Lelaki korea yang gangster lagi kerek dalam flight tempohari!! Astaghfirullahalazim. Cemasnya aku ketika ini sehingga tak dapat bernafas dengan baik. Janganlah aku pengsan kat sini pulak!

Nafas kutarik dalam-dalam namun degupan jantung semakin laju rentaknya. Nasib baik bijik mata tak jatuh ke lantai. Aku mula bersandar pada dinding. Sabar Bella! Sabar. Sekarang kau hanya perlu cari jalan keluar sahaja.

Ya Allah, aku tak dapat berfikir dengan waras dah ni. Kedua-dua tangan kudepangkan pada dinding. Aku menjenguk sedikit dan kulihat dia sedang bergerak ke mari. Kelam kabut aku berlari masuk ke dalam salah sebuah bilik. Liar anak mataku mencari lokasi bilik air di dalam bilik yang sangat luas  ini. Mata tertancap pada pintu di sebelah kanan bilik. Kelam-kabut aku bergerak ke situ. Bagai lipas kudung aku melangkah masuk ke dalam. Bilik air pun dah macam bilik tidur. Mataku menjelajah ke seluruh kawasan sekitar. Tab mandi yang luas tersedia betul-betul di sebelah kiriku. Cantiknya..!



Penghayatanku terhenti apabila terdengar suara lelaki di luar sana. Telinga kulekapkan betul-betul pada dinding pintu.

"Again, please be carefull with my stuffs. For this room, just leave the box here and lock the door."
Tegas bunyi suara  yang kudengar sayup-sayup itu.

"Yes sir." Kedengaran suara seorang lelaki bergema. Nadanya tu bagai prebet tentera yang menerima arahan dari jeneralnya pula.

"I'll be back in 4 hours time and I really hope everything will be ready by then." Tegas lelaki itu lagi. Sempat lagi aku mencebikkan bibir saat ini. Poyo!

"Okay sir." Sekali lagi lelaki itu menjawab.

Apa tadi? Lock the door? Dia suruh lelaki itu kunci pintu bilik ni? Ah, mampus aku!

Aku mulalah melangkah tak tentu arah dalam bilik air yang mewah ini. Ke kiri ke kanan. Dengan perlahan-lahan aku membuka pintu. Liar mataku merewang. Hanya ada seorang lelaki sahaja di sini bersama beberapa buah kotak di atas lantai. Buntang mata lelaki yang berumur sekitar 20-an ini memandang ke arahku. Bagai nampak pontianak! Terus sahaja aku meletakkan jari telunjuk di bibir.

"Shhh..shhh! Saya adik Kak Salina, pekerja kat luar tu." Beritahuku dengan bersungguh-sungguh.

"Kenapa cik ada dalam bilik ni?" Soalnya sedikit terkejut.

"Saya pinjam bilik air tadi."

Tak tahu apa lagi jawapan nak kuberikan. Takkan nak jawab, 'saya lari dari lelaki poyo tu' pulak!

"Cik, baik cik keluar. Kalau bos nampak cik kat sini, memang masalah besarlah."

"Bos dah keluar ke?"

"Yes. Baik cik keluar sekarang. Saya nak kunci pintu bilik ni." Ada riak kurang senang pada wajah lelaki ini.
Terus sahaja aku menganggukkan kepala.

"O..okay!" Serentak dengan itu juga aku berlari keluar ke ruang tamu yang kini dipenuhi dengan kotak-kotak berisi barangan lelaki itu. . Dah macam orang gila lagaknya aku ni. Kak Long dan Mei Lian terpinga-pinga melihat gelagatku.

"Kak Long! Bella balik dulu." Terus sahaja aku berkata begitu. Mata pula kuliarkan ke seluruh kawasan ruang tamu ini. Lega sikit rasa hati. Lelaki itu nampaknya sudah pergi.

"Ya Allah Bella..pergi mana tadi? Setengah mati Kak Long risaukan Bella tau!"  Bebel Kak Long. Tangannya kulihat menggaru kepala. Habis senget benget shawl satin yang dipakainya.

"Rugi tau you tak ade tadi. Kalau tidak, dapat tengok big boss kami. Handsome kan Salina?" Aku memicit dahi mendengar kata-kata amoi ini. Kak Long pula terus mengangukkan kepalanya. Eloklah tu. Mei Lian dan Kak Long 2 x5 sahaja perangainya!

"Seriously! He's gonna be the most wanted bachelor in Malaysia.  Right Mei Lian?" Berkelip-kelip mata Kak Long ketika berkata begitu.

Boleh berdarah telinga aku dengar mereka memuji si gansgter tu! Mei Lian yang kelihatan mahu menyampuk tidak jadi berbuat demikian apabila kedua-dua belah tangan kuangkat tinggi.

"Okay enough! I wanna go back now." Ujarku dengan bersungguh-sungguh.

"Jom Kak Long hantarkan." Kak Long yang tadinya duduk di atas sofa kini bangun berdiri. Belum sempat aku bersuara, Mei Lian pula menyampuk.

"Tak ape..you pergila hantar dia. I kan ade di sini." Ujar Mei Lian sambil tersenyum senang.

"Tak payah..tak payah!" Aku menggelengkan kepala.

Aku hanya mahu berlari keluar sahaja dari tempat ini sekarang. Semakin pelik wajah Kak Long memandang ke arahku. Aku pula terus melangkah menuju ke pintu utama. Sempat lagi aku menoleh ke belakang.

"Jumpa kat rumah nanti. Kak Long jangan risau! Malaysia ni kan negara Bella." Sempat aku mengenyitkan mata kepada Kak Long yang kulihat hanya mampu menggeleng sahaja.

 Langkah kaki yang baru sahaja menjejak kawasan luar unit kondomonium ini terhenti apabila ternampak kelibat lelaki itu. Dia yang sedang sibuk benar bercakap melalui telefon bimbit kini sedang melangkah ke mari.

Ya Allah! Tak berambus lagi ke mamat ni?

Terus sahaja aku berlari semula masuk ke dalam. Kak Long dan Mei Lian yang sedang berbincang sesuatu dengan dua orang tukang cuci kini terpinga-pinga sekali lagi memerhati gelagatku.

"Shhhh!" Aku melekatkan jari telunjuk di bibir. 8 bijik mata kini sedang memandang ke arahku dengan pelik.

 Mata pula liar memerhati kawasan ruang tamu ini. Ya ampun! Kat mana aku nak sembunyi? Aku tak mahu terserempak dengan mamat tu. Lagi-lagi kalau dia tahu aku adik Kak Long. Sudahlah dia benci gila dengan aku. Aku tak mahu semua itu berlaku. Aku tak mahu Kak Long mendapat susah nanti.

"Bella, what's wrong with you today?"

Pertanyaan Kak Long tidak kujawab. Aku terus sahaja memecut keluar ke balkoni.





Baru seminit di sini, sudah dapat kudengar dengan jelas suara lelaki korea itu bersembang dengan beberapa orang lelaki. Diam-diam aku berdiri di sebalik dinding. Jantung kini berdetak dengan sangat kencang bersama rasa gelisah dan resah yang menyelubungi hati. Kepala kujengukkan sedikit dan aku mula mencari-cari kelibat lelaki itu. Mata berada di ruang tamu manakala kaki pula melangkah ke kanan sedikit demi sedikit. Dia dah berambus agaknya!

Kaki terus melangkah dan entah di mana silapnya, aku tergelincir. Tidak dapat ditahan lagi, aku terus menjerit.

"Kak Longggggggg!!!" Cepat-cepat aku mengimbangkan badan tetapi tidak juga berjaya dan akhirnya aku terjatuh di dalam kolam renang.

Dush!!

Basah kuyup aku jadinya. Kakiku cuba mencari lantai tetapi gagal. Dalamnya Ya Allah!! Sedaya upaya aku melonjakkan kaki ke permukaan kolam saat ini.Kepala kudongakkan setinggi mungkin supaya aku dapat meminta bantuan.

"Tolonnnnggggggg!" Jeritku sehabis daya.

Sempat aku melonjak ke permukaan beberapa kali sahaja sebelum tenggelam, samar-samar aku ternampak ada orang terjun ke dalam kolam renang ini. Tidak tahu ini ilusi atau realiti.

Menggelupur aku di dalam kolam renang saat ini. Berderu-deru air masuk ke dalam mulut. Mata juga tidak dapat kubuka dengan baik. Terkapai-kapai tanganku. Ruang hidung terasa sangat sempit dan pedih untuk bernafas. Dengan sedaya upaya aku cuba untuk naik ke permukaan air tetapi tidak berjaya. Ya Allah, inikah pengakhirannya hidup aku?

Kurang seminit berada di dalam keadaan ini, tiba-tiba sahaja seperti ada benda yang menolak aku ke atas. Aku cuba membukakan mata dengan seluas-luasnya saat ini. Ada tangan yang merangkul badanku. Entah bila aku  memeluk kemas orang yang menyelamatkanku ini, tidak pula kutahu. Yang pasti, perasaan takut dan cemas masih menyelubungi diri.

Bersama rasa syukur aku melarikan anak mata pada tangan yang merangkul badanku dengan nafas yang tercungap-cungap. Dada dan hidung masih terasa sempit saat ini. Nasib baik aku cepat diselamatkan. Anak mata kularikan pada kolar kemeja  orang yang menyelamatkan aku ini.  Seorang lelaki? Mulalah aku tidak sedap hati.

Ada kerutan di dahi apabila bau wangian menusuk  ke dalam hidung. Very familiar. Terus sahaja aku mendongakkan kepala. Tersentak aku jadinya apabila anak mataku bertemu dengan anak mata si dia. Kami sama-sama tergamam apabila mata kami bersatu.  Dia juga turut sama terdiam. Rentak jantung semakin laju. Kening kanannya kulihat terjungkit ke atas bersama wajah yang sangat terkejut.

Wajah lelaki ini terus berubah riak dengan sekelip mata Tajam pandangan yang diberikan padaku saat ini membuatkan kepala terasa semakin berat.

 "You?!"

Bisiknya dengan kasar saat ini. Janganlah dia humban aku semula dalam air. Tolonglah Ya Allah..




"Bella!"

 Sayup-sayup aku terdengar suara Kak Long namun aku hanya kaku sahaja. Terasa lemas dengan degupan jantung yang semakin menggila.

***








Monday, 14 July 2014

Kimchi Untuk Dia [Bab 6]

Bab 6




"Cukup tak banyak ni Bella?"

Buntang mataku memerhati ke arah troli yang penuh diisi dengan sayur kobis. Tak kurang dari 20 bijik kesemuanya. Luas ternganga mulutku saat ini. Nasib baik tak melompat keluar gula-gula getah yang sedang aku kunyah. Kedua-dua belah tangan memicit kepala yang sudah mula berserabut. Dah aku agak dari semalam. Perkara macam ni pasti akan terjadi.

"Kak Long! Bukan kobis bulat ni la..kita perlukan baechu untuk buat kimchi!" Terjerit kecil aku jadinya.

Lekas-lekas aku memandang ke sekeliling kawasan pasaraya TESCO ini. Nasib baik kawasan ini lengang dan tidak ada yang memerhati.

Kak Long kulihat buat muka pelik.

"Baechu?? Apa tu?" Berkerut seribu wajahnya saat ini.

Pap! Dahi kutepuk dengan perlahan. Aku pun satu! Manalah Kak Long faham bahasa korea!

"Sorry..maksud Bella napa cabbage atau pun kita panggil kobis panjang! Baechu tu maknanya kobis panjang di dalam bahasa korea." Panjang lebar aku menerangkan kepada Kak Long.

 Kak Long hanya mengangukkan kepalanya beberapa kali. Tanganku mencapai sepaket besar ikan bilis yang terletak di rak sebelah kanan dan kumasukkan ke dalam troli. Kemudian, aku menoleh ke rak di sebelah kiriku pula. Anak mata berlari ke arah deretan botol yang  berisi pelbagai jenis sos. Yes, dah jumpa!
Sos ikan bersaiz besar kucapai dan kuletakkan di dalam troli.

"Ooo..kobis panjang. Kobis ni tak boleh ke Bella?Kesian Kak Long, penat angkut kobis-kobis ni masuk dalam troli tadi." Ada nada malas yang dapat kukesan dalam suara Kak Long.

Mata yang tadinya melekat di dalam troli kini menjegil ke arah Kak Long. Terus sahaja gadis ini tersenyum sumbing. Tahu takut!

"Bella tak nak ambil risiko guna kobis ni Kak Long. Memanglah  kat Korea tu ada bermacam-macam jenis kimchi. Lain musim, lain jenis kimchi yang akan dihidangkan. Setiap tempat di Korea Selatan tu ada cara membuat kimchi yang tersendiri." Panjang lebar aku membebel. Kak Long kulihat terus menganggukkan kepalanya seperti spring.

"Tapi, Bella hanya tahu resipi yang Soo Jin ajumma  berikan sahaja. Kak Long, kita perlukan kobis panjang untuk buat kimchi ni. Bukan kobis bulat!" Tegasku. Sudahlah kepalaku sangat kusut kerana terpaksa buat kimchi, Kak Long pula pandai-pandai nak tukar bahan yang perlu digunakan. Wajah aku yang serius terus diusap halus oleh Kak Long. Sengihan lebar beraja di bibirnya.

"Olo olo olo..marah pulak! Ampun adikku. Janganlah marah-marah. Bella tahu tak, kalau Bella garang-garang macam ni, sampai ke tualah Bella membujang." Usik Kak Long. Ada ketawa kecil di hujung ayatnya.
"Bella muda lagilah Kak Long! Kak Long tu yang kena fikir tentang soal jodoh." Selamba sahaja aku berkata begitu. Lidah kujelirkan sedikit ke arah Kak Long. Memang betul aku tidak pernah fikir tentang jodoh. Bukan tak mahu tetapi rasanya belum perlu.

"Senyumlah sikit.."

Kak Long dah mula buat muka duckface. Terus sahaja aku mencubit pipinya.

"Kak Long..Kak Long tak takut ke kalau Bella rosakkan majlis tu dengan kimchi buatan Bella nanti?" Akhirnya terluah juga apa yang terbuku di dalam hati.

 Tiba-tiba sahaja Kak Long bergerak ke arah troli. Seperti tidak berminat dengan apa yang sedang aku katakan. Aku hanya memerhati sahaja gadis yang beza umurnya hanya 5 tahun dariku itu. Kemeja putih pada badannya dibetulkan dan dia terus sahaja memegang troli dengan kedua-dua belah tangannya.

"Bella..Bella! Janganlah merendah diri sangat."

Merendah diri? Adoyaii..ini bukan masalah merendah diri Kak Long oi!

"Kak Long sentiasa confident dengan Bella. Kak Long yakin 200% Bella boleh buat kimchi yang paling sedap di dunia."

Boleh pengsan mendengar Kak Long mengipas aku. Orang serius ni, dia main-main pulak. Belum sempat aku bersuara, terus sahaja Kak Long menolak troli menjauhi aku sedikit.

"Apa tadi? Kobis panjang? I'll be right back, boss!" Dengan penuh bersemangat Kak Long berkata begitu.

Mataku berlari ke arah kira-kira 20 bijik kobis bulat yang bergolek di dalam troli yang ditolaknya. Belum sempat aku memberitahunya tentang berapa biji kobis panjang yang aku perlukan, dia terus sahaja menolak troli dengan laju menuju ke bahagian yang menempatkan sayur-sayuran dan buah-buahan.

Kepala yang tak gatal kugaru dengan kasar.

"Ades..serabutnya kepala aku!!" Getusku geram sambil membetulkan blouse di badan.

Dengan pantas aku mengejar langkah Kak Long sebelum dia mengangkut berbijik-bijik kobis panjang pula ke dalam troli. Kak Long..Kak Long! Pandai-pandai tawarkan diri untuk carikan kimchi buat big bosnya tetapi bahan apa yang digunakan untuk membuat kimchi pun tidak langsung diambil peduli. Ah, jangan cakap tentang bahan-bahanlah.  Aku berani kerat jari silap-silap  bagaimana rupa bentuk kimchi pun dia tak tahu! Sabar aje la Bella! Nafas kutarik dalam-dalam sambil mengeluarkan senarai bahan-bahan dari dalam poket seluar panjang bercorak 'leopard' di tubuh.

***

Lega rasa hati. Nafas kutarik panjang-panjang saat ini. Akhirnya, semua bahan-bahan yang aku perlukan untuk membuat kimchi sudah pun berada di dalam genggamanku. Senyuman menghiasi bibir saat ini Aku menjeling ke arah Kak Long yang sedang bernyanyi sakan di kerusi pemandu. Matanya yang dilindungi kaca mata berwarna hitam itu difokuskan ke arah jalan raya di hadapan sebelum menjeling sekilas ke arahku.

"Bella. Thank you so much sebab sanggup untuk buatkan kimchi tu." Tidak pula kukira ini kali keberapa Kak Long mengucapkan terima kasih kepadaku. Bagai akulah penyelamatnya dari malapetaka pulak. Yang nyata, ada rasa bimbang setiap kali ucapan itu menampar gegendang telingaku.

"No problem tetapi Bella tak janji tau kimchi tu akan menepati cita rasa big boss Kak Long tu. Bella risau." Luahku ikhlas. Ada senyuman sumbing muncul di bibir saat ini.

"Takpe Bella. Yang penting Bella buat dengan bersungguh-sungguh. Kak Long pun boleh tolong Bella nanti." Ujar Kak Long. Kedua-dua tangannya sedang sibuk mengawal stereng saat ini.

Baru sahaja aku ingin bersuara, teba-tiba sahaja telefon bimbit Kak Long berlagu nyaring, minta dijawab. Terus sahaja Kak Long menyumbatkan  handsfree ke telinganya di sebalik tudung.

"Hello"

"Yes, Mei Lian."

Oh..rakan sekerjanyalah tu yang menelefon. Aku menoleh ke arah Kak Long sambil menyedut minuman yang berada di tangan.

"Yes..the key is with me. Kenapa?"

Berkerut wajahku apabila Kak Long kelihatan sedikit cemas saat ini.

"What???! He is here?! What are we going to do now?" Terjerit kecil gadis itu saat ini dan serentak dengan itu juga dia menekan brek dengan tiba-tiba.

"SALINA AZZAHRA!!!"

Suaraku mencapai oktaf yang paling tinggi apabila menjerit  nama penuh Kak Long. Jantung berdegup kencang saat ini umpama baru selesai acara olahraga. Dengan pantas aku menoleh ke arah Kak Long yang sedang berada di kerusi pemandu.

"Kak Long! Kenapa ni?!" Dengan perasaan geram aku bertanyakan soalan itu kepadanya. Suka-suka hati sahaja dia berhentikan kenderaan begitu.

"Bella..Kak Long minta maaf. Kak Long ada big problem sekarang." Jawabnya dengan wajah yang bersalah.

Aku tahu ada perkara yang mengganggu Kak Long saat ini.  Baru sahaja aku ingin bertanya dengan lebih lanjut, Kak Long telah terlebih dahulu berbual dengan rakannya yang berada di hujung talian.

"Hel..hello Mei Lian. Are you still there?"

Aku hanya mendengar sahaja. Di dalam hati tertanya-tanya juga apa masalah besar yang sedang dihadapi oleh mereka ni.

"Tak..I okay. So bagaimana sekarang? What are we going to do?"  Selepas sahaja bertanyakan soalan itu, Kak Long kulihat menganggukkan kepalanya beberapa kali.

"Okay..okay! I sampai sana sekarang. You tunggu okay?"

Sampai sana? Sampai mana pulak? Aku lihat Kak Long mencabut wayar handsfree dan kemudiannya dia menoleh ke arahku.

"Bella. Big problem Bella." Kalut suaranya mengucapkan ayat tersebut kepadaku. Kasihan pula aku lihat keadaan kakakku yang seorang ini.

Aku membuang pandangan ke luar tingkap kenderaan untuk seketika. Kenapa Kak Long ambil jalan lain pulak ni? Ini bukan jalan untuk pulang ke rumah.

"Problem apa Kak Long? Kita nak ke mana pulak ni?" Soalku dengan wajah yang berkerut.

"Boss Kak Long dah sampai!" Dia menjerit kecil. Aku pula buat muka pelik. Dah tu kenapa?

Kaca mata hitam yang berada di wajahnya terus ditanggalkan dan dicampakkan di atas riba. Memang dia tengah serabut saat ini.

"So? Apa kena mengena dengan kita?" Soalku. Mataku berlari pada Kak Long yang kulihat sedang memfokuskan pandangan pada jalan raya.

"Malam ni dia nak pindah masuk kondo."

Aku masih lagi tidak faham. Kak Long pula terus menekan minyak. Nampak seperti dah tidak sabar untuk sampai ke destinasi.

"Yeah..so? Apa kena mengenanya dengan kita?" Soalku lagi. Aku menarik nafas panjang-panjang.

"Kak Long relax..relax okay! Explain slowly..apa masalahnya sekarang?" Dengan lembut aku berkata begitu. Harapnya dapat menenangkan Kak Long yang kelihatan sangat cemas.

"Kak Long diberitahu yang dia akan sampai hujung minggu hadapan. Agen pun baru aje kasi kunci kondominium kat Kak Long. Kak Long tak sempat pun hire orang untuk kemas rumah tu." Lancar sahaja ayat itu keluar dari mulutnya membuatkan aku diam untuk seketika.

"Bukan salah Kak Long la kalau macam tu. Excuse me, siapa suruh dia sampai awal sangat." Jawabku dengan selamba.

"Suruh aje dia check in hotel. Settle." Aku memberikan pendapat yang kurasakan paling bernas saat ini.

"Bella..kalaulah boleh kami buat macam tu. Masalahnya kita bercakap tentang owner syarikat yang Kak Long kerja sekarang. Company tu dia yang punya! Bukan pegawai, bukan senior manager tetapi chairman.

"Dia akan pindah masuk malam ini jugak." Bersungguh-sungguh Kak Long cuba memahamkan aku. Jam di tangan kujeling untuk seketika. Dah pukul 12 tengahari! Patutlah perutku asyik menjerit aje, mintak diisi.

"So what? Salah dia kan?" Aku menjulingkan mata ke atas.

Kak Long terus menjeling ke arahku.

"Bella..Bella, my beautiful Bella. Listen here." Dengan nada memujuk dia berkata begitu kepadaku.

"Mei Lian dah tunggu Kak Long tu. Siap dengan tukang cuci sekali. Bella ikut Kak Long ye?"

 Aku terdiam seketika.

"Ha? Pergi mana?" Soalku dengan nada yang sedikit meninggi.

"Kemas rumah big boss Kak Long." Selamba sahaja ayat tersebut meluncur keluar dari bibirnya.

"What?!"

Kedua-dua belah tangan menutup wajah saat ini. Sengaja aku tidak bersuara kerana tidak mahu serabutkan fikiran Kak Long. Kat mana pulaklah aku hendak simpan kobis panjang yang kubeli tadi? Tidakkah layu nanti kalau dibiarkan di dalam kereta ini? Adoiiii! Masalah betullah! Mana pulak aku nak cari peti sejuk ni??!!

***





Sunday, 13 July 2014

Kimchi Untuk Dia [Bab 5]

Bab 5




"What?! Kimchi?!! Biar betul Kak Long!"

Terjerit kecil aku jadinya. Bulat anak mataku menjegil ke arah Kak Long. Ya Allah, bukan hanya rahang sahaja yang nak terjatuh, tetapi satu badan rasa nak tumbang ke lantai saat ini. Ingatkan dah sampai rumah, semua masalah dah selesai tetapi nampaknya ada bala baru pulak bakal menjengah! Kelam-kabut Kak Long yang berada di atas sofa berhadapan denganku itu menutup fail yang berada di tangannya. Terus sahaja dia melompat duduk betul-betul di sebelahku.

"Please Bella..my beautiful Bella! Tolonglah Kak Long..kali ni aje."

Bahuku dipeluk kemas dengan kedua-dua belah tangannya sambil merayu-rayu saat ini. Rimas! Terus sahaja aku melepaskan diri dari rangkulannya. Anak mataku berlari ke wajah Kak Long dengan pandangan tidak percaya.

"No. No. No!" Jari telunjuk kuangkat sedikit dan aku menggerakkan jariku ke kiri dan ke kanan sambil menggelengkan kepala. Kak Long kulihat menepuk dahinya dengan lembut. Kedua-dua belah matanya dipejamkan rapat.

"Bella bukan tak nak tolong tetapi Bella takut Kak Long kena buang kerja nanti. Bella manalah pandai buat kimchi!"  Bersungguh-sungguh aku cuba untuk menerangkan kepada Kak Long. Aku tahu Kak Long banyak  tolong aku. Bukan aku tak mahu bantu tetapi aku tidak tahu.

"Tolonglah Bella. Bukan kamu pernah buat ke benda alah tu dulu?" Soalan Kak Long kujawab dengan keluhan berat.

"Memanglah Bella pernah buat tapi sekali dua aje kut! Tu pun, rasanya kelaut!" Jawabku jujur.

"Kalau Kak Long nak Bella buat untuk Kak Long yang makan, Bella sangguplah jugak! Tapi, ni untuk jamuan tempat kerja Kak Long.  Bella tak sanggup!" Ujarku lagi.

Kak Long kulihat dah mula kalut. Terus sahaja dia duduk terjelepuk di atas lantai. Kak Long, bab-bab berdrama swasta ni, memang nombor satu. Dia kemudiannya mengesotkan sedikit badan untuk duduk rapat denganku.

"Ala Bella. Macam mana ni?" Tanganku yang berada di atas riba digenggamnya lembut.

"Macam mana apa lagi?" Soalku acuh tak acuh. Pandangan kuhalakan pada drama melayu yang sedang ke udara di televisyen.

"Isk..Kak Long, please listen to me. Buat apa susah-susah nak peningkan kepala. Kan ada banyak je korean restaurants kat Penang ni. Kak Long bayar je, confirm diorang akan buatkan sedap-sedap."

Selamba sahaja aku berkata begitu. Buat apa nak susah-susah kalau jalan yang mudah ada di depan mata. Tak faham aku! Remote control kucapai dan aku mula menukar saluran lain.

"Masalahnya, si Danial Lee, VVIP yang nak datang nanti tu katanya orang Islam. Kat Penang ni, restoran makanan korea yang betul-betul halal ada 1 aje. Kak Long dah tanya kat restoran-restoran korea yang lain. Kata mereka kimchi yang mereka buat ade beef stock. Tak Halal." Panjang lebar Kak Long menerangkan perkara itu kepadaku. Ada nada kalut dan risau pada suaranya. Memang aku akui, kimchi yang menggunakan stok daging lembu lebih sedap rasanya. Wajah kusut Kak Long kupandang seketika.

"Kak Long, kenapa mesti kimchi? Order ajelah makanan lain. Nasi minyak ke, Nasik tomato ke, Mee Jawa ke..sambal belacan ke!"

Nampaknya paras kesabaran kakakku ini sudah sampai ke tahap maksima. Terus sahaja dia menggaru kepalanya dengan kasar.

"Kamu ni banyak tanyalah Bella!" Dengusnya kasar. Dia yang tadinya duduk di atas lantai kini melompat kembali ke atas sofa.

 Bulat mataku memandang ke arah Kak Long yang mengenakan pijama satin berwarna beige di badan.

"Eh eh Kak Long ni. Marah pulak. Betullah, kenapa nak jugak serve kimchi kalau ada banyak lagi makanan lain kat Malaysia ni. Lagipun si Danial tu datang Malaysia, biarlah dia rasa makanan Malaysia." Aku meluahkan rasa hati. Betullah kata-kataku itu. Inilah masanya untuk kita memperkenalkan makanan tempatan kepada orang luar. Mataku masih lagi pada wajah Kak Long yang semakin berserabut.

"Sebenarnya, kami memang order banyak jenis makanan. Tapi, arahan diberikan supaya kami sediakan kimchi jugak. Danial Lee tu tak biasa makan tanpa kimchi." Ada keluhan di hujung ayatnya. Kali ini aku pula yang kusut. Kepala kupicit dengan perlahan.

"Adoi..!"

 Memang masalahlah nampaknya. Aku tahu benar tentang fakta itu. Ada beberapa orang kenalanku di kampus juga memang tidak boleh hidup tanpa kimchi. Jiranku, Soo Jin Ahjumma, Park Ajusshi, Su Ha Unni dan ramai lagi pun begitu jugak. Umpama seorang kawan Kelantanku  yang tak selera nak makan tanpa budu dan  orang perak yang tidak boleh hidup tanpa tempoyak. Bagai orang Melaka juga yang tak lengkap tanpa cencaluk. Ah sudah! Kenapa aku pula yang harus peningkan kepala. Bukan ada kena mengena dengan aku pun.

"Kalau macam tu, suruh ajelah dia bawak kimchi dari Korea. Apa masalahnya."

Dengan selamba aku memberikan cadangan kepada Kak Long. Malas nak fikir. Kembalinya aku ke Malaysia adalah untuk merehatkan minda dan bercuti bukan memerah otak memikirkan masalah yang entah apa-apa ni.

"Bella..Bella..masalahnya, Kak Long dah tawarkan diri. Kak Long beritahu mereka yang adik Kak Long boleh buatkan kimchi untuk 30 orang makan nanti. Bukannya ramai pun Bella..bolehla.."

30 orang?!! Jumlah itu dikatakan tak ramai?? Ternganga luas mulutku saat ini.

Belum sempat aku bersuara,  tubuhku sekali lagi dipeluk Kak Long. Kepalanya dilentokkan dengan manja pada bahu kananku.

"Bolehlah Bella."

Terus sahaja aku menolak lembut tubuh Kak Long. Rengekannya tidak mampu menyejukkan hati yang sedikit membahang.

"30 orang! Tak ramai Kak Long cakap? Paling banyak Bella pernah masak pun untuk 5 orang makan aje. Kak Long, kenapalah Kak Long pandai-pandai berjanji..sekarang ni camne? Hadoi laaa!" Tahap kesabaran sudah mula menipis. Rasa geram betul aku dengan Kak Long saat ini. Bantal hiasan berbentuk hati yang berada di atas riba kubaling ketepi.

"Tolonglah Bella..Kak Long pandai-pandai janji sebab kamu pernah beritahu Kak Long yang kamu ade belajar cara buat kimchi kat sana hari tu."

Dada yang membara kuurutkan dengan perlahan. Aku cuba mengambil nafas dalam-dalam. Memang aku ada belajar cara membuat kimchi baru-baru ini tetapi itu tak bermakna Kak Long boleh sesuka hati berjanji tanpa mendapatkan persetujuanku terlebih dahulu.

"Memanglah Bella ada belajar dari  Soo Jin ajumma, makcik sebelah rumah tu selepas dua tiga kali cuba buat sendiri dan tak jadi. Tapi, Bella tak sempat pun test resipi yang Bella baru belajar tu. Bella tak tahu rasanya sedap ke atau ke laut dalam perginya!" Balasku dengan jujur.

 Bersungguh-sungguh aku cuba untuk buat Kak Long faham saat ini. Tiba-tiba sahaja mata Kak Long  bersinar. Wajah yang tadinya monyok kini tersenyum lebar. Jarinya dipetik beberapa kali. Aku tahu, ini bukanlah petanda yang baik. Kak Long, apa lagi ni? Uwaaaaa!

"Kalau macam tu, esok jugak Bella test! Bella nak berapa ratus ringgit untuk beli bahan-bahan?"

Kan aku dah kata! Aku mengecilkan mata memandang ke arah Kak Long.

"Kak Long, do you think money can buy everything? What's wrong with you?" Soalku dengan nada yang sangat lembut. Aku tidak mahu Kak Long terasa tetapi aku benar-benar mahu Kak Long faham. Ini bukan soal duit.

"Bella tak pandai.." Luahku bersungguh-sungguh. Anak mataku memandang lembut wajah Kak Long yang cantik.

"Bella dah tahu cara-cara nak buat dengan betul kan? Si Danial Lee tu bukan nak datang esok tau. 10 hari lagi. Bella ada 10 hari untuk praktis buat benda alah tu. Hari-hari Bella cuba boleh buat."

Kepala kupicit halus. Tak tahu nak menangis ke atau nak ketawa terbahak-bahak saat ini.

"Kak Long tengah buat lawak antarabangsa ke apa ni?" Sengaja aku bersuara dengan sangat serius.

Kak Long pula kulihat terus menutup mulutnya sedikit dengan tangan kanan.

"Err..Kak Long salah cakap ke?" Soalnya dengan teragak-agak.

"Erghhh geramnya Bella dengan Kak Long ni. Kenapa Kak Long pandai-pandai berjanji jika Kak Long sendiri  tak tahu langsung  apa-apa pasal kimchi?" Aku menyoal Kak Long dengan sedikit geram. Suaraku sudah pun naik satu oktaf.

"Kak Long tahu tak, kimchi tu perlu diperap beberapa hari sebelum boleh dimakan." Terangku pada Kak Long.

"Oooo..gitu.." Jawabnya sambil mengangukkan kepala.

"Tapi kamu ada banyak hari lagi Bella..sempat la kut kamu praktis sekali sebelum buat betul-betul." Nampaknya, memang Kak Long nekad untuk memujukku malam ini.

"Kak Long, Bella minta maaf tapi Bella memang tak sanggup."

 Kepala kugelengkan. Aku memandang kosong ke arah televisyen. Bagiku, ini bukan perkara main-main. Aku tak mahu Kak Long yang dapat susah nanti. Sudahlah big bosnya yang akan menjamah kimchi tersebut. Keyakinanku saat ini berada di paras paling bawah.

"Kamu dah janji kan? Upah pun dah ambil."

Amboi! Terus sahaja aku menoleh ke arah Kak Long.

"Upah? Kalau Bella tahu, tak hingin Bella nak naik bussiness class tu. Bukannya best pun!" Bidasku dengan geram.

Aku dan Kak Long sama-sama mendiamkan diri untuk seketika. Diam-diam aku kasihankan Kak Long. Tapi, lebih baik aku berterus-terang awal-awal. Sekurang-kurangnya Kak Long boleh fikirkan alternatif lain. Bukan tak mahu tolong tetapi aku sendiri tak mampu.

"Bella..tolonglah Kak Long..Bella nak tengok Kak Long kena marah ke? Bella tak kesiankan Kak Long ke?" Soalan Kak Long kujawab dengan gelengan.

"Mestilah Bella kesian tapi Bella tak suruh pun Kak Long pandai-pandai janji dengan dorang." Jawabku dengan lembut.

"Bella tak kesian ke kat big boss Kak Long tu? Handsome tau orangnya. Walaupun pernah tengok gambar aje, tapi memang handsome." Kedua-dua keningnya diangkat ke atas beberapa kali sambil tersenyum.

 Ah sudah! Dah dia gunakan perkataan kacak pula untuk menarik perhatianku. Kak Long Kak Long! Memang ada-ada aje!

"Handsome ye? Oh kesiannyaaa!" Mendayu-dayu suaraku ketika berkata begitu. Kedua-dua belah tangan pula kuletakkan pada pipi untuk sesaat.

"Sekarang, Kak Long buat sendiri kimchi untuk dia  ye. Bella tak nak masuk campur."

Ada keluhan yang maha berat dapat kudengari keluar dari mulut Kak Long saat ini.

"Kalau Kak Long tahu, dah lama Kak Long buat, Bella." Lirih sahaja bunyinya.

Kesian pulak. Mataku berlari ke serata wajahnya.

"Bolehlah...please. I promise..lain kali Kak Long tak akan pandai-pandai janji dengan dorang."  Beriya-iya dia berkata begitu.

"Kak Long menyesal Bella..tolonglah Kak Long.." Sambungnya lagi.

Memang riak wajahnya kulihat berubah saat ini. Siapa lagi yang nak tolong Kak Long kalau bukan aku?Kejam pula kalau aku biarkan dia terkontang-kanting sendirian. Tambahan pula dia dah berjanji dengan rakan-rakan di pejabatnya. Terbayang cara-cara membuat kimchi yang diajar kepadaku oleh makcik korea yang berjiran denganku di Seoul tempohari. Makcik yang kupanggil Soo Jin Ahjumaa itu siap suruh aku taip lagi resipinya di dalam telefon bimbit. Ya, resipi itu memang ada dengan aku.

Mataku beralih ke wajah risau Kak Long. Riak mukanya tu bagai ada sebijik batu yang sangat besar sedang ditanggung di atas kepalanya.

"Betul menyesal ni? Tengok sikit muka menyesal tu." Ujarku kepada Kak Long. Mata kujulingkan ke atas bila Kak Long tersenyum manis saat ini. Mesti dia tahu aku dah mula berubah fikiran. Tiba-tiba sahaja wajahnya yang manis bertukar kelakar. Ada ke buat duckface pulak?

"Comel tak muka kite?"

Kak Long memang periang dan baik orangnya. Terus sahaja aku menolak lembut badan kakakku ini.

"Bluekk! Buruk laaa duck face bagai!" Ada ketawa kecil keluar dari bibir saat ini. Namun, aku tidak juga dapat menipu diri. Hatiku tetap juga dilanda kerisauan. Bagaimana kalau tak jadi kimchi tu nanti?

"Bella tolong Kak Long ye?" Soal Kak Long sambil tersenyum.

"Hm. Tengoklah nanti!" Jawabku acuh tak acuh. Terus sahaja Kak Long memeluk aku dengan ketat.

"Bella! Thank youuuuuu!"

Aku hanya mampu  menggelengkan kepala sahaja melihat telatahnya. Gembiranya tu bagai dapat bonus dari bos! Bos Kak Long ni pun satu. Mengada-ngada nak kimchi bagai. Kalau dah tahu diri tu tak boleh hidup tanpa kimchi, bawak ajelah bekalan dari sana. Menyusahkan hidup aku betullah!

***

P/S : memang tak boleh komen di sini. Komen sekiranya ade, di grup aje ye :) tq so much for reading :)

Saturday, 12 July 2014

Kimchi Untuk Dia [Bab 4]

Bab 4




Seperti pernah kudengar bunyi itu! Aku mula memasang telinga. Oh, bunyi troli makanan yang akan disorong keluar sekejap lagi rupanya. Ada secalit senyuman menghiasi bibir saat ini. Sleeping mask yang berada di wajah terus kucabut dan kucampak di atas riba. Rimasnya apabila tak mengantuk tetapi terpaksa memakai benda alah ini. Tanganku mengusap perut yang sedang  berkeriuk hebat.  Memang aku dah hampir kebulur gara-gara bangun lewat pagi tadi. Belum ada secebis makanan pun yang masuk ke dalam perut hari ini.

"Bella."

Kedengaran suara bisikan menampar gegendang telinga. Mata kujulingkan ke atas. Siapa lagilah dalam pesawat ini yang tahu nama aku Bella melainkan manusia sorang tu aje! Terus sahaja aku menoleh ke kiri.

"Are you okay?" Soalnya dengan wajah yang sangat prihatin.

"Ha? Okay je. Kenapa?" Soalku pula dengan sedikit pelik. Berkerut dahiku jadinya.

"Kalau lelaki tu buat apa-apa dengan awak, cepat-cepat beritahu saya." Ujarnya. Aku hanya ketawa kecil sambil mengangukkan kepala.

"Okay!"

Sebut tentang lelaki itu, aku terus melarikan pandangan pada jiran sebelah. Kosong. Hanya komputer ribanya sahaja yang masih menyala. Beberapa keping kertas kelihatan tersusun di bawah komputer riba tersebut. Di tempat duduknya pula ada sebuah buku yang agak tebal.  Dia ingat ini pejabat agaknya?

Mata kuliarkan ke arah sekeliling. Rata-rata penumpang adalah berumur 40 tahun ke atas dan memakai kot di badan. Sebahagian besar daripada mereka sedang memejamkan mata sahaja sementara menunggu makanan tiba.

Aku mengecilkan anak mata sedikit apabila pandanganku melekat kembali pada skrin komputer riba lelaki di sebelahku. Ada gambar dia bersama seorang wanitalah! Sekali lagi aku menoleh ke bahagian belakang kabin. Entah kenapa hatiku digaru rasa ingin tahu. Seperti ada sesuatu yang menarik aku untuk memerhati gambar itu dengan lebih jelas lagi. Siapalah perempuan yang paling malang tu!

Tangan kanan kuletakkan di atas tempat merehatkan lengan. Kemudian, cepat-cepat aku bergerak ke hadapan dan kepala kujengukkan ke ruang tempat duduknya. Tanpa kusedari, tangan yang tadinya berada di atas penghadang kini telah mendarat di atas tempat duduk lelaki itu.  Baru sahaja ingin memerhati gambar tersebut dengan lebih jelas, kedengaran suara orang berdehem di sebelahku.

Seperti ada dracula yang menyedut darah, aku pasti wajahku kini sudah pucat lesi.  Ada degupan pantas berlagu di dalam dada. Terus sahaja aku mendongakkan kepala dan seperti yang telah kusangka, bagaikan pedang matanya membelah anak mataku.

"I'm sorry. I did not touch anything. I swear!" Beriya-iya aku berkata begitu di dalam nada berbisik.  Janganlah dia buat scene tengking-tengking aku  kat sini. Ada rasa menyesal mencengkam diri saat ini.

Terus sahaja dia membongkokkan badan dan mencengkam lenganku yang dilapisi lengan baju berkain chiffon. Tersentak aku seketika. Aku cuba melepaskan tanganku dari cengkamannya namun tidak berjaya. Dia kemudiannya melabuhkan punggung di atas kerusi. Sebelah tangan menutup lid pada komputer riba manakala sebelah lagi tangannya masih mencengkam lenganku.

"Let me go! Do you know this is haram? Do you even know what haram is?"  Bisikku dengan nada geram sambil cuma melongarkan cengkaman tangannya tetapi tidak berjaya. Walaupun tidak sakit langsung, namun aku tetap berang! Kurang ajar betul. Senang-senang sahaja dia pegang aku!
Ada kerosakan wayar otak yang kritikal pada lelaki ini agaknya.

Dia merapatkan wajahnya sedikit ke arahku. Bau wangian yang dipakainya kini memenuhi ruangan hidung namun tidak dapat menenangkan hati yang sedang bercelaru. Aku cuba untuk menginjakkan sedikit badanku ke belakang tetapi semakin rapat pula wajahnya didekatkan kepadaku. Degup jantung yang berdetak laju kini sudah  hampir sampai ke tahap paling maksima.

"Haram??? You have violated my privacy. Do you know that?!! That was okay for you?!" Tengkingnya dalam nada berbisik. Ada senyuman sinis beraja untuk seketika di bibirnya membuatkan aku kaku.

Wajahnya yang sedikit merah saat ini memberitahuku yang dia sangat marah. Ah, mana aci! Berani dia cengkam lengan aku sedangkan aku cuit pun tidak hartanya tadi! Mamat ni dah lebih ni!

"I'm sorry but I.." Suara kukendurkan sedikit dengan harapan dia melepaskan lenganku.

 Kata-kata tersebut tidak sempat kuhabiskan gara-gara terlalu cemas dengan situasi ini. Aku risau sekiranya ada yang ternampak keadaan kami saat ini. Aku tak mahu Encik Faris salah sangka! Astaghfirullahalazim. Apa yang dah aku buat ni?

"Please let go of my hand. I beg you. Please. I did'nt even.."

Belum sempat aku memberitahunya yang aku tidak nampak pun gambar tersebut dengan jelas, dia sudah bersuara..

"Let's not meet again." Bisiknya dengan kasar.

Berang sekali wajahnya ketika berkata begitu.  Mata pula mencerlung tajam anak mataku sebelum tanganku dilepaskannya.

Ah, boleh jalanlah! Macamlah aku nak sangat jumpa kau lagi. Aku pun tak hingin! Bibir  kucebikkan sedikit namun hanya untuk seketika. Gerun pula apabila memikirkan tindakannya mencengkam lenganku sebentar tadi.

Badan kusandarkan pada tempat duduk sambil menenangkan diri. Degupan laju jantung yang berirama benar-benar menyesakkan dada.  Anak mataku hanya memerhati sahaja  lelaki itu mengemas hartanya yang bersepah di atas meja. Dengan kasar dia mencapai  briefcase hitam miliknya dan komputer riba dimasukkan ke dalam briefcase tersebut. Apabila dia berdiri sambil menjinjing briefcase, aku tahu ke mana arah yang hendak dia tuju.

Jika dia tukar tempat dengan Encik Faris, maksudnya, Encik Faris akan duduk di sebelahku. Ini bermakna, masalah baru pula akan timbul. Sudah-sudahlah buat masalah Bella.

Kelam-kabut aku mencapai beg Cath Kidston yang terdampar di atas lantai pesawat dan aku juga turut sama berdiri. Sebelum masalah baru timbul, baik aku bertindak dulu.

"Since it was my fault, I would just leave." Ujarku dalam nada berbisik kepadanya.

Walaupun anak matanya menikam jauh ke dalam  mataku dan walaupun dada masih berdegup laju, aku tetap juga cuba untuk selamba.  Sebelum berlalu, teringin pula aku hendak memulangkan paku buah keras kepadanya yang perasan bagus sangat tu!

"Let's not meet again because I hate to see a man like you!" Bisikku dengan selamba kepadanya.

Selambalah sangat Bella! Jantung ni, sedikit aje lagi dah nak tercabut. Itu kau panggil selamba?  Aku lihat dia mengetapkan bibir bersama wajah yang semakin memerah.

Sebelum jantungku tercabut, aku terus berpaling ke arah Encik Faris. Aku yang masih berdiri di tengah-tengah laluan mula melangkah beberapa tapak ke tempat duduknya di sebelah kiriku.

"Encik Faris."

Encik Faris yang tadinya memejamkan mata kini membuka luas kelopak matanya. Perempuan korea yang duduk di sebelah Encik Faris juga turut sama mendongakkan kepala memerhati gelagatku saat ini.

"Err..maaf ganggu. Encik tak kisahkan kalau kita tukar tempat duduk?" Soalku kepadanya bersama senyuman sumbing di bibir.

"Of course not, Bella. Pass beg tu kat saya." Ujarnya sambil menundingkan jari ke arah beg sandang belakang yang berada di dalam pelukanku. Beg yang kuhulur kemudiannya disambut dengan berhati-hati oleh Encik Faris dan diletakkannya di atas tempat duduk.

Perempuan Korea yang berusia dalam lingkungan umur 50-an ini kulihat terus sahaja berdiri. Seakan faham yang kami bakal bertukar tempat. Dia melangkah keluar dari ruang kerusinya dan berdiri di laluan ini bersama denganku.

"Thank you so much." Ujar Encik Faris kepadanya setelah lelaki itu melangkah keluar dari ruang tempat duduknya. Baru sahaja aku ingin melangkah masuk ke ruangan yang terletak betul-betul di sebelah tingkap pesawat itu, Encik Faris berbisik kepadaku.

"Anything, just let me know. You can always rely on me my dear."

Nasib baik tidak terjatuh rahangku ke lantai. My dear? Hati yang serabut bertambah kusut. Aku hanya mampu mengangukkan kepala sahaja.

Encik Faris Hardi, awak memang tak pernah nak faham kan? Saya tak boleh paksa diri saya untuk terima awak. Kalau ada rasa terpaksa, itu bukan cinta kerana tidak ada paksaan dalam bercinta.

Tubuh kusandarkan lemah pada kerusi sambil memandang kosong ke arah tingkap pesawat yang tertutup kemas.

Di dalam kepala saat ini, bukan kata-kata Encik Faris yang bergema tetapi insiden ketika lelaki korea yang gila itu mencengkam lenganku. Dengan perlahan aku menoleh ke arahnya yang kini berjiran dengan Encik Faris. Nampaknya dia telah sibuk kembali dengan komputer ribanya. Hanya bahagian belakang dan sisi badannya sahaja dapat kulihat dari sini.

"What do you think of him?"

Terkedu. Tergamam. Tersentak.

Aku menoleh ke sebelah kananku. Ke arah wanita korea yang duduk di sebelahku. Matanya terkatup rapat saat ini, seperti sedang tidur.

"Ish..dia ni mengigau ke?" Bisikku pada diri sendiri.

"Err..were you talking to me?" Soalku dengan berhati-hati.

"What do you think of that man?" Sekali lagi wanita tua ini menyoalku.

Aku meraupkan wajah. What do I think of that man? Siapa? Encik Faris Hardi? Hampir terhambur ketawa dari bibirku saat ini. Ah, jangan-jangan dia minat dengan Encik Faris. Kan sudah kukata, Encik Faris tu ada kelompok peminatnya yang tersendiri. Tengok, wanita umur 50-an pun minat dengannya. Tersenyum lucu aku saat ini. Reda sedikit rasanya ketegangan di dalam fikiran.

"Errr...Encik Faris?" Soalku untuk mendapatkan kepastian.

"Not him." Balas wanita yang nampak elegan dengan dress hitam paras betis di badan ini. Matanya masih tertutup rapat.

 Senyuman di bibirku terus mati. Anak mata kularikan pada krew kabin yang sudah mula menghidangkan makanan kepada para penumpang.

"Then who?" Soalku dengan penuh rasa ingin tahu.

"The man who was seating next to you." Balasnya. Memang mampu untuk buat aku terkedu.

Aku memandang tepat ke arahnya walaupun dia kelihatan seperti sedang tidur dengan mata terpejam rapat. Belum sempat aku bersuara, dia membuka mulutnya lagi.

"He is very hard to deal with. Am I right?"  Soalnya dengan mata yang masih terpejam. Ada debaran di dalam dada sebaik sahaja mendengar kata-katanya itu.

"Er..indeed." Jawabku sepatah.

Hatiku mulalah dihambat rasa pelik yang maha hebat. Siapa pulak dia ni?! Masalah apa pulak yang bakal menjengah ni?! Adoi..Bella..Bella! Memang silap besarlah kau pilih untuk terbang dengan bussiness class!

"Do you know him?" Aku memberanikan diri bertanya soalan itu kepadanya.

Namun, tidak ada sebarang jawapan yang kuterima. Termanggu-manggu sendirian aku jadinya. Selepas beberapa minit, aku mendengar dengkuran halus keluar dari bibir wanita di sebelahku ini. Rasa seperti mahu sahaja aku hantukkan kepala pada dinding pesawat. Boleh mereng aku dengan orang-orang di sini.

Aku memicit halus kepala yang semakin bercelaru. Bau makanan yang menyelerakan sudah tidak mampu membuatkan aku gembira seperti selalu. Wajah kuraupkan dengan rasa serabut yang menguasai diri. No more bussiness class sampai kiamat, Bella! No more!

***

Inilah Malaysia. Negaraku yang tercinta! Hatiku berlagu ria saat ini. Suasana di balai ketibaan Kuala Lumpur International Airport kelihatan sedikit sesak. Pastinya mereka yang ramai-ramai ini adalah ahli keluarga, saudara-mara atau rakan taulan penumpang-penumpang yang naik satu pesawat denganku tadi.

Anak mata liar memerhati ke arah sekeliling. Alhamdulillah, nampaknya kelibat Encik Faris tidak kelihatan saat ini. Di dalam hati puas aku berdoa agar kami tidak menaiki pesawat yang sama untuk balik ke Pulau Pinang nanti. Tangan kananku kini  lincah membuka zip pada beg. Telefon bimbit kukeluarkan dan aku mula melangkah dengan perlahan saat ini. Kalaulah Encik Faris tahu aku ada nombor Malaysia, memang masaklah aku! Nafas kutarik dalam-dalam saat ini. Tak sabar rasanya nak menelefon Kak Long. Tidaklah dia risau nanti. Nombor Kak Long kudail dan aku melekapkan telefon bimbit  rapat ke telinga kanan.

"Assalamualaikum Kak Long. I'm backkkk!" Bersama tawa kecil aku berbicara saat ini. Lupa seketika tentang manusia-manusia pelik yang berkongsi ruang dengan aku di atas awan tadi.

"Waalaikumussalam. Bella! Ahamdulillah, leganya hati Kak Long bila tahu Bella dah selamat sampai." Riuh suara Kak Long berbicara di hujung talian. Rindunya!!

"Kak Long ni risau sangatlah!"

Kedengaran tawa Kak Long meletus di hujung talian.

"Pukul berapa flight balik Penang nanti?"

Aku mengerutkan dahi. Pertanyaan Kak Long sudah tidak dapat kuproses dengan baik apabila ternampak kelibat seseorang di hadapan mataku. Langkah kaki yang sedang menuju ke arah balai berlepas dosmestik kini terhenti seketika.

"Bella! Kamu dengar tak ni?" Berdesing telingaku saat ini. Astaghfirullahalazim!

"Ye Kak Long. Line tak clear lah tadi. Sorry." Aku membuat helah.

Dahi kutampar dengan lembut.Ya Allah, asyik betul tengok dia sampai aku terlupa Kak Long di hujung talian. This is not good Bella! Not good at all. Aku mengingatkan diriku.

"Kak Long tanya tadi, pukul berapa flight kamu balik Penang nanti?"

"Owh..pukul 6:20 petang.  Lagi sejam lebih, Kak Long. Pukul 7:10 malam nanti Bella sampai Penang, In syaa Allah." Jawabku.

Dari sini dapat kulihat lelaki korea yang gangster lagi saiko itu dengan jelas. Dengan pantas aku menyembunyikan diri di sebalik dinding. Dapat kulihat beberapa orang lelaki terkocoh-kocoh menyambut ketibaannya. Salah seorang daripada mereka mengambil bagasi dari tangannya dan seorang lagi membawa kot serta briefcase lelaki itu.

"Baguslah tu. Maaf sangat Kak Long tak dapat ambil kamu nanti. Banyak betullah perkara yang Kak Long harus uruskan." Telinga memanglah mendengar bicara Kak Long tetapi anak mataku ligat berada pada satu-satunya lelaki yang berani mencengkam lengkanku di atas pesawat tadi.

"Takpe. Bella boleh aje naik teksi nanti."

Entah kenapa langkah kakiku juga turut sama mengikut jejak arah yang sedang dituju lelaki itu. Kalaulah Kak Long tahu apa yang aku sedang lakukan ini, pasti aku akan diberikan tazkirah olehnya.

Aku berhenti melangkah apabila sampai betul-betul di hadapan pintu keluar. Dari dalam bangunan ini, dapat kulihat sebuah kereta Jaguar berwarna hitam sudah tersedia menanti ketibaannya. Kelam-kabut lelaki berusia 50-an yang sudah siap menunggu di hadapan kereta membukakan pintu untuk lelaki tersebut.

"Amacam? Seronok naik bussiness class?"

Anak mata yang baru sahaja hendak kularikan kini kaku memandang ke arahnya apabila kulihat dengan tiba-tiba dia memandang ke arahku untuk seketika. Kelam-kabut aku menyembunyikan diri di sebalik dinding.

"Alamakkk! Dia nampak ke tak eh?" Terkeluar ayat itu dari bibir. Kalut aku jadinya.Mata kupejamkan untuk seketika.

"Bella! What's wrong with you? Lain yang Kak Long tanya, lain yang kamu jawab." Berdesing sekali lagi telingaku disergah suara Kak Long dihujung talian.

Automatik aku menjauhkan telefon bimbit dari telinga. Kalau sepuluh kali begini, mahu pecah gegendang telinga aku.

"Sorry. Line tak clear Kak Long." Itu je la alasan yang kau ada Bella!

"Seronok tak naik bussiness class?" Soalan Kak Long membuatkan aku mencebikkan bibir.

Seronok? Sempat lagi aku bertanya pada diri sendiri. Sampai begini jadinya. Seronokkah? Aku menjengukkan kepala sedikit untuk memandang ke arah lelaki itu.

"Err..bolehlah. Tapi Bella lebih sesuai terbang dengan economy class je. No more bussiness class next
time." Kalaulah Kak Long tahu apa yang terlah terjadi..

Dari sini dapat kulihat lelaki itu sedang mengenakan kaca mata hitam pada wajahnya. Kemudian, tanpa menoleh ke mana-mana, dia terus masuk ke dalam perut kereta.

"Lain macam je jawapan kamu tu Bella. By the way, Bella dah dapat upah kan? Jangan lupa tolong Kak Long nanti."

 Aku hanya membiarkan sahaja Kak Long berbicara sambil melihat kereta Jaguar hitam itu berlalu dengan pandangan mata.

"Setakat nak seterika baju Kak Long, masak  dan kemas rumah tu apalah sangat." Ha..sekarang baru boleh fokus bersembang dengan Kak Long!

"Bukan kerja-kerja tu Bella. Kerja ni lain sikit. Err..takpelah. Nanti Bella sampai Penang kita cerita panjang ye. Assalamualaikum"

 Kerja ni lain sikit? Kerja apa agaknya? Isk..lain macam aje bunyinya tu.
Aku membetulkan shawl di kepala.

"Ermm..Kak Long.."  Niat di hati untuk bertanya dengan lebih lanjut namun tidak jadi berbuat demikian apabila terlihat kelibat Encik Faris.

"Takpelah Kak Long. Nanti kita sembang panjang-panjang ye.Waalaikumussalam" Jawabku dengan pantas dan talian terus kumatikan.

Mesti Kak Long pelik dengan gelagatku saat ini. Maaflah Kak Long..sejak naik bussiness class tadi, mereng terus kepala adikmu ini.

Kelam-kabut aku menyembunyikan diri daripada pandangan Encik Faris. Janganlah dia nampak aku di sini.
Tolonglah jangan!

***

p/s : Memang tak boleh komen post ni..i hav changed the setting but still tak work. For new entry mungkin boleh nanti. Thank you so much for reading :)

Friday, 11 July 2014

Kimchi Untuk Dia [Bab 3]

Bab 3




"Ya Allah..ada 6 jam lebih lagi!" Terlepas juga keluhan dari bibir.

Baru 15 minit berada di atas awan tetapi sudah berkali-kali aku melihat jam di tangan. Mencongak waktu dalam rasa rimas yang kian menggunung. Lelaki korea yang kerek lagi poyo di sebelah kananku ini kulihat sudah tidak sabar untuk blah dari sini. Matanya diliarkan dan tercari-cari krew kabin yang masih tidak berganjak dari tempat duduk mereka. Maklumlah, signal memasang tali pinggang keselamatan masih belum dipadamkan. Masam mencuka sahaja wajahnya seperti jeruk basi!


Encik Faris pula, walaupun tempat duduknya di hujung sana, ada sahaja modalnya untuk berbual. Nasib baiklah perempuan korea yang berada di sebelahnya tu asyik tidur aje dari tadi. Kalau tidak, pasti makcik tu tidak akan selesa. Sudahlah orang yang duduk di ruangan ini memang membayar lebih untuk keselesaan.

"Bella."

Ahhh..tengok la tu. Ikutkan hati, nak pura-pura tidur aje tetapi takut nampak sangat menipunya. Tangan yang sedang menyelak majalah kini terhenti seketika. Aku menoleh ke kiri dengan wajah yang serius. 

"Ye Encik Faris." 

Dia kulihat tersenyum lebar. Aik, aku buat muka serius pun dia masih tersenyum begitu?

"Abang Faris." Betulnya. Masuk kali ini, tidak kutahu sudah berapa ratus  kali dia menegurku tentang perkara ini. Nak panggil dia abang? Memang tak lah!

"Saya tak selesa." Ujarku sedikit gugup sambil menggelengkan kepala. Dia kulihat mengambil nafas dalam-dalam. 

"Nanti sampai Malaysia, biar saya hantar awak ke rumah." Tawarnya. Kelam-kabut aku menggelengkan kepala. 

"Eh..takpe takpe. Kak Long saya akan datang jemput." Jawabku bersama senyuman sumbing di bibir. 

Tidak selesa betul nak bersembang dalam keadaan yang begini. Bunyi enjin pesawat yang sedikit bingit memaksa aku untuk kuatkan suara apabila bercakap dengannya. 

"Are you sure? Atau awak tak sudi?" Duga Faris. Alamak..dia macam tahulah pulak.

"Bukan tak sudi tetapi memang Kak Long akan ambil saya nanti." Jawabku dengan bersungguh-sungguh.Kemudian, aku terus membuka kembali majalah dengan wajah yang pura-pura seriusnya.
Kak Longlah sangat! Padahal awal-awal lagi Kak Long dah minta maaf kerana dia tidak dapat menjemputku. Ada urusan penting katanya. Ah, aku pun bukan tak biasa ambil teksi balik rumah. 

"Erm..awak pakai nombor apa ye di Malaysia nanti?"

Ahhh lagi-lagi suara itu. Mataku masih lagi pada majalah. 

"Takde!" 

Opps..tak dapat dikawal. Tegas sahaja perkataan itu keluar dari mulutku. Terus sahaja aku berpaling ke arahnya. Wajah Encik Faris kelihatan sedikit terkejut. Aku cuba memaksa senyuman di bibir.

"I mean, saya takde nombor Malaysia." Jawabku dengan lembut. Di dalam hati Allah sahaja yang tahu. 

Kenapa dia tidak pernah faham? Dari tahun lepas dia mencuba. Kalau aku, dah setahun kut, harus berputus asa. 

"Habis tu, macam mana saya nak contact awak?" Soalnya lagi. Rasa nak hempuk kepala atas meja saat ini. Belum sempat aku menjawab, dia bersuara lagi.

"By email?" Cadangnya. Kedua-dua belah keningnya terjungkit ke atas. 

"Erm..tapi saya jarang check email masa cuti sem." Jawabku. Ada riak kecewa sedikit di wajah lelaki berkemeja biru muda itu. 

Kata umi, jangan sesekali beri harapan jika tidak suka. Di dalam kepala pula tercari-cari sebab kenapa dia ingin sangat untuk mendekati aku. Padahal rupa paras okay dan ada kerjaya yang bagus. Malah, beberapa orang kakak final year pun ada menaruh minat dengannya.  Kenapa dia  harus bikin kepala aku pusing?

"What about nombor Kak Long awak?" Soalnya lagi membuatkan aku tergamam seketika. Agaknya, perkataan putus asa memang tidak ada dalam diari hidupnya. Aduh masak ni! 

"Ha?" Mata kukecilkan bersama otak yang keliru. Terperangkap dah ni!

"Nombor Kak Long awak" Ulangnya lagi membuatkan aku buntu. Apa pulak kata Kak Long nanti? Aduh masak aku!

"Bingo!"

Sinis sekali bunyi suara yang datangnya dari sebelah kanan. Terus sahaja aku menoleh ke arah lelaki kerek di sebelah kananku. Bibir kuketap geram. Bingo? Macam perli aku je. Wajahnya kulihat tersenyum menyindir tapi mata difokuskan tepat pada majalah. Mataku tertancap seketika pada majalah berbahasa Korea di tangannya. Isk, kau ni pun satulah Bella. Apa kejadahnya dia nak perli kau. Dia mana tahu berbahasa melayu! Bersama wajah yang sedikit berkerut aku berpaling ke hadapan. 

"Bella." 

Aku tersenyum kelat ke arah Encik Faris. Bella. Bella. Bella! Agaknya itu perkataan kegemarannya. 

"Boleh kasi saya nombor Kak Long awak? Saya nak save ni." Telefon bimbit di tangan digawangnya ke kiri  dan ke kanan. 

"Aaaa..nombor Kak Long? Saya..saya.." Sudah tidak tahu lagi alasan apa yang harus aku berikan. Belum pun sempat menghabiskan ayat, si dia bersuara lagi.

"Jangan beritahu saya Kak Long awak takde handphone pulak." Ada ketawa kecil di hujung ayatnya. Dari gaya percakapannya itu, dia tahu aku sedang mencari alasan. 

"Sebenarnya, saya seganlah dengan Kak Long saya. Apa kata Encik Faris email je. Saya check nanti." Ujarku. Aku tahu, selagi aku tidak memberikan apa yang dikehendaki, selagi itulah dia akan mencari jalan untuk mendapatkannya. 

Ada riak tidak puas hati pada wajahnya. Terus sahaja aku bersuara.

"bellabellabella@gmail.com. 3 kali bella tau. B-E-L-L-A"  Beriya-iya aku mengeja. Bukan apa, aku tidak mahu dia meminta nombor Kak Long. 

"Okay." Jawabnya ringkas sambil menjungkitkan bahu. Jemarinya pula lincah  menekan keypad pada skrin Samsung Galaxy 5 miliknya. Aku hanya mampu melihat sahaja telatah lelaki berkulit cerah itu. Janganlah nanti inbox aku penuh dengan email-email darinya. Penatlah nak delete nanti!

"Done!"  Ada senyuman beraja di wajahnya kini. Baru sahaja aku ingin melarikan anak mata dari wajahnya, dia bersuara lagi.

"Awak tahu kan saya masih menanti jawapan dari awak?"  Walaupun suaranya kini berubah rentak dan lebih perlahan dari tadi, aku masih dapat mendengarnya dengan jelas. 

Ahhh sudah! Dia mula dah. Ini yang aku malas ni. Terus sahaja aku melarikan anak mata ke arah lain. Kepala yang tidak gatal kugaru sedikit. Tak tahu apa nak jawab! 

"So, apa rancangan awak masa cuti  nanti?"  Soalnya setelah melihat aku terdiam tanpa kata.

Makan tidur, makan tidur! Sesungguhnya itu sahaja yang berada di dalam kepalaku setelah berhempas pulas berperang dengan kertas-kertas peperiksaan semenjak beberapa minggu lepas.

"I don't have any yet." Jawabku dengan jujur. 

"Nak keje part-time tak?" Soalannya kali ini membuatkan mata aku bersinar. 

Yes! Kerja part-time! Buat pertama kalinya Encik Faris bercakap tentang sesuatu yang mampu menarik minat aku. Memang aku pernah terfikir untuk bekerja semasa cuti semester. Tapi, tak mahulah aku termakan budi Encik Faris.

Ingin aku menjawab pertanyaan Encik Faris namun tidak jadi untuk berbuat demikian apabila kelihatan seorang pramugari sedang melangkah ke mari. Terus sahaja aku menjeling ke atas. Oh, signal memasang tali pinggang keselamatan sudah pun dimatikan. Serentak dengan itu juga aku melonggarkan tali pinggang yang melilit badan.

"Hi sir." Ujarnya sebaik sahaja ke mari. Perempuan cantik itu berdiri betul-betul di sebelah kanan lelaki korea yang poyo ini. Belum sempat dia berkata apa-apa, lelaki ini bersuara.

"Can I change my seat now?" Soalnya. Amboi, dah tak sabar nak blah dari sini. Elok juga kau berambus! Meluat aku dengan lelaki macam ni.

"I'm really sorry sir. As you can see, all the seats are occupied.  There isn't any empty seat in this bussiness class." Dengan tenang si pramugari menjawab soalannya. 

Padan muka! Ikutkan hati mahu sahaja aku ketawa sinis saat ini kerana permintaannya tidak dapat ditunaikan namun aku tidaklah sekejam itu. Yang benar, aku tidaklah seberani itu. Namun sengihan di bibir tidak dapat kusembunyikan. 

Aku hanya memerhati sahaja riak wajah lelaki di sebelahku ini. Wajahnya yang cerah kini sudah bertukar merah sedikit. Terus sahaja dia meraup wajahnya.

"May I know what's your problem, sir? We will try our level best to fix it." Penuh prihatin pramugari yang bernama Alisa itu bersuara.

"Can't you see? I was given a seat next to her. She has been so noisy, talking to her friend. I just couldn't take it." Selamba sahaja ayat tersebut meluncur keluar dari mulutnya.

 Tangan sebelah kiri pula menunjuk ke arahku. Berderau darah di dalam badan. Geramnya Ya Allah! Memang dia sengaja nak cari fasal dengan aku. 

"Hoi! Apesal kau tak mengadu sekali tentang enjin pesawat yang bingit ni?" Tidak dapat dibendung lagi. Laju sahaja aku membisikkan ayat itu di telinganya. Dia pula seperti mengerti apa yang aku katakan, terus sahaja menoleh ke arahku. Kami bertikaman mata untuk seketika. Tajamnya tu dah boleh tembus ke belakang kepala. 

"Please calm down, sir." Pujuk cik pramugari. 

"Excuse me."

Ketiga-tiga kami berpaling ke kiri. Encik Faris! Aik, bila pulak dia berdiri betul-betul di sebelah aku ni?

"Would you like to switch seats with me?" Soalnya dengan bersungguh-sungguh kepada lelaki di sebelahku. Tersentak aku seketika.

"Yeah, you can do that. Just let me know." Ujar pramugari pulak sambil tersenyum. Seakan-akan masalah negara sudah dapat diselesaikannya. 

Dia kemudian meminta diri seketika dan anak mataku hanya melihat sahaja dia berlalu ke bahagian belakang kabin dengan hati yang bercelaru. Kalau Encik Faris tukar tempat dengan lelaki ini, maksudnya, Encik Faris akan duduk dengan aku sepanjang penerbangan ini. Oh tidak! Cemas seketika aku jadinya.

"Well.." 

Lelaki korea di sebelahku sudah mula bersuara namun dengan pantas aku merapatkan diri pada penghadang yang memisahkan kami. Kepala kudekatkan ke arah lelaki itu yang kelihatan sedikit terkejut. Sebelah keningnya terangkat ke atas. 

""Jebbal! Hajima..please, don't do that." Rayuku dengan bersungguh-sungguh. Intonasi suara masih kukawal agar Encik Faris tidak mendengarnya. 

Ada senyuman sinis beraja di bibir lelaki yang berkemeja putih ini. Anak matanya kini menikam mataku dan kemudian berlari ke serata wajah.

"I'm really sorry. I won't call you kkangpae anymore. You are not a gangster. I am. I am!" Rayuku lagi. 

Memang tak masuk akal! Sanggup aku mengaku yang aku pulak gangster! Ya Allah Bella, apa yang kau buat ni? Ah, nasiblah. Aku tak mahu duduk di sebelah Encik Faris yang memang mengharapkan sesuatu dariku. 

"Sorry. Joesonghamnida." Bersungguh-sungguh aku membisikkan kata-kata itu pada lelaki ini. Aku sudah tidak peduli tentang apa-apa lagi. 

Lelaki korea ini kulihat dengan selamba mengeluarkan komputer ribanya dari dalam briefcase. Kemudian, dia meletakkannya di atas meja. Sebaik sahaja punat on pada komputer ribanya ditekan, dia menoleh ke arahku.

"Beg me more." Dengan selamba dia berkata begitu. Aku pula terdiam seribu bahasa.



Memang sakit hati melihat gaya perasan bagusnya. Kalau dia ni adik aku, memang berbirat dah muka tu. Geram betul! Namun, tidak ada apa yang boleh dilakukan. Terus sahaja aku menoleh ke kiri. Encik Faris masih menanti. 

"Err..Encik Faris. Dia suruh saya beritahu encik..kalau dia nak tukar nanti, dia akan maklumkan." Pandai-pandai aku berkata begitu.

"Are you sure Bella?" Soal Encik Faris. Sebelah tangannya dimasukkan ke dalam poket seluar hitam yang dipakainya.

"Yes..yes..Encik Faris duduk la dulu. Kejap lagi diorang nak serve air." Lantaklah kalau aku kedengaran seperti menghalau. Degupan di dada sedikit laju saat ini. Takut sekiranya lelaki korea di sebelahku ini tiba-tiba pula mencelah. 

"Okay.." Lemah ayat yang keluar dari bibir Encik Faris. Sempat lagi dia menjungkitkan bahu sebelum berlalu. Aku pula, sepantas kilat menjengukkan kepala di penghadang yang terletak di sebelah kananku. Serius betul muka lelaki ini menghadap komputer riba di hadapannya. Hello Bella, pernahkah dia tak serius? Kalau senyum pun, senyum sinis je.

"Look, I won't talk to him anymore. I won't make any noise. I promise." Ujarku dengan bersungguh-sungguh. Dalam rasa geram yang beraja di hati, ada juga terselit rasa lega kerana setidak-tidaknya, aku tidak perlu duduk di sebelah Encik Faris. 

" I'll just sleep or at least pretend to sleep." Janjiku lagi sambil tersengih sedikit. Kata orang, api jangan dilawan dengan api. Matanya masih lagi menikam mataku namun aku tetap juga tersengih. Erkk..gerunlah pulak. Anak mata terus kularikan dan tiada lagi sengihan di bibirku. 

Beg yang berada di bawah tempat duduk kucapai dengan berhati-berhati dan kuletakkan di atas riba. 

"But I don't want to sit next to you. Shiro-yo" Tegas bunyi suara itu. Eeee keras betul hati dia ni. Degil! Aku menjeling seketika ke arahnya yang sedang menaip sesuatu di dalam bahasa korea. 

"Do you hate me that much?" Soalku sambil mengecilkan mata. 

Tak masuk akal. Hanya kerana aku terlanggar dia tadi, dia boleh benci aku sampai begini. Zip beg kubuka dengan cermat dan tangan mula mencari sesuatu. Mataku masih lagi pada wajahnya dan tidak sempat kularikan apabila dia juga memandang ke arahku kini. 

"Nan niga silh-eo!" Aku tidak suka engkau! Itulah yang dikatanya. Bersungguh-sungguh betul ketika dia berkata begitu. Wajah ketat itu membuatkan aku gerun. Janganlah dia bangun dan tukar tempat dengan Encik Faris.  Sleeping mask comel kukeluarkan dari dalam beg dan aku terus menoleh ke arahnya.

"You don't like me. Right?"  Soalku lagi. Dia hanya memerhati sahaja bersama wajah tidak puas hati.

"It's okay, I can just cover my face." Ujarku dengan selambs. Dia pula masih memerhati gelagatku. 


Sleeping mask berbentuk burung hantu di tangan terus kupakaikan pada wajah dan 1/3 wajahku sudah pun ditutup. Dengan perlahan-lahan aku menyandarkan badan pada kerusi. Harap-harap menjadilah strategi aku kali ni. Aku rela tutup muka dengan benda alah ini sepanjang flight. Kalau itu mampu mengelakkan Encik Faris dari duduk di sebelahku.

Sepi.

Dengan perlahan-lahan aku menarik sleeping mask sebelah kanan ke atas sedikit. Dia nampaknya masih memerhatiku! Gerun di hati semakin bertambah saat ini namun aku cuba juga untuk tersenyum.

"Naneun Jalgeoya. I'm sleeping now. Goodbye!" Aku cuba untuk selamba ketika berkata begitu walaupun hati sedang bercelaru dan risau. Senyuman juga kumaniskan lebih dari biasa. Siap lambai sedikit ke arahnya sebelum menutup kembali mata kananku. 

"No michaeso!!" Dengusnya dengan kasar. Dia cakap aku gila? Bibir kuketap geram saat ini namun aku bersyukur kerana dia masih mengawal nada suaranya. Malu juga kalau penumpang-penumpang lain dengar. 

Sekali lagi aku menyelak sedikit sleeping mask di wajah. Nampaknya dia sedang tekun menghadap komputer riba. Badannya tidak disandarkan pada kerusi. Dari sisi, aku dapat lihat rambutnya yang tersisir kemas. Dari gayanya, dia kelihatan seperti seorang yang sangat serius dan sibuk. Anak mataku berlari ke arah jemarinya yang lincah menekan keyboard. Lengan pada baju kemeja dilipat kemas sampai ke siku menampakkan tangannya yang berkulit cerah. Wajahnya dari sini, memang nampak sangat menarik. Tidak seperti kebanyakan lelaki korea, dia kelihatan lain sedikit. 

Okay Bella! Dah jauh sangat tu mata kau berlari. Eloklah kembali ke pangkal jalan. 

Sleeping mask yang terselak sedikit tadi kupakaikan dengan kemas dan mata kupejamkan sementara menunggu makanan tiba. 

***



P/S masih tidak boleh komen di sini..:( Something wrong with the setting kat blog ni. Kalau nak komen, terus ke group di  fb  :)




Thursday, 10 July 2014

Kimchi Untuk Dia [Bab 2]

Bab 2

Tercungap-cungap aku memasuki ruang pesawat A330 ini. Ya Allah, apalah nasibku hari ini. Hampir pengsan aku berlari tadi. Kalah jaguh sukan. Salah sendiri ye Bella. Salah sendiri sebab terlupa untuk kunci jam semalam. Salah sendiri sebab pecut dan rempuh gangster Korea tu tadi. Salah sendiri sebab tidur lewat gara-gara menghadap Running Man. Semalam ketawa berdekah-dekah, hari ni kau rasakan penangannya.

Kata umi, hidup ini jangan suka salahkan orang. Audit dulu kesilapan diri. Dress chiffon longgar berwarna pastel di badan kubetulkan sedikit. Backpack Cath Kidston bercorak  floral yang tadinya kugalas kini kujinjing dengan sebelah tangan.  Aku menarik nafas dalam-dalam sebelum menyambung langkah.

Segaris senyuman kuberikan pada pramugari pesawat Malaysian Airlines yang berdiri di sebelah kiriku. Selepas melihat tiket yang berada di tangan, dengan ramahnya dia mengarahkan aku untuk mengikut jejak langkahnya. Maklumlah, penumpang bussiness class. Layanan pun mestilah A plus!

Yang nyata, dalam rasa penat yang amat ini terselit jutaan rasa syukur. Syukur kerana aku sempat juga untuk kejar penerbangan ini. Kalau tak sempat tadi, memang rugi besarlah aku! Mana tidaknya, kali ini aku terbang dengan pakej bussiness class kut. Pertama kali pulak tu. Bella, control! Jangan nampak jakun sangat! Aku mengingatkan diri.

Memang luas betul ruangan di sini jika hendak dibandingkan dengan ruangan di kelas ekonomi. Tempat duduknya juga berkembar dua, untuk memberikan lebih keselesaan dan privasi. Ada tiga set tempat duduk berkembar dua dalam satu baris dan ada 6 baris kesemuanya.  Terima kasih Kak Long!! Jeritku di dalam hati.


Kak Long yang belanja tiket ini sebagai upah. Upah apa tu tidak pula aku tanya tetapi, rasanya untuk seterika baju Kak Long sepanjang aku di Malaysia agaknya. Wajahku berkerut sedikit saat ini. Tak pun upah kemas rumah. Erk..macam tak logik aje. Macam terlalu pemurah la pulak Kak Long ni. Kak Long dah naik pangkat ke? Ada tanda tanya tanya mengisi ruang minda saat ini. Ah, tak payah nak tanda tanya sangatlah, Bella. Janji Kak Long ikhlas memberi.  Aku pula ikhlas menerima. Lebar senyuman di bibirku saat ini.

"This is your seat, miss. "

Aku menghentikan langkah sebaik sahaja mendengar suara pramugari yang kemas bersanggul itu.

"Thank you so much!" Ujarku sambil membalas senyuman manisnya. Terus sahaja aku melabuhkan punggung.

"No problem. Would you like to drink anything?" Soalnya ramah. Wah..selalu aku yang tertunggu-tunggu mereka menghidangkan air. Kali ni air yang menunggu aku. Jakun betul kau Bella. Jakun!

"Err..plain water. Just a cup of plain water will do." Balasku sambil tersenyum senang.

"Alright. I'll be right back." Ujarnya. Aku terus menganggukkan kepala. Tanganku terus sahaja membuka zip bag kesayanganku di atas riba.

"Excuse me." Suara penumpang yang duduk bersebelahan denganku bergema. Kalut sangat aku ni sampai tidak sedar ada orang di sebelah. Mata kukecilkan sedikit sambil meneroka ruang dalam beg berbunga-bunga, bercorak inggeris ini.

"Yes sir? Is there anything I can do for you?" Dapat kudengar suara mesra si pramugari membalas panggilan lelaki di sebelahku.

"Is this flight full? I would like to change my seat." Tegas sekali suara penumpang di sebelahku ini ketika berkata begitu.

Tersentak aku jadinya. Tangan yang sedang sibuk menggeledah ruangan dalam beg kini terhenti seketika. Macam pernah kudengar suara serius bercampur poyo itu. Tapi di mana ye? Ah, kau ni..terlalu memikirkan sangat lelaki gangster tu. Adakah kerana wajahnya ada iras salah seorang  oppa kesayanganku? Oppa? Boleh muntah! Rupa ada tapi budi bahasa zero! Ini bukan oppa tapi kkangpae atau di dalam bahasa melayunya, samseng!

Aku menjeling sekilas  ke arah pramugari yang sedang meliarkan pandangannya ke kawasan sekitar.

"Erm..let me check first and I will let you know in a short while." Balas pramugari itu kemudiannya bersama senyuman yang masih tidak lekang dari bibir. Earset yang sudah pun berada di tangan kumasukkan di sebalik tudung dan kusumbat ke dalam telinga. Lagu Growl dari kumpulan EXO berkumandang dengan sangat perlahan. Bukan apa, aku masih mahu mencuri dengar perbualan lelaki di sebelahku ini.

"Thank you! I really need your help." Balas lelaki di sebelahku dengan nada mengharap. Setiap kali suaranya berkumandang, setiap kali itulah aku tidak sedap hati.

"No problem."

Aku memerhati sahaja pramugari itu berlalu pergi. Dengan perlahan-lahan, kepala yang kusandarkan rapat pada kerusi kutolehkan ke kanan. Bersusah-payah aku lakukan semata-mata tidak mahu penumpang di sebelah sedar yang aku sedang cuba untuk memerhatinya.

Tergamam.

Kenapa malang sangat nasibku harini? Terbantut terus rasa seronok untuk menikmati penerbangan bussiness class ni. Erghhh..nak tukar tempat duduk konon. Geli sangat agaknya terpaksa duduk di sebelahku. Hina sangatkah aku ni? Hey aku pun tak inginlah nak duduk di sebelahnya! Ya Allah. Geram betul rasa hati. Dah berapi-api. Menunggu masa untuk meletup. Kehadiran pramugari bersama air di tangan memaksa aku untuk mengukir senyuman di bibir. Air yang kucapai sebentar tadi kini kuteguk sampai habis. Namun, air sejuk yang melalui ruang tekak tidak dapat menyejukkan hati yang panas.

Nafas kutarik dalam-dalam. Kemudian aku menoleh ke kanan. Sengaja aku menjengukkan kepala ke arahnya. Tangan pula kuletakkan di atas ruang untuk merehatkan lengan, satu-satunya penghadang yang memisahkan kerusi kami berdua.




"Oh..gansgter ni rupanya." Aku menopang dagu sambil tersenyum manis ketika berkata begitu. Sengaja aku memerhati wajahnya dengan sangat dekat. Ya Allah, sakitnya hati! Dia pula buat macam aku tidak wujud. Selamba sahaja membaca majalah.

"Kau ingat, aku suka sangat nak duduk tepi kau?" Bisikku lagi sambil tersenyum mesra. Mesra yang dibuat-buat. Nada suara juga mendayu-dayu ketika berkata begitu. Eeee geramnya!

"Aku harap saaaaangat kau dapat pindah." Bisikku kepadanya lagi. Sengaja aku bercakap di dalam Bahasa Melayu. Biar dia berteka-teki apa yang sedang aku bebelkan ini. Biar bertambah sakit hatinya.

Tanpa kuduga, wajahku dijelingnya sekilas. Dengan kasar dia menutup majalah. Kemudian lengannya terus diletakkan dengan kasar di atas penghadang menyebabkan  aku terus menarik lenganku dari situ. Dasar gangster! Badan juga kuinjakkan ke belakang menjauhi lelaki gansgster ini.

"Eh aku pun tak inginlah nak duduk dengan kau!"  Ujarku dengan kasar kepadanya tetapi intonasi suara masih kukawal.

"Kkangpae!" Hamburku. Wajahnya tetap beku. Tidak beriak.

Terlepas juga perkataan yang membawa maksud samseng itu akhirnya. Biar dia tahu perangainya tu seperti mafia!

Aku terus menyandarkan badan dengan kasar pada kerusi empuk ini. Cuba untuk menenangkan diri. Sumpah seumur hidup aku, ini kali pertama aku berhadapan dengan lelaki seperti dia. Puas aku menyumpah di dalam hati sambil tangan pula lincah memasang tali pinggang sebaik sahaja terdengar arahan yang diberikan oleh pramugari.
Pasti dalam masa beberapa minit lagi kami akan berada di awan biru. Biarlah cepat sampai Malaysia sebelum hatiku meletup gara-gara si gangster ni.

"Salsabila."

Ada kerutan di wajah apabila terdengar suara bisikan itu. Siap sebut nama penuhku lagi. Terus sahaja aku mendongakkan kepala ke arah kerusi berkembar di sebelah kiriku. Kelihatan penumpang yang duduk di kerusi  yang paling hujung, bersebelahan dengan tingkap pesawat sedang tersenyum mesra.

Terdiam aku jadinya untuk kesekian kali. Rasanya tadi tempat duduk itu kosong. Ah, dia ke tandas agaknya.

"Encik Faris" Tanpa sedar nama itu meluncur laju dari bibir. Wajah kuraupkan berkali-kali.

 Pffftttt!! Dugaan apakah ini? Kiri bala, kanan pun bala! Kelat terasa mulutku saat ini. Boleh tak kalau aku ingin tukar tempat ke kelas ekonomi? Saat ini terasa menyesal kerana memilih bussiness class. Menyesal gila kerana tidak memilih kelas ekonomi seperti selalu. Sumpah menyesal! Kak Long, Bella nak tiket kelas ekonomi! :(



P/S Untuk episod ni memang tak boleh komen di sini. Something wrong with the setting :( Dah try lots of time still tak boleh. Tetap jugak di'hide' :( komen di fb aje kay. tq for reading.



Wednesday, 9 July 2014

Kimchi untuk Dia [ Bab 1]



Perhatian : Assalamualaikum semua, karya ni belum ada tajuk yang tetap lagi :) Tapi, nak ade perkataan kimchi sebab karya ini ceritanya ada kena mengena dengan kimchi :)


Bab 1 

"Joesonghabnida!"

Tercungap-cungap aku meminta maaf di dalam Bahasa Korea apabila terlanggar lengan kiri lelaki di hadapanku ini. Sempat aku menjeling ke arah jam di tangan dan setelah itu, kelam kabut aku mengutip tiketnya yang melayang di atas lantai. Ah, nasib baik sempat! Macam mana la aku boleh bangun lewat hari ni?

"Chungmal Joeseonghabnida" Ucapku lagi seraya menghulurkan tiket tersebut kepadanya sambil membongkokkan badan.

Dengan kasar lelaki di hadapanku ini merampas tiket yang berada di dalam genggamanku. Tergamam seketika aku jadinya. Kemudian, dia menepis-nepis lengan bajunya yang kulanggar sebentar tadi. Gaya seperti buang habuk dari badan pulak.  Ini sudah lebih! Tajam matanya menikam anak mataku membuatkan aku terus sahaja berpaling ke hadapan. 

Ya Allah, geramnya! Kalau aku tahu mamat ni kerek, tak ingin aku nak minta maaf, bongkokkan badan macam nenek kebayan bagai tadi.  Sepanjang aku kat Korea, belum pernahlah lagi aku jumpa lelaki Korea sekerek mamat ni. Semuanya baik-baik belaka dengan aku. 

Ah, tapi, salah aku jugak rempuh dia tadi tanpa bagi salam. Itulah jadinya bila asyik sangat memecut sampai tak nampak orang! Aku mula memarahi diri.
Baru sahaja ingin melangkah, lelaki di belakangku ini bersuara.

"Jang-nim!"

Sinis sekali perkataan itu menghiris gegendang telingaku. Jang-nim? Dia cakap aku buta? Sabar Bella, Sabar! Aku hanya mampu memejamkan mata dan mengetapkan bibir sahaja saat ini. 

Lelaki tinggi lampai yang tadinya berada di belakangku kini berada betul-betul di sebelahku. Terus sahaja aku mendongakkan wajah untuk memandang ke arahnya. Tajam sekali matanya menikam anak mataku. Gaya seperti nak ajak gaduh pun ada jugak! 

"Kalau aku buta, kau tu apa? Samseng?!" Selamba sahaja aku berkata begitu bersama senyuman sinis di bibir.  

Berani kan aku? Memanglah berani sebab aku tahu, dia bukan faham pun Bahasa Melayu!  Namun tak sampai beberapa saat bertentang mata, anak mata terus kularikan ke arah lantai. Gerun pulak aku. Manakan  tidak, matanya masih tidak berkelip. Masih tajam menikam wajahku.  
Gulp! Baik aku berambus dari sini.

Tanpa memandang ke arahnya, aku terus mengheret laju bagasi Samsonite dengan tangan kanan. Tangan kiri pula, dengan kalut kuangkat sedikit untuk melihat waktu pada jam. Sempat ni. Sempat! Aku cuba untuk positif. Anak mata kularikan ke sekeliling kawasan Lapangan Terbang Antarabangsa Incheon ini. 

"Kaunter E!" Bisikku perlahan.

Ada segaris senyuman menghiasi bibir apabila tempat yang hendak dituju kini berada hanya beberapa tapak sahaja lagi di hadapan. Namun, senyuman di bibir terus mati apabila bahu kananku dirempuh dari belakang. Terhuyung-hayang aku jadinya! Nasib baik tak jatuh. 

Terus sahaja aku mengangkat wajah untuk memerhati gerangan manusia yang melanggar aku tadi dan kini aku hanya mampu menahan geram sahaja apabila lelaki samseng itu dengan selamba menyambung langkahnya tanpa mempedulikan aku di sini. Dia kulihat hanya memandang ke hadapan sahaja. Wajah masih serius cuma ada siulan yang berlagu di bibirnya. Bagai tidak ada apa yang berlaku.

"Memang dasar samseng!"

Ikutkan hati, mahu sahaja aku baling kepalanya tu dengan telefon bimbit. Biar berkecai Samsung Note 3 milikku, asalkan aku puas. Eleh, aku bukan takut sangat pun dengan dia! Boleh aje kalau nak fight! Cuma kalau bergaduh karang, takut tertinggal flight la pulak! Tak berbaloi.  
Dia ingat ini negara dia, aku takut? Jangan nak perangai macam abang kawasan sangatlah! 

Tudung di kepala kubetulkan sambil menarik bagasi bersaiz sederhana besar di sisi kananku.
Nampaknya, sepanjang perjalanan balik ke Malaysialah aku bakal menyumpah seranah mamat ni di dalam hati! Bersama wajah yang sebal, aku terus menyambung langkah yang terhenti tadi.



Bersambung xD