**AKAN DATANG 2018!! : DRAMA TI AMO SWEETHEART 100 HARI! LAKONAN ZUL ARIFFIN DAN NEELOFA**
&
**KLIK! PENGANTIN MUSIM SALJU LAKONAN ALIF SATAR DAN NANA**

Sunday 11 July 2010

M.A.I.D 4

Sudah seminggu kejadian aku menumpahkan sos ke atas baju Mr. F berlalu dan semenjak itulah diriku dihambat ketakutan setiap kali terserempak dengan Mr. F di hadapan lif dan adakalanya di sekitar kawasan bangunan Milennium Tower. Penat aku menundukkan kepalaku dan kadang-kadang aku berpura-pura membaca suratkhabar yang aku cilok dari pondok pengawal Mr. Lee. Konon-konon sebab kusyuk membaca jadi, aku tak perasankan dia yang lalu di hadapanku. Kononnya lah! Aku sebenarnya tak mahu lagi berinteraksi dengannya secara “face to face” untuk mengelakkan dia tahu yang aku ni adalah pembantu rumahnya.

“Mr. Lee, selamat pagi.” Aku mengucapkan selamat pagi kepada Mr. Lee. Selalu juga aku melepak di pondok ini sambil membaca suratkhabar sekiranya sampai awal. Mr Lee yang aku agak benci semasa kali pertama jumpa dulu bagiku agak baik orangnya. Memang aku perlu berbaik dengannya pun untuk menjaga periuk nasiku. Manalah tau kalau dia tidak suka dengan aku, aku takut dia mempengaruhi Mr. F pula nanti.

“Selamat pagi. Nah, ini you punya kunci.” Kata Mr. Lee sambil memberikan kunci penthouse kepadaku.

“Thank you Mr. Lee. You banyak handsome la ini hari Mr. Lee. Nah, ni saya ada beli nasik lemak untuk you.” Sengaja aku memuji Mr. Lee yang tersengeh ke arahku sambil mengambil nasi lemak yang aku beri. Bukan aku tak tau dia suka makan nasi lemak setiap pagi.

“Waaa..nasik lemak. Saya memang suka makan ini nasik lemak. Thank you, thank you.” Mr. Lee nampaknya begitu gembira dengan pemberianku itu.

“Mr. Lee, saya punya bos sudah pergi kerja ka?” Aku pun memulakan misi untuk bertanya tentang Mr. F. Jarum jam menunjukkan pukul 7 45 pagi. Aku masih ada 5 hingga 10 minit sebelum naik ke atas.

“Oh itu encik Harris ka? Awal-awal dia sudah keluar pergi kerja. Apa pasai?” Rasanya dalam kontrak ada nama penuhnya tapi aku tak tengok betul-betul pun sebab apalah sangat bezanya, aku tetap akan panggil dia dengan panggilan Mr. F jugak.

“Tak ada apa-apa la Mr. Lee..saja tanya. Dia baik macam you ka Mr Lee?” Aku terpaksa memuji Mr. Lee yang kerek ini supaya rancangan aku untuk mengorek rahsia tentang bos aku tu menjadi. Mr. Lee yang sudah mula mengeluarkan sudu untuk bersarapan ketawa besar. Seronok agaknya dipuji begitu.

“Saya baik ka? Thank you, thank you. Memang ramai orang kata saya baik. You memang pandai tengok orang la, amoi.” Perasan pulak Mr. Lee ni. Soalan aku dia tak jawab lagi.

“Itu la saya tanya bos saya tu baik macam Mr Lee ke tak?” Soalan pertama tentang Mr. F aku tanya semula kepada Mr Lee yang sudah pun menyuapkan nasi lemak ayam ke dalam mulut.

“Bagus..itu orang banyak bagus punya orang. Selalu bagi saya duit.” Cis, memang dasar mata duitan sungguh Mr. Lee ni.

“Dia ada girlfriend ka Mr. Lee?” Tak tahu kenapa soalan ini pulak yang terkeluar dari mulutku. Noorul, noorul, fokus! Tak perlu kau nak tahu fasal dunia percintaan bos kau tu. Tak bermanfaat pun!

“Apa pasai? You suka sama dia ka?” Alamak, kan Mr. Lee dah tanya soalan yang bukan-bukan.

“Mana ada! Eh, Mr. Lee, jangan buat cerita pulak. Saya saja tanya lah” Kecut perut aku dengan soalan Mr. Lee tadi. Tipu lah kalau aku katakan aku tak tertarik pada Mr. F tu tapi biasalah, orang kacak, semua orang suka, betul tak?

“Pasai girlfriend saya tak tau, tapi saya rasa dia tak dak girlfriend sebab saya tak pernah nampak perempuan datang dia punya rumah.” Mr. Lee menjawab dengan jujur. Leganya rasa hatiku ini dengan jawapan daripada Mr Lee. Tak tahu kenapa aku berasa begitu.

“Oh..emak ka, ayah ka, abang ka tak pernah datang jugak?” Teringin pula aku nak tahu tentang keluarganya. Adik-beradik dia mesti kacak seperti dia jugak kan? Hai, mana tahu kot jodoh aku dengan adik dia ke, abang dia ke..Hish, sudah-sudah la kau berangan Noorul!

“Oooo….kalau tak silap, tengah tahun lepas saya ada jumpa sama bapa dia. Bapa dia banyak kaya punya orang. tan sri you tau ka…..” Oh..tan sri..patutlah dia boleh tinggal kat sini. Ayah dia kot yang belikan dia rumah ni.

“Apa pasai you banyak tanya? you sudah jatuh hati sama dia ka amoi?” Sekali lagi Mr. Lee membuat serkap jarang tentang perasaanku kepada Mr. F.

“Mana ada Mr. Lee, Saya cuma pembantu rumah saja lah. Mana padan” Soalan Mr. Lee aku jawab dengan penuh keikhlasan. Sememangnya aku tak padan pun dengan Mr. F tu. Ibarat pipit dengan enggang. Cewah, berperibahasa pulak aku pagi-pagi ni. Tapi kalau dah jodoh, aku terima saja lah!

“Eh, cinta itu buta tau.” Pandai pula Mr. Lee ni cakap bahasa melayu. Ni yang buat aku rasa malas nak tanya fasal Mr. F ni.

“Okay lah Mr Lee, saya naik dulu..sudah pukul 7 55 ni. Bye.” Aku yang sememangnya sudah tidak mempunyai masa untuk bersembang terus berlari menuju ke lif. Tepat pukul 8 nanti, mesti telefon akan berbunyi. Mati lah aku kalau lambat!

***

Sebaik sahaja kaki ini melangkah masuk ke dalam mahligai indah Mr. F, telingaku dibingitkan oleh jeritan telefon yang memecah kesunyian pagi. Aku sempat melihat jam di tangan yang menunjukkan tepat pukul 8 pagi. Aku berlari dan terus menggapai gagang telefon yang berwarna putih itu.

“Asalamualaikum.” Sengaja aku memberi salam, nak tengok Mr F yang biasanya memulakan bicara dengan perkataan “Yes?” boleh ke tidak jawab salam aku.

“Waalaikumusalam.” Suaranya di hujung talian membuatkan jantungku berdegup kencang. Ish, kenapa pulak dengan aku ni?

“Ya encik, ada apa?” Aku bertanya seakan-akan tidak tahu yang dia hendak memastikan aku sudah berada di penthousenya atau belum.

“Tolong masak nasi beriyani, ayam masak merah dan kurma daging untuk dua orang” Mati aku. Macam mana aku nak masak ni? Sebelum ni aku hanya beli kat warung nasi campur berdekatan bangunan Milennium Tower ni je. Aku yang kini melangkah menuju ke dapur, tiba-tiba terpijak plastik yang terdapat di atas lantai dan….

“Adoi!!!” Aku terjatuh seperti nangka busuk dan lebih memalukan Mr. F juga terdengar bunyi aku terjatuh. Sakitnya tulang pinggulku tuhan saja yang tahu. Aku cepat-cepat mencapai telefon yang sudah terdampar di atas lantai.

“Hello, encik..hello?” Takkan dia dah letak telefon kot? Diam je.

“Are you okay? What is happening?” Mr. F bertanya dengan penuh prihatin. Sekiranya aku tidak pernah mengenali Mr. F, pastinya aku akan rasa dia ni seorang yang amat baik dan mempesonakan.

“I good..don’t worry worry.” Aku cuba menunjukkan kehebatanku berbahasa inggeris dengan Mr. F. Dia ingat dia sorang je tahu berbahasa inggeris? Mr. F tidak bersuara langsung di hujung talian. Mesti dia terkejut aku tahu berbahasa inggeris agaknya. Entahlah, malas aku nak fikir.

“Baik, encik. Saya nak check dulu bahan-bahan untuk masak semua lauk-pauk tu samada cukup ke tak. Sekejap lagi saya call encik balik.” Sambungku lagi.

“Hm..ok fine!” Talian seperti biasa dimatikan tanpa menunggu jawapan dariku tetapi kali ini aku seakan dapat mendengar dia ketawa kecil sebelum mematikan talian. Buang tabiat agaknya tapi aku sukalah dengar suara dia ketawa. Noorul! Apa yang kau melalut ni. Kau sekarang berdepan dengan masalah besar tau tak?

“Mati aku kali ni. Siapa yang nak masakkan semua itu.” Bebelku sendirian. Kakiku terasa sangat lemah seakan-akan mahu rebah ke lantai.Ya Allah, apa aku nak buat ni? Bahan-bahan apa yang diperlukan untuk memasak pun aku tak tahu. Takkan aku nak pergi beli kat kedai nasi beriyani kot? Nanti katakanlah dia periksa bahan-bahan dalam rumah ni yang tak luak langsung, mesti dia tahu aku menipu. Macam mana ni? Fikir, Noorul, fikir! Dengan pantas aku mengeluarkan telefon bimbitku. Hanya seorang sahaja yang boleh tolong aku di masa begini.

“Iman. Mati aku kali ini.” Jerit aku kepada Iman sebaik sahaja dia menjawab telefon.

“Hish kau ni, kenapa? Apa dah jadi kat rumah tu? Kau ada pecahkan barang ke?”Soal Iman bertubi-tubi.

“Iman, 10 minit yang lalu, macam biasa la Mr. F tu call. Dia cakap, hari ni dia nak aku masak nasi beriyani, ayam masak merah dan kurma daging.” Terangku pada Iman.

“La..itu je ke? Aku ingatkan apa tadi.” Ada nada kelegaan yang amat sangat pada suara Iman.

“Aku sengaja bagi dia alasan hendak periksa bahan- bahan untuk masak, jadi, bolehlah aku tipu cakap bahan tak cukup, tetapi dia suruh aku call dia bagitau apa bahan yang tak cukup tu. Satu lagi masalah, manalah aku tahu bahan apa tak cukup sebab aku tak tahu pun bahan apa yang perlu untuk masak semua-semua tu. Mati aku Iman.” Panjang lebar aku memberitahu Iman tentang masalahku.

“Masak je la, Noorul.” Sempat lagi Iman ketawa bersama ayat yang keluar dari mulutnya tu.

“Hai Iman, sekarang bukan masanya kau nak buat lawak dengan aku. Tolonglah aku Iman. Kau kat rumah kan ni? Setiap khamis memang kau cuti kan? Datanglah sini Iman, please” Aku merayu-rayu kepada Iman. Sekarang ni aku rasa seperti nak menangis dan menyesal kerana tak dengar cakap mak aku dulu. Berbuih mulut mak membebel suruh aku belajar masak tetapi aku tak pernah ambil kisah. Hah, sekarang padan muka aku.

“Hm..tengoklah” Talian dimatikan. Aik, sejak bila Iman jadi macam Mr. F ni? Arghh…tertekannya aku. Kenapalah semua orang suka buli aku termasuklah kawan baik aku sendiri. Aku mengesat air mata yang mengalir.

Kabinet berwarna putih kubuka dan aku mencari rempah beriyani dan rempah kurma. Aku tahu nak masak nasi beriyani dan kurma daging memerlukan rempah yang khusus sebabnya dulu aku yang selalu disuruh mak aku untuk beli rempah-rempah tersebut kat kedai.

Tidak ada langsung rempah-rempah lain kecuali rempah kari. Mr. F akan pulang pukul 6 30 petang. Itu paling awal. Aku tahu pun sebab semalam aku bersembang-sembang dengan Mr. Lee di pondok pengawal dan tiba-tiba aku ternampak Mr. F di dalam BMW hitam. Sangat bergaya. Alamak, apa aku nak buat ni? Tak pe, lambat lagi Mr. F nak balik. Sekarang baru pukul 8 40 pagi. Baik aku siapkan dulu apa yang patut, sambil mencari idea untuk mengelak dari memasak sendiri semua makanan-makanan tu.

Aku mengelap dinding rumah yang dibina dengan kaca yang berwarna biru sambil berfikir tentang alasan yang harus aku berikan kepada Mr. F untuk mengelakkan aku dari memasak. Setelah habis semua dinding aku lap, tanganku pantas mencapai penyedut hampagas untuk membersihkan pula lantai dan karpet.

Sebaik sahaja kerja membersih lantai selesai, aku membasuh pinggan dan mangkuk yang sudah tersedia di dalam sink. Siapa kata tugas seorang pembantu rumah itu mudah? Tugas seorang suri rumah juga bukan sesuatu yang mudah.

Apa yang berbunyi tu? Aku pantas menuju ke arah pintu rumah. Oh, interkom rupanya.

“Hello, amoi” Eh, suara Mr. Lee ni.

“Ya, Mr Lee ke?” Aku menjawab.

“You turun sekarang. Ini ada orang mau jumpa sama you. Okay..bye” Mr. Lee juga mematikan talian sebelum sempat aku menjawab. Arghhhhh sejak mengenali Mr. F, semua orang di sekelilingku dah aku nampak macam Mr. F. Geramnya aku.

“Siapa pulak yang datang? Iman??!!” Seronoknya aku saat ni, hanya Allah yang tahu. Aku cepat-cepat menyarungkan tudung dan keluar dari penthouse.

Sesampai sahaja di hadapan pondok pengawal, aku dapat lihat Iman bersama skuter merahnya sudah tercegat di luar pagar besi. Mr Lee memandang ke arahku seakan-akan mahukan penjelasan. Ya lah, bukan semua orang boleh memasuki kawasan penthouse ni. Apa pulak yang harus aku cakap pada Mr. Lee ni?

“Mr. Lee, ini kakak saya. Saya yang suruh dia datang. Saya terjatuh dalam bilik air tadi..tengok kaki saya, bengkak kan?” Aku menipu Mr. Lee.

“Ya ka? Haiyaa! Macam mana you boleh jatuh?” Mr. Lee tidak pandang pun ke arah kaki aku. Mungkin dia percaya kata-kataku bulat-bulat.

“Ini kakak saya. Dia datang bawak ubat dan dia mau urut kaki saya. Saya tak mau ambil cuti ini hari sebab banyak kerja mau bikin. Jadi, kakak saya boleh tolong saya buat kerja sikit” Bersungguh-sungguh aku mereka cerita untuk menyeludup Iman masuk ke dalam banggunan Milennium Tower.

“Hm..tapi kalau you punya bos tau, mesti dia marah. Mana boleh orang lain masuk dalam rumah dia.” Ada keresahan pada riak wajah Mr. Lee. Ah, macam mana aku nak yakinkan Mr. Lee ni?

“Mr. Lee, tolonglah, nah ambil saya punya kad pengenalan. Nanti masa saya balik, Mr. Lee boleh check beg saya, sama ada saya ada curi apa-apa atau tak.” Tak sangka kawan baikku si Iman ni geliga otaknya.

“Tolonglah Mr. Lee” Aku pula merayu kepada Mr. Lee.

“Okay lah, okay. You punya kad pengenalan saya pegang. Nanti balik baru saya kasi balik.” Mr Lee terus membuka pintu pagar yang tinggi itu untuk membolehkan Iman masuk.

“Terima kasih Mr. Lee. Saya tak akan lupa jasa Mr. Lee ni. Esok saya beli dua bungkus nasi lemak untuk Mr. Lee, okay?” Kataku sambil tersenyum manis kepada Mr. Lee.

“Pergi masuk, nanti orang nampak, saya pulak hilang kerja.” Kata Mr. Lee seperti menghalau kami. Tak kisahlah, asalkan Iman sudah berjaya diseludup masuk olehku. Harap-haraplah Mr. F tak tahu perbuatanku ini. Kalau tak, mesti aku dipecat dengan serta-merta. Berserah je lah, Noorul!

10 comments:

  1. hahaha... best.. teruja ntuk tunggu entry baru..
    selamat berkarya yerp...=p

    ReplyDelete
  2. thanks fara..saya masih belajar lagi untuk menulis dengan lebih baik..InsyaALLAH nanti saya update :)

    ReplyDelete
  3. waah.. yana mnulis mcm pro lah.. jln citer best, kelakar, saspen smua ada hehe.. keep it up! dh x sabor dh nk bca nxt episode ni.. (^_^)

    ReplyDelete
  4. thanks anor.adilla..:) saya sangat menghargai komen awak..awak semua pembakar semangat saya untuk menulis dengan lebih baik..thanks tau! :)

    ReplyDelete
  5. Hi Queen :)
    Moon gelak sorg2 masa baca entry ni.
    Kelakar masa Noorul ckp bahasa inggeris.
    Hehe..

    ReplyDelete
  6. moon: hehehe tu la noorul ni memang kelakar sikit hihihi..:)

    ReplyDelete
  7. ye ye..noorul memang kelakar orangnye...heheheheh

    ReplyDelete
  8. Iye..N.Hainani hehhheheh :) love u dear, thanks for visiting my beloved best friend :)

    ReplyDelete
  9. yes yes yes you memang berbakat menulis tak sabar nak membaca cerita seterusnaya :) -kakngat ;)

    ReplyDelete