**AKAN DATANG 2018!! : DRAMA TI AMO SWEETHEART 100 HARI! LAKONAN ZUL ARIFFIN DAN NEELOFA**
&
**KLIK! PENGANTIN MUSIM SALJU LAKONAN ALIF SATAR DAN NANA**

Monday 5 July 2010

M.A.I.D 1

Nama aku Noorul dan hari ini merupakan hari malangku lagi. Mana tidaknya sudah 10 temuduga aku hadiri tetapi semuanya gagal belaka. Hendak dikatakan aku meletakkan gaji yang tinggi, tidak juga. Hendak dikatakan kelulusan aku tidak setanding dengan pekerjaan yang aku mohon, Lagilah tak logik! Kebanyakan temuduga yang aku hadiri hanyalah untuk jawatan pelayan di restoran makanan segera. Tetapi, aku masih tidak faham kenapa dan mengapa aku tidak berjaya. Mungkin bukan rezeki aku. Sabar sajalah, wahai Noorul, esok-esok adalah rezeki engkau. Ya, itulah kata-kata untuk menyedapkan hati sendiri.

"Noorul!” Sergah Iman. Nasib baik aku tak ada sakit jantung kalau tidak mau mati katak aku.

"Hoi! Perlukah kau sergah aku macam tu? Nasib jantung aku masih berfungsi lagi. Fuhh.”. Kurang asam betul kawanku yang seorang ni. Perlulah nak sergah aku macam itu. Sudahlah aku tengah pening-pening lalat memikirkan nasib diriku yang malang ini.

"Macam mana ngan interview kau? O.K ke K.O?” Tanya Iman selamba.

Iman kulihat sudahpun berbaring sambil menyelak-nyelak majalah kecantikan yang baru dibelinya. Teman aku yang seorang ini memang gemar bermake-up, tidak kisahlah ke kedai Ah Seng ke, ke kilang ke, kalau keluar saja dari rumah mesti nak bermake-up siap dengan bulu mata palsu lagi. Kalah artis terkenal, you.

"K.O lagi..dah tak tahu dah aku nak buat apa. Keadaan ekonomi aku semakin hari semakin merosot dah ni. Duit sewa bulan ni pun nampaknya kena pinjam sikit dari kau.” Segannya terasa diriku di saat ini. Terpaksa meminta belas ehsan dari si Iman.

"Pasal duit sewa tu aku boleh tolong cover untuk kau. Kilang aku pun dah tak nak ambil pekerja, kalau tak memang aku boleh rekemenkan engkau. No hal punyalah!” Lega hatiku mendengar jawapan dari Iman. Sekurang-kurangnya ada tempat aku berlindung untuk bulan depan.

"Susah betul nak cari kerja. Susah-susah aku mintak kerja sebagai orang gaji je lah.” Tak tahu dari mana datangnya idea untuk menjadi orang gaji. Ya ampun Noorul, kau sedar tak yang engkau tu tak layak. Kemas rumah pun malas. Masak? Lupakan sajalah. Aku mengejek diriku sendiri

"Orang gaji? Itu pun silap-silap susah nak dapat. Mana taknya, semuanya telah diisi dengan cewek-cewek dari Indon. Lainlah kalau engkau mencuba nasib di agensi pekerjaan.” Kadang-kadang idea si Iman memang boleh dipakai. Aku terus bergerak dan duduk di pinggir katilnya. Berminat betul aku dengan idea si Iman ini.

"Iya dong! Kenapa aku ngak pikir sebegitu ya? Kalau dari awal aku ke agensi pekerjaan, kan senang! Makasih ya, Mbak Iman.” Iman hanya tersenyum sambil menggeleng-gelengkan kepala mendengar aku berbicara dalam bahasa Indonesia.

"Esok aku cuti. Bolehlah aku temankan kau ke agensi pekerjaan kat Permata Mall tu.”
Kata Iman sambil memandangku.
Iman kemudiannya bingkas bangun menuju ke hadapan cermin sambil menempek-nempek mukanya dengan krim berwarna putih yang tidak aku tahu namanya itu. Kemudian dioles pula bahagian mata dengan krim yang lain.

"Owh, itu sudah bagus. Okay. Esok pukul 9 pagi ye. Janji tau.” Erk, pukul 9 pagi? Bolehkah engkau bangun wahai Noorul. Apalah sangat berkorban waktu tidur jika hasilnya membanggakan. Betul tidak? Ya, aku perlu tidur sekarang untuk memastikan program esok hari tidak tergendala. Selamat malam bulan dan bintang!

***

"Agensi Pekerjaan Maju Sdn Bhd.” Aku merenung lama papan tanda yang terdapat di pintu pejabat yang bercermin kaca itu bersama fail di tangan. Entah mengapa tiba-tiba aku rasa agak cuak. Hish, menyusahkan betul. Kalau kilang kicap itu tidak tutup, tidak perlu aku susah-susah cari kerja lain.

“Apa lagi yang kau menungkan tu? Ni lah pejabatnya. Kawan aku si Senah tu dulu datang sinilah..aku yang temankan. Sekejap je die dapat kerja tau. Dah, dah..masuk.” Iman memaksa aku masuk ke dalam pejabat yang bercat biru itu.

Kedatangan kami disambut oleh seorang wanita yang berusia di dalam lingkungam umur 40-an. Sambil mengucapkan selamat datang dia membawa kami ke kaunter. Kami hanya mengekori wanita itu.

“Boleh saya bantu?” Tanya wanita itu selepas aku dan Iman duduk di hadapannya.

“Kawan saya ingin mendapatkan bantuan syarikat Puan untuk carikannya pekerjaan.” Iman berkata kepada wanita yang sedang mengeluarkan sekeping borang dan pen.

“Okay, isi borang ni dulu. Sementara itu boleh saya tengok sijil-sijil cik?” Wanita tersebut merenung ke arah fail yang masih lagi di tanganku.

“Boleh..boleh..” Aku menyuakan fail biruku itu kepadanya. Satu persatu sijilku dibeleknya. Kemudian kulihat wanita itu membuat salinan semua sijil-sijilku.

Risau juga aku pada mulanya kalau-kalau kesemua soalan di dalam borang tersebut dalam bahasa inggeris. Nasib baik borang tersebut dwibahasa. Bukan apa, takut-takut ada perkataan yang aku tidak faham. Maklumlah, bahasa inggerisku hanya setakat lulus sahaja semasa SPM. Selesai sahaja aku mengisi borang tersebut, aku berikannya kepada wanita di hadapan aku itu.

“Jadi, cik nak memohon jawatan pembantu rumahlah ye?” Tanya wanita yang bernama Asyikin itu. Aku tahu namanya pun dari tag nama yang tersemat kemas di dada kanannya.

“Ya, saya.” Jawabku sambil tersenyum.

“Kalau ada jawatan tersebut, bila cik boleh mula bekerja?” Tanya wanita itu lagi.

“Sekarang.” Jawabku sambil tersenyum. Iman hanya mendengar perbualan kami sambil membelek-belek telefon bimbitnya.

“Maaf cik, jawatan pembantu rumah memang tidak banyak tambahan pula kebanyakannya telah diisi oleh pembantu dari luar. Jadi kebanyakan orang terus ke agensi pembantu rumah asing untuk mencari pembantu rumah.” Kata Puan Asyikin selepas wanita itu menyemak fail di tangannya. Ah, dah aku agak mesti gagal lagi. Ya Allah kat mana lagi aku nak cari kerja ni.

“Tolonglah Puan, saya betul-betul memerlukan kerja. Saya janji saya akan berkhidmat sebaik mungkin. Saya boleh mencuci pinggan mangkuk, memasak, mengemas rumah, membasuh baju, mem..”

“Sebentar cik. Saya check dulu dalam sistem kami.” Wanita itu yang mungkin bosan dengan celotehku memotong percakapanku sebelum pun sempat aku menghabiskan ayat.

“Hm..ada satu jawatan pembantu rumah di penthouse Milennium Tower, Gurney. Tetapi tempat tinggal dan kenderaan untuk ke rumah tersebut tidak disediakan. Yang untungnya, gaji yang ditawarkan agak tinggi berbanding pembantu rumah biasa. RM 1200.Cik berminat?”

“Berminat!” Wah, siapa nak bagi aku RM 1200 sebulan masa-masa gawat macam sekarang ini. Aku sudah tidak sabar untuk meletakkan noktah kepada pencarian kerjaya yang tidak berpenghujungnya ini.

“Saya ada kenderaan dan kediaman sendiri. Lagipun rumah tu dengan tempat tinggal saya hanyalah 15 minit sahaja. Tidak ada masalah.” Aku meneruskan kata-kataku. Iya betul Noorul, memang tidak ada masalah tetapi yang menjadi masalahnya, tahukah engkau memasak dan membuat kerja rumah? Tak apa, itu nanti boleh fikir.

“Ermm..melalui requirements yang diberikan ni, saya rasa bakal majikan cik ni seorang yang sangat cerewet. Saya rasa, elok kalau saya terangkan kepada cik dahulu segala-galanya untuk mengelakkan masalah di kemudian hari.” Kata Puan Asyikin ikhlas kepadaku. Cerewet? Alamak, masalah, masalah. Aku terus menanti Puan Asyikin untuk menerangkan kepadaku semua maklumat tentang pekerjaan pembantu rumah itu serta majikanku.

“Bakal majikan cik adalah seorang lelaki bujang berumur 28 tahun dan seorang jurutera. Dia mahukan seorang pembantu rumah yang cekap membuat kerja dan tidak malas.Di sini dia ada menyatakan yang dia tidak suka pembantu rumahnya bercakap dengannya melainkan hal-hal penting sahaja. Selain itu, cik juga tidak boleh sampai lambat ke penthousenya.. Walaupun sesaat.” Ya Allah, kereknya..macamlah aku hendak sangat bercakap-cakap dengan dia. Kalau aku ke sana pun sebab RM 1200 tu lah! Mendengar tentangnya pun aku dah mula geram, bagaimana agaknya kalau aku berjumpanya secara live nanti?

“Cik faham kan setakat yang saya terangkan ini?” Puan Asyikin menyoalku. Mungkin disebabkan aku tidak memberi apa-apa respons kepada penerangannya tadi.

“Faham..puan..” Kataku sambil memandang wajahnya kembali.

“Tentang jadual kerja pula, cik diperlukan berada di hadapan pintu penthouse tersebut pada tepat pukul 8 pagi dan cik harus bekerja sehingga pukul 6 petang. cik mungkin akan jarang berjumpanya tetapi sekiranya dia mendapat tahu cik lambat ke rumahnya, cik akan dipecat tanpa banyak soal. Hari sabtu dan ahad adalah hari cuti untuk cik.” Wanita itu menerangkan tentang jadual kerjaku kepadaku. Iman yang tadinya tidak memberi perhatian itu kulihat mula berminat untuk turut sama mendengar kata-kata Puan Asyikin.

“Faham..hmm..” Kataku sambil mengangguk laju. Aku sudah tidak ada pilihan lain lagi. Sekiranya peluang ini aku tolak, entah bila aku akan dapat kerja lain.

“Okay, selain itu, Kerja-kerja yang harus cik lakukan ialah sama sahaja seperti semua pembantu rumah yang lain cuma cik tidak perlu memasak untuk makan tengahari. Cukup cik hanya masak untuk diri sendiri sahaja tetapi cik mesti siap memasak untuk makan malam sebelum pulang.” Aku mengangguk lagi kepalaku apabila Puan Asyikin mengahabiskan ayatnya.

“Jangan risau, saya akan print kepada cik semua details ni.” Puan Asyikin mesti sudah dapat membaca kerisauan di mukaku.

“Terima kasih Puan Asyikin. Erm..bila saya harus mulakan tugas ye?” Aku sudah tidak sabar lagi untuk bekerja, atau dalam kata yang lebih jujur, mendapat gaji.

“Esok. Cik boleh mula esok.” Kata Puan Asyikin sambil memberikan kepadaku semua butir-butir yang aku perlu tahu. Esok? Sempatkah aku belajar masak dengan Iman malam ini?

Setelah cop jariku diambil oleh Puan Asyikin dan selepas menandatangani kontrak perjanjian, status aku pun dengan rasminya berubah. Kini aku bukan lagi penganggur dan aku sangat gembira. Iman pula tersenyum penuh makna terhadapku. Harap-harapnyalah semuanya okay nanti. Itulah sahaja doaku ketika ini.

***

"Ya Allah Noorul, takkan goreng ikan pun kau tak tahu? Masak nasik tahu tak? Haih..habislah kau kalau macam ni. Tak sampai seminggu gerenti kau kena pecat Noorul"
Iman membebel kepadaku sebaik sahaja aku mengakui yang aku tidak tahu langsung memasak. Iman masih lagi memandangku dengan pandangan tak percaya.

"Dah tu macam mana Iman? Aku memang tak tahu..ajarlah aku masak..jom..kita guna je bahan yang ada kat dapur tu. Please Iman..apa aku nak masak malam esok sedangkan goreng ikan pun aku tak tau..aku takut minyak panas terkena tangan aku Iman..tolonglah aku..jom lah.."Teruk juga aku merayu kepada Iman supaya dia mengajar aku asas-asas memasak. Itu lah, dulu masa mak suruh tolong dia kat dapur malas. Sekarang, padan muka aku.

"Masalah kau ni kritikal Noorul. Silap-silap kau kena pergi kelas memasak tu pun kalau ada yang nak terima kau. Hish..itu lah, bila aku suruh kau tolong aku di dapur, banyak betul alasan kau. Kalau kerja-kerja bertukang suka pulak kau ye. Pandai pulak kau buat." Sambung Iman lagi. Semakin menjadi-jadi pula bebelannya itu.
Aku sudah semakin malas mendengar bebelan temanku yang seorang ini. Tetapi, terpaksa jugalah aku menadah telinga, ini bukan masa yang sesuai untuk aku protes.

"Ye la..ye la..salah aku sebab tak masuk dapur langsung. Memang kalau boleh aku nak je mintak kerja buruh binaan. Cuma diorang je tak nak terima aku." Aku perlahankan sedikit suaraku bila menuturkan ayat terkahir itu.

"Tak pe lah Iman, kalau aku ni menyusahkan kau. Aku mintak maaf." Sengaja aku buat nada sedih. harap-haraplah si Iman ni bersimpati dengan aku.

"Hm..kesian pulak aku ngan kau ni. Macam ni lah, jom kita ke dapur. Aku ajar kau apa yang patut." Ujar Iman. Yes! Berjaya juga taktik aku ni. Aku mengekori Iman dengan senyum nakal di bibir.

"apa yang ada ye dalam peti ais kita?" Tanya Iman. Aku pantas membuka peti ais berwarna putih yang agak usang itu.

"Kita ada ayam dengan ikan kembung. Boleh la kau ajar aku masak ikan goreng dengan kari ayam ." Aku mula memeberikan cadangan kepada Iman.

"Okay, kau keluarkan 2 ekor ikan kembung tu dulu. Aku ajar kau goreng seekor, lepas tu kau pulak cuba." Kata Iman sambil mengambil ikan yang sememangnya sudah siap disiang oleh penjual ikan dari tanganku.

"Okay Chef Iman!" Kataku dengan penuh semangat. Iman hanya menjegilkan mata pura-pura marah dengan panggilanku itu.

"Pertama sekali, kau mesti basuh ikan ni betul-betul. Lepas tu, kau letakkan dalam piring. Kemudian keluarkan kunyit dan lumurkan ke atas ikan ni. Serbuk yang berwarna kuning ni namanya kunyit." Ayat terakhir Iman tu seakan memerliku.

"Hai Iman, kunyit mestilah aku tahu..kau ni..aku tak tau masak je..bahan-bahan kebanyakannya aku tahu lah." Jawabku jujur sambil melihat Iman melumurkan sedikit kunyit ke atas ikan tersebut.

"Kemudian kau panaskan minyak. Bila minyak dah panas, kau masukkan ikan ni ke dalam kuali dengan perlahan-lahan macam ni." Aku yang masih takut minyak memercik ke arah kami mengambil beberapa tapak ke belakang apabila Iman memasukkan ikan ke dalam kuali.

"Tengok..takde pun percikan minyak. Kalau kau campak memanglah minyak tu akan memercik kena tangan kau." Memang benar, tak ade langsung percikan minyak.

" Api jangan kuat sangat..Lepas ikan ni agak garing, kau angkatlah" Kata Iman lagi. Dia sudah mula mengangkat ikan kembung yang berwarna keemasan itu dan meletakkannya ke dalam piring.

"Wah..Iman..terernya kau..okay, okay kejap lagi aku cuba." Kataku sambil meletakkan ikan kedua di dalam piring. Sedikit kunyit aku ambil dan aku lumurkan pada ikan seperti yang Iman lakukan tadi. Bila semuanya sudah selesai, aku mula berdiri di hadapan kuali. Hai takutnya..macam mana ni?

"Apa yang kau tunggu lagi, masukkanlah ikan tu." Iman yang melihat aku tercegat bersama ikan mentah itu di tanganku bersuara.

"Ye la, nak masukkanlah ni. Amik feel, dulu." Kataku sambil teragak-agak memasukkan ikan itu ke dalam kuali secara perlahan-lahan. Memang tidak ada percikan langsung. Gembiranya aku kerana sudah tahu menggoreng ikan. Selepas beberapa minit menunggu ikan tersebut agak garing, aku mengangkatnya dan kuletakkan di dalam piring.

"Okay, sekarang nak masak kari ayam kan? Meh aku ajar kau." Aku mengangguk. Aku yang sememangnya tak konfiden langsung dengan masakan tersebut cuba juga untuk memberikan perhatian.

"Kau kena kisar semua ni dulu." Iman menunjukkan jarinya ke arah bawang merah, halia dan bahan-bahan lain yang perlu dikisar. Aku hanya mengangguk sambil mencatat semua langkah-langkah memasak.

"Lepas tu, kau panaskan minyak, tumis dulu bunga lawang, bunga cengking dan rempah-rempah yang lain ni." Aku masih lagi mengangguk sambil terus mencatat kesemuanya.

"Iman, boleh masak lebih sikit tak? Aku rasa nak bawak ke umah Mr F la esok. Please..sekali ni je..aku tak yakin la..ye la baru pertama kali masak, kan? Kalau setakat goreng-menggoreng aku okay lah." Aku tak sanggup lagi menahan beban di dadaku. Aku berterus terang saja kepada Iman yang kusyuk menumis rempah-ratus.

"Hm.. Nasib baiklah kau kawan aku, Noorul. Kalau orang lain dah lama aku cekik." Aku tidak kisah lagi dengan kata-kata yang keluar dari mulut Iman. Asalkan dia mahu tolong, aku sudah cukup gembira.

"Waaa terima kasih, terima kasih sahabatku. Saaayang kau!" Aku terus menerpa ke arah Iman sambil memberikan kucupan istimewa di pipi kirinya.

"Kejap, kejap. Tadi kau cakap Mr. F? Apa tu?" Tanya Iman benar-benar ingin tahu.

"Mr. F tu Mr. Fussy. Cerewet. Aku baru belajar perkataan ni dari dalam televisyen." Aku memandang Iman sambil ketawa. Iman pun kulihat tergelak kecil mendengar panggilan aku terhadap majikan baruku itu.

"Okay dah, tengok sini, next step, kau masukkan pula bahan-bahan kisar ni." Iman menerangkan kepadaku tentang langkah seterusnya. Kemudian kulihat Iman memasukkan bancuhan serbuk kari. Aku hanya memerhati dengan teliti sambil mencatat kesemua langkah-langkah memasak tersebut sehinggalah ayam dimasukkan.

"Okay, sekarang kita tunggu kejap sampai ayam masak. Tutup periuk ni dulu." Aku mengikut arahan Iman. Tudung periuk kucapai dan kututup periuk yang memuatkan kari ayam tersebut. Hatiku berbunga gembira apabila aroma kari ayam sudah dapat kuhidu di saat ini.

"Thanks Iman. Kalau kau takde, tak tau la macam mana nasib aku ni. Nanti gaji pertama aku, aku belanja kau makan okay?" Aku memeluk bahu Iman yang hanya tersenyum melihat gelagatku. Memang benarlah, sahabat masa senang memang banyak, sahabat macam Iman ini susah nak cari.

***

24 comments:

  1. Jujur katakan permmulaan yg baik walaupun ada kelemahan. chaiyok! chaiyok! Ada perkembangan cerita. Tapi hati2 jgn terlampau bnyk dialog. seimbangkan dgn cerita sket. Ganbantte!! Teruskan perjuangan anda dlm bidang penulisan ini. :D

    ReplyDelete
  2. thank you llyaAbdullah..saya sangat menghargai komen dari llya :)

    ReplyDelete
  3. tgk link2 kat blog ni..byk rupanya blog tulis2 cereta bersiri

    ReplyDelete
  4. citer ni agak bezz...
    sy suke

    ReplyDelete
  5. Terima kasih sudi baca dan komen :) Terus membaca bab sterusnya ye.. :)

    ReplyDelete
  6. bahasa yang bersahaja dan selamba tetapi menarik rasa seronok membaca syabas -kakngat ;)

    ReplyDelete
  7. Kak Suri, WC ulang balik bace M.A.I.D hehehe

    ReplyDelete
  8. Wild Cherry, silakan..hhehheh mesti rindu dengan Mr. F ni hhehe :D

    ReplyDelete
  9. permulaan yg menarik ! best3 ! fighting ! :)

    ReplyDelete
  10. Nurul QisDira : Thanks sudi singgah dan baca..terus membaca bab-bab seterusnya yea..:)

    ReplyDelete
  11. i like ceta maid nie congrate kpd penulis..mcm kena pula dgn diri sy coz sy pon penah terfikir nak jdi maid hehehehehe

    ReplyDelete
  12. Anonymous : heheh thanks sbb suke cite ni :) Happy awak suke :) waa..pernah terfikir nak jd M.AI.D. kpd majikan yg hensem lg baik hati yea..heheh :) best gak tu. :D

    ReplyDelete
  13. tak nak buat filem MAIDkah

    ReplyDelete
  14. Anonymous : heheh kalau ada yang berminat, apa salahnya kan..:)Boleh kita jayakan M.A.I.D. versi filem/drama :)

    ReplyDelete
  15. 1stly sya sangat2 suka novel ni..watak2 dlm novel ni simple n berbeza dgn watak dlm novel yg biasa sya baca..good job utk suri..kalau bole tolong letak gmbr utk penthouse..

    ReplyDelete
  16. filem or dramakan MAID...sgt agree dgn suggestion tu. try la suri, bes giler novel ni smpi i baca dah dkt 5 kali tau! terjatuh chenta jap kat mr.f! hehehe...

    ReplyDelete
  17. best sgt..sudaa baca,,tp sbb best nk bce agy..khatam enth kli ke bpe..hehe..congrate.^^

    ReplyDelete
  18. owh,,mr.f,,sya sudaa jatoh cinta sama kamu....hehehe....

    ReplyDelete
  19. thniah k.suri..sy dh hbiskn stu buku..fuhh!!jln crita mnarik btul..xsbr2 mnnti koleksi strusnya dri k.suri..all the best..

    ReplyDelete
  20. Kak suriii...bestttt...kakak saya sukaaa sangat novel ni...novel isteri separuh masa pun saya dah baca...dua dua superbbb

    ReplyDelete
  21. Kak suriii...bestttt...kakak saya sukaaa sangat novel ni...novel isteri separuh masa pun saya dah baca...dua dua superbbb

    ReplyDelete
  22. Terbaik..novel best jadi drama lgi best ..

    ReplyDelete