**AKAN DATANG 2018!! : DRAMA TI AMO SWEETHEART 100 HARI! LAKONAN ZUL ARIFFIN DAN NEELOFA**
&
**KLIK! PENGANTIN MUSIM SALJU LAKONAN ALIF SATAR DAN NANA**

Friday, 13 January 2017

Je t'aime, Sweetheart 100 Hari! Bab 3, Bab 4 dan Teaser bab 5






Stress betul! Pandangan kulemparkan ke bahagian luar kafe. Sebuah keluhan terlepas dari bibir. Nampaknya benda ni taklah sesenang yang aku sangka. Pertama kali terserempak dengannya di dalam kampus ini adalah 4 hari yang lepas dan semenjak itu aku menjangkakan segala-galanya akan mudah bagiku. Tapi aku silap.
Benar, maklumat yang aku ada tentang alamat rumahnya sudah lebih dari cukup untuk aku mencarinya tetapi bukan sesenang itu.

Sudah dua hari berturut-turut aku tercongok di hadapan bangunan berwarna hijau itu tetapi bayangnya langsung tak muncul-muncul. Ye lah, bangunan tu cantik tapi hati aku tetap juga tertekan.

Kemudian, petang semalam aku ke kawasan apartmentnya namun tidak juga terserempak dengan lelaki itu. Patutnya aku ketuk aje pintu rumahnya. Bibir kuketap geram.

Tak boleh, tak boleh!

Aku tak mahu si kecil Irdina nampak aku bertekak dengan papanya.


Apabila terkenangkan Dina, hati aku jadi gundah. Apa khabar agaknya budak manja tu? Apa yang sedang dilakukan? Makanan apa yang dijamahnya hari ini? 

Ah, sesungguhnya aku terlalu rindukan dia. 

Ikut hati mahu sahaja aku ke apartment mewah itu untuk melawatnya tetapi aku masih waras. Jika kami terlalu rapat, apa akan jadi padanya setelah aku pulang ke Malaysia nanti? 

Keluhan berat terbabas juga dari bibir. Aku harus segera berjumpa dengan Iskandar.

Boleh aje aku minta maklumatnya dari Fatin tetapi aku tak mahu libatkan Fatin mahupun Zati dalam kes ni. Wajah kuraupkan dengan kedua-dua belah tangan.

 Sambil bersandar pada kerusi empuk ini, aku merenung kosong ke arah sekumpulan pelajar yang baru memasuki kafe ini. Kad matriks tergantung kemas di setiap leher mereka. Maklumlah kafe ini letaknya dalam kawasan universiti.Habis aje kelas berduyun-duyunlah pelajar yang datang minum dan melepaskan lelah di sini.

Cawan berisi air coklat kuangkat dengan kemas dan aku bawa ke mulut. Memang terasa nikmat sangat minum air yang suam begini dalam cuaca yang sejuk.



“Bonjour. (Hi)”

Pantas aku mendongakkan wajah sebaik sahaja mendengar suara asing itu.

Aik, dia ni lagi?? Siap senyum simpul.

Dia  lah orangnya yang menegur aku masa pertama kali aku menjejakkan kaki ke fakulti berwarna hijau tu.

 “Sorry, I don’t speak French.”  Jawabku acuh tak acuh.


Dia yang sedang memegang dulang berisi muffin, roti keju dan minuman itu hanya tersenyum manis mendengar jawapanku. Dengan selamba dia menarik kerusi dan duduk di hadapanku. Tersentak aku seketika melihat telatah lelaki berjaket hitam ini.


“You don’t speak French? Don’t worry, I speak English too.” Ujarnya sambil mengangkat ibu jari tangan.



Semakin lebar senyumannya apabila aku merenung tajam begini. Ikutkan hati mahu sahaja aku halau dia pergi. Anak mata kuliarkan ke segenap kawasan kafe ini. Benar, tidak ada langsung meja yang kosong. Kasihan pula.

Tambahan pula dia nampak lapar sangat tu. Sekelip mata muffin di dalam piring habis dijamahnya. Aku pantas mencapai cawan. 

Air coklat yang masih berbaki aku hirup sampai habis. Aku datang ke Belgium ni bukan nak buat kawan baru. Beg sandang belakang aku capai dan kepeluk kemas.


“I need to go.” Ujarku sepatah.


“Wait..”



Bersungguh-sungguh dia berkata begitu menyebabkan aku jadi sedikit pelik. Tak jadi nak bangun dari kerusi.



“Apa lagi la dia ni? Kusut betulla!” Tanpa dapat ditahan, laju bagai bullet train ayat itu terluncur keluar dari mulutku.



“Malaysian?” Soalnya bersama senyuman yang lebar. Hah, Pandai pula dia teka. Aku menganggukkan kepala sedikit.



“You can tell.” Ujarku acuh tak acuh.



“Mestilah. Saya pun orang Malaysia.” Selamba sahaja dia berkata begitu. Sangat fasih walaupun sedikit baku! Terkedu aku jadinya.



Masih lagi terkejut dengan fakta yang lelaki berambut sedikit perang dan memiliki wajah sebegini adalah orang Malaysia. Bulat anak mataku berlari ke segenap wajahnya yang boleh dikategorikan sebagai kacak itu.


“But you look like..” kata-kataku pantas dipotongnya bersama ketawa kecil.



“An Alien?”



Laju-laju aku menggelengkan kepala. Taklah sampai alien..main-main betul dia ni. Jus epal di dalam gelas diteguknya sedikit.

Faliq Peeters. Anggap dia minum jus apple okay hihi xD

“No..bukan itu maksud saya..” 

Luahku. 



Belum sempat aku mengatur ayat, dia bersuara lagi.


“I’m half Malaysian, half Belgian. Perfectly human.” Ketawa masih bersisa di hujung ayatnya.

 Ibu jari kanan diangkatnya sekali lagi membuatkan aku turut tersenyum sedikit.

“Saya, Faliq Peeters.” Ujarnya.

Selamba dia menghulurkan tangan untuk shakehand denganku tapi aku terus pura-pura membetulkan shawl. Fahamlah dia yang aku tidak berminat untuk bersentuhan dengannya.


“Malissa. Maira Malissa.” Aku bersuara. 

Lelaki itu menyandarkan badannya pada kerusi. Anak matanya merenung ke arahku dengan lebih teliti. 


“Rasanya ini kali kedua kita face to face begini. Tapi, sebenarnya masuk kali ini, sudah 4 kali saya nampak awak.”


Otak mula memproses apa yang baru sahaja dikatakan lelaki itu. Maksudnya dia nampak kehadiran aku di sini hari sebelum-sebelum ni?



“Apa yang awak cari di fakulti ekonomi tu ya? What are you searching for? Are you looking for someone? Saya boleh tolong awak.” Soalnya lagi setelah tidak ada kata-kata yang keluar dari bibirku.



“Awak boleh tolong saya?” Soalku dengan pelik. Kali ini giliran aku pula ketawa hambar  sambil menggelengkan kepala. 



“Yup!” Ujarnya bersungguh-sungguh.



 Roti keju yang berada di tangannya diletakkan kembali di atas piring.

Aku terdiam seketika. Hm..mungkin juga dia boleh tolong aku. Maklumlah dia kan belajar di sini.

“Awak kenal Issac Iskandar?” Penuh hati-hati aku bertanyakan kepadanya soalan itu.

“Nope.”

Aku menjulingkan mata ke atas mendengar jawapannya tu. Ceh..gaya tanya soalan macam dia kenal semua orang kat sini je.

“Tapi saya boleh tolong carikan dia untuk awak.” Pantas dia bersuara lagi.


“Awak tahu dia kos apa? Undergrad or Master? PhD?” Soalnya lagi membuatkan aku kehilangan kata-kata. Itulah masalahnya. Aku sendiri tak tahu apa yang dibuatnya di dalam universiti ini. Perlahan-lahan aku membuka mulut. 



“Erm..definitely not undergrad..look, saya tak tahu dia bekerja atau belajar kat sini.” Luahku sedikit kusut.

 Geram pula aku dengan lelaki misteri yang aku jumpa bulan lepas di kedai mamak tu. Nak kasi maklumat tapi macam acuh tak acuh je! 



“Atau mungkin dia adalah visiting researcher?” Soal Faliq. 



Semakin serabut jadinya otak. Bukan mudah untuk Faliq mencari dia. Nafas berat kuhela. Perlahan-lahan aku menggelengkan kepala ke arahnya.



“Hmm..Faliq, tak perlu susah-susah fasal saya.” Akhirnya aku bersuara.

Rasa tak kena pula untukku libatkan Faliq dalam misi aku ni. Senyuman tawar kuberikan padanya. Aku tak tahu muka aku ni nampak kasihan sangat ke apa, tapi, Faliq merenung ke arahku dengan sangat simpati saat ini. 

“Saya kenal beberapa orang pekerja yang boleh access database pelajar dan pendidik di universiti ni.” Ujarnya bersama mata yang bersinar.

Kemudian, kedua-dua belah tangannya dirapatkan di kedua-dua belah pipinya  seakan-akan ingin berbisik sesuatu kepadaku. Pantas aku menggerakkan wajah ke arahnya sedikit.

“Psst..maybe I can get his number or at least his email for you.”  Sebelah mata dikenyit. Tidak lepas aku merenungnya saat ini. Tidak, bukan terpana dengan kenyitannya tu tetapi aku rasa terpaku dengan kata-katanya.

 “Just give me a few days and I’ll come back to you.” Ujarnya lagi.

 “Okay..”


Pantas aku menganggukkan kepala. Aku lihat sebelah tangannya mengeluarkan telefon bimbit dari dalam poket jaket.



“What’s your number?” Soalnya bersama seyuman manis membuatkan aku terdiam. Boleh percaya ke budak ni?



“Perlu ke saya bagi awak number saya?” Soalku teragak-agak. Berkerut dahi lelaki di hadapanku ini.



“Well..bagaimana saya nak beritahu awak maklumat tu nanti kalau tak dapat hubungi awak?”  Soalnya yang kemudian menghulurkan telefon bimbitnya kepadaku. Ye tak ye jugak.

 “Please key in your number.”
Lambat-lambat aku mencapai telefon bimbit di tangannya.

***

MAIRA MALISSA
(NNAMA SEBENAR : INDAH NADA PUSPITA. BLOGGER INDONESIA)


Bersama beg kertas berisi beberapa keping appelflap aku melangkah masuk ke dalam apartment. Terkejut aku jadinya apabila bertembung dengan si Zati sedang bersandar pada dinding di sebelah kanan pintu. Apa hal pulak dia ni? Macam jaga pencen pun ada juga dari gayanya merenung aku tu.

“Malissa..we have a big problem!” Luah gadis yang memakai sweater tebal berwarna biru ini dengan wajah yang kusut.

“Kenapa Zati?” Soalku sambil membuka kasut. 

Boots separas buku lali ini kemudiannya aku angkat dan kuletakkan di atas rak. 

“Dina is here.” Kata-kata Zati membuatkan aku tersenyum lebar. 

Sesungguhnya sepotong ayat itu mampu membuatkan mood aku berubah 360 darjah.

Anak mata terhala pada sepasang boots kanak-kanak yang terletak kemas di atas rak kasut di sebelah 
kananku.Comel!

“Mana dia?” Soalku bersama senyuman riang. Kekusutan ketika di kampus tadi hilang terus. 

Hati dah melonjak-lonjak saat ini. Tak sabar nak jumpa anak aku!

“Living room. Fatin cakap dah dua hari dia nangis-nangis nak jumpa kau.” Berubah terus riak gembira di wajahku. 

Dina menangis? Dina rindu mama? Mama pun rindu sangat-sangat dengan Dina.

“Aku jumpa Dina kejap.” Sebaik sahaja berkata begitu, beg kertas di tangan kuberikan kepada Zati. 

Over betul. Dia siap hidu sambil tersenyum lebar.
 “Our favourite dessert. Appleflap!” Ujarnya riang. 













Bukan aku tak tahu Zati memang menggemari puff berbentuk segitiga yang berintikan epal dan kismis ini. Sangat glamour di Belgium. Sesungguhnya tidak ada apa yang boleh gembirakan Zati melainkan makanan. Hilang terus gusar di wajahnya. Jaket labuh di badan aku buka sambil bersuara.

 “Ambillah ada 5 keping. Hidangkan sikit kat Fatin dan Dina nanti.”

 “Ingat juga ye kau dekat aku..” Zati masih senyum meleret.

“Takkan la  aku nak lupakan sepupu aku yang suka makan ni pulak. Badan cikeding je. Tapi makan bukan main banyak lagi.”  

Pantas aku bersuara sebelum menyangkutkan pada coat stand jaket biru gelap yang aku pinjam dari Zati ini. Dah tak sabar nak jumpa Dina.

 “Merci, mon cherrie.”

Tak jadi aku nak melangkah. 



“Ha? Buah ceri? Too bad..aku tak jumpa pulak cherryflap. Yang ada hanyalah epal je. Appleflap.” Aku menggaru kepala di sebalik tudung.


“Bukan buah ceri la..aku pun tak pernah jumpa cherryflap kat Belgium ni. Mon cherrie!  Mon cherrie tu maksudnya sayangku dalam bahasa Perancis.”

“Ada-ada ja la kau ni nak kelirukan aku!” 
Sebaik sahaja berkata begitu aku terus meninggalkan Zati yang sedang ketawa di belakang sana. Happy betul dapat appelflap!

Sampai sahaja ke ruang tamu kecil ini, aku lihat Fatin yang bertudung dusty pink sedang menemani Dina melukis menggunakan alat tulis milik Zati.




Kusyuk betul anak mama ni. Comelnya! Rambutnya ditocang satu hari ini. Ya Allah rindunya aku dengan budak ni walaupun baru tiga hari lepas kami berjumpa.

“Iva Irdina..” Panggilku sambil tersenyum manis. Terus aku melangkah laju ke arahnya.

“Mama..!”  Riang suara Dina bergema di ruangan ini.  Sebaik sahaja melabuhkan punggung di sebelahnya, aku terus menarik kanak-kanak berusia 5 tahun ini ke dalam pelukanku.

“Dina? Dina nangis ke tadi?” Soalku dengan sangat prihatin. Rambutnya aku elus lembut.

“I miss you so much mama..” Pelukan pada badanku dieratkannya lagi. Tersentuh hati mendengar rintihannya tu.

“Mama pun rindukan Dina sayang..” Bisikku bersama air mata yang sudah mula bergenangan.

“Dah lama ke korang sampai?” Soalku kepada Fatin pula yang semenjak tadi hanya memerhati sahaja gelagat kami bersama senyuman yang sukar untuk dimengertikan.

“Baru je. Malissa..aku ada benda nak bincang dengan kau.” Serius suara Fatin ketika ini. Pantas aku menganggukkan kepala.


“Dina..do you wanna have some appleflap?” Soalku sambil tersenyum manis. 



“Appelflappen! Nakkk..”

 Ketawa kecil aku melihat telatah Dina. Memang dari dulu lagi dia seorang kanak-kanak yang riang. 



“Zatiiii..” Aku mula memanggil Zati. Ton suara naik beberapa oktaf dari tadi.



“Yeeee..” Kedengaran dia pula membalas sahutanku. Tak lama kemudian, dia muncul di ruangan ini.

“Ajak Dina makan sekali.” Ujarku. Pantas Zati menghulurkan tangannya.

“Dina..meh sini meh..kita makan appelflap sama-sama.” 

Ajak Zati dengan nada suara yang comel. Tak pernah aku lihat sisi ini pada Zati. Dina terus turun dari ribaanku dan melangkah ke arah Zati.

Sebaik sahaja mereka hilang dari pandangan kami, Fatin terus membetulkan posisi duduknya supaya berhadapan denganku. Riak wajahnya seperti dia sedang menanggung batu yang besar kat atas kepala.


“Kenapa dengan Dina, Fatin?”  Soalku dengan penuh tanda tanya. 



“Malissa..masak kita! Habislah kalau Dato’ tahu. You know what? Ambil je Dina dari sekolah semalam, dia asyik tanyakan kau. Tadi pun sama.” Fatin membuka cerita.

“Aku cakap kau sibuk..aku cakap kau ada kerja..semua alasan aku kasi tapi dia tetap juga nak jumpa kau. Nangis-nangis dia, Malissa..sampai tak nak makan. Semalam pun macam tu jugak.” 

Kedua-dua belah tangannya memicit keras bahagian kepala. Aku mulalah gelisah. Bagaimana kalau keadaannya berterusan begitu?

“Kau rasa, dia ada cerita apa-apa tak tentang aku pada papanya?” 

Soalku dengan hati yang berserabut kepada Fatin. 

Gadis yang memakai blouse wool berlengan panjang ini lambat-lambat menjungkitkan bahunya.
“I don’t know.” Kemudian dia meraupkan wajahnya.

“Aku rasa dia rindu mama dia. Mungkin wajah kau mirip sangat dengan wajah mama dia kut..isk, yang mama dia ni pun satu. Lama betul menghilang sampai tak ingat anak! Teruk betul.”


Bukan dibuat-buat, tetapi memang aku terbatuk-batuk kecil sebaik sahaja mendengar komen Fatin tentang aku saat ini. Lekas-lekas tangan kananku mengurut lembut kawasan dada. 



“Fatin..kau pernah tak bawa orang lain jumpa Dina sebelum ni? Maksud aku kawan-kawan kau yang lebih kurang sebaya dengan kita.” Fatin mengambil masa kurang dari tiga saat untuk beri reaksi. Kepalanya dianggukkan sedikit.

“Pernah..banyak kali je. Kadang-kadang aku jemput dia dari sekolah dengan Zati..dengan kawan-kawan yang lain. Sebelum ini pun ramai je part-time babysitter lain yang jaga dia. Okay je.”

Aku hanya diam sahaja mendengar jawapan Fatin. Apa akan jadi kalau aku balik Malaysia nanti? Memang masalah ni. 

“This is the first time she’s acting like this.” Luah Fatin lagi. Kemudian dia merenung dalam-dalam ke dalam anak mataku.

“Aku tak risau selagi kau ada kat Belgium ni..but just imagine what will happen to her after you fly back to Malaysia..just imagine.” Suaranya mulalah naik satu oktaf. Kemudian cepat-cepat dia menutup wajah dengan kedua-dua belah tapak tangannya.


“Fatin..” Panggilku perlahan. Tapak tangan dileraikan dari wajahnya. 



“Matilah..mesti Dato’ saman aku!”



 Nada suara risaunya  dah tak dapat dibendung lagi. Wajahnya tu dah mula merah. Macam nak menangis pun ada. Cepat-cepat aku menampar lembut bahunya.


“Isk..takkan la sampai macam tu. Trust me, he won’t do that. Bukan salah kau pun. Don’t worry fatin..kalau kau kena saman, aku akan tolong kau. In syaa Allah.” 

Dengan bersungguh-sungguh aku berkata begitu walaupun aku tahu Fatin memang tak termakan dengan pujukan aku tu.

“Kau cubalah cakap dengan Dina. Tolonglah pujuk dia. Explain to her that you’re not her mother.”

Terkedu aku dengan ayat terakhir Fatin itu. Mana mungkin aku lakukan demikian. Mana mungkin aku buat begitu? Ada sebak menerjah dada. Akhirnya aku bersuara perlahan.

“Aku akan cuba cakap dengan Dina. We’ll see how it goes..”


Pantas Fatin menganggukkan kepalanya



“Tolong aku Malissa.”. 



Aku tahu dia betul-betul sedang mengharapkan aku. Nafas berat kuhelakan saat ini.

Dina, benar mama tak merasa sakitnya melahirkan Dina tetapi percayalah, kalau tidak kerana sayang, tidaklah mama rela bergelar mama Dina di usia 18 tahun, lima  tahun yang lepas, sayang. Ketika itu papa berusia 26 tahun. 

Mama juga turut sama terseksa dengan keadaan kita. Dina tetap anak mama sampai bila-bila. 


***


Je t'aime, Sweetheart 100 Hari! 4



Ting Tong!

Eh, bunyi loceng pintu ke tu? Berkerut dahiku saat ini.  

Zati yang sedang kusyuk membuat assignment di atas karpet kini mendongakkan kepala kepadaku yang sedang melepak di atas sofa. Kami berpandangan untuk seketika. Riak suspense terpampang jelas di wajah aku dan dia. Remote control televisyen kucapai untuk mematikan siaran.

Ting Tong!

“Kau dengar tak tu?” Soal Zati dalam keadaan berbisik.

 Pantas aku menganggukkan kepala. Kami sama-sama mendongakkan kepala meneliti waktu pada jam di dinding. Pukul 1 pagi! Aik, siapa pula yang datang pagi-pagi buta ni?

“Fatin agaknya!” Terluncur ayat itu keluar dari mulutku.

Maklumlah si Fatin tu tinggal di apartment ni jugak. Kami tinggal di tingkat paling bawah manakala Fatin menyewa bersama rakannya di tingkat paling atas, iaitu tingkat 5. 

Zati memetik ibu jarinya sambil menganggukkan kepala. Hilang sudah riak resah dan segala macam riak-riak serabut di wajahnya itu.


“A’ah la..dia pernah datang pagi-pagi camni  dulu sebab housemate dia tak balik. Siap bawa bantal busuk lagi gara-gara nak tidur sini. Si Fatin tu takut tidur sorang!”

Ketawa kecil aku mendengar cerita Zati tentang Fatin.

 Sepupuku itu terus berlari ke arah pintu. Aku pula mencari-cari remote control. Nak hidupkan balik televisyen walaupun bukannya aku faham sangat pun drama berbahasa Perancis itu. Mana pula perginya remote ni? Macam chipsmore pulak. Kejap ada, kejap takde.

“Ehh..kejap-kejap..aku pakai tudung kejap.”

Terdengar suara Zati di hadapan sana. Ha..kalau cakap melayu tu, Fatinlah yang datang. 

Pakai tudung? Apahal pulak tu nak pakai tudung depan Fatin?

Anak mata merenung ke atas karpet. Lahh..jatuh rupanya benda alah ni! Baru sahaja ingin menghidupkan televisyen, suara seorang kanak-kanak bergema di ruangan ini.

“Mama..” Pantas aku menoleh.

Bulat mataku merenung ke arah tubuh comel yang sedang berlari ke mari. Kaku diri saat ini.

Iva Irdina?

Tidak, bukan aku tak gembira tapi sekarang ni dah pukul 1 pagi kut! 
Fatinkah yang membawa dia ke sini?

Basah wajahnya dengan tangisan. Keadaannya pun nampak lemah tak bermaya. 

Alamak..ni mesti dia rindukan aku lagi. Mulalah aku tak sedap hati. Sekelip mata sahaja dia kini berada dalam dakapan eratku. 

Rambutnya kuelus lembut. Cara dia peluk ni macam takut sangat kehilangan aku. Bersama hati yang semakin resah aku  mencium pipinya. 
Panasnya badan!

 Dalam keadaan yang terpinga-pinga sempat lagi aku menyoal si cilik yang berjaket tebal ini.

“Dina sakit ye sayang? Dina demam kuat ni..” Bisikku. 

Aku menghalakan pandangan ke arah hadapan. Batang hidung Zati dan Fatin pula tak kelihatan di sini. 
Dah kenapa dengan dorang tu? Pengsan ke apa?

“Dina rindu mama..” 

Aku hanya mampu menahan sebak sahaja saat ini. Setiap kali Dina meluahkan rasa rindunya padaku, setiap kali itu juga hatiku terseksa. Bukan mudah membesar tanpa kasih sayang seorang ibu. 
Air mata yang kutahan-tahan menitis jua.

“Papa!”


ISSAC ISKANDAR


Bagai ditembak tepat pada jantung, begitulah parahnya keadaanku saat ini. Pantas tapak tangan menyeka air mata di wajah. Tidak tentu arah nadiku berdenyut. Berombak dada saat aku mengangkat wajah tika ini.

Benar, sepasang mata sedang menikam tepat ke dalam mataku. 

Mana mungkin aku bisa melupakan raut wajah yang kacak dan sangat sempurna ini? Sampai mati pun aku tak akan terdaya untuk padam parasnya dari fikiran. Longlai terasa tubuhku.Berjumpa juga kita akhirnya Issac Iskandar.

 Bersama hati yang gementar aku memberanikan diri melawan tenungannya. Membiarkan anak matanya liar menerjah segala daerah wajahku. Merah wajahnya saat ini. Semerah wajahku yang sedang menahan tangisan mungkin. Zati dan Fatin hanya bersandar pada dinding. Tak berkutik langsung.

“Issac Iskandar.”

Keluar juga sepotong nama itu dari bibir. 

Pantas dia membetulkannya dengan angkuh.

“Dato’ Issac Iskandar.” 

Aku lihat dia menarik nafas dalam-dalam saat ini. Jelaslah tidak ada apa-apa yang tinggal antara kami.

“So..you’re Malissa?” Soalnya. 

Seperti ini kali pertama dia berjumpa denganku pula.Baru sahaja aku ingin membuka mulut, dia bersuara lagi. 

“I have something to discuss with you.” Ujarnya dengan nada yang sangat serius. 

Tidak ada tempikan, jeritan atau tengkingan namun nada suara dan gayanya tu berjaya menambah sebak yang mengimpit dada. Cepat-cepat aku lihat Fatin bergerak ke mari dengan sangat cemas.

“Dato’..Malissa tak bersalah. Dia sepupu Zati. Dia temankan Zati datang untuk buat assignment di rumah Dato’ haritu. Cuma mungkin Malissa ni ada iras mama Irdina, jadi sebab itu Dina anggap Malissa ni mama dia, agaknya.” 

Panjang lebar dia bercerita untuk mengelakkan aku dari kena marah. Pantas Iskandar mengangkat tangan kanannya tanda menyuruh Fatin untuk berhenti bercakap.

“Ini kali ke 3 awak ulang cerita yang sama. Enough.” Luahnya sedikit sinis. 

Belum sempat Fatin membalas kata-kata Iskandar, si kecil Dina pula mencelah.

“Kawan Kak Fatin ni memang mama Dina laa. Betul tak papa?” 

Pelukan eratnya pada lenganku sedikit sebanyak bisa menenangkan hati yang sudah terkejut teruk ini. Iskandar menundingkan jari telunjuknya ke arahku.

“You!”

Mata kami bertentangan untuk seketika. Membuak-buak rasa rindu di dalam dada namun sehabis daya aku cuba untuk menepis saat ini. Akhirnya anak mata kularikan ke arah lain.

“Come with me, now!! I need to talk to you.”

Mahu tidak mahu aku terpaksa juga mengangkat wajah.

“Privately.” Ujarnya lagi.

Tanpa membuang masa dia terus meluru ke arah pintu. Fatin pula terus mendapatkan Dina dan memeluknya dengan erat.

Mungkinkah segala-galanya akan berakhir malam ini? Mungkinkah setelah aku bangun esok pagi, status yang aku galas akan berbeza dari hari ini? Apa yang berbeza, Malissa? Lebih baik menjadi janda daripada hidup terseksa sebagai seorang isteri yang digantung tak bertali begini. Sampai bila? Sampai bila kau harus menyeksa diri kerana cinta yang memang terang-terangan tak bernilai langsung di mata dia?

Anak mata kupejam rapat-rapat. Membiarkan sahaja air mata yang aku tahan-tahan dari mengalir di hadapan Iskandar tadi merembes dengan sewenang-wenangnya. Longlai kaki melangkah ke arah Zati yang sedang merenung ke mari dengan wajah yang sangat risau.

“Zati..aku keluar kejap.”

Baru sahaja ingin melangkah, tanganku pantas disambar sepupuku ini.

“Tapi Malissa..” Belum sempat dia meluahkan rasa gusarnya, aku bersuara lagi.

“No, I’m gonna be okay. Kau jangan risau.” Senyuman kupaksa sehabis daya untuk hadir saat ini.

Laju aku berjalan ke arah pintu. Jaket kucapai dan aku sarungkan ke badan. Tak sempat nak capai tudung, jadi aku tutup kepalaku dengan hood yang terdapat pada jaket ini.

Tergamam teruk aku jadinya apabila aku melangkah keluar. Mana tidaknya, tapak tangan kanan Iskandar terus mencengkam lenganku.  Erat namun tidak menyakitkan.  Wangian yang dipakainya menerjah masuk ke dalam hidung. Masih sama seperti dulu namun tidak mampu meredakan kepiluan di hati.


Lenganku ditariknya supaya mengikut gerak langkahnya keluar dari bangunan ini. Bersama jantung yang tak tentu arah degupannya, aku mengerutkan wajah sebaik sahaja angin malam menamparku.

Kemana agaknya ingin dibawa aku ni? Tahulah aku apabila dia melangkah ke arah kereta Audi di hadapan kami.

 Pintu kereta mewah yang terletak betul-betul di hadapan pintu masuk bangunan apartment dibuka oleh lelaki itu dan aku dipaksa masuk ke dalam. 

Kedua-dua belah tanganku meraup wajah saat ini dengan rasa gementar yang menggunung tinggi. Sabarlah hati..segala-galanya akan selesai sekejap lagi. Aku cuba memujuk diri.

Kuat suaranya menerjah telingaku sebaik sahaja dia masuk dan duduk di ruangan pemandu. 
“Apa lagi, Malissa?”

“Hm? Apa lagi?”

Tersentak jantungku.Rambutnya diraup kasar.

Sepanjang 365 hari hidup bersamanya tak pernah walau sekali dia meninggikan suara sebegini kepadaku dulu. Tajam anak matanya mencerlung ke mari. Nafas aku tarik dalam-dalam saat ini. Akhirnya bersama bibir yang terketar-ketar gara-gara menahan tangisan, aku bersuara juga.

 “Why did you leave me? Kenapa abang tinggalkan Lisa? Tanpa pesan abang pergi...tanpa kata abang menghilang..apa salah Lisa? What did I do wrong?”

Sudah sedaya upaya aku menghalang air mataku dari jatuh namun tak terdaya juga. Pantas aku menyeka air jernih di pipi dengan sebelah tangan. Iskandar memandang ke arahku dengan pandangan tak percaya. Kepalanya digelengkan sedikit sebelum tersenyum sinis.

“How dare you ask me that?! Berani kau tanya aku soalan tu??" Parah hatiku mendengar tengkingannya. 


"The most painful goodbye are the ones that are never said and never explained, Iskandar." Ujarku di dalam sebak.

Aku lihat dia seperti sedang mengumpul kesabaran saat ini. Bersama keluhan dia bersuara.

“Now listen to me.” Wajahnya semakin tegang namun tidak ada lagi tengkingan seperti tadi.

“Kalau kau masih ada sedikit perasaan kasih dan sayang pada irdina, tinggalkan Belgium secepat mungkin. Lagi lama kau kat sini lagi teruk keadaan Dina nanti.” 

Apa maksud lelaki ini? Aku, tinggalkan Belgium dan kemudian? Bersama riak tak puas hati aku bersuara lagi.

“Abang..”

Pantas dia meletakkan jari telunjuk ke bibirnya sendiri.

“Shhhh! Kau tak layak panggil aku dengan panggilan tu. Loya tekak ni.” Untuk kesekian kalinya aku terkedu. 

Setahun berkahwin dengannya, hidup bersamanya, tak pernah aku dilayan kasar sebegini. 

Semua kata ibu benar belaka. Orang dah tak suka kenapa aku masih terhegeh-hegeh mengharap lagi? Aku cuba mengumpul kekuatan di sebalik sebak yang menghimpit dada.

“Fine..Lisa akan balik Malaysia secepat mungkin tapi Lisa perlu tahu apa salah Lisa dulu.” 

Bergetar suaraku menahan tangisan namun tiada langsung simpati di wajah lelaki berjaket hitam ini. Sebaliknya hanya ketawa sinis sahaja yang keluar dari bibirnya. Siap tepuk tangan lagi.

“I didn’t know you’re a good actress.” Pedih terasa hati. Aku membetulkan posisi dudukku supaya dapat berhadapan dengannya.

“Issac Iskandar..kenapa awak buat saya macam ni? Awak tahu kan separuh mati saya cintakan awak? Saya korbankan masa muda saya untuk hidup dengan awak. Kalau saya buat salah, please let me know. Kenapa awak buat saya macam ni?” 

Sumpah aku sudah cuba menahan sebak, namun tersedu-sedu juga akhirnya aku saat ini. Soalan yang selama dua tahun menghantui siang dan malamku dapat juga kutanya padanya malam ini.

“Cinta?” Soalan sinis Iskandar benar-benar menghiris hatiku. 

Tajam anak matanya menikam wajahku. Riak benci terpampang jelas di wajah tegangnya. Hatiku berdarah lagi saat ini.

“You must be kidding me, girl! Aku tak perlulah cinta pura-pura kau tu!” Tersentak aku untuk sekian kalinya apabila kedua-dua belah tangannya menghentak kasar stereng kereta.

“Demi Allah, abang..Lisa..”

Pantas dia membentak sebaik sahaja aku bersuara.

“Look, you just have to wipe your mouth. There is a tiny bit of bullshit around your lips! Aku bukan lelaki bodoh macam dulu untuk percayakan kau lagi.”

Adilkah begini? Adilkah aku dibenci seteruk ini tanpa aku tahu sebabnya?

“Abang..demi Allah Lisa tak tahu apa salah Lisa..fine, kalau Lisa salah, Lisa mohon ampun dari abang. Lisa sanggup ubah segala-galanya demi abang. Lisa janji Lisa akan..”

Tangan kanan diangkat tanda menyuruh aku diam.

Tidak ada kata yang keluar dari bibirnya.  Rayuanku nampaknya tak membawa apa-apa makna bagi lelaki ini. Hanya senyuman sinis sahaja yang diberikan kepadaku. Hati yang dah hancur semakin lumat 
keadaannya.

Aku hanya mampu merenungnya dengan 
linangan air mata yang semakin laju. Aku lihat dia menarik nafas dalam-dalam sebelum bersandar pada kerusi pemandu.

 Zip pada jaketnya dibuka dan dia memejamkan mata untuk seketika. 

Gayanya seperti sangat letih dengan semua ini. Sebelah tangannya memicit dahi. Kemudian, dia kembali menoleh ke arahku.

“You know what Malissa? Kau adalah cinta pertama aku. You were my first love. Tapi, akhirnya kau membuktikan yang semua perempuan tu sama je. Tidak jauh bezanya pun antara kau dan Emilia. Aku yang bodoh kerana percayakan kau.”
Ada air jernih bergenangan sedikit di dalam anak matanya. 

Pantas sebelah tanganku menekup bibir.  Sanggup dia samakan aku dengan arwah Emilia?

“Sampai hati awak cakap macam tu..” Hanya itu sahaja yang mampu keluar dari bibir. Terhinggut-hinggut bahuku menahan tangis.

“Time’s up. Tak payah berlakon lagi. Don’t talk when your mouth is full of lies..you look ugly.” 

Tidak menengking, tidak membentak tetapi dengan penuh kebencian dia membisikkan kata-kata itu di telingaku. Sakit rasa hati yang sudah compang – camping keadaannya. 

Apa maksudnya apabila menyamakan aku dengan arwah Emilia, menantu pilihan mamanya tu? Adakah dia menuduh aku curang? 

Allahuakhbar..apa yang merasuk lelaki ini? 

Atau, itu hanya tuduhan palsu untuk menutup salahnya. 
Entah-entah aku ditinggalkan kerana hatinya sudah terpaut pada Rania. 
Pantas kedua-dua belah tangan mengesat air mata di wajah. 

Bersama rasa amarah yang sudah membara di segenap ruang hati, aku mencerlung tajam ke arahnya.

“Look here Iskandar..saya betul-betul tak faham apa yang awak cakap ni. Entah-entah awak yang berlakon sebab nak tutup salah awak.” Sinis ayat yang keluar dari bibirku membuatkan wajah lelaki ini bertukar riak. Bertambah tegang jadinya. Nada suaraku mula meninggi.

“Dua tahun Iskandar..dua tahun saya siapkan diri untuk hari ini. Hari di mana saya akan tahu tentang sebab awak tinggalkan saya.”

 “ Saya tak kisah kalau awak nak buang saya. Tapi tak perlu tuduh saya macam-macam.” 

Bersama hati yang sangat sakit aku melontarkan ayat itu kepadanya. Dia kelihat mengetap bibir untuk seketika. Tegang rahangnya saat ini seperti sedang menahan kemarahan yang teramat sangat. Bukan awak sahaja yang ada perasan, Issac Iskandar.

“It’s okay..don’t worry about my feelings. I’m already broken inside. Hati saya dah hancur lumat kerana biarkan diri saya hanyut dalam cinta awak. Saya dah hancur lumatkan hati saya sebab cintakan awak.” Bergetar teruk suaraku menahan sebak.

“Just be honest. Awak dah ada orang lain kan? Awak tinggalkan saya sebab Rania?” Soalku bertalu-talu. Terkeluar sudah nama Rania dari bibir. Tersedu sedu aku saat ini. Berhinggut bahu menahan tangisan.

“Shut up! Kau ingat aku macam kau?"Bentaknya. Kemudian, bersama senyuman sinis dia menggelengkan kepala. Ibu jari dipetik kuat.

"I thought so..it was you! Perempuan yang tumpahkan air kopi kat baju aku tu memang kau. I knew it..!" Tengkingnya.Ibu jari dipetik kuat.

Iskandar memandang ke arahku dengan pandangan tak percaya.
 Mungkin dia tidak sangka aku akan mengaitkan Rania dalam pertelingkahan ini.

 “Tak perlu nak bazirkan air mata kau tu sebab aku.” Bidasnya lagi.

“Awak..kalau betul awak dah benci sangat dengan saya, kenapa awak masih masukkan duit untuk saya setiap bulan?” Soalku di dalam esakan yang semakin berkurangan.

“Tu bayaran kau untuk susu yang Irdina minum selama 2 tahun.”

Serendah itu dia pandang aku?Sehina itu?

“Astaghfirullahalazim..saya tak pernah minta bayaran pun. Saya halalkan segala-galanya. Saya sayang Dina seperti nyawa saya sendiri.” Rintihanku tidak membawa apa-apa makna untuknya.

“Kau memang pandai berpura-pura kan? Bijak atur kata-kata untuk menutup kecurangan kau.”
 Aku hanya mampu menggenggam kedua-dua belah tangan saat ini. 

Sampai hati dia tuduh aku curang. 

“Dasar perempuan takde maruah.”

Tak dapat ditahan, tinggi tangan kuangkat untuk menampar pipinya namun dia dapat menggenggam lenganku.

“Lepaskan saya!” Bentakku kasar. Untuk apa lagi aku bertahan kalau begini?

“Kalau dah sampai begini bencinya awak pada saya, ceraikan saya..” 

Akhirnya terkeluar juga ayat itu dari bibir. Iskandar nampaknya sangat tersentak dengan permintaanku itu. Semakin tajam mata helangnya mencerlung ke mari. 

Lenganku yang berada di dalam genggamannya kutarik dengan sehabis daya. 
Terlepas juga akhirnya.

“Untuk apa? Supaya senang kau nak kahwin dengan lelaki tu? In your dream, Malissa. In your dream.” 
Bidasnya dengan nada yang penuh benci. 

Pandangan kosong dihalakan ke arah hadapan sana untuk seketika sebelum menoleh kembali ke arahku.

“Aku nak kau rasa macam mana sakitnya aku ni. Aku takkan sekali-kali ceraikan kau.” 
Kepala digelengkannya sedikit. Benarlah kata ibu selama ini..dia hanya mahu menyiksa aku. 

Betapa bodohnya aku selama ini. Aku fikir dia masih cintakan aku sebab itu aku tak diceraikannya. Bodohnya kerana aku membuat kesimpulan begitu. Nafas aku tarik dalam-dalam saat ini.  

“Baik. Kalau awak tak nak lepaskan saya, saya akan tuntut fasakh.” Sebaik sahaja berkata begitu aku membuka pintu kereta.

“Good luck.” Ujarnya dengan sangat sinis.

***
Teaser Bab 5

“Apa pandang-pandang? Tengah cari idea nak tuduh saya yang bukan-bukan lagi ke?” Soalku dengan kasar. Tapi tidaklah sampai menengking. 

Cuma ton suara sahaja meninggi. Tak guna dah bercakap lemah-lembut dengan lelaki ini.

“Malissa..” Bibir yang sedikit merah itu menyebut  namaku membuatkan aku tertunggu-tunggu kata-kata seterusnya yang akan keluar nanti.

Anak matanya merenung dalam-dalam wajahku saat ini. Ada rasa yang tak sepatutnya  mengisi ruangan hati. Sehabis daya aku cuba untuk menepisnya. Memang dari dulu matanya tu berhantu. Pantas aku alihkan pandangan ke arah lain.

“Work for me. I’ll pay you.”
Tergamam aku jadinya.

 Shawl yang melilit kepala kubetulkan sedikit. Aku salah dengar ke? Bukankah dia bencikan aku? Bukankah dia beri amaran supaya aku cepat-cepat pulang ke Malaysia? Bukankan dia tak suka aku rapat dengan Dina?

Mata kukecilkan saat ini. Apa pula rancangannya? Badan kusandarkan pada dinding saat ini sambil cuba mentafsir riak risau yang terpampang jelas pada wajah tampannya. Nafas berat kuhela sebelum bersuara.

“Saya tak tahu apa rancangan awak, Dato’ Issac Iskandar but..”  Belum sempat aku habiskan ayat, dia sudah memotong.

“For the sake of Dina, work for me. I’ve talked to Fatin..you will be replacing her for a few weeks. Ganti tempat Fatin. Jadi babysitter Dina. At least pemergian kau tak lah mengejut sangat. Aku cuma nak Dina sihat seperti sedia kala.” Panjang lebar dia bersuara saat ini.

 Tidak tahu aku nak kategorikan kata-katanya itu sebagai arahan atau permintaan.  

“I will be replacing Fatin? Wow..siapa awak untuk berikan arahan kepada saya? Tolong sikit ya. Saya bukan orang bawahan awak yang boleh awak arahkan itu ini.”

 Dengan sangat sinis aku bersuara. Mentang-mentang kau ada title boleh pulak suruh-suruh aku begitu. Boleh jalanlah!


**
Terima kasih semua kerana sudi membaca karya terbaru Suri ni. Segala komen boleh diberikan di facebook group Bila Suri Ryana Menaip :) Thanks kepada semua yang like and share di Facebook :) Thank you. 
**
Maaf kalau ada kesalahan. Ini adalah versi belum edit :)

**
Nanti Suri sambung lagi kayy :)