Bab 7 A
Lincah tangan membasuh pinggan di dalam sink.
Lepas makan tadi, seronok betul aku melayan Dina. Habis ditunjukkan kepada aku buku-buku
sekolahnya sampai ke jadual waktu sekali. Petah betul mulutnya tu bercerita tentang
rakan-rakan di sekolah yang terdiri daripada pelbagai bangsa.
Rupanya Dina belajar
di Brussels English Primary School atau singkatannya, BEPS International
School. Di sekolah ini, pra-sekolah
bermula dari umur 2 tahun setengah sehingga 5 tahun. Lepas aje tadika dia akan
sambung belajar di situ juga. Di situ segala-galanya diajar dalam Bahasa
Inggeris. Kelas Bahasa Perancis hanya 4 kali seminggu. Tak hairanlah kalau Dina
memang fasih amat berbahasa Inggeris.
Lepas
seronok bercerita itu dan ini, dia tertidur. Memang dah biasa tidur siang
sekejap agaknya.
Baru aku tahu yang di Belgium ini, waktu
persekolahan di kebanyakan sekolah adalah dari pukul 9 pagi hingga 3:30 petang!
Lama betul. Hanya hari Rabu sahaja sampai pukul 12 tengahari. Sabtu dan ahad,
cuti. Untuk pelajar-pelajar pra-sekolah iaitu yang berumur 3 hingga 5 tahun,
mereka mempunyai waktu untuk tidur selepas makan tengahari. Hm..berbeza juga ya
dengan sistem di Malaysia.
Bergema bunyi dari telefon bimbitku
menandakan ada mesej whatsapp yang baru masuk. Pantas aku membasuh tangan dan
cepat-cepat telefon bimbit kukeluarkan dari dalam poket seluar. Mesti ibu!
Maklumlah hari-hari aku akan mengirim berita dari sini supaya dia tidak risau.
Zaman sekarang, jangankan ibu, Tok Wan
aku kat kampung pun dah pandai berwhatsapp.
Bersama senyuman aku mula melarikan
jari pada skrin telefon bimbit. Badan pula kusandarkan pada tembok sink.
"Bonjour, Malissa. Saya sudah dapatkan
nombor telefon Issac Iskandar - +32 9 821 73 08
Anything, just let me know. -Faliq-"
Faliq Peeter. Terbayang wajah lelaki kacukan
itu di fikiranku. Nafas kutarik dalam-dalam. Baik betul dia ni tapi asyik
bonjour..bonjour je..bagilah salam lain kali. Pantas tanganku membalas mesejnya
itu.
"Assalamualaikum. Thank you so much.
Saya dah jumpa dia. (Jawapan kepada Assalamualaikum adalah waalaikumussalam :)
)"
Itulah yang aku balas. Baru sahaja ingin
memasukkan semula telefon bimbit ke dalam poket kembali, telefonku berbunyi
lagi.
"Waalaikumussalam. Saya tahu Waalaikumussalam tu jawapan kepada Assalamualaikum."
Tak dapat ditahan aku terus tersenyum
panjang. Kepala kugeleng sedikit saat ini. Kalau tahu kenapa tak pernah beri
salam? Asyik bonjour..bonjour! Tapi kan, si Faliq ni memang nampak agak kebaratan
sedikit. Teringat aku ketika dia menghulurkan tangan untuk bersalaman denganku
tempoh hari.
"Nak buat kerja ke nak main
handphone?"
Ya Allah dia ni..terkejut aku jadinya! Nasib
baik tak terbaling telefon aku ke dalam sink. Mukaku yang manis kini bertukar
masam-semasamnya. Sibuk betullah dia ni. Aku mula menjeling tajam ke arah
lelaki yang tiba-tiba saja muncul tu. Di tangan kanannya ada sebiji epal merah dan dia
kini sedang bersandar pada meja pulau. Pantas aku memasukkan telefon bimbit ke
dalam poket.
"Dina tengah tidur, saya pun dah habis
basuh pinggan. Suka hati sayalah nak buat apa. Nak main handphone ke nak baling
handphone ke. That's my business."
Selamba sahaja aku berkata begitu sambil mencapai
pinggan-pinggan yang sudah pun kering. Langkah kaki kuatur menuju ke arah
kabinet. Lincah tangan memasukkan pinggan-pinggan di tangan ke dalam kabinet.
"Siapa lelaki tu?"
Soalnya setelah aku menutup pintu kabinet dinding
ini. Main tembak aje! Tersentak aku seketika. Kalau aku beritahu yang Faliq menghantar mesej
kepadaku, mesti dia akan salah anggap.
"Dah tak sabar agaknya nak suruh kau
balik Malaysia." Bidasnya. Bulat mataku merenung ke arahnya.Sebelah tangan
sudah mula bercekak pinggang.
"Lelaki mana yang awak maksudkan ni?"
Soalku dengan sangat lemah. Letih dituduh benda yang aku tak buat.
"Lelaki yang kau kejar-kejar sangat dari
dulu."
Tegang wajahnya merenung ke mari. Anak
matanya kutenung dalam-dalam. Memohon secebis pengertian saat ini.
"Mana ada. Demi Allah, saya memang tak buat semua tu. Sepanjang saya
jadi isteri awak, saya tak pernah curang. Kalau awak tak percaya,
terserah." Ujarku dengan bersungguh-sungguh.
Siapa agaknya yang menghasut dia sehinggakan
begini keras hatinya untuk percaya kata-kataku? Apakah bukti yang dia ada
sehingga sesuka hati menuduh aku begitu? Untuk seketika, mata helangnya tidak
lagi tajam menghunus ke mari.
Semakin membundar keadaannya. Aku dapat lihat
riak wajahnya yang tegang itu sudah mulai kendur.
"Iskandar, saya dah takde daya nak buat
awak percayakan saya. Saya dah terlalu letih dengan semua ni."
Perlahan ayat itu aku tutur bersama sebak
yang sudah mula singgah di dalam dada. Tidak mahu terus hanyut dengan emosi,
aku mula melangkah meninggalkan lelaki itu saat ini.
"Esok,
ikut aku ke sekolah Dina."
Kata-kata itu walaupun sedikit kasar ton yang
dilemparkan mampu membuatkan kakiku berhenti dari melangkah. Sweater di badan kubetulkan dan aku menoleh ke
belakang.
"Aku
akan hantar Dina setiap pagi. Kau ambil dia masa pulang. So please be here by 8
am tomorrow."
Tegas suara itu memberikan arahan.
Tiba-tiba
teringat tentang syarat-syarat yang ingin kuberikan kepadanya. Oh..jangan ingat
cakap kau sahaja yang aku harus dengar ye.
"Issac
Iskandar! Saya ada benda nak cakap." Ujarku apabila melihat dia sudah mula
melangkah meninggalkan ruangan ini.
Ha..toleh pun! Baru sahaja aku nak
bersuara, dia sudah bersuara lagi.
"Don't
be late! School starts at 9." Tegasnya lagi tanpa menghiraukan panggilanku
langsung. Menonong aje dia pergi.Hampeh betul!
Geramnya
aku! Pantas aku mengejar langkahnya. Setelah berada di hadapannya, cepat-cepat
aku menghadangkan tangan, supaya dia berhenti melangkah. Muka kudongakkan ke
atas mencari wajahnya. Tajam anak matanya merenungku saat ini. Tak puas hati aku sekat
jalannya lah tu!
"Sekarang ni turn saya pula
bercakap." Ujarku dengan sedikit kasar.
Aku lihat dia memeluk tubuh saat
ini. Sebelah keningnya terangkat.
"Aku sibuk." Ujarnya sepatah.
Semakin lebar tangan kuhadangkan. Kurang asam betul!Bibir
kuketap geram saat ini.
"Dah sedia nak dengar syarat-syarat
saya?" Soalku dengan sangat serius. Pantas dia mengecilkan anak mata.
"Syarat?" Soalnya bersama riak
tidak puas hati. Berkerut sedikit dahinya tu.
"Pertama, saya tak akan tidur
sini."
Dengar sahaja kata-kata aku, otomatik dia tergelak
kecil. Walaupun kedengaran sinis mampu juga buat aku terpaku. Sememangnya
wajahnya ketika ketawa begini nampak sangat kacak.
"Macamlah aku nak sangat kau tidur sini." Bidasnya sambil menyambung tawa.
Aku mengambil nafas dalam-dalam. Anak mata kularikan ke arah lain sebelum
memandang ke arahnya semula. Dua jari kulayangkan ke arahnya saat ini.
"Syarat yang kedua, saya bukan orang gaji ye dalam rumah ni. Jadi, saya hanya akan uruskan Dina sahaja. Syarat ketiga, awak perlu beli flight ticket bila saya nak balik Malaysia nanti."
Petah mulutku berkata-kata.
Lelaki ini hanya merenung sahaja ke mari. Anak matanya tu berlari ke serata
wajahku membuatkan aku sudah mula rasa semacam. Haih, susah macam ni.
"Yang keempat.."
Perlahan aku bersuara. Anak mata sudah mula
kularikan ke arah lain. Isk, patut aku tulis surat aje.
"Time's up!"
Ujarnya dengan selamba
dan melangkah pergi.
Pantas
aku berlari ke arahnya. Sekali lagi aku menghadang tanganku supaya dia berhenti
melangkah. Aku lihat lelaki ini menggelengkan kepalanya sedikit.
"Hei! Saya belum habis lagi lah!"
Ya Allah geramnya akuuuu!
"Listen
here, syarat yang keempat, sebolehnya kita janganlah bertekak depan Iva Irdina."
Ujarku dalam nada suara yang lembut dan separuh memujuk.
Aku
memang tak mahu kaitkan Dina dalam masalah kami. Anak mata Iskandar yang
tadinya kulihat bebas menjelajah daerah wajah kini merenung ke arahku dengan
serius.
"Saya
tahu awak benci tengok muka saya. Awak memang dah buang saya jauh-jauh..awak
dah campak saya dari hidup awak..di mata awak saya memang sangat teruk, kan
sekarang?"
"Tapi
tolong..di hadapan Dina, please butakan mata awak. Anggaplah saya takde. Kalau
awak nak sindir atau nak marah saya sekalipun..please, don't do that in front
of her."
Panjang
lebar aku bersuara. Bukan tak kuat..tapi tak dapat ditahan sebak itu muncul
jua. Air mata yang bergenangan membuatkan aku terus meninggalkan lelaki ini.
"Maira
Malissa.. "
Panggilannya
di belakang sana mampu membuatkan langkahku terhenti. Tapi tidak pula aku
menoleh.
"I'm
sorry if I hurt you but you left me with no choice. Kau yang mulakan dulu..." Sayu
suaranya bergema di rungan ini.
Di
dalam keadaan membelakanginya, air mata yang kutahan-tahan mengalir jua. Tidak
aku menyeka kerana aku tak mahu dia tahu aku menangis lagi.
Langkah
kaki kuhalakan laju menuju ke bilik Dina bersama luka yang berdarah kembali. It's
true you hurt me..but not as much as I'm hurting myself by still loving you. Hati saya hancur kerana masih
cintakan awak, Iskandar.
***
BAB
8
Kalau
cuka tu masam, muka aku ni lagi masam dari tu. Sengaja nak kenakan aku ke apa?
Pukul 8 pagi sharp aku sampai tadi tapi dia masih belum siap lagi! Siap taking
his own sweet time breakfast bagai dekat balkoni sejuk-sejuk macam ni tadi.
Nasib baik Dina ada ..kalau tak, memang haruslah aku membebel. Dahiku
berkerut sedikit saat ini. Sengaja nak kenakan aku lah tu! Buku lima kuangkat
dan aku menumbuk-bumbuk angin saat ini. Anak mata pula kufokuskan pada bahagian
badannya yang berada beberapa langkah di hadapan sana. Eiii geram betullah!
Aku
hanya mengekori sahaja langkah mereka berdua di dalam kesejukan angin pagi.
Kata Dina, sekolah tu dekat sangat dengan apartment Iskandar . Patutlah jalan
kaki aje ni. senyuman tiba-tiba muncul di bibir apabila Dina yang sedang
berjalan berpegangan tangan dengan Iskandar menoleh ke arahku.
"Mama..come
here!" Panggilnya.
Aduh..ni yang aku lemah ni sebab Iskandar ada
sama di situ. Mahu tak mahu aku melangkah juga ke arahnya. Tangan kiri digoyangkan
ke arahku supaya aku memegang tangannya. Kalau orang tak tahu, mesti dorang
ingat kamilah keluarga paling bahagia saat ini. Jalan sebaris berpegangan
tangan. Tak mengapalah, janji Dina gembira.
"One
happy family." Dina bersuara dengan sangat riang. Terkedu. Kata-kata Dina
mampu membuatkan aku dan Iskandar berpandangan untuk seketika.
"Mama..Stella
cakap Dina takde mama. Zaynab pun cakap macam tu. Walaupun Dina dah tunjuk
gambar mama tetapi dorang tetap tak nak percaya. Dina tak sabar nak kenalkan
mama dekat dorang."
Ya
Allah, tahu tak betapa retaknya hati aku saat ini? Iskandar juga nampak
tersentak. Berapa lama Dina menahan perasan setiap kali berdepan dengan
kata-kata rakan-rakannya? Allahu..aku menghentikan langkah. Iskandar juga turut
sama melakukan sedemikian.
Pantas
aku bertinggung supaya dapat melihat wajah Dina dengan jelas. Rambutnya kuelus
lembut.
"Sekejap
lagi, kenalkan mama dengan Stella dan Zaynab ya? Tunjukkan mama pada semua
kawan-kawan Dina. Mama nak beritahu mereka yang mama selama ni bekerja di
Malaysia..sekarang baru mama dapat pindah ke sini untuk bersama Dina."
Ujarku menahan sebak.
"Nanti
Dina kenalkan." Ujar Dina dengan mata yang bersinar.
Terlalu gembira
wajahnya saat ini.
Sebaik
sahaja berkata begitu, aku bangun berdiri dan kami bertiga melangkah ke arah
kawasan sekolah yang kelihatan seperti sebuah mansion yang sangat besar dan
cantik.
Dah pukul 8: 45. Patutlah kawasan sekolah ini penuh dengan pelajar-pelajar. Oh ya, mereka di sini tidak perlu memakai pakaian seragam. Tanganku pantas dilepaskan oleh Dina saat ini. Dia kemudiannya berlari ke arah sekumpulan pelajar-pelajar yang comel kesemuanya. Ada pelbagai bangsa di situ.
Brussels English Primary School [BEPS] |
Dah pukul 8: 45. Patutlah kawasan sekolah ini penuh dengan pelajar-pelajar. Oh ya, mereka di sini tidak perlu memakai pakaian seragam. Tanganku pantas dilepaskan oleh Dina saat ini. Dia kemudiannya berlari ke arah sekumpulan pelajar-pelajar yang comel kesemuanya. Ada pelbagai bangsa di situ.
Dari
sini tergelak kecil aku jadinya apabila nampak gelagat Dina yang sedang
bercerita tentang aku. Tahu sangat tambah-tambah apabila jari telunjuknya tu
menuding ke mari. Kemudian, dia berlari ke mari bersama salah seorang rakannya
yang berambut perang. Iskandar pula aku lihat sudah berbual bersama seorang
lelaki di hadapan sana. Bapa salah seorang kanak-kanak sekolah ni agaknya.
"Mama..this
is Stella." Ujar Dina dengan sangat riang apabila merapatiku.
"Hi
Stella..how are you?" Soalku sambil tersenyum manis.
"I'm
fine, thank you. I saw your picture before." Kata Stella. Belum sempat aku
memberikan reaksi, suara seseorang bergema di kawasan ini.
"Stella.."
Aku
juga turut sama menoleh. Bukan aku yang terkejut, lelaki ini juga turut sama
terdiam.
"Malissa?"
Soalnya dengan nada tidak percaya. Aku hanya tersenyum sahaja.
"Hi
Faliq." Time-time ini la pulak nak terjumpa Faliq.
Mesti bertambah-tambah lagilah tuduhan lelaki
itu kepadaku. Baru sahaja hendak meminta diri, Dina bersuara.
"Mama,
ni abang Stella."
Aku hanya menganggukkan kepala sahaja.
"Mama?"
Soal Faliq yang lengkap dengan jaket biru gelap di badan dengan aneh. Pantas
aku menganggukkan kepala.
"Yes,
she is my daughter."
Ujarku sambil tersenyum. Faliq nampak sedikit blur.
Rambutnya yang distailkan ala-ala messy tu diraupnya ke belakang.
Apabila
mendengar suara orang berdehem, aku dan Faliq sama-sama menoleh ke kiri.
Iskandar dengan wajah yang boleh tahan tegangnya sedang merenung ke arah kami.
"This
is Stella's brother.."
Lekas-lekas
aku memperkenalkan lelaki ini kepada Iskandar sebelum lebih banyak prasangka
muncul dalam otaknya. Bersama senyuman manis, Faliq mengulurkan tangannya untuk
berjabat dengan Iskandar.
"Faliq
Peeters."
Iskandar
kulihat senyum segaris sambil menyambut huluran tangan Faliq.
"Issac
Iskandar."
Mereka
bertentangan mata untuk seketika. Kenapa aku lihat wajah Faliq seperti menahan
kesakitan pulak tu. Pantas dia menarik tangannya dari genggaman Iskandar.
Sempat lagi aku mengetap bibir ke arah lelaki di sebelahku ini. Boleh pulak
buat samseng di kawasan sekolah!
"Faliq!
We have to go." Lekas-lekas aku bersuara. Faliq pula hanya menganggukkan
kepalanya saat ini.
"See
you around, Malissa." Ujarnya.
Tergamam
aku jadinya apabila tanganku diraih Iskandar ke dalam genggamannya. Bermula
dari saat ini, debaran mula singgah di dalam dada. Bagai terkena renjatan
elektrik tergamam aku jadinya.
"See
you around, Faliq Peeters." Ucap Iskandar sebelum kami melangkah menjauhi
lelaki itu.
Semakin
erat gengaman tangannya saat ini.
Pantas
aku mendongakkan kepala. Tenang sahaja wajahnya seperti tidak melakukan
apa-apa. Kami sama-sama berjalan keluar dari kawasan sekolah. Sepanjang
berjalan, beberapa kali aku cuba menarik tanganku dari genggaman lelaki yang
segak dengan trench coat berwarna champaigne
ini tetapi tidak berjaya.
"Lepaslah!"
Luahku dengan geram.
Iskandar serta-merta melepaskan tanganku saat ini.
"Listen
here, Malissa. Please behave yourself. Kalau kau tak kisahkan status kau yang
masih bergelar isteri aku tu, tolong kisahkan status kau sebagai mama kepada
Dina."
"Apa
je pun yang saya buat sampai awak nak sound-sound saya begini? Oh..kalau awak
bersembang-sembang dengan perempuan lain tak pe pulak?? Tak payah jaga status
sebagai papa Dina?"
Tanpa memberikannya ruang untuk buka mulut aku bersuara lagi.
"Awak
dah campak saya kan sebelum ni? Salah ke kalau orang lain nak kutip?"
Konfiden
benar aku bertanyakannya soalan itu demi untuk membuat dia sakit hati. Ingat
aku tak laku sangat ke?
Entah dari mana keberanian dan idea tu datang, tidak
pula kutahu. Padahal aku memang tak ada apa-apa dengan Faliq. Sekelumit
perasaan pun takde. Tergamam aku lihat wajah tegangnya tu saat ini. Laju kakiku
melangkah meninggalkannya di belakang sana.
Cemburukah dia tadi? Ah, tak
mungkinlah Malissa..dia kan bencikan kau. Jangan nak berangan sangatlah.
***
Aku
mula memicit kepala yang semakin rungsing. Nampaknya donut-donut coklat yang
aku beli ni tak dapat nak pujuk Dina. Piring donut kuletakkan kembali di atas
meja. Dina yang sedang duduk di atas karpet sambil memautkan lututnya dengan
tangan itu kuhampiri saat ini. Gaya duduk pun emo habis. Nak ketawa pun ada aku
ni.
Aduh..tak
tahu macam mana dah aku nak pujuk dia ni. Hari-hari macam ni lah keadaannya. Apabila tiba
waktu untuk aku pulang ke apartment Zati, beginilah situasinya. Mulalah buat
drama air mata. Wajahnya yang muncung aje tu aku pandang. Rambutnya kuelus
lembut. Ni okay lagi, setakat merajuk. Semalam sampai menangis-nangis. Merah habis satu
muka. Dina..Dina.
"Dina
sayang mama tak?" Soalanku berjaya membuatkan dia menoleh ke mari. Tidak
lagi wajahnya itu disembamkan ke lutut.
"Sayang.
Tapi mama janganlah balik..please.." Rayunya. Aku terus menariknya dalam
pelukanku.
"Dina
janganla macam ni. Mama janji..esok mama datang lagi."
Pujukku
dengan bersungguh-sungguh. Dina terus menggelengkan kepalanya.
"Tak
nak! Dina nak mama tinggal sini. Macam mama Stella dan Zaynab. Papa dengan mama
dorang tak tinggal rumah lain-lain.." Rengekan Dina mampu membuatkan aku
terdiam.
"Dina.."
Suara tegas Iskandar sudah mula bergema di ruangan ini. Pantas aku menoleh ke
arah lelaki yang sedang bersandar di muka pintu itu.
"Papa..boleh
tak mama tidur sini? Please papa.." Rayu Dina kepada papanya pula.
Iskandar merenung ke arahku untuk seketika.
Aku tak tahu apa reaksi yang harus aku berikan. Pantas aku melarikan anak mata
ke arah lain.
"Esok
mama datang lagi. I'll be here with you, honey.." Pujuk Iskandar.
Dina
hanya mampu menganggukkan kepalanya dengan
lemah sahaja. Air jernih berlinangan di pipinya. Pantas aku seka dengan jari.
Pipinya kucium lembut saat ini.
Takut benar dia dengan papa ya. Sekali cakap
aje, dah faham. Kalau dengan mama, siap menangis-nangis merajuk.
Aku
mengemaskan lagi pelukanku pada tubuh Dina. Betapa aku kasihankan dia saat ini.
Dina, mama minta maaf. Maafkan mama kalau kehidupan Dina tak macam kawan-kawan
Dina yang ada keluarga yang sempurna.
"Dina..mama
janji, esok awal-awal mama datang." Bisikku.
Kemudian, aku mengeluarkan
kotak baldu berwarna merah dari poket jaket yang besar ini. Dah macam poket doraemon.
Iskandar
masih di muka pintu merenung ke arah kami.
"Ingat
tak mama janji nak kasi Dina hadiah?" Soalanku berjaya membuatkan gadis
kecil ini menyeka habis tangisan di wajahnya.
Anak
matanya merenung sahaja ke arah kotak baldu berbentuk hati yang sedang aku buka
ini. Rantai emas berserta loket berbentuk hati aku keluarkan dan aku letakkan
di atas ribanya.
"This
is for you.."
Dina kulihat mencapai rantai itu bersama wajah yang sedikit ceria. Lega hati aku jadinya.
"Mama
pakaikan untuk Dina ya?" Soalku. Pantas dia menganggukkan kepala.
Selesai
aku memakaikan rantai kepadanya, gadis bijak ini terus bangun dan berlari ke
arah cermin besar di penjuru kiri bilik.
Tangannya
menyentuh loket berbentuk hati yang bergantungan pada rantai itu bersama wajah
yang sangat teruja.
"Cantiknya!"
Ceria bunyinya suara itu.
Nampaknya
awan mendung sudah berlalu dari wajahnya. Tapi aku tahu, esok petang dan
hari-hari yang mendatang pasti dia akan sedih lagi setiap kali aku ingin
pulang. Iskandar sudah tidak kelihatan di sini. Aku bangun dan melangkah ke arah Dina.
"Mama
pulang dulu ya? Esok mama janji, mama akan datang jumpa Dina lagi." Ujarku
kepadanya. Lambat-lambat dia menganggukkan kepalanya.
"Assalamualaikum.."
Ucapku.
"Waalaikumussalam."
Perlahan sahaja suara itu menjawab.
"Dina
tak nak hantar mama ke pintu?" Soalanku menerima gelengan darinya.
"Tak
nak. Nanti Dina sedih.."
Memang
jawapannya mampu membuatkan hati aku pilu. Betapa dia rindukan kasih sayang
seorang ibu selama ini. Pantas aku mencium dahinya.
"Esok
kita jumpa lagi sayang."
Sebaik sahaja berkata begitu dengan berat hati
aku meninggalkannya di dalam bilik. Tudung bawal berwarna kelabu di kepala kubetulkan dan
beg
yang tadinya kujinjing kini kusilangkan ke tubuh.
Aduh..rasa nak buang air
kecil la pulak! Pantas kakiku melangkah ke arah bilik air tetamu yang letaknya
di ruang tamu ini.
Baru sahaja hendak memulas tombol pintu, terkaku aku jadinya apabila Iskandar keluar dari ruangan itu dengan hanya berseluar track hitam sahaja mendedahkan kawasan atas badannya yang tegap. Tuala pula tersangkut di lehernya. Selamba sahaja gayanya.
Baru sahaja hendak memulas tombol pintu, terkaku aku jadinya apabila Iskandar keluar dari ruangan itu dengan hanya berseluar track hitam sahaja mendedahkan kawasan atas badannya yang tegap. Tuala pula tersangkut di lehernya. Selamba sahaja gayanya.
Ini bukan kali pertama aku melihatnya begini
tetapi kenapa aku tak selesa pula? Debaran semakin menjadi-jadi menyebabkan aku terasa rimas saat ini. Anak mata kularikan ke arah lain.
"Your
face is turning red. Am I that seductive?" Soalnya dengan sinis, siap senyum lagi. Susah nak tafsir riak wajahnya tu. Hampir hendak luruh jatungku saat ini.
"Pe..perasan!"
Pantas aku bersuara dan melangkah laju menuju
ke arah pintu utama.
Am
I that seductive??
Bengong betul dia tu! Kedua-dua belah tangan meraup wajah.
Merah sangat ke muka aku tadi? Erggh kurang
asam betullah! Kan dah tak jadi aku nak pinjam bilik air! Kalau tak tahan sangat nanti, terpaksalah aku
singgah mana-mana kafe untuk melepaskan hajat.
Dina,
ini salah satu sebab kenapa mama tak boleh tinggal sini. Tengok papa pakai
macam tu pun mama dah nak pengsan!
Bersambung xD
***
Assalamualaikum semua, thank you sudi baca :)Semua komen boleh diberikan di facebook group Bila Suri Ryana Menaip :)Thank you kepada yang sudi like dan share..jumpa nanti di bab 9! :)
Untuk membaca bab 1 klik di sini :
http://queenlpermaisuri.blogspot.kr/2017/01/je-taime-sweetheart-100-hari.html
Untuk membaca bab 2 klik di sini :
http://queenlpermaisuri.blogspot.kr/2017/01/je-taime-sweetheart-100-hari-2.html
Untuk membaca bab 3 & 4 klik di sini :
http://queenlpermaisuri.blogspot.kr/2017/01/je-taime-sweetheart-100-hari-bab-3-bab.html
Untuk membaca bab 5 dan bab 6 klik di sini :
http://queenlpermaisuri.blogspot.kr/2017/01/je-taime-sweetheart-100-hari-bab-5-bab-6.html
Untuk membaca bab 6 A & 7 klik di sini :
http://queenlpermaisuri.blogspot.kr/2017/01/je-taime-sweetheart-100-hari-bab-6-bab-7.html