BAB 13
Nafas
kutarik dalam-dalam dan aku mengesat sisa-sisa air mata di wajah. Di dalam
keheningan malam aku berdoa semahu-mahunya supaya Allah menguatkan hati aku. Benar,
semenjak terjumpa surat dan gambar-gambar itu, aku rasa jiwa aku punah teruk
seperti tidak ada daya lagi mahu hidup. Air mata ini terus mengalir seakan-akan
tidak ada tanda hendak berhenti. Di dalam tidur yang dua jam tu pun aku
menangis kerana termimpikan lelaki itu. Habis basah selimut tebal dan bantal
dengan tangisanku. Namun, setelah melakukan amalan yang Rasulullah SAW dan para
sahabat tidak pernah tinggalkan langsung semasa hayat mereka ini, aku berasa
sedikit lega. Jawapannya adalah tahajjud.
Mungkin
selama ini aku terlalu alpa maka Allah turunkan ujian ini kepadaku. Bukan
sebagai hukuman tetapi sebagai tanda kasih sayangnya yang tiada bandingan.
Kalau ibu yang melahirkan aku sayangkan aku seperti nyawanya sendiri, apatah
lagi Allah, Tuhan yang mencipta aku. Kasih sayang Tuhan berganda-ganda lebihnya
dari kasih sayang ibu atau sesiapa sahaja bergelar makhluk. Makhluk tidak ada
kuasa tetapi Allah itu maha kuasa.
Di
sepertiga malam, usai melakukan solat tahajjud, aku menangis semahu-mahunya
menadah tangan dan berdoa kepada Yang Maha Esa supaya jiwa aku kuat dan tabah
mengharungi dugaan yang rasanya tidak tertanggung lagi ini.
Aku
tidak mahu lagi menumpahkan air mata kerana lelaki itu. Aku mahu hidup seperti
sebelum berjumpa dengannya dulu. Biarlah aku hilang cinta manusia dari terus
tenggelam dalam arus kesedihan yang berterusan.
Aku
pernah terbaca di dalam sebuah buku tulisan Yasmin Mogahed yang aku pinjam dari
kawan sekelas dulu tentang ketidakgembiraan atau unhappiness. Katanya, jika ada satu resepi untuk lara,
jawapannya adalah pengharapan kepada manusia.
Air mata menitis lagi untuk kesekian kalinya.
Ayat itu terlalu pedih untuk aku hadam. Terasa seperti kata-kata itu melibas
tepat hatiku yang tenat keadaannya ini.
Dua
tahun berlalu dan aku masih berharap pada lelaki itu. Benar, mulut dan otak
selama ini menipu mengatakan yang aku tidak mengharapkan Issac Iskandar lagi
tetapi hakikatnya, hanya hati aku yang tahu
kebenarannya.
Iskandar,
saya lepaskan awak sekarang dengan rela hati. Di sepertiga malam ini, ruang
untuk awak akan saya tutup serapat-rapatnya. Awak pergilah jauh-jauh dari hidup
saya dan jangan lagi pandang saya di sini. Saya hanya mahu bergantung harap
dengan Allah SWT.
Ada
senyuman akhirnya muncul di bibir bersama hati yang sedikit lapang. Aku mahu
redha. Aku mahu terus redha..
Yasmin
Mogahed is right indeed, loss; is the returning of what never actually belonged
to us in the first place.
Semenjak
pulang ke rumah semalam, aku terus mengunci diri di dalam bilik sahaja. Keluar hanyalah
untuk ke tandas dan ke dapur untuk minum air. Makan? Aku takde selera langsung.
Aku tahu Zati sangat risau dengan keadaanku. Tapi, aku memang perlu
bersendirian saat ini. Terbayang kepingan-kepingan gambar perkahwinan kami di
dalam album yang aku tatap di bilik kerja Iskandar pagi semalam.
Semuanya
membawa juraian air mata yang bukan sedikit. Ice bag kualihkan dari kaki. Dua
hari berlalu sejak aku terjatuh di rumah Iskandar. Alhamdulillah semakin ringan
kaki ini kurasakan.
Ice bag di tangan kuletakkan dalam dulang di atas kerusi
yang berada bersebelahan dengan katil. Kemudian, anak mata kulemparkan pada
sampul putih yang terdampar di atas bantal di bahagian kiriku.
Di
dalamnya berisi segala fitnah yang sudah membuatkan hidupku lara menderita. Aku
betul-betul nekad mahu pergi dari hidup lelaki itu, Aku juga berhak untuk
bahagia. Aku mahu tuntut fasakh setelah tempoh menjaga Dina tamat. Aku nekad!
Bandage
yang terdampar di atas katil kucapai dan aku mula membalut kawasan buku lali
yang terseliuh. Ah, gaya macam pro padahal berpuluh kali jugalah aku pause
video kat youtube tu tempoh hari. Ada senyuman lucu beraja di bibir. Teringat
wajah Dina yang blur apabila aku mengatakan yang aku akan belajar cara membalut
kaki dari Youtube.
Sebuah keluhan berat terlepas jua dari bibir.Apa
agaknya reaksi Dina apabila Fatin menjemputnya semalam?
Sedihkah dia apabila
hari ini juga aku tidak berjumpanya? Aku suruh Fatin beritahu Dina yang kaki
aku terlalu sakit dan aku perlu berehat di rumah. Aku harap Dina terimalah
alasan itu. Bukan aku tak kasihankan Dina, tetapi kepala aku terlalu berserabut
saat ini. Lagipun, biarlah kaki aku betul-betul sembuh dulu. Aku tak mahu menyusahkan
sesiapa.
"Dina,
mama rindu Dina." Perlahan aku menuturkan kata itu dengan hati yang gundah.
***
Tok!
Tok! Tok!
Ketukan
pada pintu itu membuatkan tangan yang sedang membalut kaki terhenti untuk seketika.
"Masuklah.."
Aku bersuara dengan lemah. Kasihan Zati..pasti dia risaukan aku.
Beberapa
saat sahaja masa yang diambil untuk gadis berlesung pipit comel ini memunculkan
diri di sebalik pintu. Bulat mataku merenung ke arah dulang di tangan
Zati.
"Malissa..jom
makan. Aku dah masakkan nasi ayam tadi." Ujar gadis yang sedang melangkah dengan laju ke mari.
Sumpah
aku rasa terharu.Haa..lunch in bed! Mampu?
Zati terus duduk di birai katil
bersama dulang nasi ayam di atas ribanya. Tangan kembali lincah menyambung
sedikit lagi balutan di kaki. Ha! Siap pun.
"Zati..tak payahlah susah-susah nak bawak makanan ke sini pulak. Aku boleh
ke dapur kejap lagi." Aku bersuara dengan lemah. Terus gadis yang memakai sweater hijau ini buat
muka tak puas hati.
"Kejap
lagi? No no no!"
Mak
ai suara! Bagai guruh kuatnya tu. Jari telunjuknya digoyang-goyang ke arahku
saat ini. Terpempan aku seketika.
"Kejap lagi kau tu entah-entah minggu depan. Come on la Lisa..dari pulang
ke sini tengahari semalam, tidak ada satu butir makanan pun yang masuk ke perut
kau." Cawan berisi air dihulurkan kepadaku.
"Jangan nak buat aku risau!" Tegas kata-kata itu keluar berserta jelingan tajam.
Isk, Zati kalau membebel
memang boleh bikin bingit telinga ni. Pantas aku mencapai cawan yang berada di
tangannya. Aku hirup sedikit dan aku letakkan di atas meja pada sisi katil.
"Susah-susah orang masakkan nasi ayam yang sedap ni..dia buat perangai tak
nak makan pulak!" Bebelnya lagi. Aku terus mencubit pipinya.
"Eee..tak
habis-habis nak membebel! Thanks lah sebab risaukan aku." Kata-kataku ini
membawa senyuman di wajah Zati.
"Terharu
tak ada sepupu sweet gile macam aku?"
Kening kiri diangkatnya beberapa
kali dan sengihannya semakin melebar. Aku terus ketawa kecil. Perasan!
"Sweet lah sangat! Aku takde seleralah nak makan.." Ujarku sambil
membetulkan duduk.
Benar, hati aku semakin tenang dan lapang tetapi aku
betul-betul tak ada selera nak makan. Sebu terasa perut dengan masalah hidup
yang menyakitkan jiwa.
Dari
riak wajah Zati itu nyata dia sudah hilang sabar denganku.
"Ke kau nak aku suap?" Sebaik sahaja dia berkata begitu, pinggan nasi
ayam yang berada dalam dulang diangkat dan dia kemudian mendekatkan diri ke
arahku.
"Ala
bucuk bucuk..masam masam intan payung cikebum cikebum..buka mulut sikit."
Sudu berisi nasi ayam disuakan ke mulutku sambil ketawa besar.
Cikebum cikebum? Dia ingat aku Dina ape?!
"Isk!
Ape ni!"
Bibirku
mula mencebik geram. Mahu tak mahu, sudu berisi nasi kucapai dengan penuh
hati-hati dari tangannya.
"Aku
boleh makan sendiri la!"
Sudu
di tangan aku suapkan ke dalam mulut.
Hmm..not bad. Nyata Zati puas hati melihat aku menjamah
makanan yang dimasaknya. Mungkin kerana semenjak semalam tak makan, laju pula
aku menjamah nasi ayam yang dimasak Zati. Sepanjang aku makan, gadis itu tak
bersuara langsung. Tanpa sepatah kata, dia bangun dan keluar dari bilik. Aku
pula masih memfokuskan makanan pada nasi di dalam pinggan yang hanya tinggal
suku. Takde selera konon! Masuk je nasi ayam ni sesudu dalam mulut, terus bagai
orang kebulur aku makan. Tapi, masakan Zati memang sedap pun.
"Kau
tak makan?" Soalku apabila Zati kembali bersama hadiah yang berbalut
cantik di tangannya.
"Aku
dah makan tadi." Luahnya sambil tersenyum.
Tidak
aku bertanya tentang hadiah di tangannya itu. Mungkin hadiah hari jadi untuk
salah seorang crush dia kut!
Dia
kemudiannya melabuhkan punggung kembali di sisiku. Pinggan yang sudah licin di
tangan kuletakkan dalam dulang di atas meja. Cawan berisi air suam kucapai dan
aku menghirupnya sedikit.
"Apa
yang sebenarnya dah terjadi, Lisa?" Akhirnya Zati bersuara.
Demi Allah
lidah aku terus kelu saat ini. Bukan aku tidak mahu bercerita tetapi tidak tahu
bagaimana hendak memulakannya.
"Kalau
kau diam je..macam mana aku nak tolong kau?" Akhirnya Zati mengeluh berat.
Posisi duduknya dibetulkan supaya rapat sikit dengan aku. Aku terus meraupkan
wajah dengan kedua-dua belah tangan untuk seketika.
"Takde siapa yang boleh tolong aku Zati. Hanya aku yang boleh tolong diri
sendiri." Luahku lemah.
"Okay
fine!" Kedua-dua belah bahunya dijungkitkan ke atas. Kemudian dia bersuara
lagi.
"Aku
tak boleh tolong kau tapi kau kongsilah cerita dengan aku. Mana tahu setelah
kau lepaskan semuanya kau akan lega." Zati masih cuba untuk mencari sebab
musabab aku sedih sampai seteruk ini.
Lambat-lambat aku mencapai sampul putih
yang terdampar di atas bantal dengan hati yang gulana. Masih teragak-agak untuk
menyerahkan sampul itu kepada Zati.
"Contohnya
kan..macam kau sakit perut sangat-sangat..ha..bila kau lepaskan semuanya..legaaa
je rasa." Kata-kata Zati yang ini membuatkan aku ketawa kecil.
"Isk! Kau ni tak senonoh betullah!" Aku menampar bahunya. Bengong
betul si Zati ni..boleh pula dia pejamkan mata bila sebut perkataan lega tu!
"Boleh
pun ketawa. Ingatkan urat kau dah putus tadi..masam je muka tu." Bidas
Zati sambil mencebikkan bibir. Kurang asam betul sepupu aku sorang ni. Dengan
lemah aku meletakkan sampul di tangan di atas riba Zati.
"Apa
ni?"
Soalnya
pelik. Berkerut dahi budak ni.
Aku tidak menjawab soalannya.
Hanya melihat
gelagat Zati yang sedang mengeluarkan isinya dari sampul itu sahaja. Kepingan
gambar-gambar itu kini berada di tangannya. Terlopong luas mulut gadis ini.
Pantas sebelah
tangannya menekup mulut.
"Malissa.."
Akhirnya
terlepas juga kata-kata dari bibirnya. Namun itu sahaja yang mampu dikatakan.
Pandangannya jatuh lagi pada 5 keping gambar di tangan. Nampak sangat serabut
keadaannya meneliti gambar-gambar itu silih berganti.
"Siapa
ni?" Ada juga soalan yang keluar dari mulutnya.
"Abang Hilman. Dia ni pemilik syarikat tekstil, Sutera Trading, pembekal
kain untuk butik ibu. Ibu memang dah biasa menjalankan perniagaan dengan
keluarga Abang Hilman." Jawapanku membuatkan Zati yang masih lagi tergamam
menganggukkan kepalanya sedikit.
"Owh.." Itu sahaja yang mampu keluar dari mulutnya. Tangan aku
menggenggam seketika tangan kiri Zati.
"Demi
Allah aku tak ada apa-apa dengan dia Zati. Masa gambar ni diambil kami bertiga
hendak ke gudang kain bersama-sama. Ibu pun ada sekali ni." Ujarku dengan bersungguh-sungguh.
"Jangan-jangan
si Hilman ni yang punya kerja! Kau pernah cerita yang Hilman meminang kau
baru-baru ni kan?"
Berderau
darahku dengan pendapat Zati. Gadis itu merenung ke arahku dengan wajah yang
serius. Demi Allah, mengenali Abang Hilman, dia tidak langsung masuk dalam
senarai suspek dalam kes aku ni. Tapi, saat ini aku mula memikirkan logiknya
tuduhan Zati itu. Mungkinkah?
"Apa ke punya samdol, pergi pinang bini orang!!" Marah Zati. Tidak
dapat ditahan ketawa kecil aku jadinya saat ini sambil menggelengkan kepala.
"Samdol?
Dah lama aku tak dengar perkataan tu." Ujarku sambil menepuk bahu gadis
yang turut sama tersengih ini.
Betullah bila bersama Zati, aku boleh jadi
sedikit gembira.
"Abang Hilman tu..setelah aku ditinggalkan Iskandar barulah dia ada
meluahkan hasrat untuk memiliki aku pada ibu. Aku tak tahu atas dasar cinta
atau simpati dengan nasibku. Yang pasti, sekelumit perasaan pun aku takde
dengan dia, Zati." Jujur aku meluahkan apa yang bertapuk di dalam hati.
Bagaimana nak hidup dengan seseorang yang aku tak langsung cinta? Lagipun,
lelaki gopoh macam Abang Hilman bukan pilihanku. Tak suka lah!
"Mak
Ngah rapatlah ye dengan dia ni?" Soal Zati dengan wajah yang simpati.
"Dengan mak Abang Hilman pun ibu rapat. Mereka sekeluarga ni pernah bantu
ibu dulu..ketika butik kami mengalami masalah. Masa tu aku belum berkahwin
dengan Iskandar pun lagi." Jawapanku membuatkan gadis ini bersuara lagi.
"Siapa suspek utama kau?"
"Entah.
Mungkin juga mak mertua aku Datin Seri Ainon yang punya kerja? Sebab dia aje yang paling bencikan
aku dalam dunia ni.." Luahku lemah. Zati pantas mengusap lembut tanganku.
"Well,
aku tahu kau takde apa-apa dengan si Hilman ni tapi kalau aku jadi Iskandar pun
aku akan kecewa tau bila lihat gambar ni. Aku tahu gambar ni memang diambil
dari angle yang salah!!" Luah Zati dengan sangat marah sambil memfokuskan
pandangan pada gambar di tangannya.
"Tengok ni, takkanlah sesuka hati kau kasi dia sentuh pipi kau
pulak." Tempelak Zati dengan geram. Dengan wajah yang sayu aku merenung ke
arah Zati.
"Demi Allah Zati. Mana dia ada sentuh pun. Kebetulan dia angkat tangan dan
aku pula menoleh ke arahnya. Gambar ini sengaja diambil dari angle yang nampak
seperti dia menyentuh pipi aku." Terangku dengan bersungguh-sungguh.
Zati
pantas menganggukkan kepalanya. Aku tahu dia percayakan aku. Pantas aku menarik
sekeping gambar dalam genggamannya.
"Kau tengok gambar ni. Nampak macam rapat sangat kami berjalan kan?
Padahal mana ada..ada jarak kut..kerbau pun boleh mencelah!" Ujarku sambil
menundingkan jari pada gambar di tangan. Kata-kata aku nyata membuatkan gadis
ini ketawa besar.
"Apesal
kau tak petik dinasour je tadi?" Aku juga turut sama tersengih.
"Besar
sangat tu Dinasour." Aku masih lagi tersenyum. Zati merenung ke arahku
dengan pandangan yang sangat simpati.
"You
seem stronger today." Luahnya.
Aku
cuba, Zati..aku sedang mencuba untuk jadi kuat. Kata-kata ini hanya terbuku di
dalam hati sahaja. Risau kalau meluahkannya di bibir aku jadi sayu.
"Ada
surat kat dalam tu. Bacalah." Ujarku kepada Zati apabila teringat tentang
surat lusuh di dalam sampul itu.
Kelam-kabut
Zati menyelongkar. Beberapa saat sahaja, surat lusuh itu telah dibuka
lipatannya dan sedang seluruh fokusnya kini hanyalah pada surat di tangan. Hati
aku mula dijentik kepiluan. Mata yang sedikit berkaca kupejam rapat sebelum
membukanya kembali. Nyata, Zati sedang merenung ke arahku dengan pandangan
tidak percaya. Blur terus aku lihat wajahnya.
"Malissa.."
Hanya
itu sahaja kata-kata yang mampu keluar dari bibirnya. Aku pula pantas meraupkan
wajah dengan kedua-dua belah tangan.
"Aku
tak karang surat tu Zati...tapi.." Kata-kataku hanya tersekat di situ
sahaja.
Anak mata kupejam rapat. Masih cuba memaksa otak untuk mengingat
kembali sekiranya aku ada menanda tangan apa-apa dokumen tanpa membacanya
terlebih dahulu dua tahun yang lepas.
"Tapi?" Soalan Zati membuatkan aku membukakan mataku kembali.
"Tapi, itu memang tandatangan aku. Aku buntu..aku tak tahu masa bila aku
sign surat tu.." Luahku dengan hati
yang libang-libu.
"Samdol
mana yang nak tengok rumah tangga kau hancur sangat ni? Bangkai betul hati
orang tu." Zati sudah mula mengusap bahuku lembut.
Surat
di tangan dimasukkan kembali ke dalam sampul bersama kepingan-kepingan gambar
di atas ribanya. Bersama helaan nafas berat dia merenung ke arahku.
"Kau
ada pernah tandatangan apa-apa tak dua tahun yang lalu?" Soalannya
kujawab dengan gelengan.
"Mungkin
kau tak baca dan kau terus sign.." Ujarnya lagi.
"Mana
ada.." Jawabku dengan bersungguh-sungguh.
"Cuba kau ingat betul-betul.." Zati mula memaksa aku. Aku tahu dia juga turut
sama tertekan untuk merungkai misteri ini.
Aku melepaskan keluhan berat. Nafas
aku tarik dalam-dalam sambil menyebakkan rambut yang terjuntai ke pipi kembali
ke belakang.
"Masa tu umur aku 21 tahun Zati..aku belum pun uruskan butik ibu lagi. Apalah
sangat dokumen yang ada untuk aku sign pun masa tu?" Soalanku membuatkan
Zati memicit ganas kepalanya dengan kedua-dua belah tangan. Terpempan aku
seketika.
"Erghh! Siapa agaknya yang buat semua ni??" Jeritan kecil keluar
tanpa diduga dari mulutnya. Kalau Zati pun boleh stress, bayangkan aku yang
menanggungnya ni? Senyuman tawar kupaksa muncul di bibir. Peha Zati kutampar
lembut.
"Aku
dah tak peduli Zati..siapa yang buat, kenapa dia buat macam ni..semua soalan tu
dah tak penting lagi." Luahku tenang walaupun hatiku mula berkecamuk
kembali.
"Maksud kau? Kau tak kisahlah? Kau tak pedulilah rumahtangga kau hancur?"
Soal Zati sedikit tak puas hati.
Siapa yang tak kisah kalau rumahtangganya
hancur berderai, Zati. Hati aku mula dijentik rasa sayu. Aku cuba untuk senyum
lagi. Dengan mata yang berkaca, aku bersuara.
“Zati, Loss; is the returning of what never
actually belonged to us in the first place." Luahku lemah. Zati mengangkat
sebelah keningnya.
"Reclaim
your heart by Yasmin Mogahed." Kata-kata Zati membuatkan aku menganggukkan
kepala beberapa kali. Nampaknya Zati dah baca buku tu.
"Kau dah baca ke buku tu?" Soalnya dengan sedikit hampa. Belum sempat
aku memberikan sebarang reaksi dia bersuara lagi.
"Ala..aku baru nak hadiahkan kau." Luahnya perlahan.
Teruja
aku jadinya. Dengan mata yang bersinar aku bersuara.
"Nakkk!
Memang aku dah baca tetapi buku tu aku pinjam dari kawan aku lama dulu. Dah
pulangkan balik pun."
Dengar
sahaja kata-kataku itu, Zati mencapai hadiah yang terbungkus cantik di sisinya dan
dihulurkan kepadaku. Pantas aku mencapainya dan kubawa ke dada.
"Thanks Zati..aku memang perlukan sangat-sangat buku ni sekarang."
Buku yang masih berbalut di tangan kupeluk erat-erat saat ini.
"Kehilangan
adalah mengembalikan sesuatu yang dari awalnya lagi bukanlah untuk kita. Dari
awal lagi Dato' Issac Iskandar bukan jodoh aku." Kesimpulan yang aku buat
membuatkan Zati merenung ke arahku dengan wajah yang serabut.
"Malissa..bila
kau tenang macam ni, aku bertambah risau. Benda masih boleh bincang..kau
janganlah menyerah dulu. Aku percaya dia masih cintakan kau."
Aku tahu dia
cuba memberikan aku semangat tetapi ayat itu juga akan membuatkan aku untuk
terus berharap. Pantas kepala kugelengkan ke arah Zati.
"Aku
juga berhak untuk bahagia. Jadi, aku mesti berhenti berharap pada sesuatu yang
tak pasti. Dia memang bukan untuk aku dan aku dah tak kisah kehilangan dia
asalkan aku ada Allah." Ujarku dengan sangat tenang.
Mata
Zati kulihat mula berkaca. Pantas dia menggenggam tapak tangan kananku dengan
erat.
"Lisa.."
Aku
tahu dia kehilangan kata-kata saat ini. Hanya pandangan simpati sahaja yang
mampu dihadiahkannya untuk aku. Perlahan-lahan aku menganggukkan kepala.
"Aku
redha."
Susahnya
untuk aku mengungkapkan ayat itu. Seikhlas hati aku cuba untuk redha saat ini. Terus
sahaja Zati memeluk bahuku dengan kemas.
"Takpe
lah..kau masih ada aku, Lisa. Walau semua orang berpaling dari kau sekalipun,
kau kena ingat yang kau masih ada aku." Luah Zati dengan
bersungguh-sungguh, mampu untuk buat aku terharu.
"Thanks
Zati."
Perlahan
sahaja ayat tersebut keluar dari bibir bersama mata yang mula memberat dengan
air jernih.
***
BAB 14
Anak
mata kulemparkan kosong ke arah sebuah keluarga yang sedang beriadah di taman
ini. Bahagianya mereka. Budak kecil berumur dalam lingkungan lima atau enam
tahun yang turut sama berbasikal itu membuatkan perasaan rindu aku kepada Dina
semakin membuak-buak.
Sudah
empat hari berlalu semenjak tarikh aku terjumpa bahan fitnah yang menyebabkan
Iskandar meninggalkan aku tanpa khabar berita dua tahun lepas. Tidak langsung
lelaki itu bertanyakan tentang hal aku pada Fatin. Jelaslah dia dah tak
perlukan aku dalam hidupnya.
Nafas
aku tarik dalam-dalam.
Sesungguhnya
perasaan tertipu dan marah yang merasuk jiwa telah membuatkan hati lelaki itu
menjadi keras seperti besi yang tidak mudah lagi untuk dilentur. Jiwanya mati
untuk seseorang yang bernama wanita. Tidak mungkin bernafas kembali, mungkin.Ah,
kesalahan kami sama sahaja, terlalu berharap pada makhluk yang bergelar manusia.
Maka inilah padahnya buat kami berdua. Rasa sakitnya tu bukan calang-calang.
Aku meraupkan wajah dengan kedua-dua belah tangan untuk seketika. Dari
atas bangku kayu ini, kepala kudongak ke atas sana. Anak mata merenung ke arah
awan yang membiru. Ada senyuman di bibir apabila sekawan burung melintasi ruang
penglihatanku. Damai terasa hati.
Syukur,
aku semakin tenang apabila tidak perlu bertentangan mata dengan lelaki itu.
Tapi, apabila teringatkan cerita Fatin semalam, aku jadi gelisah. Hari pertama
hingga ketiga, Fatin masih mampu memujuk Iva Irdina. Tapi semalam, budak comel
tu dah mula buat perangai.
Mulalah dia merengek agar Fatin bawa dia berjumpa
dengan aku. Anak mata berada pada kaki kanan yang cedera tempoh hari. Kaki ini
sebenarnya sudah 80 peratus sembuh cuma aku sahaja yang menunda waktu untuk
kembali ke apartment mewah itu. Coat di tubuh kubutangkan gara-gara angin sejuk
yang semakin kuat pula berderu. Berkerut sedikit wajah saat ini.
Aku
pun tidak tahu bila hendak ke sana semula. Tengoklah lagi dua tiga hari lagi. Aku
mahu kuatkan dulu hati aku ini supaya apabila berhadapan dengannya nanti,
tidaklah ada lagi perasaan-perasaan yang bukan-bukan menggangguku.
Bunyi mesej yang baru masuk membuatkan aku
mengeluarkan telefon bimbit dari dalam poket coat. Lincah jari telunjuk berlari
pada skrin.
"Malissa..where
are you?"
Siapa
lagi kalau bukan Zati yang mengirim mesej itu! Pantas aku membalas.
"Taman.
Aku balik sekarang."
Telefon
di tangan kumasukkan kembali ke dalam poket hadapan coat yang membaluti badanku
dan aku terus bangun.
Dengan
berhati-hati aku melangkah menuju ke arah bangunan lima tingkat yang tersergam
di bahagian kananku. Lega betul apabila kaki ni semakin pulih. Dah boleh jalan
macam biasa dah pun cuma normallah, saki baki sakit dan bisa-bisa tu masih ada sedikit.
Pemegang besi pada pintu utama kutarik
dan aku mula melangkah masuk ke dalam lobi. Kemudian, aku menapak ke arah
kiriku. Kunci kukeluarkan dari dalam poket jaket dan aku mulalah membuka pintu.
"Malissa!"
Terkejut
beruk aku jadinya apabila gadis yang memakai tudung biru ini menerpa ke arahku di muka pintu. Apa
hal ni? Pakai tudung dalam rumah? Pucat semacam pulak tu!
"Kau
dah kenapa? Macam nampak polong!" Bidasku geram. Nasib baik tak terhenti
jantungku ni. Pantas Zati menganggukkan kepala. Aku terus tak jadi nak buka
kasut.
"Memang ada polong pun! Tapi polong ni handsome."
Ada sengihan di
hujung ayat membuatkan aku tersentak. Lain macam ni.
"Kau jangan main-main.."
Anak
mata terus kuliarkan ke arah rak kasut. Ha! Masakan aku tak kenal boots Frozen
warna pink - biru tu! Kemudian, kasut Clarks di tepinya tu pula mestilah
kepunyaan papanya!
Aduh, jantung aku mulalah buat hal. Tenang Lisa..tenang. Pantas
tanganku memegang lengan Zati. Anak mata kuliarkan ke arah ruang tamu yang
terlindung dari sini.
"Zati,
dengar sini." Bisikku dengan perlahan.
"Aduh..kau
cakap aku balik lewat. Aku tak nak jumpa dia."
Terlopong
jadinya gadis ini. Belum sempat dia memberikan jawapan, kedengaran suara halus
bergema di ruangan ini.
"Mama!!"
Pantas
aku menoleh ke kanan. Tergamam aku jadinya.
Bukan
sahaja Dina, tetapi Iskandar juga sedang berdiri di situ bersama renungan
helangnya memanah ke mari. Alamak..dia dengar tak plan aku nak lari dari
berjumpanya tadi?
"Mama,
I miss you so much!" Dina kini sudah memeluk tubuhku. Pantas aku
mencangkung supaya dapat melihat wajahnya dengan jelas saat ini.
"Ya
Allah..rindunya mama dengan Dina.." Tubuh kecil ini aku dakap erat-erat.
"
Kenapa mama tak datang jumpa Dina?" Soal Dina dengan wajah yang masam. Rambutnya
kuelus lembut. Belum sempat aku menjawab Dina bersuara lagi.
"Dah
empat hari mama tak datang tau." Empat jari dilayangkan tepat ke wajahku
membuatkan aku ketawa kecil.
"Mama sakit sayang.." Itulah alasan yang aku berikan. Dina merenung
ke arahku dengan sayu. Pantas aku mencubit lembut pipinya.
"Dina..janganlah sedih. Nanti mama pun sedih jugak.."
"Kalau
macam tu, mama janji, mama mesti datang esok."
Aku
hanya mampu menelan liur saat ini. Tidak mengangguk dan tidak menggeleng. Anak
mata kularikan ke arah Fatin dan Zati yang sedang bersandar pada dinding dan memerhati
sahaja drama sebabak di antara aku, Iskandar dan Dina.
Bersediakah
aku untuk berhadapan dengan lelaki itu? Elok-elok hati aku dah tenang, karang dilanda
tsunami lagi. Baru hendak memikirkan alasan yang sewajarnya kepada Dina, suara
Iskandar memenuhi ruangan ini.
"We
need to talk." Ujarnya yang sedang melangkah ke mari.
Aku
hanya memandang sekilas sahaja ke arah lelaki yang segak dengan jaket hitam di
badan itu. Muffler dari rona biru gelap dan kelabu di lehernya membuatkan
penampilannya yang simple itu kelihatan menarik.
"Dina
main dengan Kak Fatin dan Kak Zati kejap. Mama nak berbincang dengan papa. Nanti
mama datang ya?" Ujar aku kepada si kecil Dina. Pantas dia menganggukkan
kepala.
"Mama
dan papa bincang aje tau. Jangan gaduh-gaduh tau."
Tergamam
aku dan Iskandar saat ini. Aduh..Dina ni cerdik budaknya. Mesti dia perasan aku
dan Iskandar asyik bertekak aje tempoh hari.
Kepala yang tak gatal kugaru dan
aku terus melangkah keluar dari apartment yang disewa Zati ini.
Aku
hanya bersandar sahaja pada dinding lobi. Canggung betul rasanya hati apabila
terpaksa berada di dalam situasi ini. Sedaya upaya aku cuba untuk tidak
memandang ke arahnya walaupun aku tahu mata chestnut brown miliknya itu sedang
tenung aku! Apa masalahnya ni? Nak jumpa sebab nak tenung muka aku je ke apa?
Jantung..jangan
buat hal ye? Awal-awal lagi aku dah kasi warning.
Pandangan
kulemparkan ke arah deretan pasu-pasu yang ditanam dengan pokok kaktus yang
menghiasi sudut kanan lobi kecil ini. Entah siapa yang rajin sangat tanam
kaktus pun tak tahulah aku.
"You
have nothing to say? Then, saya masuk dulu." Akhirnya aku bersuara.
Baru
setapak melangkah lelaki ini mencengkam lenganku. Tergamam aku jadinya. Pantas
aku merenung ke arahnya dengan riak wajah tak puas hati.
"Then,
just cakaplah apa awak nak cakap." Sedaya upaya aku melepaskan pegangan
tangannya di lenganku.
"You
accepted the offer..kemudian menghilang." Akhirnya Iskandar bersuara
dengan sangat tidak puas hati.
"Any
explanation?" Soalnya sinis. Anak matanya masih berlari ke serata wajahku.
"Saya sakit kaki."
Aku
hanya berdusta. Kalau sakit kaki, aku masih boleh gagahkan diri menjaga Dina
tetapi masalahnya hati aku yang cedera parah setelah terjumpa surat dan
gambar-gambar tu.
"Bukan
sebab kau dah jumpa gambar tu?" Soalannya mampu membuatkan aku terdiam. Bagai
ditembak tepat pada jantung, bulat mataku bertentangan dengan mata helangnya. Kelu
lidah jadinya saat ini.Berdebar dada saat ini.
Maksudnya
apa ni? Maksudnya Iskandar tahu aku geledah bilik kerjanya? Atau adakah dia memang
sentiasa buka album itu? Jadi, dia tahu ada benda yang hilang?
"Kau
terkejut aku ada bukti kecurangan kau?" Tidak ada bentakan tetapi kenapa
ayat itu mampu membuatkan darah aku berderau mendengar soalan itu? Bagai
disiat-siat hati ini dituduh curang.
Aku
lihat tenang sahaja dia keluarkan sesuatu dari dalam poket jaketnya.
"Aku
jumpa cincin ni di sebelah kotak."
Alamakkkk!
Macam mana aku boleh tak perasan tentang cincin nikah aku tu? Aduh..mesti
terkeluar dari dalam seluar! Aku hanya membatu sahaja dengan pelbagai rasa yang
sudah mengisi ruangan hati. Tidak ada daya lagi hendak membela diri. Walau
bahasa apa yang aku guna, ayat apa yang aku petik, dia tetap tidak akan
percaya. Sesungguhnya aku sudah tidak berdaya. Hanya kepiluan sahaja yang
memenuhi segenap ruangan hati saat ini.
"Tak
payahlah nak karang cerita untuk bela diri. Aku dah muak. Aku datang sini
semata-mata kerana Dina." Aku hanya mampu memejamkan mata saya untuk
seketika mendengar kata-kata sinis itu.
"Dina
was awake the whole night. Hari ni pun tak ke sekolah." Kata-katanya yang
ini membuatkan aku membuka mata dengan sebesar-besarnya. Padanlah lemah sahaja
keadaannya tadi.
"Jadi,
salah saya ke?" Entah kenapa sakit hati dengan kata-kata Iskandar tadi mendorong
aku untuk membidasnya begini. Padahal dia tak menyalahkan aku pun. Tegang wajah lelaki
ini merenung ke arahku.
"Iskandar..Dina
tu anak awak. Awak tak boleh terlalu bergantung pada saya." Aku
menyerangnya lagi.
"Mana
Rania? Mana mummy awak?" Suara aku sudah naik satu oktaf. Kedua-dua
manusia itu adalah insan penting dalam hidupnya saat ini, bukan? Seorang ibu,
seorang bakal isteri. Mana mereka? Kenapa Rania tak pernah cuba ambil hati
Dina?
"Mana???"
Bentakku dengan geram. Tidak peduli lagi dengan dua orang pelajar yang baru
masuk ke dalam lobi ini.
"You're getting married soon. So, fikir macam mana untuk buat Dina lupakan
saya dan terima Rania." Ucapku dengan geram dan terus berlalu.
Tidak,
aku tidak ambil pun cincin di tangannya tu. Kisah aku dan dia sudah berakhir
dan aku tak perlukan lagi cincin itu.
"Tak payah nak ajar aku. Esok aku nak kau yang datang jaga Dina, not
Fatin. Period." Kedengaran suara lelaki itu bergema di belakang sana.
"Diktator!"
Aku berkata dengan kuat pada diri sendiri. Memang aku nak dia dengar pun!Panas pula hati aku.
***
Sudah
dua hari aku cuba untuk tidak berhadapan dengan lelaki itu setelah kembali
bekerja di sini. Bagai pencuri, setiap kali nak keluar bilik, terjenguk-jenguk
aku jadinya. Dina juga kadang-kadang jadi mangsa aku. Suruh ambil itu, ambil
ini..siap suruh dia check line lagi..sama ada clear atau tak. Aku dah buat keputusan
untuk jaga hati aku baik-baik. Aku tak nak lagi dirundung pilu dan sayu macam dulu
tu. Strateginya saat ini adalah mengelakkan diri dari lelaki itu.
"Dina..papa
ada kat luar tak?" Soalku kepada Dina apabila anak dara sunti tu masuk ke
dalam bilik.
"Tak ada. Papa kat bilik." Jawabnya sambil melangkah ke mari. Yes!
Line clear!
"Good. Mama ambilkan makanan ya?" Pantas aku bangun dari sofa dan
terus melangkah ke arah pintu.
"Okay." Dina hanya menganggukkan kepala sahaja.
Sweater biru di badan
kubetulkan dan aku mula melangkah keluar dari bilik.
Langkah
kaki kuatur menuju ke arah dapur dengan cermat. Kalau boleh aku tak mahu
hasilkan apa-apa bunyi sekalipun. Semuanya gara-gara tidak mahu terserempak
dengan Iskandar.
perlahan-lahan
aku membuka tudung periuk. Sup ayam aku sendukkan dengan cermat ke dalam mangkuk. Baru sahaja ingin menutup periuk kembali, bergema suara deheman di ruangan ini
membuatkan aku terkejut beruk.
"Ahem!"
Nasib
baik tak terlepas tudung periuk yang kupegang dari tangan. Pantas aku mendongakkan wajah
dengan geram ke arah lelaki itu.
"Lain
kali boleh tak jangan buat saya terkejut macam ni?" Marahku sambil
bercekak pinggang dengan sebelah tangan.
Geram
betul! Periuk kututup dengan cermat dan aku mencapai dulang. Iskandar hanya
bersandar pada meja pulau sambil berpeluk tubuh. Dia ni memang suka tenung aku
ke apa? Ah! Masalah ni! Hati yang selama ini tenang mulalah berkocak. Canggung
rasa hati. Serba tak kena nak buat kerja!
"Kau
dah tak nak cincin ni?"
"Tak
kisah. Kalau awak pulangkan balik, saya ambil. Kalau awak kasi Rania, saya okay je." Sindir aku dengan pedas tanpa
memandang ke arahnya. Kemudiannya aku menuangkan air ke dalam cawan khas untuk
Dina.
Kenapa
pula lelaki yang memakai sweat shirt hitam itu sedang menghampiriku? Alamak,
susah nak selamba dah ni. Pantas aku menoleh ke arahnya.
"Boleh
pun pandang sini." Gumamnya dengan perlahan tetapi mampu untuk aku dengar
dengan jelas. Apa masalah dia ni?
"Awak nak apa sebenarnya?"
Soalku dengan geram.
Anak matanya berlari
ke serata wajahku saat ini. Kan aku cakap, dia nak tenung-tenung aku je. Dah
kenapa?? Jantung aku mulala buat hal.
"I hate it when people look away while I'm talking."
Pulak!
Ha, sekarang aku dah tengok kau, cakap aje lah!
"Okay
fine! Dato' Issac Iskandar, sekarang ni saya dah buka mata saya besar-besar
untuk pandang
awak. Apa yang awak nak cakap?"
"Memang betul cincin ni dah tak bawa apa-apa makna dalam hidup kau
kan?"
Aku
tidak tahu sama ada mahu menggeleng atau mengangguk. Kenapa dia selalu
meletakkan aku dalam keadaan yang sukar?
"Hmm..semenjak awak tendang saya dari hidup awak, cincin ni memang dah takde
makna dalam hidup saya." Perlahan aku menuturkan kata-kata itu dengan hati
yang pilu.
Dulang berisi nasi dan sup ayam kucapai dan aku mula
menapak keluar dari ruangan dapur. Air mata yang sudah beberapa hari tidak mengalir kini laju membasahi pipi.
menapak keluar dari ruangan dapur. Air mata yang sudah beberapa hari tidak mengalir kini laju membasahi pipi.
Iskandar..mana
mungkin saya tak mahukan cincin tu? Separuh nyawa saya sayangkan cincin tu..tapi,
saya juga ada maruah.
***
Sejuk
betul hari ini. Sebelah tangan menjinjing beg sekolah Dina manakala sebelah
lagi tangan membuka kunci pada pintu. Ops, ada tetamu rupanya. Siapa agaknya
lelaki melayu tu? Sibuk benar dia menerangkan itu dan ini bersama fail di
tangannya. Anak mata kemudian berlari pada fail yang bersusun di atas meja.
Apabila terpandangkan topi hitam yang terdampar di atas meja itu, hatiku
terus diruntun rasa resah.
Seperti
pernah aku lihat topi itu, tapi di mana ya? Hati aku betul-betul tak sedap
sangat ni. Dina juga seperti teragak-agak untuk melangkah ke ruang tamu. Mana
tidaknya, bukan papanya sahaja yang ada di situ tetapi ada orang lain di dalam
rumah ni.Terus aku mencangkung di hadapan rak kasut ini.
"Dina..siapa
tu? Dina pernah jumpa?" Bisikku dengan sangat-sangat perlahan ke arah
Dina sambil membuka kasutnya. Pantas Dina dengan wajah yang tegang mendekatkan
bibirnya ke telingaku.
"Dina tak suka dia sebab dia rapat dengan Auntie Rania dulu. Dia pekerja papa
tetapi dia kawan Auntie Rania juga."
"Ha?"
Terkujat
aku jadinya. berkerut wajah mendengar jawapan yang dibisikkan oleh Dina. Dina kulihat
menjeling tajam ke arah lelaki itu. Amboi, garangnya! Apabila aku lihat mata lelaki itu berada pada
kami di sini, aku terus berbisik pada Dina.
"Dah,
pergi salam papa."
Pantas
daddy's little girl ini berlari ke arah papanya yang kelihatan sangat sibuk
itu.
"Anak
papa dah balik?"
Apa lagi, semakin lebarlah senyuman apabila
Iskandar memeluknya dengan erat begitu. Iskandar kulihat mengucup lembut pipi
anak kesayangannya itu.
Sisi
penyayang lelaki itu semakin terserlah apabila dia mengelus lembut rambut anak
tunggalnya itu sambil menyoal itu dan ini tentang aktiviti Dina di sekolah
tadi. Tidak mahu terbawa-bawa dengan kenangan lalu, dengan wajah yang serius,
menonong sahaja aku melintas di hadapan mereka dan terus menuju ke bilik Dina.
Beg
sekolah Dina di tangan kuletakkan di atas kerusi yang terletak di hadapan meja
belajarnya. Kemudian, aku mula mencapai tuala dengan hati yang gelisah.
Terbayang insiden yang berlaku dua bulan
yang lepas.
“This is
for you. I know you’ve been looking for Issac Iskandar all these years. So,
good luck, Maira Malissa!”
Adakah
dia lelaki James Bond tu?! Lisa, come on..topi hitam macam tu kat mana-mana pun
ada lah. Bukan dia je yang ada topi jenis itu dalam dunia ni. Nafas kutarik
dalam-dalam dan aku mula melangkah ke arah almari baju Dina. Baju gaun labuh
berwarna turquoise kucapai dan aku bawakan ke katil.
Memang
inilah rutin harian Dina. Setelah pulang dari sekolah, dia akan mandi, dan
kemudian, aku akan hidangkan makanan yang aku masakkan untuknya tadi.
"Mama!"
Sergahan budak comel ni berjaya membuatkan aku terkejut. Terus aku memusingkan
tubuh dengan wajah yang masam ke arahnya.
"Terkejut
tau mama.." Tangan kanan melurut dada saat ini.
Apa
lagi, ketawa sakanlah dia. Memang itu pun objektif dia. Aku juga turut sama
ketawa sambil menghampirinya.
Tubuh kurendahkan dan sebelah tangan mengelus lembut rambut yang ditocang satu ini.
Tubuh kurendahkan dan sebelah tangan mengelus lembut rambut yang ditocang satu ini.
"Dina..jom
kita mandi dulu. Mama masak spaghetti bolognese tau hari ni."
Senyum
sampai ke telinga jadinya dia. Bukan aku tak tahu dia suka benar dengan
spaghetti!
"Mama masak lebih tak?" Soalannya membuatkan aku terdiam seketika.
Setiap kali masak, memang beriya-iya dia akan suruh aku masakkan lebih. Walau
sudah tahu jawapannya, aku tetap juga bertanya.
"Kenapa?"
Seperti
biasa, jawapan yang diberikan tetap juga sama.
"Untuk papa..mama masak lebih tak?"
Anak
papa betul! Gusar wajah tu menanti jawapan dariku.
"Ada je..tapi Dina lah yang berikan pada papa nanti ya?" Ujarku
sambil meletakkan baju di atas tilam empuk itu dengan
cermat.
"Kenapa mama selalu nak elak-elak dari papa?"
Tersentak
aku mendengar soalan darinya. Alamak..apa aku nak jawab ni? Kepala yang tak gatal
kugaru dan aku menoleh ke arah mata bundar tu. Hati aku tersentuh saat ini.
Sedihkah dia dengan keadaan aku dan Iskandar?
"Bukan macam tu..papa memang suka Dina yang hantar makanan kepada papa.
Dina kan comel.." Senyuman lebar kuhadiahkan untuknya saat ini.
Harap-haraplah dia yakin dengan alasan aku.
"Ye ke?" Soal Dina kemudiannya.
Pantas aku menganggukkan kepala. Dina kemudiannya memeluk tubuhku dengan sangat
erat.
"Mama..boleh
tak Dina makan dulu sebelum mandi?" Kata-katanya membuatkan aku ketawa besar.
Oh pandai betul..patutlah tiba-tiba peluk, rupanya nak minta sesuatu.
"Dina lapar..."
Nada
suara sayu tu dah keluar. Siap gosok perut lagi. Makanya, aku terus jadi tak
sampai hati.
"Mestilah boleh..sekejap ya, mama ambil makanan di dapur." Ujarku
kepadanya. Tuala kuletakkan di atas katil dan aku mula melangkah ke arah pintu.
Tudung di kepala tidak kubuka kerana ada orang asing di dalam rumah ni.
"Dina
buka jaket tu dulu ya."
Pesanku sebelum menutup pintu.
Laju
aku melangkah saat ini menuju ke dapur tetapi entah kenapa, bagaikan ada magnet
pula yang menarik aku untuk melangkah ke arah ruang tamu. Di sebalik dinding
aku berdiri dan aku mula menjengukkan kepala sedikit.
Nampak
lelaki itu seperti sedang mengeluarkan sampul dari dalam begnya.
Aku kembali menyembunyikan diri di balik
dinding. Isk, aku kenal juga dengan staf-staf di pejabat Iskandar dulu..tetapi
dia ni, memang aku tak pernah nampak.
"Dato,
Issac..terima kasih kerana beri saya peluang untuk mencari rezeki di syarikat
Dato' tetapi saya tak layak untuk terus berada di dalam syarikat ini."
"Apa yang kau mengarut ni, Fendi?" Soal Iskandar dengan serius. Aku
pula entah kenapa, masih di sini. Kepo betul kau ni Malissa! Tapi aku memang
tak sedap hati semenjak ternampak dia ni tadi.Topi hitam di atas meja tu mengingatkatkan aku pada lelaki misteri yang berikan alamat Iskandar kepada aku dulu.
"Macam-macam dah berlaku dalam hidup saya sepanjang dua tahun ni. Bagai
terkena sumpahan, seorang demi seorang manusia yang saya sayang ditarik pergi dari hidup saya. Saya hidup sebatang kara sekarang
ni, Dato'." Ada nada pilu dapat kukesan dalam nada suara pekerja Iskandar
itu. Serta-merta terdengar suara Iskandar beristighfar.
"Astaghfirullahalazim..kau
tahu kan ajal dan maut itu di tangan Tuhan?" Soalannya membuatkan aku juga
turut sama mengakui kebenaran ayat itu di dalam hati. Kasihan..muda-muda lagi
dah kehilangan semua ahli keluarga..simpati pula aku jadinya dengan nasibnya.
"Walaupun gaji saya dikira okay tetapi, sentiasa tak cukup. Ada sahaja
yang rosak, ada sahaja yang jadi..saya rasa hidup saya tak berkat." Luahnya
dengan sangat sedih.
"Hidup
saya memang tak berkat." Sekali lagi dia mengulangi ayat itu. Kali ini ada
getaran dalam nada suaranya. Seperti mahu menangis pula. Kedengaran Iskandar
menghelakan nafasnya.
"Aku tak terima surat letak jawatan kau ni. Aku akan suruh Naila from HR Department untuk sediakan surat kenaikan
gaji untuk kau nanti."
Mendengar sahaja suara Iskandar bergema dengan
serius, aku terus berpaling untuk ke ruang dapur semula. Gerun pula memikirkan
sekiranya Iskandar tahu aku mencuri dengar perbualan mereka.
"Bukan soal gaji..soalnya, saya ada pengakuan untuk dibuat."
Kaki
yang setapak melangkah terhenti saat ini. Serta-merta aku memasang telinga.
"What's wrong with you, Affendi Jufri?? You're not yourself today.."
Ada
nada prihatin di dalam nada suara lelaki yang masih bergelar suamiku itu.
"Saya terlibat dalam rancangan memfitnah isteri Dato'. Saya minta maaf Dato'. Saya betul-betul menyesal."
Allahuakhbar..apa
yang aku dengar ni? Bagai hendak tercabut nyawa dari badan. Berderau darah
sampai ke kepala.
"Whattttt?!!"
Tempikan Iskandar bergema dengan sangat kuat di ruang ini menyebabkan aku juga
turut sama terkedu.
Akhirnya, hari yang aku tunggu-tunggu tiba jua. Di dalam
sendu yang mencengkam jiwa, aku terjelepok di atas lantai.
***
Apa akan terjadi setelah sebuah kebenaran tersingkap? XD Nantikan sambungannya
Terima kasih sudi baca dan berikan komen untuk cerita ni. Seperti biasa semua komen boleh diberikan di FB GROUP : BILA SURI RYANA MENAIP :) terima kasih :)
***
Apa akan terjadi setelah sebuah kebenaran tersingkap? XD Nantikan sambungannya
Terima kasih sudi baca dan berikan komen untuk cerita ni. Seperti biasa semua komen boleh diberikan di FB GROUP : BILA SURI RYANA MENAIP :) terima kasih :)