Tergopoh-gapah
aku menarik pintu kaca dan memasuki ruangan lobi. Nafas berat kuhela saat ini.
Iskandar pula sudah pun berada di dalam keretanya. Entahlah dia dah memecut
pergi dari sini ke belum! Malas aku nak toleh ke belakang lagi. Nak balik tu
balik aje lah! Beriya sungguh suruh aku cium tangan bagai. Memang tak lah!
Nasib baik aku sempat melarikan diri sebelum lelaki itu mencengkam lenganku
seperti selalu. Demi Allah aku rasa sangat marah dengan diri sendiri. Kenapa
aku sering hanyut apabila berada bersama dia? Benci betul!
Apa
yang aku tahu, waktu dulu tak dapat dikembalikan lagi untuk saat ini.
Memberikan lelaki itu peluang sekali lagi akan membuatkan aku terus berharap
dengan perkahwinan ini. Aku tak mahu hati ini bertambah hancur sekiranya
apa-apa terjadi. Trauma? Entahlah.
Mana
mungkin aku mengharapkan lelaki itu sekiranya terang-terangan mak mertua aku,
si Datin Seri Ainon itu mahu menjodohkan Iskandar dengan Rania?
Erghh kalau pun
bukan dengan Rania, berduyunlah anak-anak orang kaya yang setaraf dengan mereka
akan dikenenkan dengan Issac Iskandar. I am just out of their league, seriously. Pahit terasa air liur yang aku telan.
Selepas
sahaja Iskandar menyepi tanpa berita dahulu, aku dihalau keluar dari rumah agam itu
tanpa simpati. Bagai sampah, baju-baju dan harta-benda aku dihumban dan
dilonggokkan di hadapan pintu pagar besi banglo mewah itu. Masih
terngiang-ngiang kata-kata Mak Datin sorang tu yang melapah hancur hati aku
dahulu.
"Kau
kutip semua sampah kau ni dan berambus dari sini! Kau dan keluarga kau memang
tak cermin diri kan? Sudahlah miskin, hina pulak tu! Sama aje macam anjing
kurap kat tepi jalan tu. Ada hati nak masuk dalam keluarga ni. Hey perempuan,
kau dan ibu kau dengar sini baik-baik ya.
Aku tak pernah sukakan korang! Aku dari keturunan baik-baik. Semestinya
aku mengidamkan seorang menantu dari keturunan baik-baik jugak. Yang sama
taraf! Perempuan macam kau ni, jadi tukang cuci rumah ni pun tak layaklah!
Sudahlah tak berharta, hina pulak tu! Sekarang Iskandar pun dah tak perlukan
kau lagi. Anak aku pun dah takde selera dengan kau. Jadi, apa kau tunggu lagi?
Berambus aje lah! Aku benci tengok muka kau!"
Pedihnya
kata-kata itu dapat kurasa sehingga ke saat ini. Tersandar sendirian jadinya
aku pada dinding lobi bersama genangan air jernih yang membebankan bibir mata.
Berlinangan jua akhirnya.
Macamlah
aku berdosa besar dilahirkan dalam
keluarga yang kurang berharta. Sakit hati mengingatkan cercaan keluarga
Iskandar kepada aku dan ibu dulu. Untung sangatkah mereka yang dilahirkan dalam
dulang emas tu? Ah, boleh jalanlah! Pantas jemari menyeka air mata yang
berlinangan di pipi.
Aku tak mahu buang masa mudaku lagi. Kaki
terus melangkah ke arah pintu apartment yang disewa Zati. Sebal terasa hati
saat ini apabil terpandang ke arah jambangan mawar merah yang digubah indah di
tangan. Owh..sekarang rindu dan merayu
sampai melutut bagai. Dulu, selama dua tahun aku merindu, di mana dia?
Aku
terus mencampakkan bunga di tangan ke dalam tong sampah di lobi ini. Puas hati
aku. Kemudian, aku mencari kelibat Zati. Kasut kutanggalkan dan kuletakkan di
atas rak. Laju kaki melangkah ke ruang tamu.
Nampak
aje wajah Zati, hati aku bertambah membara. Mana tidaknya, dari semalam aku
tunggu dia balik untuk tanyakan tentang kunci rumah yang diberikannya kepada
Iskandar tu. Selamba betul lelaki itu ceroboh masuk ke bilikku. Siapa
lagi yang berikan kalau bukan Zati?
"Zati!"
Panggilku
apabila memasuki ruang lobi ini. Gadis
yang sedang kusyuk menghadap komputer riba di atas sofa itu bagaikan nampak
hantu saat ini. Terus dia bangun dari duduknya.
"Adoiii..sakitnya
perut ni. Memulas-mulas!" Berkerut seribu wajahnya saat ini. Tangan pula
menekan perut.
Ha! Nak larilah tu. Kecut perut nampak..tahu pun
takut!
"Tak
payah nak berlakon. Come on Zati, aku bukan baru kenal kau hari ni."
Ucapku dengan geram sambil menarik tangannya untuk duduk kembali.
"Ala..aku
minta maaf Lisa..tak berniat pun nak buat kau marah." Rengek Zati sambil
membetulkan duduknya supaya berhadapan denganku.
"Kenapa
kau kasi kunci rumah ni kat Iskandar?" Soalku dengan sangat tidak puas hati. Mata
kukecilkan sedikit ke arah gadis yang sedang menutup lid komputer ribanya. Dia
kemudiannya merenung ke arahku dengan pandangan bersalah.
"Lisa..relaxla.."
Pujuknya. Aku terus menggelengkan kepala.
"Answer my question Zati!" Ucapku dengan tegas. Bergema suaraku di seluruh kawasan ruang tamu yang sempit ini. Zati ketawa kecil.
"Malissa.."
Ucapnya sambil
tersenyum-senyum. Eeee bertambah geram jadinya aku dengan
perempuan ni.
"Apa?"
Sergahku dengan geram. Tudung di kepala kucabut kasar saat ini.
"Eleh..marah konon. Kau ni nak cover line ye? Elok je jalan pegang-pegang
tangan tadi. Siap dapat bunga lagi! Mana bunga kau tu?"
Tergamam
aku seketika. Ya ampun..Zati nampak aku dan Iskandar tadi? Aduhhh..!!! Aku
terus menyoal Zati untuk menutup kata-katanya tadi.
"Zati, I'm serious..kenapa kau kasi kunci rumah kat lelaki tu?"
Soalku. Zati mula menghela nafas berat. Wajah diraupnya kasar dan gadis yang
memakai t-shirt lengan panjang berwarna kuning ini akhirnya bersuara.
"Lisa..I'm sorry..aku memang tak nak kasi tapi, dia paksa
aku."Berkerut seribu wajahnya saat ini. Aku hanya membatukan diri. Issac
Iskandar..kalau aku pun susah nak tepis kemahuannya, apatah lagi Zati yang
lembut hati? Dahi aku picit kasar-kasar. Geram!
"Sebenarnya, aku ada minta tolong untuk dapatkan data dari syarikat
dia.." Pantas aku merenung tajam ke arah Zati. Patutlah!
"Owh, kes terhutang budi lah ni?" Soalku dengan sangat geram. Aku
tahu pasti Iskandar gunakan isu itu untuk memaksa Zati.
"Malissa..kau
marah ke?" Soalnya teragak-agak.
Aku
hanya merenung ke arahnya dengan pandangan tajam. Riak bersalah terpampang
jelas di wajahnya.
"Betul, aku kasi sebab aku takut dengan Dato' issac tapi, aku jugak fikir
tentang kau..your marriage.." Terang Zati dengan bersungguh-sungguh. Aku
mengerutkan dahi sedikit.
"I wanna help you, Lisa.." Perlahan dia mengusap bahuku. Nak tolong
aku? Aku pantas menggelengkan kepala.
"Tolong apa? Aku tak faham." Ucapku bersama helaan nafas berat di
hujung. Zati menarik nafas dalam-dalam. Sempat lagi dia mencapai cawan air kopi
di atas meja dan menghirup pantas.
"Aku fikir, mana tahu dengan berikan Dato' Issac kunci tu, dia dapat pujuk
kau..korang dapat selamatkan perkahwinan korang. Aku cuma nak kau bahagia
kembali, Lisa.." Ucapnya dengan
penuh semangat.
Cawan kopi diletakkan kembali di atas meja. Anak matanya
merenung ke arahku dengan pandangan simpati.Sumpah aku kehilangan kata-kata.
Aku tahu!
Aku tahu dari awalnya yang Zati
memang takde niat buruk. Dia nak
tengok aku gembira kembali tetapi, aku mesti buat Zati faham tentang
kemahuanku.
"Zati..kau tahu kan yang aku dah bersedia untuk move on? Aku takut terluka lagi, Zati." Ujarku kepada gadis ini. Pantas dia mencatas kata-kataku.
"Lisa..kau,
aku, Dato Issac, Fatin, even mak ayah kita..semua pernah buat silap.Not only
Dato' Issac but all of us deserve a second chance." Ucapnya dengan sangat tenang.
Masih
lagi cuba untuk memujuk aku.
"Dia
tak pernah percayakan aku, Zati.."
"Dan itu kesilapannya..lihatlah keadaan dia Lisa. Kau nampak kan dia
sangat-sangat menyesal sekarang? Aku pasti dia tak akan mengulanginya
lagi." Dengan yakin gadis berlesung pipit ini menyuarakan pendapatnya.
Aku
hanya mampu merenung kosong ke arah timbunan buku-buku Zati di atas meja.
Sesungguhnya aku buntu!
Erghh!
Zati dan Fatin sama sahaja! Masing-masing masih berharap yang aku memberikan
lelaki itu peluang kedua.
Rasa macam nak hantukkan kepala ke dinding je. Budak dua ekor
ni..mentang-mentang si Iskandar tolong bekalkan dorang pelbagai maklumat dan
data untuk thesis dorang, boleh pulak bersungguh-sungguh jadi jurucakap lelaki
itu ya!
"Confident
betul kan kau? confidentttt betul kan??!" Soal aku dengan sangat geram
sambil menjegilkan mata ke arah Zati.
Gadis ini kulihat menelan liur.
Takut-takut dia merenung ke arahku.
Aiii!Kecik
besar kecik besar aje aku nampak si Zati ni. Dia ni team siapa sebenarnya? Team
aku ke team Iskandar??! Dengan teragak-agak Zati bersuara akhirnya
"Atau..kau
nak ikut cadangan Mak Ngah supaya terima
Abang Hilman?"
Pantas
aku mengangkat tangan kanan ke arahnya dengan wajah yang bengang.
"Cukup!
Kau jangan cakap apa-apa Zati. Darah aku dah naik sampai kepala ni!"
Amaran
keras aku berikan kepada Zati dengan ton suara yang meninggi. Pantas gadis ini
bangun dan mencapai cawan kopi serta piring yang mempunyai sedikit sisa-sisa
kerepek. Kemudian, terus dia menikus ke
dapur.
Sumpah,
dengar sahaja nama Abang Hilman darah aku menggelak teruk dah ni. Itu seekor
lagi! Di sini Zati dan Fatin memujuk aku
untuk menerima Issac Iskandar. Di sana pula, ibu asyikkkk tak habis-habis
dengan calon menantu barunya, si Abang Hilman. Aku memang tak boleh terima
Abang Hilman! Aku tak cintakan dia langsung! Apabila bersama dia, aku takde
rasa apa-apa!
Lainlah
kalau dengan Iskandar. Baru dia tenung je, dah rasa nak pengsan! Seperti ada
suara yang membisikkan ayat itu di telinga. Terbayang jelas renungan yang penuh
mempesonakan milik lelaki itu di fikiran. Lisa! Please..stop it!!
Kedua-dua
belah tangan meraup wajah dengan kasar. Ikatan pada rambut kuleraikan dan aku
picit-picit kasar kawasan kepala. Ah, lantaklah kalau dah rupa langsuir
sekalipun! Yang pasti aku memang tertekan betul saat ini. Bolehkah aku
menghadap muka lelaki itu selama 100 hari nanti?!
***
Rindu
punya fasal dengan Dina, aku gagahkan diri juga datang ke sini walaupun kalau
boleh aku tidak mahu bertentangan mata dengan Iskandar. Dari atas bangku besi
ini, tangan kanan kulambaikan ke arah anak kecil yang hendak menuruni papan
gelongsor itu. Bersorak riang dia dan kawannya yang juga tinggal di apartment
ini. Seronok betul puteri comel sorang tu hari ni. Mana tidaknya, semua
kemahuannya aku turutkan.
Siap bawa ke taman permainan di bawah apartment ni
lagi untuk dia bermain. Aku juga ada buatkan Dina pai epal! Senyuman di bibir
semakin lebar apabila Iva Irdina berlari ke mari.
"Mama
jom main swing!" Ujar Dina yang memakai thermal legging berwarna pink.
Legging itu bisa memanaskan kakinya yang sejuk ditampar angin musim luruh. Pantas aku menganggukkan kepala.
"Okay! Jom!" Ucapku sambil menyambut huluran tangannya.
Langkah
kaki kami aturkan menuju ke arah deretan buaian yang terdapat di bahagian kanan
taman permainan.
Apabila
Dina gembira begini, aku juga turut sama bahagia. Terlalu bahagia. Buaian yang
dinaiki Dina aku tolak dengan sangat berhati-hati. Apa lagi, bersoraklah
sukalah dia. Setelah beberapa minit menemani Dina bermain buaian, aku akhirnya
melirik ke arah jam di tangan. Dah pukul 4 petang! Baik aku bawa Dina naik
sekarang. Sempatlah aku hidangkan minuman petang sebelum lelaki itu balik
nanti.
"Dina..jom
kita makan apple pie kat atas."
Ajakku
setelah menghentikan buaian besi ini dari bergerak. Bercahaya mata Dina merenung
ke mari. Pantas dia menganggukkan kepala.
Aku
kemudiannya berpimpin tangan dengan Dina untuk naik ke atas. Sampai sahaja di
hadapan lif, aku mengemaskan ikatan pada rambut Dina.Wajah kuangkat dan
tergamam aku jadinya apabila pintu lif terbuka. Affendi Jufri? Dia juga
tersentak melihat aku di sini.Serta-merta dadaku berombak laju.
Ya Allah,
redakanlah kemarahan yang sudah mula mengocak hati ini. Tangan kiri kugenggam
kuat. Dia ni lah antara penyebab perkahwinan aku dan Iskandar ranap teruk. Muka
kacak, tapi perangai kelaut! Betul ke dah insaf ni? Ish..Malissa..tak baik kau
persoalkan tentang perkara tu. Mana tahu dia betul-betul insaf. Tapi, aku masih
berang dengan dia ni! Serius!
"Datin
Malissa.." Ucapnya akhirnya. Aku buat bodoh aje. Tangan Dina aku tarik
untuk masuk ke dalam lif tapi pantas lelaki ini menahanku.
"Nanti
dulu..tolonglah. I have something to say." Bersungguh-sungguh dia merayu.
Aku tidak jadi untuk melangkah.
Wajahnya
kuhiris dengan renungan tajam. Nampaknya, kawasan pipinya masih membiru
gara-gara dipukul Iskandar minggu lepas. Aku membatukan diri saat ini. Hanya
ingin mendengar sahaja apa yang Fendi ingin katakan kepada aku.
"Sa..saya minta maaf. Saya betul-betul berdosa dengan Datin dan Dato'.
Dengan Iva Irdina juga, saya berdosa." Tergagap-gagap dia bersuara. Aku
hanya mampu menghelakan nafas berat. Tangan Dina kucapai dan aku mula bersuara.
"Jom
Dina.."
Sekali
lagi langkahku terhenti gara-gara ditahan lelaki ini.
"Datin.."
Bulat
mataku menjegil ke arahnya.
"Stop calling me Datin!" Ucapku dengan tegas. Ya Allah..rasa sangat
tak sesuai gelaran tu untuk aku. Aku lebih selesa dengan Maira Malissa.
Lagipun, bila dengar aje perkataan Datin tu, wajah Mak Datin diva sorang tu
yang terbayang di ruangan fikiran. Eee..tak naklah aku!
"Dato' tak bersalah. Tolonglah maafkan Dato'..Dato' benar-benar cintakan
Datin."
Rayu lelaki yang memakai jaket hitam di badan ini.
Ohh..Fendi
juga nak jadi jurucakap kepada lelaki itu rupanya. Aku tersenyum sinis.
"Sepanjang dua tahun, saya yang ditugaskan untuk memasukkan duit dalam
akaun Datin setiap bulan. Saya juga yang bertanggung jawab mengkhabarkan segala
aktiviti Datin kepada Dato'. Walaupun masa tu Dato' tak tahu Datin Malissa
difitnah, Dato' tetap ambil tahu tentang Datin..he really loves you. Trust me "
Dengan bersungguh-sungguh Fendi berkata begitu. Terlopong luas mulut aku
jadinya. Blank terus otak.
"What?! Selama dua tahun awak spy saya??!" Terjerit kecil aku
jadinya.
Issac Iskandar, siap awak! Fendi kulihat terpempan
sedikit dengan
reaksi aku.
"Tolonglah
maafkan Dato' Issac..dah lama dia terseksa. Saya tak akan dapat maafkan diri
saya selagi Dato' dan Datin tak berbaik semula. Sampai mati saya akan rasa
bersalah sekiranya Dato' dan Datin bercerai." Rayunya dengan
bersungguh-sungguh. Aku terus mengangkat
tangan kanan tanda menyuruhnya untuk berhenti.
Ya Allah rimasnya dengan orang
sekelilingku saat ini. Semuanya kasihankan Iskandar. Tiada sapa agaknya yang
cuba untuk faham apa yang aku rasa. Sebak mula menelusuri ruang dada. Dengan
pantas aku menarik tangan Dina dan melangkah masuk ke dalam lif. Punat pada
dinding kutekan berkali-kali supaya pintu lif tertutup dengan cepat.
"Datin..tolonglah
maafkan Dato'.."
Suara lelaki itu bergema lagi sebelum pintu lif tertutup
rapat. Mata yang berkaca sedikit kuseka dengan hujung jari.
Kalau
dua tahun dia rindukan aku, kalau dua tahun dia mengambil tahu tentang aku,
kenapa tidak sehari dalam dua tahun itu dia datang untuk berjumpa dan
bertanyakan sendiri tentang perkara itu kepada aku?Aku dijatuhkan hukuman tanpa
diberikan peluang untuk membela diri! Adilkah?
***
Huh..nasib baik Iskandar belum lagi pulang. Dah 4.15 pm. Sempat ni!Pantas aku meletakkan beberapa keping pai epal ke dalam piring kaca. Khas buat puteri kecilku itu. Cadangnya bila Iskandar muncul sahaja di ruangan ini, aku dah pun bersedia untuk pulang. Tak perlu lama-lama bertentangan mata. Langkah kaki kuatur kemas menuju ke ruang tamu. Piring berisi pai epal kuletakkan di atas meja makan.
"Dina..jom
makan." Laungku dengan mesra.
Anak
kecil itu yang sedang menonton televisyen di atas sofa terus menghampiriku.
Sebaik sahaja melabuhkan punggung, dia hanya merenung dengan sedih ke arahku.
Lah..dah kenapa pulak ni?
"Mama.."
Panggilnya perlahan. Aku terus mengelus rambutnya.
"Hmm?" Soalku sambil tersenyum manis.
"Bercerai tu apa?"
"Bercerai tu apa?"
Bagai
dipanah tepat pada jantung, begitulah keadaan aku saat ini. Tergamam teruk!
"Err.."
Demi
Allah aku kehilangan kata-kata. Dina masih lagi menanti jawapan dariku.Pantas
aku memeluk Dina dengan sangat erat. Bahunya kuusap lembut saat ini.
"Dina! Esok Dina nak makan apa? Ermm..mama masakkan chicken rice, nak?" Soalku dengan lembut. Sedaya upaya
aku cuba untuk ubah topik. Lambat-lambat Dina mengangguk dengan lemah.
Tiba-tiba aku dapat idea untuk gembirakan dia semula.
"Mama
ada hadiah tau untuk Dina.." Ucapku dengan nada yang sangat gembira.
Sedikit-sebanyak mampu membuatkan Dina berubah riak. Tidak lagi wajah itu
semurung tadi.
"Hadiah apa?" Soal anak kecil ini.
"Haagen Dazs ice creammmm!!"Aku menjerit keriangan. Bukan aku tak
tahu itu adalah kegemaran Dina. Memang
aku ada belikan semasa datang ke sini tadi. Apa lagi, gembira terus wajahnya
tu.
"Yeayyy!
Thank you mama!" Ucapnya dengan sangat girang. Pantas aku mencapai
sekeping pai epal dan kuhulurkan kepadanya.
"Mama
dah simpan aiskrim tu dalam peti sejuk
tadi. Sekarang, kita makan apple pie dulu okay?" Ujarku. Pai epal di
tangan aku suapkan kepada Dina. Berselera juga dia menjamahnya. Diam-diam ada
rasa pilu melata di dalam hati aku. Dina, macam manalah agaknya nanti ya? Mama
tak boleh hidup tanpa Dina.
"Untuk
papa takde ke apple pie?"
Astaghfirullahalazim!
Terkejut beruk jadinya aku. Bila masa dia ni masuk? Kenapa tak sedar langsung?
Terus aku mendongakkan kepala sambil mengetap bibir.
"Papa!"
Pantas Dina melompat turun dari kerusi.
Tangan papanya yang segak dengan long
coat hitam di badan dicapai erat. Setelah mencium tangan papa, Dina bersuara
lagi.
"Papa..jomlah
makan sekali." Ajak Dina. Terus Iskandar mencium pipi budak comel ini.
Ralit aku melihat gelagat bahagia dua beranak di hadapanku ini apabila
tiba-tiba renungan Iskandar berada tepat di wajahku.
"Papa akan makan kalau mama yang suapkan."
Matanya masih lagi merenung ke mari membuatkan aku menjegil ke arahnya. Nak kena dah dia ni!Sengajalah tu nak ambil kesempatan.
Matanya masih lagi merenung ke mari membuatkan aku menjegil ke arahnya. Nak kena dah dia ni!Sengajalah tu nak ambil kesempatan.
"Mama..suapkan
papa juga, pleaseee..." Dengan wajah yang polos Dina merayu.
Iskandar pula semakin menghampiriku. Aku
mulalah tak senang duduk dah ni. Tak boleh jadi. Apple pie di tangan kuletakkan
kembali ke dalam piring.
"Dinaaaa...sebenarnya,
mama kena balik dah ni. Nanti papa suapkan Dina ye?" Ujarku yang terus
bangun dari kerusi.
"Mama..please
tidur sini.."
Aduh..dia
buat lagi.Permintaan Dina yang ini memang aku tak mampu nak tunaikan. Belum
sempat aku bersuara, Dina merayu lagi.
"Mama
janganlah balik.."
Aku
merenung ke arah Iskandar. Dengan harapan, dia boleh tolong pujuk Dina seperti
selalu.
"Malissa..why
don't you sleep here tonight?" Soal Iskandar dengan wajah yang serius.
Terpempan aku jadinya. Dina pula apa lagi, terus memeluk tubuhku seperti tak
sanggup lepaskan aku saat ini.
"Please
mama..please.." Rayunya sambil mendongakkan kepala. Aku pula terus
berbisik kepada Iskandar dengan sangat perlahan.
"Now
tell me,what's your plan, Dato' Issac Iskandar??" Soalku dengan sangat
geram. Pantas dia mendekatkan bibirnya rapat ke telingaku.
"Don't
you miss Dina? Don't you wanna be close to me? I know you miss me so much
Malissa. Stop denying your feelings." Bisiknya dengan sangat perlahan.
Terus aku melarikan kepala. Bulat mataku merenung ke arahnya dengan pandangan tak puas hati.
"
Siapa rindu awak? Hmm? Awak ni memang dah ting tong. Perasan pulak tu.
Tolonglah pujuk Dina.." Aku masih cuba bercakap elok-elok dengan dia.
Dengan
harapan dia boleh memujuk puteri tunggalnya tu. Kalau boleh, aku tak nak sampai
Dina menangis-nangis macam hari tu. Sumpah aku tak sampai hati nak lihat dia
begitu lagi.
"
Malissa..just stay with us tonight. Don't you trust me? Abang tak akan paksa
Lisa untuk.." Belum habis dia berbisik aku terus mencantas.
"Come
on, Dato' Issac Iskandar..kan saya dah cakap awal-awal dulu yang saya tak akan
tidur sini. Saya sedar diri saya. How can I sleep under one roof with
someone yang pernah benci saya dulu?" Sinis sekali ayat itu aku tuturkan.
Iskandar merenung ke arahku dengan wajah yang sedikit sayu.
"Dina..mama
pulang dulu. Esok mama datang ya? Mama bawa hadiah untuk Dina esok."
Ucapku dengan sangat lembut. Bergenangan air mata di wajah Dina saat ini.
Semakin lama semakin penuh ruangan itu menampung air jernih dan apabila dia
mengelipkan matanya, berjujuran air mata turun bagai tidak akan berhenti.
Pantas aku menariknya ke dalam pelukanku. Kedua-dua pipi Dina kucium saat ini.
"Dina
jangan nangis. Esok mama datang lagi ya." Pujukku dengan bersungguh-sungguh.
Iskandar hanya mampu merenung sahaja ke mari. Malas aku mahu menebak apa yang
berada di fikirannya. Dina..maafkan
mama, sayang. Bukan mama tak nak tidur sini..tapi mama tak boleh.
***
Bab
17 B
Mesej
yang kuterima pagi tadi sedikit sebanyak mengganggu juga fikiranku. Kata
Iskandar di dalam mesej whatsapp itu, aku tidak perlu menjemput Dina hari ini
kerana dia perlu berjumpa dengan cikgu Dina. Tapi, kenapa hati aku tak sedap
sangat ya?
Mee
bandung di dalam pinggan hanya mampu kukuis sahaja saat ini. Selera makan aku benar-benar hilang. Ya Allah,
kerana marahkan Mak Datin sorang tu, kerana masih marah dan merajuk hati dengan
Iskandar, Dina jadi mangsa. Tapi mana mungkin aku tidur sana semalam? Sehelai
baju pun aku tak bawa. Kejamkah aku terhadap anak kecil itu?
Nafas
kutarik dalam-dalam. Sudu di tangan kulepaskan.
Sebunya terasa perut. Sumpah aku takde selera!
Tak
sedap betul hati aku saat ini. Aku
mengangkat wajah ke arah Zati. Ada juga sedikit rasa gembira menjengah hati
apabila melihat sepupu aku yang seorang
ni makan dengan bersungguh-sungguh mee yang aku masak. Memang Zati dah lama
mengidam nak makan mee bandung! Nak yang resipi Mak Ngah katanya! Nasib baik
aku sempat belajar dengan ibu resipi ni.
"Malissa..kau
dah kenapa?" Soal Zati dengan pelik. Terhenti terus kunyahannya. Aku pula
terus mencapai gelas berisi air suam dan kuteguk sedikit.
"Kenapa
kau tak makan?" Bulat mata Zati merenung ke arah mee yang tak luak
langsung di dalam pingganku.
"Aku
takde seleralah Zati.." Luahku dengan hati yang sangat bimbang.
"Lah.
Apesal pulak?" Soalan Zati membuatkan aku kehilangan kata-kata. Perlahan
aku menggelengkan kepala. Aku sendiri tak ada jawapan untuknya tu.
"Betul
kau tak selera?" Soalnya. Pantas aku menganggukkan kepala. Aku terus
menolak pinggan mee menjauhiku.
"Kejap."
Ibu
jari dipetiknya pantas dan dia terus meluru ke dapur. Aku merenung ke arahnya
dengan pelik. Sekelip mata dia kembali ke sini bersama roti, keju dan sekotak
campuran buah-buahan yang dibelinya pagi tadi.
"Mungkin
lidah kau dah jadi orang Belgium. Nah kau makan ni." Ujarnya sambil tersenyum lebar. Eh, sindir
aku ke apa ni? Makanan-makanan di tangannya dilonggokkan di hadapanku.
"Kau
jangan nak sindir-sindir aku ya! Tak nak lah.." Aku menjeling ke arahnya.
Makin galak dia ketawa.
"Makanlah sikit..nanti kau sakit perut, akuuu jugak yang susah! Kau ni
kan..ada je nak buat aku risau!" Pujuk Zati dengan nada yang risau. Pujuk
ke? Lebih kepada membebel kut! Sedap
pulak nampak buah-buahan di dalam kotak plastik jernih itu. Dengan lemah aku
menganggukkan kepala.
"Hm..ye lah.. ye lah..Tok wan Zati!" Balasku sambil membuka kotak
plastik jernih di hadapanku. Garfu kucapai dan aku mula mencucuk buah sepotong
buah epal saat ini.
"Mee ni kau tak nak kan?"
Soal Zati setelah melihat aku menjamah buah
epal merah. Pantas aku menggelengkan kepala. Bersinar matanya merenung ke arah
mee yang
masih penuh di dalam pingganku.
"Thanks! Rezeki aku lah nampaknya."
Tergelak besar aku memerhati gelagat Zati. Selamba sahaja dia mencapai pinggan mee tersebut dan dituangkan ke dalam pinggannya yang sudah hampir licin. Tak tahulah aku ni jenis mudah terhibur ke apa. Tapi, bila bersama Zati memang tak kering gusi aku. Nak marah pun terbantut selalunya! Zati siap angkat-angkat kening lagi ke arahku sambil menyuapkan sesudu mee ke mulutnya. Amboi gembira betul aku tak dapat habiskan mee tu. Bertuah punya budak!
Aku
pula yang masih lagi takde mood hanya menjamah buah sahaja. Perlahan-lahan aku
mengunyah sambil memikirkan tentang janjiku untuk bersama lelaki itu selama 100
hari. Aduh..kenapalah aku tak bertahan semalam? Malu dengan orang-orang kat
taman tu punya fasal akhirnya aku
bersetuju dengan permintaan Iskandar. Dia tu memang licik orangnya. Geram
betul!
Ting
tong! Ting tong!
Aku
dan Zati berpandangan untuk seketika. Siapa aje yang nak datang ke mari waktu-waktu
begini? Zati menggaru kepala yang tak gatal.
"Fatin
jaga Dina kat rumah Dato' Issac kan?" Soalnya dengan pelik. Pantas aku
menganggukkan kepala. Hah, jangan-jangan..
"Zati..kau
buka pintu. Kalau Iskandar, kau cakap dengan dia aku takde." Ujarku
kelam-kabut.
Tergamam jadinya Zati. Belum sempat dia berkata apa-apa aku terus
melangkah laju ke arah bilik. Siap kunci lagi! Bukan aku sengaja ingin
melarikan diri dari Iskandar tetapi aku benar-benar perlukan masa.
Tok!
Tok!
"Malissa..buka
pintu ni!" Jeritan Zati dapat
kudengar dengan jelas di luar sana. Cemas betul! Iskandar ugut dia
jangan-jangan!
"Lisa..Dina hilang! Please buka pintu ni!"
"What??!"
Jeritku lemah.
Seperti
tidak ada suara yang mampu keluar saat ini. Longlai terasa lutut. Berderau darah
di dalam badan saat ini. Sebak yang mengasak dada semakin menjadi-jadi. Aku
terus menyandarkan diri untuk seketika pada dinding untuk mengelakkan diri dari
terjatuh. Ya Allah! Apa yang aku baru dengar ni? Sedaya upaya otak sedang
memproses semula maklumat yang baru aku terima itu. Kelam-kabut aku memulas tombol
pintu bersama tangan yang terketar-ketar. Basah wajah dengan linangan air mata
yang lebat mengalir.
***
Bab 18
Sebak
di dalam dada seperti tidak mahu berkurangan. Air mataku mencurah-curah bagai tidak
ada tanda boleh berhenti. Semakin aku seka, semakin banyak ianya mengalir
membasahi pipi. Aku hanya menghalakan pandangan pada luar tingkap kereta
sahaja. Iskandar yang berada di kerusi pemandu juga tidak bersuara langsung
semenjak tadi.
Ya Allah, di mana Dina?
Kenapa Dina menghilangkan diri? Atau ada orang yang menculik Dina? Segenap
pelusuk sekolah kami mencari anak kecil itu tadi tetapi tidak juga jumpa. Kami
juga ke taman permainan yang terletak berdekatan dengan sekolah Dina, pun tak
nampak kelibatnya di situ. Dina kat mana sayang? Mama tak boleh hidup tanpa
Dina.
Rasa
bersalah mengasak-asak diri saat ini. Tersedu-sedu aku menangis. Tidak lagi aku
menahan suara seperti tadi. Iskandar pantas memberhentikan kenderaan di bahu
jalan. Bagaimana kalau aku sudah tidak dapat berjumpa dengan Dina selepas ini?
Aku sepatutnya tunaikan permintaannya semalam! Kejamnya aku! Aku sepatutnya
menemani Dina di apartment Iskandar. Kedua-dua belah tangan menekup wajah dan
aku menangis semahu-mahunya. Terhinggut-hinggut bahuku menahan sedu-sedani
"Malissa..please
don't cry. In syaa Allah, kita akan jumpa Dina nanti." Lembut suara itu
memujuk aku ketika ini.
Di dalam sedu-sedan yang tak dapat ditahan lagi aku
menoleh ke arah Iskandar. Aku lihat Iskandar ingin menyentuh kepalaku tetapi
akhirnya dia menurunkan kembali tangannya. Aku dah tak dapat fikir apa-apa
lagi. Terbayang-bayang wajah Dina di dalam fikiranku.
"Saya
tak turutkan permintaan Dina semalam. Saya takut kalau saya tak akan jumpa Dina
lagi lepas ni." Ucapku di dalam
sedu-sedan yang berpanjangan.
Teragak-agak Iskandar menyentuh tanganku. Bersama
lurutan lembut dia merenung dalam-dalam ke arahku. Matanya juga berkaca teruk.Tangannya dialihkan kemudiannya.
"Shh..kita
akan jumpa Dina..Insyaa Allah. Trust me." Dia cuba meyakinkan aku.
"Saya
kejam. Saya pentingkan diri!" Aku masih lagi menyalahkan diriku. Semakin
banyak air mata mencurah-curah keluar.
Ya
Allah Dina..mana Dina pergi sayang? Dina dah tak sayang mama ke? Terpejam-pejam
aku menangis saat ini.
Terasa kepalaku diusap lembut oleh Iskandar.
Perlahan-lahan aku membukakan mata. Iskandar aku lihat tergamam seketika.
Pantas tangannya dilarikan dari kepalaku.
"Malissa..bukan
sebab Lisa, Dina hilang. I won't blame you sweetheart. It's not your
fault."
Pujuknya dengan sangat perlahan. Hiba meruntun jiwa saat ini.
Patutlah dari pagi tadi aku tak sedap hati. Dina selalu sangat menjadi mangsa
keadaan.
"Saya
memang tak layak untuk jadi mama Dina, kan?" Iskandar tergamam mendengar
kata- kataku itu. Terus tanpa diduga, lelaki ini menarik bahuku ke dalam
pelukannya.
Tergamam aku jadinya saat ini bersama linangan air mata yang
membasahi pipi. Entah kenapa aku tidak ada daya untuk menolak perlakuannya itu.
Mungkin kerana sedikit sebanyak kesedihan di hati terasa kurang apabila berada
di dalam pelukannya ini. Benci untuk aku mengakuinya namun itu yang aku rasakan
saat ini.
"You're
the best mommy Dina could ever have, Lisa. Abang janji dengan Lisa, kita akan
jumpa Dina semula." Bisik lelaki ini dengan sangat perlahan.
Semakin lebat
air mata yang keluar dari kelopak mataku. Lurutan jemarinya di bahuku mampu
menenangkan aku saat ini. Namun, tergamam aku jadinya apabila terasa dahiku
seperti dikucupnya lembut. Debaran terus mengisi ruangan dada.
Memang kalau
dulu, beginilah cara dia memujukku ketika aku sedih dan gundah gulana.
Bunyi
mesej whatsapp yang baru masuk ke telefon bimbitku membuatkan Iskandar
melepaskan pelukannya di bahuku. Berbahang terasa wajah saat ini. Nyata lelaki ini juga seperti baru tersedar
apa yang dilakukannya kepadaku tadi. Berliter-liter
darah menyerbu wajah.
Canggungnya keadaan ini kurasakan. Aku
menjeling ke arah lelaki di sebelahku ini sekilas. Nyata dia juga nampak
janggal. Aku lihat dia melarikan anak mata ke hadapan dan menyebakkan rambut ke
belakang. Nafas berat dihelakan Iskandar sambil merenung ke arahku dalam-dalam.
"You
must be mad at me right now. I'm sorry Lisa..demi Allah abang tak ambil
kesempatan. Just like old times, when you were sad abang selalu..."
Ucapnya dengan perlahan tetapi sangat bersungguh namun kata-katanya terhenti di
situ sahaja apabila aku melarikan anak mata ke arah lain.
Kelu seribu bahasa
jadinya. Aku masih lagi menahan segala rasa yang sudah mula menghuni segenap
inci ruangan hati.
Bersama keberanian yang kukumpulkan di dalam dada aku memberanikan diri untuk menentang anak matanya. Bukan aku sahaja, lelaki ini
juga nampak sangat awkward. Dia kemudiannya menarik nafas dalam-dalam. Anak
matanya berlari di serata wajahku membuatkan aku melarikan anak mataku ke arah
lain.
"I'm
sorry..I accidentally kissed you..I am truly.."
Tidak
sanggup lagi untuk dengar kata-katanya itu. Bertambah berderau darah di dalam
badan mendengar perkataan yang disebutnya itu membuatkan aku mencantas
kata-katanya. Memang salah dia! Tapi aku juga ada salahnya.
"Kita
nak cari Dina di mana ya?"
Pantas aku melarikan anak mata ke arah lain dan menyeka wajah
dengan kedua-dua belah tangan.
Aku hanya menundukkan wajah sahaja di dalam
debaran yang semakin menggila.
Ya Allah why Lisa? Why??! Lisa, kau sedar tak
apa yang baru berlaku sebentar tadi? Kenapa kau benarkan diri kau berada di
dalam pelukan eratnya in the first place?
Di
dalam debaran yang berpalu di dalam dada, tanganku kelam-kabut menyelongkar
telefon bimbit di dalam beg tangan. Lincah tangan berlari di atas skrin saat
ini. Mesej dari Faliq Peeters rupanya!
"Assalamualaikum
Malissa, Iva Irdina is at my house. Please come here. This is my address
:"
Tanpa
sempat membaca habis alamat yang tertera di situ, aku terus meletakkan telefon
bimbitku ke atas riba Iskandar.
"Syukur
Ya Allah! Syukur Alhamdulillah!" Suara penuh kesyukuran milik Iskandar bergema
di dalam kereta mewah ini.
Aku juga turut sama memejamkan mata. Tangisan
kuseka dengan jemari namun semakin banyak pula air mata yang mahu tumpah.
Kedua-dua belah tangan kemudian menekup wajah saat ini. Basah lencun muka
bersama tangisan kesyukuran yang lebat mengalir.
Terima
kasih Ya Allah..terima kasih untuk peluang ini. Aku janji aku tak akan
menjadikan Dina mangsa keadaan lagi. Mama akan sentiasa menemani Dina, sayang.
Mama tak akan sia-siakan Dina. Sesekali, tak akan!
***
"Dina
nak makan buah?" Soalku apabila Dina muncul di ruangan ini.
Pisau dan
papan pemotong kucapai saat ini. Pantas anak kecil ini memelukku dengan sangat
erat. Air mata mulalah membanjiri ruangan mata. Ya Allah, betapa aku bersyukur
Dina selamat. Soalan aku masih tidak dijawab Dina. Pisau di tangan kuletakkan
di atas papan pemotong.
"Mama..please,
tidur sini. Please, mama..mama tidur sini ye?" Rengek Dina.
Memang
aku sudah bersedia dengan permintaannya yang ini. Aku membongkokkan sedikit tubuh
supaya dapat menghadapnya dengan jelas. Bersama senyuman aku menjawab
soalannya.
"Yes..mama
tidur dengan Dina malam ni." Ucapku bersama senyuman manis. Berubah terus
riak wajahnya. Gembira betul dia bersorak.
"Yeayyy!"Tubuhku
dipeluknya dengan sangat erat sekali lagi.
Aku
kembali mencapai pisau. Mangkuk berisi buah-buahan segar aku capai bersama
sejuta persoalan di dalam kepala.
Apa
yang sebenarnya terjadi kepada Dina? Aku dan Iskandar mengambil keputusan untuk
tidak menanyakan sebarang soalan berkaitan kehilangannya kepada Dina untuk
sementara waktu. Tunggulah sehingga keadaannya ceria semula. Kata Faliq
Peeters, kakaknya Hilda, terjumpa Dina di taman permainan yang letaknya di
sebelah sekolah semasa mengambil adiknya, Stella pulang tadi. Dina kelihatan sedang menangis
teruk ketika mereka terjumpanya. Ya Allah, kenapa dengan Dina? Kenapa dia sedih
sampai begitu? Siapa yang buat anak aku sedih begitu? Adakah Dina dibuli di
sekolah? Pelbagai soalan menerjah fikiran saat ini.
"Dina
sayang..nak kiwi atau pear?" Soalku dengan lembut.
"You.
I want you. Just you." Bisikan suara yang sangat romantik bergema di
telinga kananku membuatkan nafasku hampir terhenti.
Iskandar! Bulat mataku
menjegil ke arah lelaki yang berada sangat dekat denganku. Sejangkal aje kut
jarak antara kami.Pantas aku cuba untuk menjauhkan diri darinya tapi dia lebih dahulu mengunci pergerakanku dengan meletakkan kedua-dua belah tangannya pada meja pulau ini.
"Ya
Allah! Terkejut tau tak! Mana Dina?" Soalku kepada lelaki yang kelihatan
segak dengan sweater biru gelap di badan.
Berdegup
pantas jantung apabila anak matanya berlari ke serata wajahku. Memang hobinya
agaknya tenung-tenung aku begini!
"Dina
kat dalam bilik. Sekarang hanya ada papa Dina je. Only me..and you."
Ucapnya di antara dengar dan tidak.
Elok sahaja dia mengemaskan kedudukan tangannya di
kedua-dua belah sisi tubuhku, sehingga membuatkan aku tersandar pada meja batu
ini. Aku cuba hendak melangkah keluar dari ruangan dapur ini tapi segala
pergerakanku telah terkunci. Pantas aku menudingkan jari ke arahnya.
"Tepi,
saya nak tengokkan Dina." Ujarku dengan tegas kepada lelaki ini. Dengan
tidak semena-semena tanganku yang menuding ke arahnya digenggam erat. Tergamam
aku jadinya.
"Can't
you spare me a few minutes of your precious time?" Ada nada tidak puas
hati di dalam nada suara itu.
Aku cuba menarik tangan kananku yang berada di
dalam genggamannya tapi tidak berdaya. Debaran yang mengasak sangat-sangat
menyesakkan dada saat ini.
"Apa
pegang-pegang ni?? Let go of my hands now!"
Iskandar
hanya ketawa kecil.
"Sejuknya
tangan. Are you that nervous, Malissa? Just like the first time I touched your
hands dulu. Do you still remember that moment?" Soalnya dengan sangat
romantik. Pantas aku melarikan anak mata ke arah lain. Dia ni sengaja nak usik
aku ke apa ni?
Eee geramnya!
Nasib
baik tak terkeluar jantung dari badan. Pantas aku bersuara dengan sangat geram.
"Apa
yang awak merepek ni?!" Dapat juga aku melepaskan tanganku. Dia kembali
mengunci aku di dalam ruang yang diciptakannya.
Aku tak tahu apa yang ingin dikatakannya tapi, aku terlebih
dahulu membuka mulut di dalam rasa gugup yang semakin menguasai diri.
"Kalau
dalam piramid sosial tu orang ada title macam awak memang tempatnya kat atas
kan? Orang macam saya ni selalunya di bawahlah. Boleh dibuang, dicampak-campak
sesuka hati. Kalau nak, kutip balik. Semudah itu ke?" Soalku dengan sangat
geram. Namun aku masih lagi mengawal nada suaraku.
Tak mahu sampai Dina dengar.
Iskandar melepaskan keluhan berat. Anak matanya berlari ke segenap wajahku
bersama riak wajah yang sayu.Wajahnya ditundukkan sedikit saat ini.
"Malissa..abang
tak pernah anggap Lisa macam tu. In fact dah banyak kali abang minta maaf..I'm
really sorry. For all those times your heart bleeded because of me, for
all those moments you needed me but I wasn't there for you, for every
words that had hurt you so bad, I'm truly sorry, sayang." Luahnya
dengan bersungguh-sungguh. Dia cuba untuk mengusap pipiku namun dengan kasar
aku menepis.
"Listen
here, Dato' Issac..dulu, years ago..sebelum kita kahwin, saya adalah babysitter
Dina. Biarlah sekarang pun macam tu. Nothing changed and nothing will change.
Full stop." Ucapku dengan sangat tegas.
Iskandar merenung ke arahku dengan
pandangan tidak puas hati. Wajahnya yang tegang ini memberitahuku yang dia
terkesan dengan kata-kataku tadi. Bersama sedikit senyuman, anak mata helangnya
merenung dalam-dalam ke arahku.
"Well,
if nothing changed, why were you blushing so hard and became really nervous
when I kissed your forehead just now?" Soalnya tegas, mampu membuatkan lidahku
keras seperti batu. Hanya debaran yang semakin memuncak. Berbahang terasa
wajahku.
"I
need to go. Tepi." Aku berkata dengan tegas. Bersama wajah yang
serius dia menggelengkan kepala.
"No!
Answer me first. Kenapa Lisa biarkan abang peluk Lisa tadi? Why did you let me hug you in the first place if you hate me
that much?"
Anak
mata terus kularikan ke arah lain saat ini. Demi Allah aku dah tak tahu nak sembunyi
wajah ni kat mana. Iskandar ni memang sengaja nak uji kesabaran aku!Anak mata
kami bertautan untuk seketika membuatkan detakan jantung bertambah ritmanya.
Sumpah aku sudah kehilangan kata-kata.
"Mama.."
Mendengar
sahaja suara itu, Iskandar terus mengalihkan tangannya dari meja pulau. Tidak
lagi dia mengunci aku seperti tadi.
"Di..Dina..nak
makan kiwi or pear, sayang?" Tergagap-gagap aku menyoal Dina.
"Kiwi,
mama!" Ujar Dina. Iskandar masih lagi merenung ke arahku manakala aku pula
sehabis daya cuba berlagak selamba.
Erghh..membiarkan aku hanyut di dalam
pelukannya tadi adalah kesalahan aku yang paling besar untuk tahun ni. PALING
BESAR.
Malissa,
you broke your own heart loving him. Don't ever repeat the same mistake
again.
***
BERSAMBUNG XD
TERIMA KASIH KEPADA SEMUA YANG SUDI BACA, LIKE, SHARE DAN BERIKAN KOMEN DI FACEBOOK :) SEMUA KOMEN2 SEPERTI BIASA BOLEH DIBERIKAN DI FACEBOOK GROUP : BILA SURI RYANA MENAIP :) LET ME KNOW YOUR THOUGHTS LADIES :) THANK YOU SO MUCH..SEE YOU THERE!
TERIMA KASIH KEPADA SEMUA YANG SUDI BACA, LIKE, SHARE DAN BERIKAN KOMEN DI FACEBOOK :) SEMUA KOMEN2 SEPERTI BIASA BOLEH DIBERIKAN DI FACEBOOK GROUP : BILA SURI RYANA MENAIP :) LET ME KNOW YOUR THOUGHTS LADIES :) THANK YOU SO MUCH..SEE YOU THERE!