Bab 19
"Subhanallah, walhamdulillah,
wala ilaha illallah, wallahu akbar..subhanallah, walhamdulillah, wala ilaha illallah,
wallahu akbar.."
Sambil
berzikir aku mengelus lembut rambut Iva Irdina. Bersama bibir yang sedang
memuji kebesaran Allah ini hati aku dijentik rasa sayu.
Kenapa
ya dengan puteri kecilku? Lain sangat kelakuannya malam ni. Anak mata berada
pada wajah budak perempuan yang sedang mengiringkan badannya ke arahku ini. Dah
tidur rupanya. Perlahan-lahan aku mengalihkan tangan dari kepalanya. Comforter
yang membaluti bahagian badannya kutarik ke atas sedikit supaya menutup tubuh
kecilnya dengan sempurna.
Apa
yang telah dan sedang terjadi
pada Dina?
Dengan
penuh berhati-hati aku menelentangkan badan saat ini. Iva Irdina tidak mahu langsung
berenggang dengan aku semenjak petang tadi. Ada juga dia bermanja dengan
papanya tetapi tak sampai lima minit dia akan melekat semula denganku.
Apabila
aku keluar aje dari bilik, dia juga turut sama keluar. Aku ke dapur pun dia nak
ikut. Lepas tu, satu lagi, asyik nak peluk aje. Very very clingy. Aku mengusap
dagu dengan hati yang risau.
Yang
paling membuatkan aku bimbang, dia tak nak tidur tadi! Padahal, Dina tak pernah
ada masalah untuk tidur sebelum ini. Susah betul nak pujuk budak comel tu tidur
tadi.
Di
dalam cahaya lampu kuning yang samar-samar ini aku melemparkan pandangan ke
arah siling. Berat hati rasanya tika ini bagai sedang dibebani dengan batu
besar. Kebimbangan semakin menjadi-jadi sehinggakan detak jantungku sudah tidak
sekata lagi.Macam-macam yang masuk ke dalam fikiran. Dina seperti takutkan
sesuatu. Gaya dia peluk aku tu, memang lain macam. Dia dibuli di sekolahkah? Ah,
tak boleh jadi ni!
Dengan
perlahan-lahan aku bangun dari katil. Jam pada dinding aku teliti saat ini. Pukul
11 : 20 malam. Agak-agak lelaki itu sudah tidur atau belum? Aku perlu bercakap
dengan Iskandar tentang hal ni.Otak bekerja keras menyusun ayat yang akan aku
luahkan kepada lelaki itu sekejap lagi.
Langkah
kaki kuatur perlahan-lahan turun dari katil. Rambut yang terlepas bebas aku
sanggul dengan gaya messy bun. Sedaya
upaya aku mengginjatkan kaki supaya tidak membangunkan Dina. Tombol pintu
kupulas dengan perlahan-lahan dan aku mula melangkah keluar dari bilik ini.
Cahaya
lampu kuning dari bahagian ruang tamu memberitahu aku yang lelaki itu masih belum
tidur. Sayup-sayup kedengaran bunyi televisyen. Serta-merta debaran mengisi
ruangan dada. Haih..tak nampak bayangnya lagi aku dah jadi cuak. Alamak! Tadi,
aku confident, tapi kenapa sekarang rasa macam tak berani nak berhadapan
dengannya? Apa masalah jantung aku ni dengan lelaki tu sebenarnya? Tak pernah
nak berdamai!
Kepala
kujengukkkan sedikit ke ruang tamu. Televisyen terpasang, tapi mana agaknya
lelaki itu ya? Takde pun! Pantas anak mata menyorot ke arah balkoni di sebelah
kiri ruangan ini. Eh tertutup rapat aje pintu kaca tu. Kepala yang tak gatal
aku garu. Takkan nak ketuk bilik dia pulak? Sweater yang menghiasi badan
kubetulkan keadaannya saat ini.
"Miss
me? Hm?"
Astaghfirullahalazim! Deru nafasnya di telinga membuatkan aku menoleh ke
belakang bersama jantung yang berdebar teruk.
"Terkejut
tau tak!" Marahku sambil menjegilkan mata ke arahnya untuk sesaat.
Dia tidak memberikan sebarang reaksi cuma,
anak matanya sahaja yang memanah ke mari membuatkan aku mula canggung. Renungan
yang mengasyikkan itu mampu mengacau bilaukan jiwa. Lenyap terus ayat-ayat yang
aku karang dari atas katil tadi.
"Saya.."
Baru
aku bersuara, Iskandar pantas memotong bersama senyuman yang sangat menggoda di
bibir.
"Lisa
rindu abang?" Soalnya di antara dengar dan tidak, setelah dilihat aku
tergamam begini.
Pantas
aku menjauhi lelaki yang memakai sweatshirt putih ini. Aku melangkah setapak ke
belakang.
"Perasan.
Siapa rindu awak?"Nada suaraku sudah naik satu oktaf.
Rambut yang terjuntai ke depan wajah aku
betulkan.
"Then, why are you looking for me at this hour, sweetheart?"Soalnya
bersama renungan yang sedikit serius.
Debaran
semakin laju. Anak matanya
dikecilkan sedikit seakan-akan cuba membaca
fikiranku. Belum sempat aku bersuara, dia dah senyum dengan sangat
mengasyikkan.
"Bahaya
tau. Tak takut dengan abang?" Usiknya.
Dah
dia senyum senget pula apabila berkata begitu. Kenapa aku rasa sedikit
tercabar? Pandangan tidak puas hati kuberikan kepadanya.
"Siapa
yang takut dengan awak? Hm?" Pantas aku menyoal.
Iskandar
mula mendongakkan kepalanya sesaat sambil ketawa kecil. Aku mula terpaku dengan
gelagatnya itu. Kenapa lelaki ini nampak sangat sempurna di mataku?
Kemudian,
dia kembali merenung ke arahku dengan pandangan yang sangat mengasyikkan. Langkah
diambil supaya berada beberapa jengkal sahaja di hadapanku. Aku terus
menyandarkan badan ke dinding.
"Oh..tak
takutlah ni ya?" Soalnya bersama sedikit senyuman.
Sebelah
tangan diletakkan pada dinding, betul-betul di sebelah kepalaku dan wajahnya
ditundukkan sedikit. Bau shower gel yang sangat maskulin menusuk hidung
memberitahu aku yang jarak antara kami sangat dekat. Aku masih lagi maintain
berani.
Anak
matanya kulihat berlari dari rambut yang menutupi bahagian kanan wajahku ke bahagian mataku dan kemudiannya ke hidung. Debaran
semakin laju berdetak sehingga merimaskan dada.
"Lisa..selama
dua tahun Lisa takde, there were just too
many cold, lonely, sleepless nights.
Wishing you were here with me masa tu..walaupun abang tahu benda tu
mustahil. I miss everything about you. Your smile, your touch, your voice, your
hug..everything! Abang rindukan Lisa. Sangat-sangat."
Aku hanya mampu diam
membatu sahaja mendengar luahan hati lelaki ini. Kaki ingin melangkah tetapi
kenapa hati tetap mahu mendengar segala rayuan yang keluar dari bibir lelaki tampan
ini?
"Don't
you miss me at all?"
Soalannya membuatkan aku kehilangan kata-kata. Lama
kami berbalas renungan.
Ya
Allah, kenapa aku tak boleh nak berdusta langsung yang aku tak rindukan dia ni?
Belum sempat aku menarik nafas dengan soalannya itu, tangan kanan lelaki ini pula sudah menyelak
ke tepi rambut yang menutup bahagian kanan wajahku. Terkaku aku jadinya. Sentuhannya
mampu membuatkan aku terdiam.
Tanpa
sedar aku hanya membiarkan sahaja diriku merasa sentuhan hangatnya itu. Jemarinya
berlari dari rambutku ke hidung dan kemudian sentuhannya dapat kurasa dengan
jelas di bibirku. Pantas aku memejamkan untuk seketika.
Demi Allah, aku tak
tahu apa jadi dengan aku malam ini. Mungkin hati sangat merindukan sentuhan
lelaki ini. Aku akui aku terlalu marah dengannya dan aku masih belum bersedia
untuk memaafkannya tetapi kenapa hati dan jiwa ini terlalu rindukan Iskandar? Dia
meninggalkan aku dulu di dalam keadaan kami yang sedang hangat bercinta. jelas di fikiran memori-memori lalu. Selepas
dia pergi tidak ada tidak lagi cinta untuk lelaki lain. Tiada
lelaki yang mampu membuatkan aku rasa sangat bernilai dan dicintai sebelum
Iskandar tiba dalam hidupku.
"I
know you miss me, Malissa.." Ucapnya dengan lembut. Pantas aku membuka mataku.
Bagai
tersedar dari lamunan yang panjang, aku menepis jemarinya di pipiku. Bibir aku ketap untuk seketika. Marah dengan
diri sendiri saat ini.
"Awak
memang sengaja kan?" Soalku geram. Masih lagi cuba memberanikan diri
bersama rasa gugup yang menggila.
"Mm.."
Kepala diangguknya sedikit.
"Memang
sengaja." Bisiknya lembut.
"And
now I know how much you miss me." Sambungnya lagi membuatkan aku menarik
nafas dalam-dalam saat ini.
Erghh macam mana aku boleh terbabas ni?
Anak matanya masih memberi renungan berhantu
itu kepadaku. Pantas aku melarikan anak mata ke arah lain sebelum memberanikan
diri memandang ke arahnya kembali. Tangan meraupkan wajah untuk sesaat sebelum
kembali memandang ke arahnya.
"Abang
rindu lihat Lisa resah dan gelisah macam ni.." Usiknya di antara dengar
dan tidak.
"I
can see you're trying so hard to push me away..and.."
Jantungku
sudah berdetak dengan sangat laju mendengar kata-katanya itu. Di dalam debaran
yang tidak mahu surut aku ternanti-nanti kata-katanya.
"And
you look so adorable." Bisiknya bersama renungan yang mendebarkan jiwa. Mulutku
yang selalunya petah berkata-kata kini seperti terkunci.
Pantas
aku menjauhi lelaki ini bersama hati yang sudah tidak keruan.
Erghh
I've made a big mistake! Patut aku duduk diam-diam aje dalam bilik tu.
"Dah
lah. Saya nak tidur. Isk, nak bincang tentang Dina pun susah!" Kelam-kabut
aku berkata begitu untuk menutup segala kegugupan yang sudah tidak terbendung.
"I'll
see her teacher tomorrow. Now, let's talk about us." Ujarnya sedikit
serius.
Pantas
aku menjauhkan diri sedikit darinya. Baru sahaja hendak melangkah pergi lelaki ini
memaut erat lenganku dengan sedikit kuat membuatkan aku terdorong ke arahnya.
Tubuh tegapnya disandarkan pada dinding bersama tangannya yang melilit kemas
pinggangku. Pantas aku yang berada di dalam pelukannya ini cuba melepaskan diri darinya namun tidak berdaya.
"
Let me go, Dato' Issac Iskandar!" Tegas aku menyebut ayat itu kepada lelaki
yang berada di hadapanku ini. Enggan lagi perasaanku hanyut seperti tadi. Demi
Allah aku terlalu marah dengan diri sendiri saat ini.
"Malissa..please..just
for a minute. Please be in my arms for 1 minute. Is that too much to ask?"
Soalnya sedikit serius.
"Yes!
That's too much to ask for! Let me go! NOW !!" Nada suaraku sudah naik
satu oktaf.
"Malissa.."
Luahnya sedikit kecewa seraya melepaskan pautannya di pinggangku. Masih lagi
berhadapan dengannya aku mengambil dua tapak ke belakang supaya ada jarak di
antara kami. Pantas aku bersuara dengan lemah.
"Awak
yang terlebih dahulu bina tembok antara kita. So please, kita hanyalah
pekerja dan majikan. Not more than that and takde majikan laa dalam dunia ni
yang suke buat perangai macam awak." Kata-kataku hanya membuatkan lelaki
ini semakin tidak puas hati. Rambutnya diraup kasar ke belakang.
"I
know you miss me as much as I miss you. Kenapa mesti seksa diri lagi?"Soalnya
dengan bersungguh-sungguh.
"Jangan
nak merepek ya! 2 tahun menghilang, tiba-tiba awak cakap awak rindukan
saya?" Sindirku.
Tapi
kenapa hati aku juga turut sama terkesan? Ya, dua tahun dia menghilang tanpa
berita namun siang malam dalam dua tahun itu aku mengharapkan dia. Aku
sepatutnya marah dan bencikan dia tetapi kenapa aku tak mampu memadam rindu itu
sehingga ke saat ini?
"What
can I do to make you forgive me? Apa Lisa nak abang buat untuk Lisa maafkan
abang? Just say it.." Bersungguh-sungguh bibir yang sedikit merah ini
bersuara. Aku tidak menjawab tetapi hanya keluhan berat sahaja yang keluar dari
bibirku.
"Nothing.
Just forget me and move on." Kerana rasa sakit hati yang bersisa aku
berkata begitu. Anak mata Iskandar tajam merenung ke mari.
"Semudah
itu?" Soalnya dalam nada tidak percaya.
Kemudian dia melemparkan pandangan ke sisi
kanan untuk seketika sebelum merenung dalam-dalam ke arahku. Riak tidak puas
hati terpampang jelas di wajahnya.
"Now
listen!" Tegasnya dengan wajah yang serius. Aku membalas renungan
helangnya.
"2
years gone..tak pernah sehari abang tidur tanpa fikirkan sayang..I really love you
Malissa." Aku menarik nafas dalam-dalam mendengar kata-katanya itu. Wajah
kudongakkan tepat ke arahnya.
"Sekarang
baru nak cakap tentang rindu? Sehari dalam dua tahun tu, kenapa awak tak pernah
terfikir untuk jumpa saya dan beritahu tentang surat dan gambar tu? Tidak ada ke
sehari dalam setahun tu awak terfikir untuk jumpa saya dan beritahu tentang
sebabnya awak tinggalkan saya?"
Soalku dengan sebak yang sedikit mengasak dada. Issac Iskandar melepaskan
helaan berat.
"I
was so upset with you..abang rasa tercabar lihat Lisa dengan lelaki lain.You're
mine. Only mine! I was so angry and upset, sweetheart. Tapi, dalam marah yang
menyala rindu untuk Lisa tak pernah hilang." Terangnya dengan
bersungguh-sungguh.Tangannya pula menggenggam kedua-dua belah tanganku.
"Trust me, I've tried many times to hate you..tapi cinta untuk Lisa
semakin kuat." Aku menarik kembali
tanganku dari dalam genggamannya.
"I
hate you!" Ujarku sambil menekup wajah dengan kedua-dua belah tangan.
Sebaik
sahaja tangan kuleraikan dari wajah, anak mataku bertemu dengan anak mata
lelaki yang sedang merenung sahaja ke arahku itu. Perlahan dia bersuara sambil
menggelengkan kepalanya sedikit.
"You're
lying..Lisa tak benci abang tetapi Lisa benci diri Lisa sendiri sebab masih
cintakan abang."
Apabila
dia mengucapkan sebuah kenyataan, aku menjadi tergamam teruk saat ini.
"You
still love me." Ulangnya dengan yakin.Anak mata kularikan ke arah lain.
"Look
right into my eyes and tell me that you don't love me anymore." Ujarnya. Mahu
tak mahu aku kembali memandang ke arahnya.
Pandangan kami bertautan lagi. Kali
ini lebih lama. Nafas kutarik dalam-dalam sebelum bersuara.
"Yes,
I don't love you anymore."
Sebaik
sahaja berkata begitu, aku terus memalingkan wajah. Tidak sempat memerhati
reaksi
Iskandar.
Laju kaki berlari ke arah bilikku. Lincah tangan kelam-kabut
mengunci pintu dan saat ini aku hanya mampu bersandar pada dinding pintu
bersama degupan yang semakin memuncak. Air mata akhirnya berlinangan dari pipi.
Aku
mungkin boleh tipu Iskandar, namun hakikatnya aku tahu aku tak boleh tipu diri
sendiri lagi.
***
Hati
yang bimbang membawa aku ke sini. Aku tahu Iskandar beritahu semalam yang dia
akan berjumpa dengan cikgu Dina hari ini. Pastinya semasa menghantar Dina pagi
tadi dia sudah berjumpa dengan cikgu Dina. Jadi, alang-alang aku hendak
mengambil Dina di sekolah ini, aku merancang untuk bertemu dengan Hilda, kakak kepada Faliq Peeters dan Stella.
Anak mata
kuliarkan ke serata kawasan sekolah. Anak mata tercari-cari wajah gadis tinggi
lampai dan berambut coklat kemerahan itu. Hilda juga persis Faliq Peeters,
mempunyai mata yang sama warnanya dengan Issac Iskandar. Coklat chestnut.
"Mungkin
dia belum sampai lagi agaknya." Ujarku kepada diri sendiri. Lagipun ada
lebih 15 minit lagi sebelum waktu persekolahan tamat.
Coat
labuh berwarna merah gelap di badan aku buka butangnya dan aku mula melabuhkan
punggung di atas bangku kayu yang letaknya di kawasan kanan bangunan sekolah.
Ikutkan hati mahu sahaja aku tanyakan kepada Iskandar tentang apa yang
dikatakan oleh cikgu Dina tentang kes anak kecil itu. Nafas aku tarik
dalam-dalam. Nantilah..biar aku tanyakan dengan Hilda dulu.
"Assalamualaikum!"
Pantas
aku menoleh ke sisi kananku.
"Faliq!"
Ucapku dengan nada sedikit terkejut.
"Waalaikumussalam.." Liar anak mata memerhati kawasan sekitar. Tidak, Hilda tidak kelihatan di sini.
"Waalaikumussalam.." Liar anak mata memerhati kawasan sekitar. Tidak, Hilda tidak kelihatan di sini.
"Mana
kakak awak, Hilda?" Soalku sebaik sahaja lelaki ini mengambil tempat di
sebelahku. Aku mengesotkan tubuh ke hujung bangku untuk menjarakkan diri
darinya.
"Oh Hilda is busy today. Jadi, saya yang akan ambil Stella." Jawab
Faliq.
"Owh.."Hanya
itu sahaja yang mampu keluar dari bibir.
Anak mata kulemparkan ke arah daun maple
yang bertaburan di atas rumput. Memang aku sedikit kecewa tetapi, harapanku
belum lagi musnah kerana ada Faliq di hadapanku! Pantas aku mengangkat wajah ke
arah lelaki yang sedang merenung ke arahku itu.
"Awak nak berjumpa Hilda?" Soal Faliq sebelum sempat aku bersuara. Lelaki
ini membetulkan rambutnya yang digayakan dengan messy hairstyle sambil merenung
ke arahku.
Lambat-lambat
aku menganggukkan kepala. Tidak mahu berselindung apa-apa dari lelaki ini aku
terus meluahkan apa yang terbuku di hati.
"Erm..yes..saya nak tanyakan tentang Dina kepada dia." Kata-kataku
membuatkan Faliq menarik nafas dalam-dalam. Lama juga dia merenung ke arahku
membuatkan aku tertanya-tanya sendiri.
"Sebenarnya,
saya mahu hubungi awak untuk bercakap tentang Iva Irdina tetapi saya takut cara
saya itu salah." Luahnya dengan sangat berhati-hati.
"I don't understand." Ujarku sedikit pelik.
"That
man..Issac Iskandar..he's your husband, right?" Soalan Faliq yang ini
membuatkan aku terdiam seribu bahasa.
Tahulah
aku kenapa Faliq mengatakan yang dia teragak-agak untuk menghubungi aku
sebentar tadi. Nafas berat dihela olehku. Lelaki yang segak dengan jaket North
Face berwarna merah dan hitam di badan ini sedang merenung ke arahku dengan penuh
simpati.
"Malissa..I don't know what problems you are facing tetapi, Dina perlukan
awak." Akhirnya dia bersuara lagi setelah dilihatnya aku diam seribu
bahasa.
Semakin bimbang jadinya hatiku. Pantas aku mengangkat wajah ke arahnya.
"What do you mean?" Soalku dengan hati yang semakin tidak tenteram.
"Dina needs you. Dia takut kehilangan awak lagi." Luah Faliq dengan
bersungguh-sungguh.
Pandangan blur kuhadiahkan kepadanya. Detak jantung sudah
mula tidak sekata menandakan yang aku sangat risau saat ini. Yang pastinya,
Faliq memang tahu sesuatu!
"Faliq..Dina
ada beritahu awak apa-apa?" Kelam-kabut aku menyoal. Shawl yang melilit
leher aku tanggalkan.
"Dina beritahu saya yang mama dan papanya akan bercerai."
Kata-kata
Faliq membuatkan aku terkedu dengan sangat teruk. Tubuh kusandarkan lemah pada
bangku. Teringat perbualan aku dan Dina tempoh hari. Dia ada menanyakan aku
tentang maksud perkataan bercerai itu.
"Maksudnya
dia tahu makna bercerai tu?" Tanpa sedar aku meluahkan apa yang berada di
fikiranku dengan hati yang sangat gusar.
Otakku tak mampu untuk berfikir lagi.Kerana
akukah Dina jadi begini? Sebak sudah mula menghimpit dada.
"Malissa..Dina
sangat sedih selepas mengetahui maksud perkataan itu. Mungkin kerana sedih dan
kecewa..atau marah, dia tidak mahu pulang ke rumah dan melarikan diri ke taman
permainan di lorong kiri itu."Kata-kata Faliq membuatkan hati aku menangis
pilu.
Rasa bersalah sangat-sangat aku dengan anak kecil itu saat ini. Maafkan
mama Dina..mama bersalah. Faliq menyambung lagi ceritanya.
"Ketika
Hilda terjumpanya dia sedang menangis teruk.Dia juga beritahu Hilda yang dia
sedih kerana mamanya tinggal di tempat lain." Dengan mata yang berkaca aku
merenung ke arah Faliq. Semakin menjadi-jadi riak simpati di wajah Faliq untuk
aku.
"Sebab
saya Dina jadi begini Faliq.." Luahku dengan sangat lirih. Air mata
semakin membebankan bibir mata kutahan sebaik mungkin dari mengalir.
"Look, dia tak rasa sempurna seperti rakan-rakannya yang lain."
Apabila Faliq berkata begitu, air jernih terus berlinangan di pipi.
Lelaki ini
kulihat kelam-kabut mengeluarkan sesuatu dari dalam poket seluarnya. Kemudian,
sapu tangan kotak-kotak berwarna coklat dihulurkan kepadaku. Semakin lebat pula
air jernih ini mengalir. Pantas aku mencapai sapu tangan yang dihulurkan Faliq
dan mengesat wajahku. Setelah melihat aku sedikit tenang, Faliq bersuara lagi.
"For your information, di dalam kelas Dina, kesemua pelajar mempunyai ibu
dan bapa yang tinggal serumah. Yeah, sesetengah daripadanya mempunyai ibu tiri
dan juga ibu angkat tetapi, the thing is, mereka ada ibu yang sentiasa bersama
mereka."
Aku
hanya mendengar sahaja. Faliq terus bercerita, untuk membuatkan aku faham
mungkin, kenapa Dina jadi begitu.
"Di sekolah ini, guru sangat mementingkan hubungan di antara pelajar dan keluarga mereka.. Keluarga sering dijemput untuk mengambil bahagian di dalam pelbagai acara. Selalunya ibu yang akan datang meluangkan masa dan mengambil bahagian tetapi Dina, hanya papanya sahaja sesekali datang. Jika tidak, dia hanya berseorangan ketika rakan-rakannya bersama ibu atau bapa masing-masing menjalankan apa-apa aktiviti di sini." Tanpa dapat ditahan-tahan, air mata yang sudah berhenti kembali mengalir dengan laju.Sapu tangan kutembapkan di wajah untuk kesekian kalinya.
"Allahuakhbar.."
Rintihku dengan
pilu.
"Can you imagine her feelings?" Soal Faliq dengan sangat perlahan.
Dina
terlalu mendambakan kasih sayang seorang ibu. Patutlah budak manja itu lain
sangat kelakuannya semalam. Very clingy..cerita Faliq menjelaskan kenapa dia
mahu melekat sahaja denganku sepanjang masa.
Pagi
tadi pun jenuh aku memujuknya untuk ke sekolah. Satu lagi, patutlah dia tidak
mahu tidur semalam. Mungkin dia takut aku menghilangkan diri sekiranya dia
tidur, atau sekiranya dia pergi ke sekolah agaknya.
"Faliq.."
Baru
sahaja ingin mengucapkan terima kasih, kedengaran suara seseorang memanggil
namaku dengan tegas.
"Malissa!"
Pantas
aku menoleh ke hadapan. Susuk tampan seorang lelaki dengan kaca mata hitam di
wajahnya sedang merenung ke mari dengan wajah yang tegang. Hati yang tenang kini sudah mula tidak tentu arah keadaannya. Ada debaran mula melata di hati. Seringkali terjadi hanya apabila dia di sisi. Persoalannya, apa yang dia buat kat sini?
"Is..Iskandar?"
***
BERSAMBUNG XD
TERIMA KASIH SUDI BACA KARYA INI :) SEPERTI BIASA SEMUA KOMEN BOLEH DIBERIKAN DI FACEBOOK GROUP : BILA SURI RYANA MENAIP. LET ME KNOW YOUR THOUGHTS YA! KOMAPSUMNIDAAA :)