Bab 18
Nasi goreng istimewa sudah siap!
Memang istimewa nasi goreng fusion dari Chef Afina ini. Gabungan rasa Malaysia dan
Jepun pasti akan membakar mulut sesiapa sahaja yang menikmatinya. Tersengih
nakal bersama tanduk di kepala. Begitulah keadaanku saat ini. Anak mata masih
lagi melekat pada tiga pinggan nasi
goreng istimewa yang berada di atas meja. Persembahan sangat okay dan meriah.
Gabungan warna kuning, hijau dan oren pada sayur-sayuran pasti membuka selera
sesiapa sahaja yang melihatnya. Aku tidak dapat lagi menahan tawa. Bagaimana
agaknya reaksi 3 orang lelaki di luar tu setelah merasa juadah istimewaku ini
nanti?
Walaupun wasabi digunakan di dalam
juadah ini namun bahan yang berwarna hijau itu tidak langsung menjejaskan
tekstur dan warna nasi goreng ini. Udang juga dimasak dengan sempurna. Tidak
mentah dan tidak juga ‘overcooked’. Hati yang tadinya menggelegak geram kini
tersenyum puas! Bagai disimbah dengan ais. Begitulah sejuknya hati aku saat
ini.
Mengikut rancangan asal, aku
hendak gunakan cili sahaja untuk memberi kesan berapi pada mulut lancang si
playboy dan rakan-rakannya tu. Tapi, aku terpaksa mencari alternatif lain
apabila kuantiti cili yang terdapat di dalam peti sejuk tidak mencukupi.
Nasib baik aku tidak perlu
penat-penat memerah otak untuk menjadikan nasi goreng ini istimewa pedas. Setelah menggeledah peti sejuk, aku terjumpa
sekotak sushi yang masih berbaki. Yang peliknya beberapa paket wasabi tidak
digunakan langsung. Mungkin dia ni jenis yang tidak tahan pedas kut. Sushi
dimakan begitu sahaja, tanpa wasabi.
“Where’s my fried rice? Lambat
betul!”
Hendak terlompat keluar jantung
dari badan sebaik sahaja terdengar suara itu. Dada kuurut dengan perlahan.
Betullah kata orang, memang hati tak tenang kalau kita buat salah. Sebab itulah
aku boleh terkejut sampai macam ini sekali. King of crocodile ni pun satu! Dah
la datang tak bagi salam, boleh pulak
dia membentak macam tu. Wajah lelaki yang berdiri betul-betul di sebelahku ini
kujeling sekilas.
“Sedap tak ni?” Soalnya dengan wajah yang
masam mencuka. Sudu dicapai dan dikuis-kuis sedikit nasi goreng itu membuatkan
hatiku menjadi semakin berdebar-debar. Janganlah dia makan sekarang. Itu sahaja
doaku di dalam hati. Terus sahaja aku merampas sudu dari tangannya.
“Sedap sangat. Don’t worry aku dah
rasa.” Ujarku yang terus meletakkan kembali sudu tersebut di dalam pinggan.
Lelaki
itu mencerunkan matanya memerhati wajahku dengan sangat dalam. Macam tahu pulak
ada sesuatu yang tak kena dengan nasi goreng tu. Terus sahaja aku menapak ke arah peti sejuk. Jag air yang berada di
dalamnya kukeluarkan.
“By the way, ni air peel fresh
oren. Aku ambil dari dalam peti sejuk tu.” Lekas-lekas aku berkata begitu
sebelum dia bersuara kembali. Matanya tidak berani kutentang saat ini. Gugup
pula rasa hati. Tadi bukan main lagi nak mengenakan dia.
“Bagus! Fina yang lama dah kembali
nampaknya.”
Sinis sahaja suaranya menampar
gegendang telingaku. Aku terus mendongak. Dulu aku selalu memasak untuknya ke?
“Jangan-jangan kau dah sedar tak?”
Soalannya membuatkan aku ketawa kecil.
“Mana ada. Aku masih lagi pesakit
amnesia. Tapi, alang-alang dah nampak air tu tadi, aku tolong tuangkan aje la
dalam jag ni.” Ujarku dengan tenang. Riak wajah
yang sangat polos kupersembahkan kepada lelaki ini sedangkan di dalam
hatiku sudah pun tergelak riang. Ini dia jus oren yang dicampur dengan julap!
Hahaha!
“Sejak kau bangun dari koma, this is
the first time aku tengok kau yang dulu. Kau yang sentiasa mengikut arahan. I
like!” Lelaki itu kulihat memasukkan sebelah tangan ke dalam poket seluar. Aku
pula masih lagi terdiam memikirkan kata-kata lelaki itu.
“Aku? Sentiasa mengikut arahan kau?” Soalku
yang sudah mula membara kembali. Sabar Fina..sabar..!
“Yes..dulu apa sahaja aku suruh kau
buat, kau ikut je. Takde banyak bunyi macam sekarang.” Bidasnya dengan geram.
“Oh yes? Oh..of course! Of course!
Your wish is my command, sir…” Sambil mengangukkan kepala aku berkata begitu.
Begitu rupanya aku yang dulu. Seorang
dayang yang hanya mengikut telunjuk lelaki yang dikenali dengan nama King ini.
Terasa seperti dicengkam kuat hatiku saat ini tetapi aku cuba juga memberikan senyuman manis pada Adrian demi untuk
menjayakan projek malam ini.
“Good!” Ringkas sahaja ayat yang
terpacul dari bibir lelaki itu. Dia kemudiannya melaungkan nama rakan-rakannya.
“Zack!”
“Sam!”
Oh..seekor lagi rakannya tu bernama
Sam. Dengan pantas dua orang manusia itu muncul.
“Aku akan letakkan jag air oren ni
kat atas meja makan.” Ujarku acuh tak acuh. Tanpa menunggu jawapan dari Adrian, aku terus
mengangkat kaki dan melangkah keluar dari ruang dapur kering ini.
“Yes King!” Ujar Sam
“Ada apa tuanku?” Soalan Zack membuatkan aku
menggelengkan kepala. Sah mereng! Tuanku lah sangat! Tuanku buaya! Aku pula masih berdiri di sebalik dinding
luar.
“Makanan kita dah siap ke tuanku?”
Soalnya lagi.
“Tu..” Adrian kulihat tersenyum sambil memuncungkan
bibir ke arah pinggan-pinggan nasi goreng tersebut.
“King..dah lama aku tak makan
masakan bini kau ni.” Sam yang tadinya diam kini bersuara
“Bini?” Tajam mata Adrian menghiris wajah Sam.
“Ops..sorry.” Bersama sengihan Sam
berkata begitu.
Eleh, aku pun tak inginlah
berlakikan kau, Adrian! Perasan bagus!
“Tapi kan, dia ni masak memang
sedap! Ada
umpph!” Zack pula bersuara. Aku hanya mampu tersengih saat ini. Tawa yang sudah
pun meledak di dalam hati kutahan. Memang SANGAT sedap masakan aku tu. Umphhh
gila!
“Eh
boleh tak nanti kau suruh dia masakkan laksa untuk kitorang. Aku tak
boleh lupa laksa utara yang dia buat dulu tu. Perggh! Memang sedap bro!” Hampir
jatuh rahangku apabila Sam berkata begitu. Aku? Pernah masakkan laksa untuk
mereka? Macam tidak logik aje fakta tu.
“Aku kalau nak cari isteri, aku nak
cari yang pandai masak. Bukan setakat boleh masak tapi mesti pandai.” Zack
bersuara sambil mengangkat pinggannya.
“Dah tu, kau amik je la si Fina
tu.” Selamba sahaja Adrian
berkata begitu. Geram betul rasa hati. Dia ingat aku ni anak kucing? Suka-suka
hati boleh pass ke sana
ke mari? Kurang asam. Hatiku sudah mula menyumpah lelaki itu.
“Betul kau tak kisah?” Soalan Zack
membuatkan aku mencebikkan bibir. Gila!
“Hai Zack..bila pulak kau tukar
taste ni?” Celah Sam. Bahu rakannya itu dipeluk dengan kuat untuk seketika.
“Biar betul, bro! Habis tu mana kau
nak letak awek-awek kau yang berderet tu?” Sam menyoal lagi. Zack kemudiannya
ketawa besar.
“Aku cakap je bro. Gila kau! Takkan
lah aku nak tinggalkan Diana, Erin, Alya dan yang lain-lain demi ustazah nerd tu.”
Bidasnya. Mereka kemudiannya ketawa besar. Nak berdarah rasanya hati. Kurang
asam!
“Tahu pun!” Bidas Sam.
Aku terus menyorok semula di balik
dinding bersama jag berisi jus oren ‘istimewa’ yang masih berada di tangan
kanan. Panas terasa hatiku saat ini. Tidak sabar hendak melihat reaksi
ketiga-tiga orang lelaki itu sebentar lagi. Pasti hati aku yang sedang membara
ini akan sejuk kembali. Sabar Fina..kejap aje lagi.
Tersentak aku jadinya apabila Adrian dan rakan-rakannya
muncul di hadapanku bersama pinggan nasi goreng di sebelah tangan mereka. Darah
terus melonjak sehingga ke otak apabila terpandang wajah mereka itu. Poyo!
“Eh, aku pun tak ingin la nak
berlakikan manusia macam korang bertiga ni! Sudahlah perasan handsome, perangai buruk pulak
tu!” Sempat lagi aku membidas mereka. Baru sahaja ingin melangkah ke dalam
bilik, tanganku ditarik oleh Adrian.
Bergelojak teruk air oren di dalam jag.
“Tak ingin konon, tapi ada hati
intai aku.” Bisiknya dengan tajam di telingaku. Kemudian dia terus melepaskan
aku dan merampas jag di tanganku sebelum berlalu ke ruang makan.
“Intai?” Terkebil-kebil seketika
aku jadinya. Dia ni memang perasan!
“Terima kasih wahai dayang istana.”
Sempat lagi Zack berkata begitu sebelum mengekori langkah Adrian dan Sam.
“Mereng!” Aku menjerit kecil ke
arah lelaki itu.
Kalau tadi aku masih ragu-ragu
tentang perbuatanku ini, tetapi sekarang tidak lagi. Lihatlah sahaja layanan Adrian terhadap aku.
Bertambah geram apabila mendengar pengakuan lelaki itu sebentar tadi. Kononnya
aku yang dulu selalu mendengar arahannya. Kenapa aku tidak membantah? Ah,
jangan-jangan dia memang asyik membuli aku aje dulu! Kawan-kawannya yang mereng
tu pun sama. Menyakitkan mata dan menyakitkan hati! Tidak sabar rasanya hendak
melihat riak wajah mereka sebentar lagi.
Tidak mahu terlepas peluang
keemasan untuk lihat reaksi mereka selepas merasa juadah istimewaku itu, aku
terus sahaja melangkah ke arah ruang makan dengan kaki yang terginjat-ginjat.
Badan kusandarkan pada dinding. Sengihan ahli sihir muncul di bibir saat ini.
Kepala kujengukkan ke kanan untuk melihat wajah mereka.
Orang yang pertama menyuap makanan
ke dalam mulut adalah suami mithali milikku, Adrian dan diikuti oleh Sam dan Zack. Sumpah
aku sudah tidak mampu menahan tawaku. Wajah Adrian terus bertukar riak dengan
hanya satu suapan. Sudu di tangan dibalingnya dengan kasar ke atas pinggan
kaca. Berdenting kuat bunyinya. Nasib baik tidak pecah pinggan mahal itu.
Perut yang digeletek hebat melihat Adrian yang sedang
menekan batang hidungnya membuatkan aku menjadi semakin geli hati. Kepala
lelaki itu mendongak ke atas. Aku yang
sudahpun tidak dapat menahan tawa terus bertinggung dan menekan perut saat ini.
Jeritan Sam dan Zack kedengaran
dengan sangat kuat. Kedua-dua orang lelaki itu kulihat terus mencapai air oren
yang sudah pun dituang ke dalam gelas dan menghirupnya rakus.
“Pedas gila!!” Jerit Zack. Jag air
dicapainya lagi dan dituangkan ke dalam gelas.
“Apa yang dia letak dalam ni..???!”
Soal Sam pula.
“Wasabi agaknya!”Balas Zack dengan
wajah yang sudah pun merah teruk.
Adrian pula masih lagi terdiam. Pedas sangat
sehingga tidak mampu berbuat apa-apa agaknya. Tidak pula kubilang berapa gelas
air oren yang dicampur dengan julap itu masuk ke dalam perutnya. Tisu yang
berada di dalam bekas dicapainya dengan kasar dan dikesat pada wajah yang sudah
pun berpeluh teruk. Merah padam seperti udang kena bakar kulihat wajah Adrian. Berair mata lelaki
itu saat ini. Itulah penangan wasabi! Pedasnya tu menusuk sampai ke hidung.
Memang menyengat!
“Finaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaa!!!!!!”
Akhirnya dia memekik namaku dengan sangat kuat. Seperti hendak runtuh
kondominum mewah ini. Tangan kanannya pula menghempas meja sehingga berdentum.
Alamak! Tuanku sudah murka. Jadi, izinkan
patik mengundur diri sekarang! Lintang pukang aku berlari masuk ke dalam bilik
sebaik sahaja terdengar jeritan King Adrian Benjamin.
Tawa yang meletus kuat tidak lagi kukawal
paras bunyinya setelah mengunci pintu. Selepas beberapa jam, mereka akan
berulang alik ke tandas pula sehinggalah esok hari. Julap pemberian mama untuk melancarkan
perjalanan bahan buangan di dalam ususku sekiranya ada masalah nanti memang
amat berguna sekali di dalam projek ini. Banyak juga ubat-ubatan yang
dibekalkan mama kepadaku kerana risau aku jatuh sakit di sini.
Badan kuhempaskan ke atas katil. Mata pula
memandang tepat pada siling. Jahat sangatkah aku? Niat utama bukan untuk
mendajalkan mereka cuma aku mahu mengajar sahaja supaya selepas ini mereka
tidak bersikap kurang ajar dan pandang enteng dengan perempuan yang kurang
cantik dan nampak nerd seperti aku. Itu sahaja. Kalau dulu mungkin aku boleh
dibuli dengan sesuka hati tetapi aku mahu Adrian
sedar zaman itu sudah lama berlalu meninggalkannya. Segaris senyuman puas muncul
di bibir. Pasti lena tidurku malam ini.
***
Bersambung :D








