**AKAN DATANG 2018!! : DRAMA TI AMO SWEETHEART 100 HARI! LAKONAN ZUL ARIFFIN DAN NEELOFA**
&
**KLIK! PENGANTIN MUSIM SALJU LAKONAN ALIF SATAR DAN NANA**

Wednesday 23 July 2014

Kimchi Untuk Dia [Bab 11]


Bab 11

Dari jauh dapat kulihat umi, Pak Su dan Mak Su sedang melambai ke arah kami. Pakcik di sebelah Pak Su pun sedang memandang ke mari. Cuma Danial sahaja yang sedang membelakangi kami sambil berbual di telefon bimbitnya. Sempat lagi aku mencebikkan bibir. Ikut hati, mahu sahaja aku pulang ke rumah saat ini. Malas hendak bersemuka dengannya namun kerana umi, aku gagahkan juga. 

"Kak Long..ingat! Buat bodoh aje. Jangan tegur. Ini bukan pejabat. Kak Long tak perlu nak beriya layan dia sangat!" Sekali lagi aku mengingatkan Kak Long. 

"Ye..Kak Long tau la.." Nampaknya Kak Long sudah bosan kerana aku asyik mengingatkannya perkara yang sama.

Langkah kami lajukan sedikit saat ini kerana tidak sedap hati pula membiarkan mereka menanti di situ. Di dalam hati tertanya-tanya juga apa hubungannya dengan keluarga aku? Di dalam bahasa apa pula dia berbual dengan umi? Tak mungkin umi, Mak Su dan Pak Su tahu berbahasa korea. Bahasa Inggeris? Mereka juga tak pandai sangat pun berbahasa inggeris. Shawl di kepala kubetulkan sedikit sebelum menerpa ke arah umi. Aku terus sahaja memeluk ibuku ini. Kak Long juga melakukan perkara yang sama. Ketiga-tiga kami berpelukan dengan sangat erat. Lupa seketika tentang lelaki samseng lagi poyo yang berada di sini. 

"Umiii...rindunya Bella dengan umi.." Luahku dengan bersungguh-sungguh. 

"Lina pun rindu sangat dengan umi." Kak Long juga meluahkan perkara yang sama. Di dalam hatiku tidak putus-putus aku berterima kasih kepada Allah kerana mempermudahkan urusan umi, Pak Su dan Mak Su untuk mengerjakan umrah. Aku yakin hati Kak Long juga membisikkan perkara yang sama. 

"Umi pun rindu dengan korang.." Senyum lebar aku mendengar kata-kata umi. 

"Amboi..dengan Mak Su tak rindu ke?"

Alamak! Lupa pula pada Mak Su. Janganlah ibu saudara kesayanganku ini terasa hati. Terus sahaja aku melonggarkan pelukan pada tubuh umi dan lekas-lekas aku menoleh ke arah Mak Su bersama senyuman manis di bibir. 

"Mestilah rinduuuu.." Tubuh Mak Su kurangkul kemas saat ini. Mak Su juga melakukan perkara yang sama. 

"Mak Su, Darwina dah tahu ke Mak Su dan Pak Su sampai hari ni?" Soalku setelah pelukan dileraikan. Anak-anak Mak Su, yakni sepupu aku, kedua-duanya sedang menuntut di luar negara dan kedua-duanya dibiayai oleh JPA. 

"Dah..Mak Su ada call Wina kat UK masa tengah tunggu beg tadi." Kepala kuanggukkan berulang-ulang kali sebaik sahaja mendengar jawapan Mak Su. Apabila Kak Long ingin memeluk Mak Su, aku mengalihkan pandangan kepada Pak Su pula.

"Pak Su.." Tegurku sambil mengukirkan senyuman di bibir. 

Sempat lagi mataku menjeling ke arah Danial yang kini kulihat sedang tergamam memerhati ke arah aku dan Kak Long. Sengaja aku menjungkitkan sebelah kening kepadanya. Apa pandang-pandang? Jika tadi giliran aku dan Kak Long terkejut chipanzi, kini giliran lelaki ini pula yang tersentak melihat kelibat kami di sini. 

Pecah tawa di dalam perut melihat wajahnya saat ini. Baru kau tahu langit tu tinggi ke rendah. Kalau aku maklumkan tentang perangai poyo dan samseng kau tu kat Pak Su, agak-agak kau boleh lagi tak maintain cool macam selalu? Mata kualihkan semula kepada Pak Su.

"Pak Su sihat?" Soalku sambil tersenyum mesra. Pakcik yang berdiri di sebelah Pak Su kulihat hanya tersenyum sahaja memerhati ke arah aku dan Kak Long. Rupa tak macam orang melayu. Matanya sedikit sepet dan berkulit putih. 

"Alhamdulillah..cuma batuk sikit aje..kamu dengan Salina sihat?"   Dengan pantas aku mengangukkan kepala. 

"Alhamdulillah kami sihat Pak Su.."Belum sempat aku bersuara, Kak Long dah pun menjawab soalan Pak Su tersebut. Tangan Pak Su disalamnya saat ini. Dengan pantas kulihat Pak Su menoleh ke arah pakcik yang sedang berdiri di sebelahnya.

"Inilah anak sulung dan anak bongsu arwahnya Sallehuddin.."  Ujarnya. 

"Bella..Salina..pakcik ni kawan lama Pak Su  dan arwah ayah kamu.." Aku dan Kak Long sama-sama mengangukkan kepala mendengar penjelasan Pak Su. Kawan lama? Rasanya tidak pernah aku bertemu dengan pakcik ini dahulu. 

"Apa khabar, pakcik?" Kak Long bersuara. Aku hanya mengukirkan senyuman sahaja. 

"Alhamdulillah, khabar baik.." Jawabnya di dalam bahasa melayu yang sangat fasih tetapi sedikit pelat.

"Bella..Salina..arwah ayah memang rapat dengan Pakcik Dani ni dulu.." Kedengaran suara umi pula berkumandang. Sekali lagi aku menganggukkan kepala. Tapi, di dalam hati aku lebih ingin tahu apa hubungan Danial dengan mereka. 

"Pakcik pernah berhutang nyawa dengan Pak Su dan arwah ayah Bella dan Salina." Lirih bunyinya. Kata-kata lelaki itu sedikit sebanyak menarik minatku. 

"Ishh kamu ni Dani..ke situ pulak." Tegur Mak Su. 

"Perut saya dah berbunyi ni Dani. Apa kata kalau kita singgah restoran sekejap lagi. Boleh bersembang lagi nanti. Kamu tu sibuk aje selalu. Jarang dapat bersembang-sembang begini lagi selepas ni." Cadang Pak Su sambil menggosok perutnya.

"Boleh boleh..sebelum tu.." Kata-kata Pakcik Dani tergantung di situ sahaja. Dia kemudiannya menoleh ke arah Danial.

"Danial.." Panggilnya. 

"Yes papa.." 

Papa? Terdiam aku untuk seketika. Walaupun aku ada juga meneka yang dia adalah anak pakcik ini, namun aku tetap tergamam. Sejak bila pula keluarga aku pandai berkawan dengan orang-orang kaya ni? Ada rasa tidak selesa menular di dalam hati saat ini.

"Ini Danial..anak pakcik."


"Ooo.." Itu sahaja yang mampu keluar dari mulut aku dan Kak Long. Senyuman sumbing sahaja mampu kuhadiahkan. 

"They are Maya's sisters. Arwah Maya. Bella and Salina." 

Dadaku berdegup kencang semenjak  terdengar nama Maya tadi. Bulat mataku memandang ke arah Pakcik Dani. Memang semua orang memanggil arwah Kak Ngah dengan panggilan itu. Singkatan kepada nama penuhnya, Sumayya. Sekiranya bapak si Danial dan arwah ayah adalah kawan baik, apa pula hubungan arwah Kak Ngah dengan anak kawan baik ayah yang 'baik' sangat ni?

"Hi.." Ujarnya sepatah. Dapat kulihat matanya hanya tertancap pada wajah Kak Long sahaja. Takut la tu nak pandang wajah aku. 

"Hi..nice to meet you " Kedengaran suara Kak Long berbahasa basi. Nice to meet you konon! Bluekks! Hendak termuntah aku. Aku pula hanya buat bodoh sahaja dan terus berpaling kepada umi dan Mak Su. Malas nak pandang wajahnya yang kerek tu. Tanganku terus sahaja memegang troli yang penuh dengan bagasi di sebelah kananku. 

"Jom kita beransur sekarang. dah tua-tua ni pantang lambat sikit makanan masuk ke dalam perut. Mulalah nak gastrik." Kata-kata Pak Su disambut oleh gelak ketawa semua orang kecuali aku dan mamat samseng itu.

"Danial, tolong Bella tolak troli tu." 

"Okay, papa." 

Tergamam aku seketika. Danial Lee faham bahasa melayu.  Alamak Bella, masak kau! Aku hanya mampu menggigit bibir saat ini. Kecut perutku apabila mengenangkan yang aku pernah mengutuknya dahulu. Sukar betul hendak mencerna maklumat yang baru diterima oleh otakku itu. Lelaki itu pula terus sahaja  melangkah ke arahku membuatkan aku semakin tidak selesa. Pegangan pada troli besi ini kulepaskan.

"Tak payah berlakon baiklah." Selamba sahaja aku membisikkan ayat itu kepadanya. Serentak dengan itu juga matanya tajam menjeling ke arahku.

"Why should I? To impress a girl like you? Jangan mimpi laa."

Terkebil-kebil aku jadinya. Pertama, kerana dia dapat berbahasa melayu dengan fasih dan tanpa pelat langsung.  Yang kedua, kerana ayat yang diucapkannya tadi. Apa? A girl like you? Kenapa dengan perempuan seperti aku? Eiii besar kecik, besar kecik aje aku nampak mamat ni.

"Bella..kenapa tercegat lagi tu nak.."

Di dalam suasana yang sedikit bingit ini aku tersentak. Aik..semua orang sudah pun melangkah ke hadapan rupanya. Aku hanya mampu tersenyum tawar sahaja.

"Aaa..ye umi..jom jom." Berlari anak aku jadinya menuju ke arah umi yang hanya mampu menggelengkan kepalanya sahaja melihat telatahku. Ini semua mamat tu punya fasal. Geramnya aku!

Sambil berjalan, mataku meliar ke kawasan sekitar yang semakin dipenuhi dengan ramai manusia. Tiba-tiba mataku tertancap pada kelibat seorang wanita di sudut kananku. Macam aku pernah nampak wanita ini. Gaya rambutnya yang pendek separas bahu bersama gaya shawl nipis yang dililit di  leher, dia mengingatkan aku pada seseorang. Dari arah pandangannya itu, dia kelihatan sedang merenung ke arah Pak Su, Danial dan Pakcik Dani yang sedang berjalan di hadapan sana. Mataku kini melekat pada ketiga-tiga lelaki itu dan apabila aku mengalihkan pandangan ke arahnya sekali lagi, dia sudah pun tiada di  situ.

Mungkinkah aku salah orang?

***

Wahh..bahagianya hidup! Bersama senyuman aku melangkah ke arah dapur gas. Mataku kini  melekat pada makanan kegemaran aku dan Kak Long di dalam kuali. Kuah masak lemak ketam yang sedang menggelegak benar-benar menggamit seleraku. Sedapnya bau! Sampai ke bahagian atas rumah bau masak lemak ketam ini menular tadi. 

"Tolong tutup api dapur gas tu Bella." 

"Okay umi." Cepat-cepat aku mengangguk saat ini. 

Jam di dinding kujeling sekilas. Aik, cepatnya umi habis masak hari ini. Baru pukul 12 30 tengahari.

"Awalnya umi masak hari ni. Banyak pulak tu." Ujarku sambil  melangkah malas menuju ke arah meja di mana umi sedang berada. 

"Mak Su dan Pak Su pun nak datang makan sekali nanti." Jawab umi. 

Owh..Pak Su dan Mak Su nak datang rupa-rupanya. 

Setelah 4 hari umi pulang, baru hari ini aku berkesempatan untuk mengorek rahsia tentang hubungan arwah ayah dan Pakcik Dani. Rancanganku adalah untuk cuba-cuba bertanya tentang hubungan di antara arwah Kak Ngah dengan Danial Lee pulak kemudiannya.

"Umi.." Panggilku sambil memerhati umi memotong agar-agar buah dengan sangat cermat.

"Iyee..kenapa Bella?"

"Boleh umi cerita tentang hubungan Pakcik Dani dengan arwah ayah? Tiba-tiba Bella rindu pulak dengan arwah ayah.." Rengekku. Ini dinamakan strategi! Tapi, memang aku rindukan arwah ayah pun.

"Masa tahun 1982 dulu, Pakcik Lee Beom Seok atau nama Islamnya, Dani datang ke Malaysia di bawah Hyundai Engineering and Construction Company (Korea) Ltd untuk bekerja sebagai buruh binaan di Malaysia. Masa tu dia belum peluk agama Islam lagi." Umi  terus sahaja menjawab tanpa berdolak-dalih. Nampaknya umi tidak keberatan untuk bercerita. Lee Beom Seok? Wah..itu nama Perdana Menteri Korea yang pertama.

"Pakcik Dani yang kaya raya sekarang tu adalah buruh binaan dulu? Betul ke ni, umi?" 
Soalku sedikit terkejut. 

Kedengaran sedikit janggal fakta itu di telingaku namun tertarik juga hendak mengetahui bagaimana dia boleh memeluk agama islam.

"Betul Bella.Tugasnya adalah untuk membuat kerja-kerja pembinaan yang melibatkan Jambatan Pulau Pinang. Memang ramai orang Korea yang datang ke Malaysia pada waktu itu untuk menyiapkan Jambatan Pulau Pinang yang menghubungkan kawasan pulau ini dengan Seberang Perai." 

Lekas-lekas aku menganggukkan kepala. 

"Semasa sedang melakukan kerja-kerja pembinaan, Pakcik Dani terjatuh ke dalam laut dari atas jambatan yang masa itu masih lagi dalam pembinaan." Ujar umi. Tangannya berhenti memotong agar-agar untuk seketika. Tergamam aku saat ini. 

"Hah..biar betul umi? Selepas itu apa yang terjadi?" Soalku dengan terburu-buru.

"Arwah ayah dan Pak Su yang kebetulan sedang memancing ternampak Pak Cik Dani di dalam laut. Mereka yang menyelamatkan Pakcik Dani masa tu." Umi kulihat menyambung kembali kerjanya. Kepala kuanggukkan beberapa kali.

"Oh..ye ke..patutlah Pakcik Dani cakap yang dia terhutang nyawa  dengan arwah ayah dan Pak Su.."

Umi menganggukkan kepalanya beberapa kali sebelum menyambung kembali ayatnya.

"Selepas kejadian itu, hubungan Pakcik Dani dan keluarga kita memang rapat. Bella dan Kak Long memang tak pernah berjumpa dengannya." Cerita umi lagi. 

"Semakin lama dia mengenali arwah ayah dan Pak Su, dia mula berminat dengan agama Islam. Alhamdulillah, akhirnya, Pakcik Dani memeluk Islam dan berkahwin dengan wanita melayu. Namanya Azizah." Sambung umi. Menarik. 

"Hidayah Allah itu luas kan, umi?"
 Nampaknya aku masih lagi teruja. Bagi aku, bukan mudah untuk seseorang itu meninggalkan agama yang nenek moyang mereka amalkan sejak beratus-ratus tahun untuk memeluk agama baru.

"Benar..kan Allah pernah berfirman di dalam surah al-An'am, ayat 25..sesiapa yang Allah kehendaki mendapat hidayah nescaya dilapangkan dadanya untuk menerima Islam dan sesiapa yang dikehendaki sesat nescaya dijadikan dadanya sempit dan sesak seolah-seolah naik ke langit. Demikianlah Allah menimpakan kehinaan kepada orang yang tidak beriman.” Dengan bersungguh-sungguh umi berkata begitu. Di dalam sesi usrah di Korea juga kami pernah menyentuh tentang topik hidayah ini. Bertuahlah mereka yang dipilih Allah itu.

"Sesungguhnya hidayah itu milik Allah." Terluncur keluar ayat tersebut dari mulut bersama sebuah senyuman. 

"Benar, nak.." Jawab umi sambil tersenyum manis.

"Erm..umi. Danial tu anak Pakcik Dani dan Makcik Azizah ye?" Teragak-agak aku menyoal soalan itu.  Umi terus sahaja menganggukkan kepalanya.

"Makcik Azizah ikut Pakcik Dani pulang ke Korea ke, selepas berkahwin?" Soalku dengan berhati-hati.

"Ye, Bella..selepas mereka berkahwin, Pakcik Dani membawa Makcik Azizah pulang ke Korea dan kami terputus hubungan." Jawab umi. Lama juga dia mendiamkan diri. Seakan-akan sedang melayan perasaan. Aku hanya membiarkan sahaja. Akhirnya umi menarik nafas panjang-panjang. 

"Takdir Allah itu indah. 3 tahun yang lepas kami bertemu semula dalam keadaan yang tidak disangka-sangka. Tapi, sayangnya arwah Makcik Azizah dan arwah ayah kamu telah pun tiada." Ada nada terkilan dapat kukesan di dalam nada suaranya itu.

"Pertemuan yang tak disangka-sangka? Maksud umi?" Soalku  dengan penuh minat.

"Umi.." 

Kami sama-sama menoleh ke arah suara itu. Aku mengetapkan bibir. Kacau daun betullah Kak Long ni! 

"Ye..kenapa Salina?" Soal umi dengan lembut.

"Ada orang datang." Jawabnya. Pelik pula nada suaranya itu.

"La..kenapa pulak beritahu umi? Pergilah tengok siapa." Umi hanya menggelengkan kepalanya sahaja.

"Salina dah tengok.." 

Aku turut sama mengerutkan dahi mendengar kata-kata Kak Long.

"Dah tu? Kenapa tak buka pintu tu?" Suara umi yang lembut kini telah pun naik satu oktaf. 

Serentak dengan itu juga umi kulihat bangun dari kerusi. Tak sampai hati pula nak biarkan umi yang bukakan pintu saat ini. 

"Eh..takpe umi. Biar Bella aje yang bukak. Mesti Pak Su dan Mak Su dah sampai tu.." Ujarku sambil tersenyum. Kak Long hanya memandang sahaja sambil menggelengkan kepalanya. 

Aku berlari kecil menuju ke arah pintu. Tangan pula membetulkan rambut lurusku yang panjangnya melepasi bahu.

"Mak Su!" 

Jeritku sebaik sahaja membukakan pintu. Tergamam aku untuk seketika. Lelaki di hadapanku ini pula sempat lagi bersuara.

"Mak Su? Are you crazy?!"

Astaghfirullahalazim! Kelam-kabut aku menutup pintu dan memecut ke dapur. Patutlah Kak Long macam ayam berak kapur rupanya tadi. Bibir kuketap dengan geram. Apesal dia tak beritahu mamat tu datang?!  Kan dia dah nampak rambut aku! Aurat tuuu! Aaaa tertekannya aku!

"Umi..ada orang datang. Tolong bukakan pintu ye.. Bella tak pakai tudung ni. Umi pun jangan lupa sarungkan tudung sebab yang datang tu bukan mahram." Dengan pantas aku berkata begitu.

"Ya Allah kenapa dengan kamu berdua ni? Pakai tudung dan tolonglah bukakan pintu tu.." Umi dah mula naik angin nampaknya.

"Salina sakit perut ni umi.." Selamba sahaja Kak Long mengerutkan wajahnya dan melangkah ke arah tandas. Aku tahu dia membuat helah. Kepala kugelengkan sedikit apabila umi memandang ke arahku.

"Bella pun sakit perut..dari tadi tahan ni umi..maafkan Bella ye.."Wajah umi yang memandang ke arah aku dengan pelik tidak kuhiraukan lagi. Aku  mula  berlari arah tangga untuk naik ke bahagian atas rumah. 

"Macam-macamlah korang ni..ishhh!" Sempat aku terdengar umi mendengus geram.

Heiii apa pulak si jembalang tu buat kat sini?! Mengganggu hidup aku betullah!

***












92 comments:

  1. Hahaha, kan dah kantoi.. Tulah lain kali nk ngutuk pakai bahasa jerman sure danial xtau pnya.. Paper pun best la Kak suri.. Lya suka.. :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. hahaha xD kan..dia patut guna bahasa lain haha xD tq so much sudi baca lya :)

      Delete
  2. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  3. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  4. ala nak lg......huhuhuhu tak puas la

    ReplyDelete
  5. Ish bella ni.. Boleh pulak dia panggil dong wook saya jembalang! ><

    -athirah-

    ReplyDelete
    Replies
    1. ahahah xD bella minta maaf dengan athirah sbb terpanggil dongwook jembalang xD hee tq sudi baca

      Delete
    2. Kak surii,,, rindunya dgn dong wook sayyaa!!! Haha XD

      -athirah-

      Delete
  6. Wah,danial pandai cakap melayu rupayer xD

    ReplyDelete
  7. wahh macam bjodoh jer dorg nie kn.. akak sbug cpt2 yek

    ReplyDelete
  8. heh..tak pasal-pasal ternampak aurat..

    ReplyDelete
    Replies
    1. hehe tq so much sudi baca :) in syaa Allah esok suri post bab 12

      Delete
  9. Replies
    1. tq so much sudi baca :) in syaa Allah esok suri post bab 12

      Delete
  10. Alamak... terbantut citer ummi...
    Suri bila nak sambung nih..

    ReplyDelete
  11. waaaaa.....tengah syok2 sambung....hihihihi

    ReplyDelete
    Replies
    1. in syaa Allah esok malam ade bab 12 :) tq sudi baca dan komen <3

      Delete
    2. bila nk ade bab12 ni,,xsabaq laa

      Delete
  12. danial lee la tu..ha ha ha...konpidem jerit maksu..small salah org

    ReplyDelete
  13. Haha.dah agak dah daniel tu fhm bm.
    Kantoiii.hihi

    ReplyDelete
    Replies
    1. hehee xD tq sudi baca dan komen yea..esok malam ada bab 12 :)

      Delete
  14. setiap kali baca, macam terlayar depan mata ni...hahaha..sampai betul imaginasi..cecepat post ya dear...mau baca lagi...^_^V

    ReplyDelete
    Replies
    1. tq so much.Almahamdulillah kalau sampai imaginasinya :) esok mesti akan post bab 12 :)

      Delete
  15. Muah..muah...kantoi...best nyer....teruja la plak..sambung ye..

    ReplyDelete
    Replies
    1. dah terkantoi xD in syaa Allah esok malam ade bab 12..tq so much sudi baca ye

      Delete
  16. Sape yg baca citer ni mesti dah kena sawan kinchi. Hehehehe....mlm2 tunggu latest episode

    ReplyDelete
    Replies
    1. sawan kimchiii haha xD tq so much..esok malam mesti akan post bab 12 :)

      Delete
  17. giler sweetnya bella dan kak long..kesian si danial yg kat luaq tu ..menunggu org bukakan pintu kan... dan apa mamat tu buat kat rumah mereka... just wonder apa pertalian kak ngahnya dengan mamat ni.. just nak tahu ..apa perasaan mamat tu ..bila terpandang bella tanpa hijab....

    ReplyDelete
    Replies
    1. tq so much kak ida sebab sudi baca dan komen :) in syaa Allah nanti2 mesti akan diceritakan ttg perasaan dan pandangan mamat tu pulak :) esok suri post bab 12 ye :)

      Delete
  18. Mmg setuju dgn pdpt tersrbut. Sentiasa mengintai blog ni klu2 ada latest episode.

    Raihana

    ReplyDelete
  19. Replies
    1. tq so much sudi baca dan komen ye..esok malam ade bab 12 :)

      Delete
  20. Kak Suri best! Tak sabar versi cetak punyaaa ^^

    ReplyDelete
    Replies
    1. in syaa Allah, keluar versi cetak nanti akak akan inform :) tq sudi baca dan komen

      Delete
  21. Ha3 best tentu kecuh bila kedua2 bertikam lidah.cpt sambung

    ReplyDelete
    Replies
    1. hehe mmg dorang ni kejenye bertikam lidah xD tq sudi baca..malam ni suri post bab 12

      Delete
  22. Hermmm.......tetiba hati jatuh tergolek2....suri aja...aja....faitting! Bg semangat kat suri utk next chapter.

    ReplyDelete
    Replies
    1. xD tq sudi bagi semangat..hihihi malam ni suri post bab 12 :)

      Delete
  23. Adoi tgh syok baca skali dah abis plak. Saspen nye.can't wait to read next entry

    ReplyDelete
  24. Makin suspen pulak....sure Daniel ni bekas boyfriend arwah k Ngah....

    ReplyDelete
  25. hahaha... kantoi dengan danial lee. tula bella jangan pandang org sebelah mata. muka bukan melayu tak semestinya x pandai bahasa melayu... best3... nk lgi k.suri

    ReplyDelete
    Replies
    1. haha..ramai tau org luar boleh berbahasa melayu..xD tq sudi baca :)

      Delete
  26. suspen2...ingatkan smpt la umi cite psl kak ngah ngan danial...;)

    ReplyDelete
  27. suspen2...ingatkan smpt la umi cite psl kak ngah ngan danial...;)

    ReplyDelete
    Replies
    1. hehee tak smpat sebab kak long kacau daun dan danial dtg umah xD malam ni akak post bab 12 :)

      Delete
  28. seronok bca.. hahah..tggu episod 12 lak

    ReplyDelete
  29. x sbr tggu bunga-bunga cinta berkembang..

    >>k<<

    ReplyDelete
  30. Wah! Rasanya kali ni suri create watak heroin buli hero ye...best! Best!
    - kak mid -

    ReplyDelete
  31. Ala...xdpt nk tau jgk ape hbgn arwah kak ngah bella ngn daniel,huhu

    ReplyDelete
  32. waah..makin lme makin mnarik crita ni..hehe
    siapakah diakau wahai danial lee..??
    btw best ♥♥♥ bab 12 pulak

    ReplyDelete
  33. Adeh kacau btol daniel ni dtg umh awai plk. Baru nk tau ape hubungn daniel ngn kak ngah bells

    ReplyDelete
  34. hahahaa..kn dia paham n tau ckp melayu.. tpi x pe la, abaikan je pe y bella ckp sblom ni kt mamat tu.. ;p

    dtg umah bella la pulak... umi ajk dia lunch skli kot tu..

    k.long kcau daun la..kn dh t'stop cite umi tu..

    ReplyDelete
  35. kak suri janji ada nak post bab 12, tgah tunggu ni

    ReplyDelete
  36. Hahaha.... Bella nie kelakar laa...

    ReplyDelete
  37. Kak suriiiiiii nak bab 12

    ReplyDelete
  38. Bestnyeerrr ....cpt2 keluar bab 12

    ReplyDelete
  39. Selamat hari raye aidilfitri maaf zahir batin cik penulis yg comel ^_^

    -cik anon-

    ReplyDelete
  40. OMG!!Bestnyer....!harap kak suri boleh sambung dngn cepat~hati di dalam x boleh menunggu lagi~ btw,mana bab 12?

    ReplyDelete
  41. Kak Suri,I'm waiting for Bab 12;) Bestlah karya Kak Suri.Daebak! :)

    ReplyDelete
  42. Kak Suri,I'm waiting for Bab 12!Seriously,karya Kak Suri mmg best.;)Daebak!:D

    ReplyDelete
  43. hahaha..best la kak suri..patutnya si bella tu guna bahasa lain kalau nk kutuk org...hahaha..lawak2...xsbr nk baca kisah selanjutnya..hehehe :))))) <3

    ReplyDelete
  44. wah...xsaba nk tgu bab 12...kak suri.. hwaiting3!!!
    tp ada 1 solan out of topic nk tny..hehe..kak suri jgn mrh eh//yg bab 10 tuh mmg cra2 wt kimchi ke..?klo sy nk full recipe ble x..? rs cm nk try buat sndrik plak..hehe..

    ReplyDelete
  45. Takde pun bab 12 :(

    ReplyDelete
  46. Menanti next n3...manaaaaaaa diaaaaaa?????

    ReplyDelete
  47. Kak suri...nk bab 12 please...

    ReplyDelete
  48. Hahaha..dan2 bella sakit perut

    ReplyDelete
  49. Knape xde bab 12...lamanye skodeng

    ReplyDelete
  50. tak sabar nk tggu novel kuar..congrats suri..!!

    ReplyDelete
  51. sukerrr watak bella....
    bila nk terbit buku ni

    ReplyDelete
  52. Daebak nyer !!! Rase xsie-2 membe pkse bace.. kak suri mmg jjang! Sye bru habis bace dpd ep 1 smpai ep 11 niy dlm mse 2jam.. heol~ hahaha keep waiting for the coming ep.. hope eonni could keep makin good stories mories often..

    ReplyDelete
  53. akak mne bab 12..excited gilerrr nk bce ni..xsbrnya..

    ReplyDelete
  54. akak..mne bab 12..excited gilerr nk bce ni..

    ReplyDelete
  55. best sangat2 Sis Suri ! tak sabar nak tunggu bab 12 ! superb meyh ! heheh

    ReplyDelete
  56. mna bab 12?(baru 2 years,then I know this story:)im so late)

    ReplyDelete